Thursday, 17 November 2016

Thursday, 27 October 2016

Sunday, 16 October 2016

Check up Mata di IIUM Kuantan

السلام عليكم

Setelah sekian lama berfikir utk check kesihatan mata(perlu ke fikir mira uii? Haha).. 

akhirnya aku memutuskan utk g check mata..

Sunday, 2 October 2016

Thursday, 8 September 2016

TAA'RUF PROGRAMME KUANTAN 2016/2017

السلام عليكم


Alhamdulillah berakhir sudah induction dan Taaruf Program bagi sesi 2016/2017.
Aku as one of the committees TaWe sangat-sangat rasa bersyukur kerana terpilih untuk menjadi sebahagian daripada family TaWe.


nametag


Wednesday, 27 July 2016

Thursday, 21 July 2016

Thursday, 30 June 2016

Cara ke Jaya One menaiki public transport.

السلام عليكم

CARA KE JALAN TAR MENAIKI PUBLIC TRANSPORT

السلام عليكم



Untuk yang tak pernah ke jalan tar, nasihat aku tak yah lah rajin sangat nak naik kereta. Kalau kau seorang yang sihat(xde sakit kaki, boleh naik tangga). Better ko pergi dengan public transport jer.
First untuk yang memulakan perjalanan mereka dengan KTM.


Thursday, 23 June 2016

Tuesday, 21 June 2016

Tamat sudah sem 2 2015/2016

السلام عليكم

Phew dah lama tak post kat blog. Maafkan aku, tak tahu nak pos apa. Kalau ikutkan banyak jer menda nak post tapi memikirkan semuanya berkisar luahan perasaannn so aku save as draft jer. Post ni annual post so kena post lah jugak hihihihi

Thursday, 26 May 2016

Monday, 23 May 2016

Lelaki, Perempuan dan..

السلام عليكم


Pagi ni ada dua orang kawan perempuan aku share post sis Aiman tentang pengalaman dia hampir menjadi mangsa rogol. Aku baca dan hati aku sentap.
Sentap dengan budaya victim-blaming dalam mana2 kes rogol.

Welcome to UIA, adik2 batch 98 Maarif

السلام عليكم

Sempena result UPU yang telah pon keluar. Tak pasti bila keluar. Tiba-tiba group whatsapp Maarif- Uia yang selama ni sunyi sepi tetiba haru. mujur hp tak hang.

Thursday, 19 May 2016

Nak pergi lagi...

السلام عليكم

bila la lagi aku akan ke kelantan ye? 1st time pergi sebab lawatan sekolah. 2nd sbb misi banjir. 3nd time pon sbb misi banjir.
korang yang duk kelantan, ajaklah aku pergi sanaaa. pleaseee.... aku takde sedara duk kelantan so memang tak ahh nak pergi sana. sedangkan ganu pon aku jarang pergi inikan plak kelantan, kedah, perlis semuaaa.tadi nak cleanup hard disk. then terjumpa pic time misi banjir ritu..
nahh, aku belanja gambor. haha. jom ' cuci' mata. haha cuci lah sangattt.

Wednesday, 18 May 2016

Fussy Customer #1

السلام عليكم
post ni sesuai utk seller sebenarnya. lagi2 seller yang part time cam aku . yang tak menghadap laptop/fon 24jam.

 contoh2 ayat buyer yang fussy a.k.a cerewet tak kena tempat.

Tuesday, 17 May 2016

surat buat ex roommate #2

السلام عليكم

utk #1 ADA KAT SINI

 apa khabar ex rumetku? rindu plak tetiba... wehh soriii sebab tak contact langsung kau! jahatnya aku, sombongnya aku. tapiii. apehal ko tak contact aku?? ke kau nak tunggu aku contact kau dulu? yela2 nanti aku whatsapp kau. ape punya kawan lah aku ni. hadap whatsapp hari-hari tapi susah giler tangan aku ni nak wasep kau.

Bukan tak kenal !

السلام عليكم

alkisah tadi aku kuor makan2 jap ngan mber kat bando disamping teman member aku ni nak beli beg plus barang2. aku pon nak beli barang2 jugak even dah nak cuti haha. barang2 nak masak kat bilik. duit dah short so kena jimat sikit. ini je cara paling jimat iaitu masak sendiri muahaha.

UNGS 2040K

السلام عليكم

Alhamdulillah selesai sudah paper pertamaku. ecehh perlu ka hapdet mira oii??

haha perlu laa. nanti junior nak baca.

Soalan Lazim CFS PJ/gambang

السلام عليكم

berikut merupakan soalan yang lazim ditanya. Jika soalan dan jawapan ini tidak menjawab soalan anda. Sila komen dan akan dijawab dalam post ini.

Monday, 16 May 2016

SELAMAT HARI GURU 2016

السلام عليكم

first of all, aku rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari guru umum buat guru di Malaysia dan khusus buat guru yang pernah mendidik aku dari alam bebudak sampailah dewasa kini.

Saturday, 14 May 2016

Susahnya nak jadi volunteer

السلام عليكم

menurut pengamatan aku.. susah jugak taw nak jadi volunteer lagi2 kalau yang best2 contohnya program di pedalaman kat taman negara, sabah, apatah lagi kalau misi ke luar negara seperti di indonesia,cambodia, thailand apatah lagi syria,jordan,mesir semua.

PERSONAL SHOPPER KARANGKRAF

السلام عليكم

wahai karangkraf, izinkan diriku untuk menjadi personal shoppermu. hihi.

Ok untuk kalian yang berada jauh nun di utagha,johor, pahang,kedah,ganu,klate,perlis, perak dll. for sure selain selangor or yang dalam selangor tapi di hulu . pointnya sesiapa yang jauh dari shah alam lah. hihi.

EVENT WAJIB DI UIA KUANTAN

السلام عليكم

setiap universiti mesti ada annual event kan... same goes to uia kuantan .

saja nak listkan. utk adik2 yang bakal masuk ke UIA kuantan ni .bolehlah aim nak jadi komiti utk event yang mana yer. hihi

STUDY CIRCLE 2

السلام عليكم

alhamdulillah sebentar tadi aku n kengkawan baru je sudah quiz(final exam) study circle. lega bila dah habis. tak cuak pon nak quiz sc ni sebab dah boleh agak soalan camne. menurut pengalaman lalu(study circle 1). soalan quiz memang tak terjangka dan even kau study. tak bermaksud ko boleh jawab. haha

Thursday, 12 May 2016

Stay positive Mira!

السلام عليكم

Post ni utk diri aku. utk bagi semangat. waa semalam tengok carry mark 1 subjek ni. serious daripada tengah makan syiokk terus hilang selera weh. Teruk. aku kedua teruk. macamana aku tahu aku kedua teruk? sebab aku tengok markah orang lain. haha. yet memang teruk giler weh. ko bayangkan 30% carrymark tu. aku dapat tak sampai 10. Serious weh masa aku tengok tu rasa cam betul ke ni markah aku? penuh kot paper tu aku jawab.


Friday, 6 May 2016

PART 2- SALAH FAHAM

السلام عليكم

korang kena baca PART 1 dulu taw. dah baca part 1 baru baca part 2. KLIK SINI untuk baca.

SAMBUNGAN...

dalam part 2 ni,aku akan cerita bagaimana semua salah faham aku tadi menjadi kekaguman.

emel sebab nak...

