Tuesday, 22 December 2015

Perlu ke ada geng(assobiah)?

السلام عليكم

Nak share 1 masalah dunia yang remeh.

Masalah ni commonly berlaku kat para wanita a.k.a kaum hawa. iaitu hidup bergeng. erti kata lain,assobiah a.k.a berpuak.

Dalam terms ni,geng yang aku maksudkan bilamana 1 geng tu consists of 3 or more people.

Kalau 2 orang,aku tak panggil geng. aku assume korang kembar/kacip or bff.

 ada jer bff smpai 10 orang.

Ok,geng ni dipanggil geng bila kau ada kawan2 yang mana2 jer kau mesti gerak sama2. kalau biasanya paling ramai 10 oranglah.

Sebenarnya aku terima jer konsep assobiah ni.

TAPI... yang aku tak setuju.. bila SEMUA MENDA kau kena ikut keputusan geng kau.


contoh senang,aku ajak salah seorang dari geng A ni utk hangout. Dia tak nak sebab geng dia tak nak.

Kau dah kenapa beb? aku ajak kau sorang jer,bukannya ajak geng kau sekali! yang kau p inform geng kau yang aku ajak kau  keluar tu apehal? bengang plak aku ngan dia ni..

manusia macam ni memang buat aku rasa macam ... kau pergilah buat universiti kau sendiri!!! kalau asyik nak berkepit ngan bff a.k.a geng kau jer.

pergi buat kos kau sendiri,hostel geng kau, kulliyah geng kau.


Macam mana nak jadi geng yang best dan diterima ramai?

Pengalaman ni aku kutip dari zaman sekolah aku. Masa kat SAMXXX. Memang sekolah tu terkenal dengan assobiahnya. mana taknya,ada geng gemok corner,geng sg berth,geng samni,geng itu geng ini. aku pon ada geng aku sendiri iaitu geng bilik prep! hahaha. i called it geng bilik prep sebab aku kenal dorang kat bilik prep.


OK then,kau bayangkanlah eh! semua budak asrama ni dan sebahagian budak luar. ada geng masing2. ceh cam gengster plak.

Tapi.. even kiteorang bergeng. tapi apa2 aktiviti sekolah or asarama ke,time makan kat dewan makan ker,time usrah ker,time lepak ker,time hangout ker,time  solat ker,time perhimpunan ker or time apa2 jelah. kiteorang jarang sangatlah duduk dalam geng ni. Memang akan campur jer semua even boleh sembang kencang lagi. Cool en?

dah tu bila masa geng ni bergeng? hah bila time raya,hah masa tu baru pergi beraya dengan geng memasing.

nak cakapnya kat sini,tak salah kau ada geng tapi jangan jumud sangat. Jangan duk kepit ngan geng kau dan pandang orang lain macam teruk sebab takde geng. anggaplah geng kau tu member yang kau boleh luah apa jer,buat perangai giler kau compared to non geng.

jangan sampai tak bergaul dengan member yang bukan geng kau.

Jangan sampai orang cop geng kau ni sombong dan terover assobiah.


utk sesiapa yang ada geng kau,make sure kau bergaul dengan semua! kalau aku jumpa lagi puak camni. aku doakan geng kau berpecah sebab aku rasa itu lebih baik. Biar kau kenal erti kawan. Kawan tak semestinya kena bergeng. ada pahammm?

Jadilah seorang yang bebas dan flexible tapi jangan over ^^

p/s: perempuan meme complicated. aku as perempuan pon tak faham hahahahaha. aku

Monday, 21 December 2015

Tips dapat asasi setahun UIAM

السلام عليكم

Adik-adik yang nak apply uia mesti risau baq hang kalau dapat asasi 2 tahun. ke rileks je? haha

aku tergolong dalam golongan risau. yelah,dah lah bi kelaut,arab plak  kedarat tapi macam ape  je.

Macam biasa,entah berapa kali aku ulang menda ni.

Result tempoh belajar akan ditentukan based on result English Placement Test(EPT) dan jugak Arabic Placement Test(APT).

