SHOPPING BUKU DISINI

Saturday, 28 November 2015

beza fizikal sains dan biologikal sains di UIA?

Izinkan aku mencoret. Walaupon aku dah degree,tapi still rasa nak sharing something regarding CFS.
Saat ini diriku keletihan tatkala selesai game tennis. Walawehh. Esok ada lagi beb! Double plak. Wuhuuuu. Kaki aku dah a little bit lenguh. And of kelainan aku is aku kidal. Huhu. Memang semua pelik ah tengok aku pegang reket tangan kiri.  Korang bolehhh?? Hahahaha.

Ok abaikan. Hari ni aku nak share satu info pasal ni.

APA BEZA FIZIKAL SAINS DAN BIOLOGICAL SCIENCE DI UIA?

Bezanya ialah dari segi ejaan dan Bahasa yang aku tulis. Hahahaah ok fine lawak bijok ngatt.

Utk adik-adik yang nak isi UPU,mesti korang pening kan dengan asasi kat UIA ni sebab banyak sangat! Hahahaa seriously banyak beb!

Ok firstly sebelum korang pilih kos utk asasi. Aku sarankan tengok dulu course degree apa yang korang boleh further dengan asasi yang korang nak mintak tu. Ok contohnya korang nak jadi pakar mathematic. So please jangan pilih asasi engineering. Pilih ler asasi fizikal sains.


TBH, beza asasi fizikal sains dan biologi sains ini ialah dari segi subjek jer. alah macam kat matrik lah. Kan ada modul 1(semua sains subjek),modul 2 dan 3.

Kalau korang rasa nak further more into biologi tak kisahlah microorganism biologi,human biologi,animal biologi. So ambillah biologi sains.

Utk fizikal sains pulak,ia lebih concentrated utk subjek sains tu sendiri. Seperti yang kita tahu subjek fizik dan mathematic kan  dah concentrated kan compared to biologi yang tersangatlah luassss ilmunya.

Ok berbalik kepada reason tadi iaitu beza dari segi subjek. Utk budak fizikal sains,korang akan belajar sama macam budak bio kecuali subjek biologi 1 dan biologi 2 korang tak akan belajar. Tapi korang akan belajar subjek calculus dan jugak programming.

Utk budak bio plak,korang tak belajar subjek calculus dan programming tapi korang belajar subjek biologi 1 dan 2.

Ok faham?

Ada lagi satu common soalan yang selalu ditujukan kat aku..

Boleh ke kalau time asasi dia asasi fizikal sains tapi bila degree,dia degree in major utk budak asasi biologi sains?

Jawapannya DENGAN IZIN ALLAH, BOLEH !!!!!!!!

Ini bukan teori,ini bukan mitos tapi ini KENYATAAN! Dan aku lah insan bertuah itu. Alhamdulillah.

Aku dulu budak engineering  then convert to physical science. Means kalau ikutkan time degree nanti aku Cuma ada 3 pilihan jer iaitu bachelor in fizik,math or chemistry.

Tetapi inilah takdirnya. Aku degan tawakkal meletakkan bachelor in biotechnology as my first choice which is im not supposed to do that because I didn’t have any knowledge about biology except apa yang aku belajar utk SPM dulu.

Dan akhirnya sekarang aku telah pon menjadi seorang student biotech! Alhamdulillah.

Ok adik-adik semua,kalau ada soalan regarding asasi uia ke ape or uia Kuantan ker. Boleh direct komen or private message kat fb akak yer. Im ready to help you.

Aku dulu pon macam korang gak. Fening nak pilih yang mana.

Last but not least,aku nak share 1 quote yang sangat2 bagi semangat kat aku dalam meletakkan keyakinan 100% pada Allah.

Iaitu..

“ kalau aku dapat  apa yang aku mahu,aku Cuma gembira sekali kerana itu sememangnya pilihan aku. Tetapi jika aku mendapat sesuatu yang aku tak nak dan tak mengharap utk dapat, aku gembira dua tiga bahkan berkali gembira kerana itu merupakan pilihan Tuhanku! “

Ok sebenarnya quote ni diderived from ayat quran surah albaqarah ayat 213 or 216  tak silap. Alahhh,yang mafhumnya boleh jadi sesuatu yang kamu tidak sukai itu sebenarnya baik bagimu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai itu sebenarnya baik  bagimu. Hah cmtulah.

Ok rasanya itu jer. sebenarnya aku nak update pasal IBG(interbatch games) memandangkan ini kali pertama aku join taw sukan-sukan ni. Tahu2 je lah perempuan macam aku ni memang malas gilerrrrr nak bersukan. Tapi entah macammana sem ni semangat plak nak bersukann. Tennis lagi tu. Inshaallah it will be family activities. Hihi berangan jap. Lelaki kan suka bersukan so aku pon kenalah ikut gaya hidup sihat ni. Hihi baru chemistry tu adoooo.


arghh poyo giler ayat aku.. sorry


oh ye, kalau ada soalan boleh pm kat YM(yahoo messenger) aku taw. tak yah emel2 ni. . add ym aku taw. masukkan contact ni cikmira23@ymail.com. please pm aku thru YM. aku rindu beb zaman bebudak dulu. jgn lupa perkenal diri n serba sedikit pasal ko. hihi .

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...