السلام عليكم

lately ni aku banyak dapat emel persoalan mengenai pos barang,vendor, buku dan macam2 lah.

yang buat aku terharu kejap.. ada yang mintak ajar dri aku. adoii. aku bukan cikgu. nak share pon bukannya berpengalaman sangat. juz boleh share apa yang aku tahu la. itu pon semuanya aku dah cerita kat post.

then,ada beberapa post yang aku macam tak cerita sepenuhnya. contohnya pasal tips2 . ada plak yang sanggup emel aku utk tahu tips tu. adoii. lawak. masalahnya aku dah lupa apa tips tu. itula time tulis tu tak nk tulis sampai habis,kan dah lupa.

ok la itu jer.

Thursday, 5 May 2016

BioLchem

السلام عليكم

saja share. kelmarin belajar dna replication. tahu kan dalam DNA tu ada genetic information kita. ok kali ni belajar dtails baq hang tapi baru takde la details sgt pon aku rasa. dalam 20% jer.

Cara ajar anak SPEAKING

السلام عليكم

tak pernah speaking dengan anak anda? takot? grammar tunggang langgang? no no, itu bukan masalahnya(grammar,takot). masalahnya anda tak nak mula. bila nak mula? bukankah ibu ayah guru 1 anak..

jom ikuti tips ni.

Wednesday, 4 May 2016

Mood Republik Kuantan,best ke?

السلام عليكم

MOOD REPUBLIK

Assalamualaikum, Alhamdulillah selesai sudah MR Kuantan. This is my first time buat part time kat sini. Haha. Best giler siot. Haha.
Ramai la mber Tanya macam mana kerja? Best tak? Dan paling common question is BERAPA GAJI??? Haha mesti nak tahu kannn. Ade laa,jom kerja sama2 puasa ni nanti baru aku bagitahuu. haha.
kat sini aku nak share perasaan aku sepanjang event ni. ni first time,so sorry la kalu ayat cam jakun makun sikit. biasa laaa kann. nanti second time da tak semangat camni kott. hah

Tuesday, 3 May 2016

Sudah Ku Tahu

السلام عليكم

da lama aku tak layan lagu2 jiwang ni. Ok fine kalau lagu jiwang lama2 tu layan ah jgak cam dalam diam aku  mencintaimu, hanya segenggam setia,kusapu air mata perpisahan etc. tp x bnyk pon lagu jiwang dlm laptop ni,itupon aku ulang yang sama bnyk kali tanpa jemu..

Friday, 29 April 2016

Esok kerja

السلام عليكم

ini merupakan pekerjaan aku yang ke 3 kalau tak silap. yang pertama rahsiaaa. yang ke dua,kje kt PKNS. then ni yg ke tiga. nampak tak aku tak kerja pon time cuti.\

Thursday, 28 April 2016

SABUN MARINE ESSENCE COD SHAH ALAM

السلام عليكم




KELEBIHAN DAN KEBAIKAN SABUN MAGIC MARINE ESSENCE
Gabungan unik bahan semulajadi dan botani membantu mengekalkan kulit sentiasa bersih, sihat, lembap, lembut dan licin.
Mengatasi masalah kulit kering, kulit berminyak, kulit kusam, jerawat, jeragat, parut, panau, kudis.
Sangat membantu merawat Eczema termasuk pada bayi.
Mencerahkan kesan hitam dan daki di leher, siku, lutut, ketiak, pelipat dan stretchmark di perut.
Ia diformulasi tanpa sabun, paraben dan SLES (Sodium Lauryl Ether Sulfate) maka ia tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan sesuai digunakan setiap hari.
Diperkayakan dengan Garam Buluh - mineral yang memberikan kulit yang bersih dan sihat dan seimbangkan pH badan.
Antioksidan yang hebat kerana menghapuskan radikal bebas berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit.
Mempunyai haruman yang menyegarkan hari anda.



SABUN MARINE ESSENCE SESUAI UNTUK SEMUA:
Jenis kulit: termasuk kulit sensitif, berminyak, jerawat, kurap, eczema, kurap, panau dan lain-lain.
Peringkat umur: seawal umur bayi hinggalah warga tua.
Golongan: lelaki, perempuan, ibu mengandung, ibu menyusukan


SMS/Telegram/Whatsapp 0173640593 Dura Norell, IG: dura.norell, Fb: Ara Norell, <GLAMpreneur Authorized Agent of Premium Beautiful (Korset Premium Beautiful, Premium Beautiful Short Bra, Premium Beautiful Long Bra, Premium Beautiful Waist Nipper, Premium Beautiful Long Girdle), Marine Essence Shah Alam, Marine Essence Klang, Marine Essence Kuala Lumpur (KL), Marine Essence Beauty Series (Marine Essence Beauty Bar Soap, Marine Essence Body Wash, Marine Essence Shampoo, Marine Essence Toothpaste), Bio Seleza Feminine Pad (Day Safe, Night Safe, Night Safe Extra Long, Panty Liner), Bio Aura, Bio Velocity Sleep Mate (Tilam Kesihatan Bio Velocity), Mineral Coffee (Kopi Mineral/ Kopi Kesihatan/ Kopi Garam Buluh), Cozuma Beauty Series (Cozuma Foundation, BB Cream, LipStick, Make Up, Skin Care), Sabun Marine Essence, Sabun Hijau, Sabun Shrek, Sabun Ketiak, Sabun Eczema, Sabun Hilangkan Daki, Sabun Cerahkan Kulit, Sabun Wangi, Sabun Daun, Sabun Murah, Harga Borong Sabun Marine Essence, Harga Pukal Sabun Marine Essence, Sabun Marine Essence Harga Murah, Harga Seketul Sabun Marine Essence, Agent Borong Sabun Marine Essence Diperlukan, Pengedar Sabun Marine Essence Diperlukan, Bisnes Sabun Marine Essence, Bisnes Modal Rendah, Bisnes Untung Lumayan, Bisnes Mudah, Bisnes Online, Online Business, Pencerah Kulit, Hilangkan Jerawat dan Parut Jerawat, Buku Lali Hitam, Ketiak Hitam, Siku Hitam, Lutut Hitam, Pelipat Hitam, Daki Leher, Stretchmarks, Selulit, Hilangkan Bau Badan, Hilangkan Bau Peluh Busuk, Hilangkan Bau Ketiak Masam, Atasi Eczema, Kurap, Panau, Kayap, Kudis, Kegatalan, Ruam, Kulit Kering, Kulit Bersisik, Kulit Kusam, Kulit Berminyak, Kulit Gelap, Bisnes Laman Sosial, Free Business Coaching Diberikan

FUNGSI SABUN MARINE ESSENCE a.k.a SABUN MAGIC

Mencerahkan yang gelap: di bahagian leher, ketiak, lutut, siku, pelipat, buku lali.
Mengurangkan kesan stretchmark selepas bersalin
Menghilangkan daki yang dah menjadi kotoran degil
Merawat Eczema pada bayi
Merawat dan perbaiki masalah kulit: jerawat, parut jerawat, panau, kurap, kudis, kulit berminyak, kulit kering, kulit kusam
Melembut dan menyegarkan kulit


RAMUAN EKSKLUSIF SABUN MARINE ESSENCE:

1) Garam Buluh:
Kaya dengan mineral dan anti-oksidan untuk kulit.
Anti-bakteria, anti-alergi dan anti-keradangan
2) Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)
Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit (anti-penuaan).
Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama
3) Ekstrak Liquorice
Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
Mencerahkan pigmentasi kulit
4) Minyak Tea Tree
Anti-bakteria dan anti-kulat
5)  Vitamin E
Antioksidan dan anti-penuaan.
Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan
6) Gliserin
Tidak mengeringkan kulit; sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit.
Merupakan pelembap kulit yang terbaik
 7) Aloe Vera
Kebolehan untuk menyembuh dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit bermasalah.