Selepas korang ditawarkan asasi UIA,first thing first yang korang kena stanby is mantapkan english dan arabic.

utk english,sila mantapkan bahagian essay. at least grammar. biar ayat baku tak berbunga asalkan grammar cantik.

utk arab plak,kalau korang takde basic arab. meme tak de harapan langsung nak dapat asasi setahun. huhu eh yeke? hmm tengok kos jugak lah. redha je lah ea. eh lupa,ramai yang time sekolah rendah dia belajar bahasa arab ni, tpi bila sekolah menengah tak belajar. Jangan risau beb,korang still dikira bertuah sebab ada basic. dan ada harapan dapat exit arab taw if korang asasi engineering or science yang lain. ok lah daripada yang zero pasal arabic ni. utk yang zero,korang janganlah rasa loser ke ape. lek ah! korang bertuah giler kott, Diberi peluang oleh Allah utk belajar bahasa syurga ni secara percuma walaupon umor dah 18! kalau kat luar,bayar mahal woo. cer compared diri kau(yg zero arabic) dengan member sekolah kau yang zero arabic jugak. ok perlu ada unsur bersyukur disitu yer.

Tapi yang tak bestnya asasi setahun ni,korang akan jadi ulat buku sebab jadual pack giler macam budak matrik. ke korang sanggup hadapi jadual pack tu semata-mata nak tamatkan asasi awal?

utk yang berkomitment tinggi terhadap masyarakat,aku galakkan janganlah ambil asasi setahun. Sebabnya kalau korang asasi setahun setengah or 2 tahun,macam2 yang korang boleh buat selain study. one of them is join society. Serious weh banyak giler kelebihan,contoh aku lah. alhamdulillah diberi peluang menjadi fasi study circle selama 3 sem berturut2,then jadi s/u kelab. Rasa bersyukur giloz.

ok ada lagi satu tip. Tips ni memberi syafaat utk korang bila degree nanti, iaitu Exam Tilawah!

ok masa exam ni.,kan korang kena baca ayat alquran yang diberi.

then kat borang tu,ada mintak korang listkan mana2 surah yang korang dah hafal. if korang hafal surah addhuha or juz amma ke. please lah tulis. jangan nak rasa humble sangat.

sebabnyaaa.. nanti,ustaz tu akan tasmik mana2 surah dari juz amma. and kalau korang boleh baca dengan jayanya. secara automatik korang terlepas dari kelas tilawah time degree nanti.


eh degree nanti ada tilawah kelas lagi ke? bukan time asasi jer ke? yang 3 tu- tilawah,fardhu ain n study circle?

tidak awakk,time degree ni ada tilawah 1 dan 2. dan semua classmate aku kecuali aku perlu join kelas ni. ada exam lagi taw.

So if korang nak tak nak pergi kelas tilawah dan menghadapi exam tilawah time degree. pastikan korang ditasmik time ujian tilawah kat CFS.

ok fine korang cakap 'Mira, belajarlah kerana Allah,bukan kerana exam. tapiii. hmm. ok lah dah korang kata gitu aku nak kata apa lagi kan.. aku cuma bagi cadangan/tips jer utk mudahkan korang hihi. ^^

Best woo takde kelas tilawah. sebabnya hari isnin 1 kelas jer pukul 3.30ptg. klau ada kelas tilawah pkul 10am. kena keluar bilik awal,then balik bilik then pergi kelas ptg plak. kalau takde,rileks jer dari pagi sampailah pkul 3.30.. best ke best?

ok itu jer ^^ gudluck adik2 semua!

oh ye, kalau ada soalan boleh pm kat YM(yahoo messenger) aku taw. tak yah emel2 ni. . add ym aku taw. masukkan contact ni cikmira23@ymail.com. please pm aku thru YM. aku rindu beb zaman bebudak dulu. jgn lupa perkenal diri n serba sedikit pasal ko. hihi .

