Friday, 13 November 2015

Explorace Biotech UIA Kuantan batch 141 dan 151

السلام عليكم

Assalamualaikum. Tujuan aku pos ni utk berkongsi cerita gembira hari ni.

Sebab inilah aktiviti pertama julung julung kalinya diadakan.

Iaitu Sweet Explorace.
Pesertanya student biotech 141 dan aku 151.

Idea ni diketengahkan oleh senior 141 denga tujuan utk membina dan merapatkan ukhwah antara senior dan junior batch 141 dan 151 respectively.

Aku tak tahulah kat U korang ada ke tak aktiviti macam ni. Oh ya,even aku junior. 1 st year lah katakana. Tapi kiteorang ada bond jugak taw dengan senior 3rd year. Akak usrah Nakama kiteorang pon dari kalangan third year.

Ok sambung pasal explorace tadi. Sejujurnya aku sangat sangat tak berminat nak pergi. Rasa cam malas giler. Dah lah berkumpul pukul 7.30 am! Awal kan? Nak explorace je pon. Hihi.
Pukul 7.40am baru aku decide utk pergi. Memang last minute. Tapi before pukul 8 aku dah sampai kat tempat berkumpul. Advance kannnn? Huhu
1 thing yang aku tabik senior 2rd year ni,dorang punctual taw. Seriously sangat memberi inspirasi kat kami 1st year utk jadi punctual jugak! walaupon aku ni sebenarnya jenis  most of the time punctual.

1 group tu campur senior and junior. Group aku 3 junior(semua sisters),1 senior sister and 2 senior brother. Kak Bella,bro maula and luqman. Seriously dorang sangat sporting tetapi ikhtilat still terjaga. Means takde lah over.

So far explorace ni best lah. Simple je pon game dia. Cuma last checkpoint(final destination) dia tu.. perghhh..

Meh nak cerita sikit…

Utk yang tak tahu,aku ni jenis geli nak pegang apa jenis ulat or serangga. Seriously seriauuuuu!
Lepas tu tadi,cabarannya ialah.

Ada 1 kotak pringles yang panjang tinggi bulat tu. Kena ambil something kat dalam tu. Disebabkan aku the only one yang tangan kecil dan boleh masuk dlaam kotak tu. So aku lah yang kena sahut cabaran tu. Ingatkan ada pringles je. Kau tahu ada apa dalam kotak tuuu?

Ada ulattt wehhhh! Ulat apa entah namanya tapi besar gedabak gemuk bulat bersisik warghhhhh! Dia tunjuk kat aku kotak tu. Aku tengok ada ulat terus aku mintak tukar orang. Pleaselah weh aku tak sanggup nak hadapi cabaran ni.

Yang ahli group aku plak semuanya tak tahu ada ulat kat dalam tu. So itu yang dorang duk push jugak aku utk sahut cabaran tu. So aku pon dengan muka tak rela terpaksalah seluk tangan aku kat dalam kotak tu.

Perghh bergesel beb bontot ulat tu kat jari aku. Serious geliii. Tapi aku bukanlah jenis sesetengah perempuan yang menjerit kalau geli dengan something je. Just buat –buat rilek and cool jer. kuis kuis cari barang dalam tu.
Dorang tengok aku cam rilek je so dorang ingat aku okay.

Lepas je aku dapat barang tu. Ahli group aku tengok isi dalam kotak tu. Terkezutt dorang sebab memang banyak giler ulat! Dorang terharu sebab aku sanggup buat cabaran tu dengan tenang walaupon aku jenis penggeli. Tapi ini tak bermakna hilang sudah kegelian aku terhadap ulat dan serangga.

Pastu petang tadi aku pergi taman bandar kat indera mahkota ni. Betul-betul depan uia Kuantan. Even harini hari jumaat tapi ramai jugaklah yang jogging tadi. Btw aku pergi taman bandar tu bukan utk beriadah yer. Aku pergi tu utk edar flyers festival beliawanis di Cyberjaya 28/11/15 ni. Boleh lah gugel yer.

Pergh ramai gak brothers yang jogging kat situ. Bolehlah cuci mata tengok abam sado. Hahahahaha. Eh mira,jaga mata ! tapi tak aurat kann. Lainlah kalau lelaki tengok awek cun yang biasanya tak jaga aurat. Huhuhhuuhuh..

Hihi gurau je lah. Takde maknanya aku nak ushar brothers kat situ.. tapi seriously kat situ memang 90% brother s je yang jogging. Interestingly,aku jumpa sorang budak maarif ni. Senior(brother). Aku noticed dia sebab aku jenis ingat muka. Tapi nama tu aku tak ingattt. Aku main agak jer nama dia. Tapi of koz lah aku tak tegur. And aku akan respond kalau dia tegur aku dulu. Biasalah perempuan kan. Poyo sikit.. hahahah kenalah jual mahal. Lulz.

Inshaallah malam ni aku ada ‘dating’ prektis tennis kat sport complex dengan member yang aku baru jer kenal tadi!!!aku rasa memang kiteorang ditakdirkan utk bertemu. Serious weh! Macam ada chemistry plak aku rasa. Oh ya,dia ni sisters yer. Jangan kecewa yer awak. Hahahahahah.

Ceritanya macam ni,aku memang plan nak prektis tenis malam ni tapi bola takde. Kalau nak bola kena ambil dari brothers. Then brothers plak lembap. So masa jumpa dia tadi,aku pon cerita la pasa aku nak ambil bola blab la bla. ditakdirkan,dia pon main tenis and ada bola. And ditakdirkan lagi,dia nak main malam ni! Dan ditakdirkan lagi dia nak main pukull 10pm! memang ditakdirkan betul! Sama wehhh plan dia dengan aku. APa yang aku nampk kat sini,Allah mempermudahkan urusan aku . Alhamdulilah. Yang penting apaaaaa?? Iaitu PUT YOUR TRUST IN ALLAH!

Ok rasanya itu jer. btw,esok aku ada program plak dengan orang asli paloh inai ke apa namanya. Doakan yaaaa… ^_^

Ok fine hari ni aku tak study. Nasib baik minggu depan quiz jer.

Terima kasih baca. ^^


No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...