Cara Penggunaan:

Basahkan hingga berbuih. Kemudian sapukan pada kulit. Bilaskan dengan air hingga bersih.

Cara Penyimpanan:

Simpan di tempat yang dingin dan kering selepas digunakan.

untuk beli boleh whatsapp 019.240.2400- siti . cod shah alam dan klcc sahaja. 


Tuesday, 26 April 2016

Cara bayar cukai taksiran'pintu online

السلام عليكم

kalau tak nak bayar cukai pintu, pastikan rumah anda takde pintu. eh boleh plak camtu? haha


haha apa2 jelah. ini kali kedua aku diamanahkan untuk membayar cukai pintu. kali pertama utk rumah kat shah alam,yang kedua utk rumah kat kuantan.

ececeh cakap cam rumah aku jer. haha ala consider rumah aku la jugak. tu rumah mak aku. bukan ke rumahku rumahmu jua? haha

utk 1st time tu aku bayar on9 jer. jenuh gak ah sebab first time kan,tak biasa. agak leceh. aku hampir give up utk bayar on9 masa tu. tapi ku gigihkan jugak utk bayar.

then utk kali ni,ingatkan nak bayar offline kat UTC,tapi ada prob plak masa tu. nak tak nak kena jugak bayar on9. aduihh. nasib la ada on9 bankin. si penyelamat. bagus siapa yang cipta on9 bankin ni,memudahkan kerja.

Ok so aku nak share camne nak bayar cukai pintu secara on9. khas utk warga pahang. utk cukai kat pahang,kena bayar kat MPK,while utk shah alam  kena bayar kat MBSA.

ok basically ada 2 cara utk byr on9 ni.

 1 ko bayar terus dri cimb/mbb kau. tapi leceh sikit la yang ni sebab ko kena godek2 on9 bankin tu.

cara kedua is. ko pergi ke laman web ebayar MPK. KLIK SINI.

KAT SINI ada manual. kalau ko jenis kena baca manual. hah better kau tengok link yang aku bagi tu.

rasanya kat manual tu dah guide kau sehabis baik. kalau kau tak ikut cara dia suruh memang kau tak dpt la.

btw, aku try byr guna cimb,dah la semalam offline. aku tak tahu apa masalah dia.sampai je no tac tu. dia tak nak p dah.

so aku end up bayar guna mbb je. lagi senang. dan dah setel pon bayaran. alhamdulillah.

Jom bayar! teknologi dah mudahkan kita so sila manfaatkan

Sunday, 24 April 2016

Cara bayar yuran UIA online

السلام عليكم

so basically ada 3 cara utk bayar yuran UIA. khususnya uia gombak and kuantan. UIA pj ko dah dapat sponsor nak bayar ape nye?

1. Cash Deposit Machine(CDM)
2. E-pay di finance office
3. E-Fee di laman web uia

1. CDM

cara ni aku tak nak ajar,sebab senang sangat. takkan tak pernah guna CDM kott. kalau tak pernah p tanya mak kakak abang adik. then lepas bayar tu,korang kena pergi finance office utk clarify/comfirmkan/tunjuk bukti yang korang da bayar. kenapa kena buat camtu? sebab kalau ko bayar thru CDM,dia tak mintak kan ko punya no matrik,no ic semua?? so pihak uia takleh detek duit siapa yang masuk dlm account dia sebab tu ko kena pergi finance utk gitaw " sy da bayar thru CDM,ini resitnya". then lepas tu akak/abang tu akan cek then clearkan fee kau. setel

2. E-Pay

uia gombak aku tak sure ada ke tak. aku rasa mesti ada pnya. main campus kott. haha
kalau kat uia kuantan ni,aku sarankan kalau duit yg kau nk byr yuran tu ada dlm kad(belum withdraw). ko pergi kat office finance kat OSC,ni utk student kuantan ye. then kat meja kaunter tu ada mesin e-pay alah macam kad kredit tu. then ko cocok kat ko kat situ and ikut arahan kat situ. nanti dia mintak ko isi no matrik,no ic kau semua. So kalau ko buat payment kat situ, uia akan terus clearkan fee kau. setel. lagi senang. 1 kerja jer.

3. E-Fee

ini cara paling laju pantas jimat masa semua lah. caranya kau pergi kat LINK NI
then klik kat E-fee. pastu ko isi je lah details yang dia mintak. oh ye,utk efee ni. bukannya boleh sesuka hati kau je nak bayar. mesti kena ada online bankin dulu cam cimb clicks or maybank2u. kalau takde,terpaksalah kau bayar guna cara 1 or 2.

hihi. aku perasan e-fee ni lepas aku godek ape ntah hari tu. selama ni tak tahu pon. haha lol betul.
ok sekarang aku dah tahu,so nak share ngan korang. jom kita manfaatkan kemudahan yang ada.

sekian terima kasih baca . baca lagi yer.

Friday, 22 April 2016

Maafkan aku

السلام عليكم

untuk sahabatku semua.. terutama rakan sepasukanku. aku tak tahu kat mana salah aku, aku ada buat korang terasa ke,ada ambil hak korang ke,ada termenyakiti hati korang ke. Sungguh aku tak tahu silap aku. sebab sebelum keadaan jadi macam ni,hubungan kita ok je kan? boleh gelak,jalan sama2,makan sama2,sembang sama2,study sama2.

tapi after 1 moment tu,everything seems awkward. Korang anggap aku cam tak wujud je kadang. as aku dah biasa sorang2. so bila dapat kawan ngan korang yang aku anggap like my best friend sebab selalu tolong aku dan aku tolong korang. bila korang buat aku camni. tanpa bagitahu aku apa yang kau tak puas hati kat aku. cukup buat aku rasa bersalah. apa salah aku? please lahh. dan kenapa korang tak macam dulu bila dengan aku? cakap pon macam nak tak nak.

Serious weh bagi aku,korang takde buat salah apa-apa pon. even ada korang buat aku terasa,aku dah lupakan. takde guna aku simpan sakit hati ni. tapi kenapa korang layan aku cam aku ada buat salah besar ea? kalau betul aku ada buat salah,please la tegur. tegur jer aku. kalau aku marah bila korang tegur means hati aku mati,dah takleh terima teguran.

Teguran korang sangat penting bagi aku untuk aku muhasabah diri dan perbaiki diri. kalau korang tak tegur,camne aku nak sedar kesalahan aku?

aku tak nak ah menda kecil jadi besar weh. korang pon tahu aku bukan jenis banyak cakap kan. dulu korang suka je sembang ngan aku. sekarang? kalau boleh nak lari dari aku. kenapa weh kenapa?

weh,aku sayang persahabatan kita. aku tahu aku paling teruk dalam kumpulan kann. marahlah aku tegurlah aku .. aku rindu wehh moment kita bersama. dahla kita akan bersama selama 4 tahun weh. aku harap menda ni sementara je. mungkin inilah masanya persahabatan kita diuji.

