Thursday, 17 December 2015

JJCM Muar Cikmir

السلام عليكم

Assalamualaikum. Pos ini ditulis selama 4 hari utk disiapkan. saja gitahu. hihi

Alhamdulillah 12-14 Disember yang lalu. Aku dan keluarga telah selamat menjalani trip jalan-jalan cari makan di Johor. Specifically Muat,Batu Pahat JDT. Alhamdulillah again,dapat berjalan dalam Malaysia pon aku dah bersyukur sangat. Ada rakan2 yang tak dapat langsung berjalan. So kena lah bersyukur rite. Aku baca kat fb,kalau nak jadi orang yang bersyukur,sentiasalah tengok orang yang lagi bawah dari kita,kalau kita asyik compare dengan orang yang up drpd kita,sampai sudahdah kita ni tak bersyukur. Tak gituu? Hihi. Same goes to carry mark,kalau dapat rendah,ingatlah bahawasanya ada yang lagi rendah daripada kau! Haha tengok dah melalut ke carry mark. Mentang-mentanglah dah nak final exam. Hihi.
So utk yang nak pergi jalan-jalan kat muar. Kalau korang tak buat slot jalan-jalan cari makan ni. Rugi lerr.. utk orang Muar,kalau korang tak promotekan Muar kat member2 kau,teramatlah rugi weh! Aku tengok mak aku excited cari kedai kopi 434 dan pes mee bandung,soto n sambal ikan bakar makpon. Haha aku excited tang kopi jer sebab aku suka giler aroma kopi! Haha cam orang tua tak?
Ok  so ini list kedai makan yang aku pergi selama dua hari. Actually tak sampai 2 hari pon.kuang kuang kuang.


#1 Kedai Asam Pedas Muar
Sederet kedai kat sini semua jual asam pedas. Aku pergi kedai hujung sekali sebelah kiri. Harga boleh tahan gak ah. For sure tak murah walaupon sebelah tu ada bot2 tangkap ikan. Makan 5 orang dalam rm50. Itupon aku rasa boleh makan  6 orang. Pilihan ikan pon tak banyak huhu. Hihi Ramai jugak orang makan kat sini. Aku bagi 3 bintang . one of the reason is aku kan penggila asam pedas. So aku boleh detect asam pedas dia sedap ke tak, perfecto ke idok. Asam pedas muo kat kedai ni cair weh! Aku plak jenis suka  makan style nasi banjir. Serious talk,asam pedas Melaka lagi sedap,sebab ada ramuan ajaib kan..hihi. Dan sudah tentu asam pedas yang aku buat lagi sedap.  Kalau tak tambah 3 pinggan memang tak sah kalau kat rumah. Asam pedas aku= asam pedas mak. Siapa nak rasa asam pedas aku boleh lah mai rumah. Hihi. Eh sorry2,aku suggest korang pergilah try kat kedai lain  okay. Hihi. Selera masing2 kan berlainan. Aku ni jenis suka makanan pedas tahap menangis. Tu yang kecewa dapat asam pedas tapi tak pedas. Asam pedas kat restoran RnS kat rumah aku perghhh pedas dia tahap leleh hingus wehh. Pedas kuss semangat. Aku memang tobat amek kuah sikit jer kalau pergi kedai tu. Hihi

# Medan Ikan bakar Sabak Awor(kedai ikan bakar wak jos)
Petang tu plan nak pekena mee bandung abu hanipah berdekatan dengan hotel tapi tutup plak aihh. So terus ke medan ikan bakar sabak awor. Search je kat waze medan ikan bakar sabak awor. Ok kat sini ada 1 kedai yang famous amous meletop kebabom iaitu kedai ikan bakar wak jos. Tapi malangnya tutup plak aihh. Isk asyik tutup jer. tension plak kak ton. So kiteorang makan kat kedai sebelah dia. Mak aku ambil ikan siakap masak stim tomyam,sotong celup tepung,ikan pari cute and menu wajib iaitu butter prawn! Kiteorang sekeluarga pergi makan seafood jer wajib order butter prawn ni.. Bukan apa,bukan semua orang boleh buat butter prawn yang betul2 rangup,tak berminyak dan flawless(eh!) Setakat ni butter prawn terbaik abad ini di restoran Adam Lai kat sek 15 shah alam. Memang terbaik ahh dia buat!
Kos makan 5 orang rm100++. Ok lah kan? Hihi jimat ke jimat? Yang bestnya lagi,kat sini ada banyak kucing-kucing comel2 ekor kontot bulu gebu mai gesel2 mintak makanan. Pastukan. Dia makan dengan sopannya. Rasa cam nak bawak balik jer.