Thursday, 17 December 2015

JJCM Muar Cikmir

السلام عليكم

Assalamualaikum. Pos ini ditulis selama 4 hari utk disiapkan. saja gitahu. hihi

Alhamdulillah 12-14 Disember yang lalu. Aku dan keluarga telah selamat menjalani trip jalan-jalan cari makan di Johor. Specifically Muat,Batu Pahat JDT. Alhamdulillah again,dapat berjalan dalam Malaysia pon aku dah bersyukur sangat. Ada rakan2 yang tak dapat langsung berjalan. So kena lah bersyukur rite. Aku baca kat fb,kalau nak jadi orang yang bersyukur,sentiasalah tengok orang yang lagi bawah dari kita,kalau kita asyik compare dengan orang yang up drpd kita,sampai sudahdah kita ni tak bersyukur. Tak gituu? Hihi. Same goes to carry mark,kalau dapat rendah,ingatlah bahawasanya ada yang lagi rendah daripada kau! Haha tengok dah melalut ke carry mark. Mentang-mentanglah dah nak final exam. Hihi.
So utk yang nak pergi jalan-jalan kat muar. Kalau korang tak buat slot jalan-jalan cari makan ni. Rugi lerr.. utk orang Muar,kalau korang tak promotekan Muar kat member2 kau,teramatlah rugi weh! Aku tengok mak aku excited cari kedai kopi 434 dan pes mee bandung,soto n sambal ikan bakar makpon. Haha aku excited tang kopi jer sebab aku suka giler aroma kopi! Haha cam orang tua tak?
Ok  so ini list kedai makan yang aku pergi selama dua hari. Actually tak sampai 2 hari pon.kuang kuang kuang.


#1 Kedai Asam Pedas Muar
Sederet kedai kat sini semua jual asam pedas. Aku pergi kedai hujung sekali sebelah kiri. Harga boleh tahan gak ah. For sure tak murah walaupon sebelah tu ada bot2 tangkap ikan. Makan 5 orang dalam rm50. Itupon aku rasa boleh makan  6 orang. Pilihan ikan pon tak banyak huhu. Hihi Ramai jugak orang makan kat sini. Aku bagi 3 bintang . one of the reason is aku kan penggila asam pedas. So aku boleh detect asam pedas dia sedap ke tak, perfecto ke idok. Asam pedas muo kat kedai ni cair weh! Aku plak jenis suka  makan style nasi banjir. Serious talk,asam pedas Melaka lagi sedap,sebab ada ramuan ajaib kan..hihi. Dan sudah tentu asam pedas yang aku buat lagi sedap.  Kalau tak tambah 3 pinggan memang tak sah kalau kat rumah. Asam pedas aku= asam pedas mak. Siapa nak rasa asam pedas aku boleh lah mai rumah. Hihi. Eh sorry2,aku suggest korang pergilah try kat kedai lain  okay. Hihi. Selera masing2 kan berlainan. Aku ni jenis suka makanan pedas tahap menangis. Tu yang kecewa dapat asam pedas tapi tak pedas. Asam pedas kat restoran RnS kat rumah aku perghhh pedas dia tahap leleh hingus wehh. Pedas kuss semangat. Aku memang tobat amek kuah sikit jer kalau pergi kedai tu. Hihi

# Medan Ikan bakar Sabak Awor(kedai ikan bakar wak jos)
Petang tu plan nak pekena mee bandung abu hanipah berdekatan dengan hotel tapi tutup plak aihh. So terus ke medan ikan bakar sabak awor. Search je kat waze medan ikan bakar sabak awor. Ok kat sini ada 1 kedai yang famous amous meletop kebabom iaitu kedai ikan bakar wak jos. Tapi malangnya tutup plak aihh. Isk asyik tutup jer. tension plak kak ton. So kiteorang makan kat kedai sebelah dia. Mak aku ambil ikan siakap masak stim tomyam,sotong celup tepung,ikan pari cute and menu wajib iaitu butter prawn! Kiteorang sekeluarga pergi makan seafood jer wajib order butter prawn ni.. Bukan apa,bukan semua orang boleh buat butter prawn yang betul2 rangup,tak berminyak dan flawless(eh!) Setakat ni butter prawn terbaik abad ini di restoran Adam Lai kat sek 15 shah alam. Memang terbaik ahh dia buat!
Kos makan 5 orang rm100++. Ok lah kan? Hihi jimat ke jimat? Yang bestnya lagi,kat sini ada banyak kucing-kucing comel2 ekor kontot bulu gebu mai gesel2 mintak makanan. Pastukan. Dia makan dengan sopannya. Rasa cam nak bawak balik jer.