Aku yakin semua ni ada hikmahnya. Aku doakan korang bahagia dengan  hidup korang. jangan lupakan aku ^^




Thursday, 21 April 2016

exam mid dah habes

السلام عليكم

alhamdulillah malam tadi last paper. jauh giler gap dari 1 april nak ke 20 april. hari ahad baru start menghafal tapi not exact hafal bulat2 lah. kalau hafal bulat-bulat mau 150 slide kena hafal. so hafal + faham. kalau faham je kalau tak hafal pon susah jugak sebab ada terms2 dia.

soalan cam biasalah. kalau pasal term ni memang aku cam kekura sikit. jenuh nak ngingat. aku plak ingat gitu2 jer. ok je kalau tak dapat jawab pon,ilham tu kan Allah yang bagi.

ok so bermula malam tadi jugak bermulalah detik kekosongan dalam jadual  aku selain kelas.

dah la tak terlibat dengan mana2 program dah. rasa cam sunyi giler.

oh ye,lupa plak esok ada last meeting tututututt.

sabtu ni ada seminar tapi still thinking nak pergi ke tak. seminar tu berbayar tapi ia sangat menarik. ikut hati memang nak pergi walaupon takde geng. tengoklah camne. kalau korang,pergi x? haha.

memikirkan nak isi masa lapang. rasanya aku pergi kott. ada yang nak join ke?? haha

itu jer,k la nak buat assignment calculus. 1 habuk pon tak sentuh lagi ni. mentang2lah lecturer cakap boleh anta bebila. naik tocang ea. haha

selamat memanfaatkan masa dengan perkara berfaedah

p/s: nk tnye,korang sebelum tidur selalu fikir pasal apa ea? nak tahu tak aku selalu fikir pasal apa? bolehh dengan syarat ko kena gtaw dulu haha. emel eh kat cikmira23@ymail.com. siyes ni, setiap malam aku duk pk menda sama jer,takleh move on. bukan menda lucah ke ape ea. just about something that i missed so much. tak leh tak fikir selagi hasrat aku tak tercapai. haha
so nak tahu jugak la korang camne. haha

mekaceh baca

Monday, 18 April 2016

TQ baca

السلام عليكم


post ni utk appreciate korang yang dah baca blog aku. tak kisahlah baru first time baca,dari dulu follow blog aku or whatever lah. thankz lah baca.

takdelah aku rasa syok sendiri walaupon kebanyakan post aku krik2 jer. aku tahu ada yang baca blog aku ni senyap2. ingat aku tak tahu ke hah??? haha.

dulu pageview sehari tak sampai 200 pon. biasa 100+ jer. sekarang ni dah 400-500+. bagi aku peningkatan yang baik.

best best jugak viewers meningkat tapi agak sedih jugak lah memikirkan.. in case blog aku ni terfemes kann. aku dah tak boleh tulis merapu2 cam sebelum ni. so korang jangan selalu stalk blog aku taw sebab aku nak post menda merepek cam selalu.

aku tak terfikir pon nak komersialkan blog aku ni as aku memang pk ni blog personal. takde khusus pasal kecantikan,masakan ke ape. lagipon,gaya penulisan aku yang entah apa2 ni memang tak ah nak jadi cam blog tu semuaa..

ok itu jer. again. thankz baca blog aku taw ^_^

korang ni,kalau dah baca post aku ni. rajin2kan lah komen weh. aku ske giler kot dapat komen dari korang walaupon komen tak memberangsangkan. haha

sekian..

buat taik

السلام عليكم

bila member yang kau harapkan tolong kau,bekerjasama dengan kau as 1 team.

tetiba buat taik ngan kau. jual ikan busuk kat kau. phewww, kencing kau hidup-hidup. dia menyusahkan hidup kau dengan bersenang lenang dengan hidup dia.

kalau ikut hati yang mati ni,memang nak calit taik tu kat muka kau. mujur ler hati tak mati,nak tahu apa petanda hati mati? sila gugel.

 memikirkan kau member aku, kena hadap hari-hari. terpaksalah letgone by gone.

TAPI...

aku nak kau ingat,kau orang terakhir yang aku nak bekerjasama as 1 team. walaupon aku tak cakap menda tu kat kau,aku nak kau tahu. kau dah pon aku blacklist utk bekerjasama dalam apa jua situasi.

sorry ah beb aku tak nak jual ikan kau. kau pergi jual kat orang lain yer.

semoga kau berubah la yer. belajar la mempermudah urusan orang kalau ko nak Allah mudahkan urusan kau.

 menda yang kita tak suka orang buat kat kita,jangan duk selok buat kat orang. memang harapan kau nak kena tu mmang tinggi.

semua ayat kat atas utk remind diri aku jugak supaya tak buat taik ngan orang.

p/s: aku harap korang fahamlah bahasa kiasan yang aku guna ni. bukannya level tinggi pon.


nak post apa?

السلام عليكم

cer bagi idea siket nak suruh aku tulis pasal apa.

penat gak perah otak nak tulis walaupon bertimbun menda nak hapdet.

review p makan ritu x tulis lagi. mood da hilang . sebab tu aku ske update terus lepas balik dri makan.

ade la terpk nak wat post pasal " kenapa perempuan suka k-pop?"  haha. tengoklah kalau rajin.

doakan ada quiz rabu ni plus exam mid ungs malam tu. waa banyak lagi tak hafal. banyak giler kott.

hmm. tengoklah,budak exam oriented. isk3, tajdid niat mira. belajar kerana Allah. bukan kerana exam.

Hope korang tak macam aku. >_<


tata. nanti lepas abeh exam aku hapdet bebanyok yer.

Friday, 15 April 2016

NASI ARAB KUANTAN,SEDAP DAN MURAH

السلام عليكم

siapa tak pernah makan nasi arab? wohoo kesiann. kenapa tak pernah? tak minat atau xde duit? haaha gurau jer. jgn ambil hati okay,nanti kesian bakal suamiku xleh nak curi hati sebab awak da ambil hati saya. haha

hari ni tergerak hati nak share 1 kedai makan nasi arab yang sedap pon sedap. kuantiti pon banyak memang kenyang. yang tong kecik tu boleh kongsi. hah ape lagi? harga. yezza. ini yang paling best ni. kriteria sedap,portion memang dah tiptop. harga pon tiptop gak.

bukan tiptop mahal taw tapi tiptop berbaloi baloi! berapa mira? aku nak bawak sekampung p makan ni.

jangan terkejut yer kalau aku gtaw ni.

1 pinggan rm5.50 jer. yer. rm lima hinggit lima phulohh shen jer awak. bukan lima belash yinggit. no no..

hanya rm11 ko dah boleh melantak 2 pinggan sorang tapi aku komfem perut ko bocor lepas tu sebab loaded sgt.


dengan hanya rm5.50,kau akan dapat
- nasi kabsah/ mandi- BANYAK
-ayam- besar
-sambal-boleh tambah
-kuah ape ntah



kalau kat luar rm5.00 tu harga ayam je. tak pon harga nasi. 1 set paling murah pon aku rasa rm9.90. kalau ko p kedai hok femes amos tu mau rm20++ padahal kuantiti sama jer.

trust me,ko takkan jumpa harga ni kat tempat lain. haha kalau ada pon once in a blue moon.

kat mana ni???? nak pergii..

ok lek lek p solat dulu..

tempat dia di cafe mahallah fatimah UIA KUANTANg ler.

tahu tak kat mana? hah guna waze cepat. search mahallah fatimah azzahra uia kuantan.

then pergi kat kafe dia. oh ye,time nak masuk tu,aku tak sure la korang boleh masuk ke tak. biasanya orang luar tak boleh masuk. ok letsay tak leh masuk. haha padan muka. p makan tempat lainnn.


gurau jer. jgn marah.. ok letsay tak boleh. try tactic ni,cakap nak jumpa/ambil sedara,. ala sesekali 'kencing' apa salahnya. cam tak biasa plak aihh.

kalau taktik ni tak berjaya,boleh roger aku. aku boleh tolong belikan. ko tunggu je lah kat depan pakgad tu. nak upah okay. penat ni p beli utk ko. haha

tak pe ke aku promote ni?? haha eh jangan sebarkan sangat taw. aku share sebab nak tolong bisness orang jer. yelah,,kita kan sama2 sedara. kenala saling menolong. lagipon akak n abang yang jual nasi arab tu ex uia.

oh ye,cakap pasal akak n abang tu. dorang married taw and yg coolnya suami dia memang orang arab. so ko patot bangga sebab makan hasil masakan orang arab wooo. hihi


ok lah itu jer. aku ada bertimbun soalan assignment calculus nak disiapkan.next week exam ungs. doakan kami.. thankz baca. lain kali baca lagi

Wednesday, 13 April 2016

TARIK DIRI

السلام عليكم

Tarik diri…

Aku tak faham dengan manusia yang pandang ringan dengan Tarik diri ni.
Izinkan aku bagi contoh Tarik diri yang aku pernah tengok.. ada yang aku edit sikit ceritanya.