# Restoran RHS di jalan mahari muar,betul2 depan terminal dan bawah jejantas.
Restoran ni memang pergh crowded baqq hang. Aku ingatkan sedaplah. Huhu. So kiteorang pon duduk. Aku order mee rebus,abang aku ‘diet’, mak order lontong. Adik aku order meatball(baksso punya je). Ok so far aku tak reti lah nak judge mee rebus ni. Tapi for sure aku makan tak habis,huhu so faham2 jelah bila aku makan tak habis tu petanda apa. Aku tak tahulah nak cerita ke tak pasal ni,pasal pekerja kat kedai tu yang kurang sopan or Bahasa rock dia BIADAP. Serious weh, tak de adap langsung. Cara dia cakap tu,sampai terkedu mak n abang aku. Tak terkata sebab poyo kerek biadap biadap biadappppp.. Bahasa tu tak boleh nak biadap lagi ke? Bos dia tak ajar ke pekerja dia adap2 dengan customer? Kalaulah bos dia kawan mak aku,dah lama aku suruh pecat dia. Boleh jejaskan business kot dapat pekerja cenggitu. Nak tahu cerita lanjut boleh tanya aku sendiri or tengok kt ig aku @cikmira23. Haha macamlah aku approve. Lolz. Korang pergilah makan tempat lain yer. Hmm,sorry nasib tak baik pergi kedai tak best. Jujur lebih baik kann walaupon pahit daripada tipu.

#Mee Bandung Central

Hah yang ni aku rekemen utk korang pergi. Aku ngecek adik aku punya soto jer. Kuah sup dia phewww sodap baqq hang. Eh2,nama kedai mee bandung tapi aku makan soto. Haha. Aduii. Aku tak rasa pon mee bandung dia. Tapi aku tahu sedap sebab licin pinggan abang aku makan.
 # Restoran Bariani Power
Ini kedai terakhir yang aku pergi. Aku sarankan korang pergi. Haha nak dengar cerita lawak tak. Aku cakap kat mak aku . “ nanti makan,yah nak nasi separuh jer taw”. Tapi bila sampai kedai, mak aku tak cakap pon kat waiter tu yang aku nak nasi separuh. So aku dapat nasi penuh lah. Sedar tak sedar,licin weh pinggan aku makan. Mak aku “ eh tadi orang tu nak nasi separuh,ini makan tak berbunyi tengok2 dah licin”. Hihi. Ok itu petanda nasi bariani dia powerrrr!So mai makan sini naa. Hihi.

Ok it sahaja episode kali ni. Aku cerita pon tak details sebab kena ambil mood dulu taw sebelum menulis ni. Nak menulih perlu ada feel. Yap,feel tu penting.
Itu sahaja,ada masa aku edit pos ni Nampak lagi kemas.
Gambar akan menyusul tapi tak tahulah bila. For sure,aku akan letak gambor. ^^

Sebelum aku terlupa,kiteorang sewa hotel kat muar trade centre. Tak ingat nama hotel tu. Harga memang a little bit pricy tapi memang memuaskan sebab lokasi dia yang teramat amat amat amat amat amat amat amat amat amat kuss semangattttt strategikkk beb!!!!!!!  Serious wehhh kat situ ada uptown,pasar malam,kedai makan best2 dan hq kedai kopi 434.

Terima kasih membaca. Sila baca lagi.




No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^