# Restoran RHS di jalan mahari muar,betul2 depan terminal dan bawah jejantas.
Restoran ni memang pergh crowded baqq hang. Aku ingatkan sedaplah. Huhu. So kiteorang pon duduk. Aku order mee rebus,abang aku ‘diet’, mak order lontong. Adik aku order meatball(baksso punya je). Ok so far aku tak reti lah nak judge mee rebus ni. Tapi for sure aku makan tak habis,huhu so faham2 jelah bila aku makan tak habis tu petanda apa. Aku tak tahulah nak cerita ke tak pasal ni,pasal pekerja kat kedai tu yang kurang sopan or Bahasa rock dia BIADAP. Serious weh, tak de adap langsung. Cara dia cakap tu,sampai terkedu mak n abang aku. Tak terkata sebab poyo kerek biadap biadap biadappppp.. Bahasa tu tak boleh nak biadap lagi ke? Bos dia tak ajar ke pekerja dia adap2 dengan customer? Kalaulah bos dia kawan mak aku,dah lama aku suruh pecat dia. Boleh jejaskan business kot dapat pekerja cenggitu. Nak tahu cerita lanjut boleh tanya aku sendiri or tengok kt ig aku @cikmira23. Haha macamlah aku approve. Lolz. Korang pergilah makan tempat lain yer. Hmm,sorry nasib tak baik pergi kedai tak best. Jujur lebih baik kann walaupon pahit daripada tipu.

#Mee Bandung Central

Hah yang ni aku rekemen utk korang pergi. Aku ngecek adik aku punya soto jer. Kuah sup dia phewww sodap baqq hang. Eh2,nama kedai mee bandung tapi aku makan soto. Haha. Aduii. Aku tak rasa pon mee bandung dia. Tapi aku tahu sedap sebab licin pinggan abang aku makan.
 # Restoran Bariani Power
Ini kedai terakhir yang aku pergi. Aku sarankan korang pergi. Haha nak dengar cerita lawak tak. Aku cakap kat mak aku . “ nanti makan,yah nak nasi separuh jer taw”. Tapi bila sampai kedai, mak aku tak cakap pon kat waiter tu yang aku nak nasi separuh. So aku dapat nasi penuh lah. Sedar tak sedar,licin weh pinggan aku makan. Mak aku “ eh tadi orang tu nak nasi separuh,ini makan tak berbunyi tengok2 dah licin”. Hihi. Ok itu petanda nasi bariani dia powerrrr!So mai makan sini naa. Hihi.

Ok it sahaja episode kali ni. Aku cerita pon tak details sebab kena ambil mood dulu taw sebelum menulis ni. Nak menulih perlu ada feel. Yap,feel tu penting.
Itu sahaja,ada masa aku edit pos ni Nampak lagi kemas.
Gambar akan menyusul tapi tak tahulah bila. For sure,aku akan letak gambor. ^^

Sebelum aku terlupa,kiteorang sewa hotel kat muar trade centre. Tak ingat nama hotel tu. Harga memang a little bit pricy tapi memang memuaskan sebab lokasi dia yang teramat amat amat amat amat amat amat amat amat amat kuss semangattttt strategikkk beb!!!!!!!  Serious wehhh kat situ ada uptown,pasar malam,kedai makan best2 dan hq kedai kopi 434.

Terima kasih membaca. Sila baca lagi.




Tuesday, 15 December 2015

OFFICIAL EERAA CLOSET WEBSITE

السلام عليكم

Dengan ini,aku berbesar jantung paru paru limpa buah pinggang hati utk mengumumkan kehadiran website ahli keluarga baru iaitu Eeraa Closet.

Sebenarnya dah lama taw nak buat website untuk eeraa ni tapi asyik malas jer. lagi satu,aku asyik fikir,kalau aku buat website pon,bukannya ada siapa yang nak handle pon. blog ni aku handle,blog itu pon aku kena handle. mana ada masa wehhh. lagipon instagram kan adoo.

Yang kelakarnya,website ni lahir pabila aku diberi assignment utk buat website using wordpress alang2 tu,itu yang aku create website eeraa ni.

taraaaaa.




korang taip jer www.eeraacloset.wordpress.com

nanti keluar terus blog aku tu.

ok lah itu jer. tapi aku tak selalu update kat situ taw. so kalau nak tahu update terkini. feel free to follow instashop aku. @eeraacloset. jangan ragu2 nak shopping online okay. kalau festime,jom try shopping dengan aku. im trusted seller. dahpon berdaftar dengan ssm okay. hihi