1.       Tarik diri daripada jadi PC. Dia ni PC persatuan blab la bla. Tak habis lagi sem tu,dia dah Tarik diri. Alasan tak dapat bagi komitment. Bz dengan benda lain. Ada kerja lain yang lagi penting.
2.       Tarik diri dari pertandingan, pertandingan tu 1 hari full. Tapi tengah hari dah Tarik diri sebab rasa  pertandingan tu tak kena dengan jiwa dia.

Kau rasa patot ke? Dah lah kau dah diberi amanah utk jadi PC kelab tu. Then kau main Tarik diri camtu jer. Ceh, macam kau sorang je yang bz dengan benda lain,macam kau sorang je ada kerja lain lagi penting. Macam kau sorang je yang …. .. kalau dah tahu tak dapat bagi komitment,kalau dah tahu kau bukan jenis bukan boleh join macam2 program at 1 time. Yang kau jadi committee program itu program ini tu kenapa.. kenapa???? N then bila kau Tarik diri,tempat kau tu siapa nak ganti kau? Ok la letsay kau ada pengganti,tak ke naya dia utk buat kerja kau?

Pasal Tarik diri dari pertandingan. Weh mula2 kau yang sukarela nak join pertandingan tu. Tengah jalan kau nak berhenti sebab stress. Tak faham dowh. Tu Cuma pertandingan kecil jer pon. Yang kau take it hard tu kenapa? Adoyaii. Menda boleh bawak bincang. Menda boleh setel. Menda kecik jangan la diperbesarkan. Ok maybe organizer pon bermasalah. Tapi kau jangan tambahkan masalah kat diri kau. And please. Jangan lari dari masalah. Please laa. Jangan lepas tangan.

Main point aku is,bila kau Tarik diri. Kau sebenarnya lari dari masalah lepas tangan. Kau hanya fikir perasaan kau. Kau hanya fikir penat kau,kau hanya fikir apa yang kau buat. Kau langsung tak fikir pasal orang lain.

Sebenarnya bukannya tak boleh Tarik diri. Bolehhh. TAPI.. biar awal2,waktu mula nak start pertandingan,waktu awal sem. Jangan dah tengah sem,time separuh jalan pertandingan,kau Tarik diri. Lainlah ada masalah lain cam kematian or tak sihat ke ape ok la jugak dimaafkan.

Aku harap yang baca ni tak pernah buat cam ni. Dan jangan buat lagi.

Benda susah ni,kau yang tentukan sama ada dia susah ke tak utk kau. Even dia sesusah mana pon,try utk senangkan. Kalau tak boleh jugak,behenti jap. And teruskan. Yang penting jangan mengalah(Tarik diri).

Ayat ni peringatan utk aku jugak. Please la,selalu letakkan diri kau kat tempat orang lain. Jangan asyik jual ikan,takde sapa nak beli. Jangan terlalu berkira.

Itu je k thankz baca ^^



Monday, 11 April 2016

Last minute ke?

السلام عليكم

last minute ke?

malam ni aku kena siapkan..

assignment biochem pasal kira kalori harian sepanjang seminggu .
report cell bio,aku kena buat discussion.

----------------------------------------
ni perlu untuk aku buat esok or lusa...

assignment ungs , part aku kena buat kesan kejatuhan khalifah uthmaniyah
assignment bm- rasa cam tak siap walaupon da siap

nota 2 chapter biochem
nota on 2 chapter organic chem
nota on ungs.

...............................................................................



supposely semua ni boleh jer aku buat minggu lepas tapi entah rasa cam takde mood nak buat,maybe sebab nak exam calculus kot. lepas je habis exam barula rasa lega sikit and dapat buat kerja.

doakan aku ^_^ aku ok je pulun malam ni sebab dah bosan takde kerja(assignment). huahuahua

Cantiknya tulisan

السلام عليكم


Cantiknya tulisan


Pernah tak orang cakap tulisan kau cantik? Sedangkan kau sendiri kadang tak boleh baca tulisan kau.
Ada la beberapa orang member aku ni dia cakap tulisan aku cantik. Aku rasa cam tipu giler. Siapa cakap tulisan perempuan semuanya cantik hah? Haha silap weh kau silap.

Tulisan aku  species 'buruk' gak ah. Kejap senget,kejap tegak,kejap kurus kejap gemok kejap besar kejap kecik kejap besar kecik besar kecik. Ada satu tahap tu,aku plak yang Tanya kawan aku apa yang aku tulis ni. 

Ada aku dengar kalau tulisan tak static, org tu jenis tak tetap pendirian. Alah aku rasa rmai jer yang tulisan static tp tak tetap pendirian jugak. Lagipon perempuan weh,nafsu banyak,memang susah sikit la nak tetapkan pendirian tu. Contohnya minggu ni tak nak makan nasi, tapi makan jugak. Minggu ni tak nak hangout,tapi end up hangot jugak sbb member ajak. haha

So utk yang cakap tulisan aku cantik tu. Korang silap haha.
Tulisan aku hanya jadi cantik bila aku buat nota. Sebab nota tu kan nak baca selalu,so kena lah buat cantik2. Otherwise memang aku tulis caca marba jer.

Aku ada geng tak ni?? Haha

Oh ye,korang sama tak cam aku  yang tak suka tengok tulisan yang kecil cam semut, ape masalah kau weh? Kau ingat tulisan kau kecik camtu leh jimat ruang? Ok fine jimat tapi sakit weh mata nak baca. Better lagi tulisan aku kalah ayam ni. Haha

Btw,siapa pernah tengok tulisan aku. Tulisan aku camne? ada gaya budak-budak lagi tak?? Haha mak aku pon cakap tulisan adik aku lagi cantik dari aku. Hello,aku yang tulis nama kat buku sekolah dia eh. Haha. hah lagi 1 mak aku cakap,bila aku tulis nama aku dalam huruf besar NOR AMIRA...  tu kan. sebijik macam arwah bapak aku tulis. tak percaya boleh compare. haha. bapak aku n aku je yang kidal ^_^ phew  rindu plak kat abah...  alfatihah.. 

Actually,tulisan aku takdelah buruk mana. Ok jer,sedap mata memandang. Tak lawo sangat tak buruk sangat. Juz nice. Aku jer rasa orang yang puji tulisan aku cantik ni mata dia tersilap nilai. Oh ye baru teringat,cantik tu subjektif kan. hihi

Pastu boleh plak orang suruh aku menulis kat kain putih yang besar tu utk dijadikan sepanduk. Hah memang tulisan aku ‘cantik’ pon kannn. Haha. ada picnya nanti aku post kat sini.





Thursday, 7 April 2016

Calculus for biotechnology- Part 1

السلام عليكم

alkisah special lah subject ni sebab aku tulis pasal ko jer. haha.

Siapa cakap budak biotech tak belajar calculus?

 muahahah kiteorang belajar tapi silibus dia lain lah dari budak math yang belajar calculus ni.

Serious weh aku sebenarnya suka giler subjek calculus ni. sebab soalan dia memang perghh enak diperak otak ni utk jawab lagi2 yang killer question. alah yang penting faham konsep,inshaallah boleh jawab.

ok disebabkan dah terbiasa buat latihan utk subjek ni. tpi aku tak praktikkan utk subjek ni. sebab time dalam kelas. belajar benda basic jer weh. quadratic equation yang multiplying the square,lukis graf basic2,quadratic inequalities,logarithm,differentiation pon yang taraf spm jer. senang ceghita senang laa yang kiteorang belajar tu..

ok itu bukan point aku... so preparation utk exam pon jadi cam biasa2 jer. yelah benda dah belajar kan. just kena refresh balik jer otak ni.

then soalan tadi kau tahu pasal apa? aduyaii nak tergelak aku menulih. rasa cam mengarang cerita plak time exam tadi..

soalan semuanya KBKK.  ada 7 soalan. total 60 markah. 1 jer soalan kira2 dan soalan tu berbentuk cerita. sangat menarik cerita dia.

alkisah sis ni dia ada penyakit crustophobia(anti crust). pernah makan pizza? hah sis ni anti crust,bahagian lain dia boleh makan except crust. aku pon tak tahu betul ke crusphobia ni fakta or rekaan haha.

 radius pizza tu 10inch. and dia dibet oleh adik dia utk makan 50in2. ok bila sis tu makan punya makan and habis makan. adik dia ukur panjang yang tinggal 12inch. so siapa yang menang bet ni? sis ke adik dia??? haha kalau terror jawab lahhh.


soalan lain banyak cakap pasal 'cer buktikan' . camtu la. yang comelnya dia tanya menda basic jer. tapi hmm. still cam clueless nak jawab. lagi2 ada 1 part tu aku terlupa auto step dia. aku ingat manual step dia jer.


ko takkan terbayang dia tanya. kenapa guna distance utk kira jarak. hah cer explain cer cer cer haha.

ok lah itu jer . aku harap dr. terima jawapan aku dan kawan2 aku... aminnnn


Friday, 1 April 2016

Hampir tamat mid examku sem2 15/16

السلام عليكم

Disebabkan keexcitedan nak update. Hari ni jugak aku nak publish post ni. haha

alkisah minggu lepas kiteorang dak uia ni cuti seminggu sempena cuti mid sem. tapi hmm,cuti tak macam cuti. minggu ni(seminggu selepas cuti). 4 paper weh kena hadap.

Selasa- Biochem
Khamis- BM & organic chem
Jumaat- Cell biology.

Kejam ah,serious sangat dah duduk u pon dibrainwashkan utk exam oriented. Ye memanglah tak elok study last minit. masalahnya bukan study last minute. Kau bagi cuti tapi bukak cuti kau dera kiteorang. dah lah kiteorang ni dah bukan jenis belajar. kiteorang bukan budak medik weh,duk belajar,cium buku jer sokmo. Ada yang aktif sana sini. Memanglah kena pandai bahagi masa. Tapi keadaan ni sangat menekan weh.

haha over tak?

aku rasa cam sengal giler ngan member aku yang dah lah tak balik,pastu sanggup ponteng kelas pagi sebab petang tu exam, tapi still komplen ' takot nak jawab exam',' aku tak study pon' and macam2 lah. Lol giler,aku tengok kau hadap buku jer sokmo then kau cakap camtu. haha termengumpat plak. dikira mengumpat ke eh kalau korang tak tahu pon aku cakap pasal sapa and dia pon tak tahu aku tengah cakap pasal dia. Bukan apa,aku ada terbaca kat majalah solusi tak silap. tak dikira mengumpat kalau orang yang dengar kita mengumpat tu tak tahu orang yang diumpat.

contohnya,aku cerita pasal A dekat B. B tak kenal A. aku sorang jer yang kenal A. adakah aku dikira mengumpat? Ok letsay, A kenal B. Letsay aku mengumpat benda tak elok,mesti A pandang serong kat B. hanya disebabkan kata2 aku. faham tak ni? haha

dah ah aku pon pening apa yang aku tulis.

sebenarnya nak cakap pasal soalan exam hari tu.

yang biochem tu kan,ade ke patot dia tanya kesan negatif sedangkan kat slide cakap pasal kesan positif. aduhaiii. memang tak ah aku nak tahu kesan negatif dia.

utk organic chem plak, ok dr wat suprise kali ni. semua soalan objektif tapi nak nangis rasa jawab. sebabnya banyak tanya pasal menda yang kat atas anak panah dalam reaction tu. dah lah contoh kat slide banyak giler. pastu nak ingat semua memang tak lah. nasib jer kalau yang hafal tu keluar.

utk cell bio plak,lega sikit. bukan sebab aku study. haha yelah memang ler aku study,lol,genius giler kalau tak study. point aku is soalan dr H agak direct dan tak killer sangat. Serious masa dr I dulu,soalan dia killer giler.

ok la itu jer. nanti aku update lagi. ada 2 paper lagi iaitu calculus and unggas. doakan yer. ^^

Wednesday, 30 March 2016

Game PaC man

السلام عليكم

betul ke nama game tu?

tadi baru jer lepas level ker berapa entah. 6 kot.

korang pernah main tak game ni? aku suka main game ni dulu tapi tak ingat masa umur berapa. masa tu kecik sekolah rendah lagilah. nasib baiklah ada kat store.

hihi. mujurlah masih terror . nak main game ni jari kena pantas padu gerak kiri kanan depan belakang. aku rasa hok lelaki mesti terror. korang kan suka main game.



Monday, 28 March 2016

Syukurkah

السلام عليكم

Tadi aku skrol fb. then  kat grup dak lepasan spm ni. ada  yang tanya pasal yuran pengajian. aku baca la komen2 tu.

kebanyakan ipts mestilah yuran dia lagi mahalkan. 1 sem tu 7k-30k tu adalah normal utk ipts.


utk ipta/UA plak jauh giler beza. 1 sem tu kadang tak sampai 2k pon, yuran uia pon tak sampai 2k.

aku teringat kat kawan aku, dia komplen yuran dia mahal. bila tanya berapa yuran dia. alahai tak sampai 3k pn. bukannya nak cakap aku banyak duit ke ape. cer ko compare dengan member kau yang kena bayar 13k . aku rasa kalau ko komplen depan member kau yang byr 13k tu,komferm dia terasa weh. 3k tu memanglah bukan sikit yet klu compared dgn 13k,3k tu sangatlah sikit.

ada yang kata,alah anak orang kaya jer yang belajar kat ipts bayar mahal2? yeke? tengok sikit kawan kau tu kaya ke? faktor anak2 biasa belajar kat ipts ni bukan sebab dia anak orang kaya ke ape,tapi sebab dia nak belajar. Yelah,ada sesetengah orang result spm dia tak bagus. tapi dia tak nak masuk poli,kolej semua.  itu yang masuk jugak ipts walaupon kena bayar mahal. lagi satu,utk ipts kan boleh buat pinjaman. Pinjaman tu plak boleh ubah,silap hari result cun boleh jadi biasiswa.

utk UA plak,tak semua pinjaman layak utk budak UA,contohnya MA**,dorang bagi kat ipts jer. bukannya pilih kasih,tapi budak ipts lagi perlukan pinjaman tu daripada kita yang UA ni. yelah, letsay yuran kau dah lah 1.5k jer 1 sem. kalau time cuti sem 3 bulan tu kau kerja. gaji kau rm1000(belum termasuk komisen). rm500 kau simpan sebulan,rm500 lagi kau guna utk bagi kat makayah,belanja adik n pakai minum semua. 3 bulan kau dah dapat rm1500. dah cukup utk bayar yuran sem tu.

kalau kau ipts plak,kau kerja 3 bulan gaji rm1000.. kau dapat rm1500,tapi yuran yg ko kena bayar rm13k. family plak biasa2. memang perlulah utk mohon pinjaman kannn.

yer aku faham wehh sebab famili aku pon camtu. Aku faham perasaan orang berhutang ni. Hati tak tenang, kadang stress weh sebab kena bayar setiap bulan. bayar plak bukannya rm100 -200. tapi kadang rm500-1000. banyak tu, silap2 kalau result biasa2 jer,kalau ko wat pinjaman 100k. hah ko bayar lah sampai mati. 100k tu bukannya sikit.

my point is. utk member aku yang study UA. tak kisahlah U apa pon. Pleaselah jangan komplen yuran mahal. Sedar lah sikit bukan kau sorang jer yang terkesan dengan kegawatan ekonomi ni. aku pon sama gak. aku lagilah, mak aku jer yang tanggung kiteorang. dah lah kiteroang duk kat bandar shah alam yang kos sara hidup tinggi. kau yang duk kat bandar kuantan(cth),kos sara hidup tak berapa tinggi still komplen. aku plak yang stress.

Oklah. lagi 1. aku tak faham gak ngan member yang mak bapak kerja,gaji sorang 5k. tapi mengadu takde duit la,parents kau buat apa weh ngan duit tu? mintak jelah kat dorang,ko bukan kategori susah pon..  ape la. weh,aku ni, tak sampai hati nk mintak duit belanja kat mak aku sebab aku tahu mak aku mesti pokai 5 hari selepas payday. yelah bayar bil astro,unifi,maintainance,bil air,api,parking,yuran sekolah adik,duit minyak dll.

 kalau mak aku bagi pon,just rm50-100 jer utk sebulan/2bulan. Selebihnya aku guna duit bisness aku jer. bisness pon bukannya masyuk sangat. yang penting halal n boleh support aku. thankz member yang suppport.


last but not least,jom belajar rajin2 dan kalau boleh berbisness lah. ^^ jgn MLM plak yer. hihi

Thursday, 24 March 2016

Sarkastik

السلام عليكم

Tahu tak sarkastik tu apa?

Sarkastik tu kata-kata yang bertujuan menyindir. dan kebiasaannya ia menyakiti hati seseorang.

Contoh sarkastik. ini contoh bila aku yang sarkastik. bukan aku,korang bayangkan ko adalah aku. haha

Situasi 1: aku kat kelas dah,kwn aku kat mahallah lagi. then kol dia mintak singgah cafe tlg ambilkan  buku aku yang tertinggal. then kawan aku tu cam berat hati nak p cafe tlg ambilkan. then bila kawan x tlg ambilkan buku tu. mula la sarkastik. " Takpela menyusahkan awak je kan ambil buku tu". padahal masing2 tahu siapa tak bawak buku kena denda.

Situasi 2: Pinjam buku dengan kawan,tapi tak sampai sehari kawan dah mintak balik, sarkastik lagi "yela,awakkan nak guna buku tu utk study,sy xpe tak study"

Situasi 3: Mintak kawan hantar ke terminal bas. Kawan tu ada motor sbb tu mintak tolong dia. then dia cam malas nak tolong hantar dgn cara suruh kita call teksi jer. Sarkastik dgn cara "Takpelah,nt habis minyak motor awk tu anta sy". Padahal hakikatnya kita bayar jer nt kt mber tu duit upah anta.

Situasi 4: kelas dah habis. Mintak tolong kawan yang nak balik asrama supaya orderkan char kuay taw 1. tapi kawan tu balas " Kenapa tak tempah sendiri?" . zappppa,ape masalah kau doe? aku mintak tolong tempahkan jer. guna air liur jer pn. nampak tak jawapan kawan kau tu sangat2 menyakitkan hati and lead diri aku jadi sarkastik.

Korang sarkastik tak? haa kalau tak baguslah. Jangan cuba-cuba taw sarkastik ni nanti jadi amalan.

Aku sedar menda ni ada kat diri aku. Not all the time aku macam ni. Mostly bila aku bengang ngan someone yang tak berterus terang and suka bagi jawapan yang menyakitkan hati,

ini plak contoh kawan yang sarkastik(menyindir/perli)

aku- tolong ambilkan sabun kat bilik.
kawan- kenapa tak ambil sendiri? kaki kau  mana?

aku-tolong ambilkan aku kat library petang ni.
kawan- kenapa tak naik bas?

aku- tolong aku baiki pensil tekan ni.
kawan- kenapa tak beli jer yang baru?

 in particular,kalau ko tak nak tolong,cakap jer lah malas ke tak reti ke ape.  jangan setuju nak tolong tapi tak tolong pon in the end.  and one more,jangan balas dengan persoalan yang 'cerdik' camtu. persoalan kau (kenapa tak ambil sendiri? kenapa tak naik bas? kenapa tak beli yang baru?). kau tahu tak sebenarnya kau maksudkan - ambillah sendiri,naik jelah bas apehal nak susahkan aku ambil kau, beli jelah baru kalau tak reti nak baiki. faham tak?

Entah ah aku pelik dowh member yang berkira ni,mintak tolong sikit pon takleh nak tolong.

Kita pon faham tak nak susahkan dia sangat tapi yelah,bukannya sesaja nak susahkan dia. ape guna member weh kalau nak mintak tolong pon susah. tapi bila kau mintak tolong,aku ok jer selagi ia tak menyusahkan aku.


Kawan-kawan species camni,tak yah lah rapat sangat ngan dia. wat sakit hati kau jer. ramai lagi kawan lain kannn.

Ok tu jer. aku tengah bengang ngan someone ni sebab dia buat aku rasa annoying. nasib lah kau bukan kawan baik aku. kalau tak memang aku dah terus terang jer. yelah,nak jaga hati mmber kannn.

Sunday, 20 March 2016

Kak Mir

السلام عليكم



Ok bila teringat pasal ni rasa cam. Eh aku ke yang buat camtu?

Alkisah hari tukan aku jadi fasi program smart camp. Ini kali pertama aku jadi fasi utk budak sekolah rendah. Darjah 1-6.

Then time perkenalkan diri tu. Gatai noh aku p sebut nama aku Kak MIR. Hilang semua huruf A.

Adik2 pon panggil lah aku kak Mir. Haha. Sebenarnya itu first time aku nak orang panggil aku Mir.

Ala cam amir, short form dia kan Mir . supposedly shortform utk aku is Mira. But saja nak lain sikit, time aku cakap nama aku Mir tu. Tiqa dah cam pelik ngan aku. Haha.

Yang lawoknya,bila kak hanum panggil aku. Aku tak menyahut. Kenapa? Sebab kak hanum panggil aku Mir. Dan aku masih dalam dunia aku,menyangka orang akan panggil aku Mira. So bila orang panggil aku Mir,aku tak menyahutlah.

Then 2 3 kali kak hanum panggil Mir. Barulah aku tersedar dari lamunan. Ohh kak hanum panggil aku rupanya. Lol betul. Hah itulah gatai ngat nak pendekkan nama.

Korang tak yah lah panggil aku Mir. Juz call me Mira. Ira pon boleh. Tapi ira tu bagi aku cam gedik sikit panggilan tu. Mira tu juz nice. Amira skema. Mirae tu I likeee. Haha. Nk panggil mirayusof lagi bagus.

Lately aku dah berasa fofuler kat u sebab kat sana ada aku,kat sini ada aku . haha gurau jer. Nanti senanglah kalau aku nak apply jwatan dlam src.


Ok itu jer. Program smart camp tu nanti aku hapdet yer. Dah tulis Cuma belum publish. 

Kau Pergi...

السلام عليكم


Hari ni hari pemergian seekor hamster aku yang ketiga.

Aduhai kenapa kau pergi  awal sangat. Tunggulah 2 minggu lagi. Siyes weh sedih. Menangis aku time mak gitaw tu. Non stop crying till now.

Alkisah pagi tadi dia gaduh ngan hok gemok tu. Dia tu ketot comel kecik jer. Of koz lah kalah kan. Habis darah2 kat bahagian mata,telinga,kaki cam patah then alat sulit pon cam luka.
Masa tu pukul 2.30am. ingatkan dia dah mati sebab keras  kaku. Pas aku suakan air,dia bangun n cam ok la Cuma still cedera.

Pagi tadi,dia duk menyendiri. Minum tak nak,makan lagilah tak nak. Kuaci pon dia dah tak nak pandang. Hok gemok tu rilek cool jer macam tak bersalah.

Memang ketot tu bermuram je la lepas gaduh tu. Yelah sakit kot sampai berdarah2. Kesian aku tengok.

Then pkul 8 lebih tu gerak kat rumah uminu,aku asyik pegang jer dia and bagi dia kata-kata semangat utk terus hidup. Even sebelum aku balik asrama pon aku still pegang dia. Dia tak menggelupur pon cam selalu,dia senyap jer. Dia pandang aku,aku pandang dia. Wehh aku tak leh lupa cara dia pandang aku,aku betul2 tak expect tu kali terakhir aku dapat tengok n pegang dia.

Tadi,lepas asar. Dia pergii. Tinggalkan aku.

Camne nak hilang rasa sedih ni. Semoga kau tenang disana. Maafkan aku sebab tak selalu ada dengan kau.

Oh ye,aku sempat lah ambil gambar dia pagi tadi . ade la jugak kenangan ngn kau. Mak pon mesti rindu kau sebab kau nakal.
I’ll miss you dear.



ni pic saat2 terakhir..  aku yang snap pic ni. hmmm]



tengok tu luka kat mata,telinga


inilah muka gangster hamster . 



 tengok tu,muka tak bersalah. bam bam kang. 




dah lah kecik si ketot ni,kena belasah plak. hmm





masa ni dia dah start bermuram durja





picit kang







dah mati kawan tu baru nak mintak maaf,takde gunanya lagi ni semua salah ko. yang nak jadi gangster sangat tu kenapa? dia tak kaco ko pon kan. dia tu dah lah lembik. tahulah kau gemok,kuat tapi tu tak bermakna kau boleh buli dia. sekarang dia dah takde hah forever alone lah kau! 



awak,tunggu saya dipintu syurga ya. inshallah. sekali ngan nelli n hemi. i miss all of you

PLANT SCIENCE UIA KUANTAN

السلام عليكم

alkisah,aku bukan budak plant. yet,memang ditakdirkan aku bergaul ngan dorang even my ex rumet budak plant. yes,utk yang tak pernah dengar memang cam errrr,ape tu. plant? belajar sal tumbuhan? best ke?  ok biasalah kalau tak tahu apa2  jangan judge bukan2 terus ea.
so utk adik2 sekalian,yang dapat kos plant science tu. jangan sedih,jangan pk kos ni tak de harapan kerja. jangan weh jangan beb! apa2 kos pon yang ko ambil,kalau ko dah pk negativ,sampai kesudah ler effect negative tu melekat kat kau. cam member aku sorang tu,sayang btol,dia left uia sebab tak minat kos ni. sebenarnya kos ni ok jer dan sangat2 best. menda baru beb,takkan ko tak minat kot?

ok jom baca review senior plant science. oh ye,kos ni baru lagi taw kat uia , batch 16/17 merupakan batch yang ketiga! wow tahniah uols! ada yang kata kos ni kos terbuanglah sebab bebudak medic yang tak lepas nak ambil medik hampir semua dicampak ke  kos ni plus tak ramai student nak kos ni. ,student tak nak bukan sebab tak best ke ape taw tapi mungkin kurang pendedahan. itu pendapat kayangan negative sesetengah pihak.

kenyataannya ada kat bawah ni,korang baca dan nilailah kos ni menarik ke menarik?


PLANT SCIENCE | APPLIED PLANT SC
This course is getting interesting! Di sini kami boleh jumpa lecturer yang superb. Kelas semuanya chill2 je. Style lecturer plant mengajar dalam kelas buatkan kami nak involve dalam discussion. Berani dalam lontarkan idea atau pendapat. Orang yang paling pasif pun akan mula jadi aktif. Bijak sebenarnya lecturer kami mengatur strategi untuk mengaktifkan pelajar. 

Antaranya, presentation adhoc, assignment yang interesting, dan short discussion. Mungkin part presentation adhoc tuh nampak scary. Tapi sebenarnya ini lah yang mendidik kami menjadi orang yang fast moving, dan bersedia pada setiap masa. Plus budak2 plant semua enjoy je buat presentation.


Kedua, kawan-kawan yang bercita-cita tinggi. Kalau duduk bersama-sama, mesti ada saja perbincangan pasal plant. Kalau berjalan bersama-sama, akan terserlah kejakunan masing-masing bila jumpa pokok tepi jalan walaupun ianya sekadar segenggam rumput. Akan ada yang mula pegang daunnya dan membebel sorang-sorang dalam describing morfologi pokok tersebut bermula dari hujung daun ke hujung akar. Jangan salah paham, kami bukan gila, tapi kami mempraktikkan ilmu yang kami peroleh dalam kelas lecturer yang superb. Pasai tuh jadi gitu. InshaaAllah future plantist yang hebat.

Ketiga, pengalaman kian meluas. Plant science nie sangat2 membantu kami dalam mempelajari dan memahami alam. Kami ada lab work yang sangat best, especially tissue culture, sebab selalu jugak bet dengan Dr. Zarina 'siapa dapat positive result, dapat reward'.. Dan setakat nie, ada yang berjaya dapat reward. InshaaAllah, lab terbaru pasal genetic transformation pun kami dapat menghidu bau kemenangan. Haha.. Okey gurau. Kami turut ada field trip, ke Lanchang (Jumpa Owner Nangka,Owner Fruitstar), ke Tasik Kenyir dan banyak lagi tempat-tempat yang menarik menanti. Paling best, bukit talhah belakang UIA tuh dah macam jadi our living library.

 Nak belajar pasal pokok rare, panjat saje hutan belakang tuh. Dan paling best boleh jumpa beberapa experiment yang seems to be impossible dan mengarut, tapi itu lah yang menjadikan course ini satu cabaran.



Banyak lagi perkara-perkara menarik dalam course kami. Cumanya tak terluah semua di sini. Nak tau lebih lanjut? Betul ke Plant science nie the best department so far in Kulliyyah of Science? Tertanya-tanya mengenai pokok kesayangan anda? 


welcome to the club ! 


p/s: aku budak biotech taw. jangan tanya aku pasal kos plant scn ni lelebih plak. haha 

Cuti Mid-sem bermula sudah

السلام عليكم

Akhirnya waktu yang dinanti-nantikan datang jua..

iaitu cuti pertengahan semester. perghh kejap gilos seminggu jer wehh. mana cukup! paling kurang 2 minggu.

dah lah naik cuti ni berderet exam mid tengah  menanti nak aummmm kiteorang.

So memang tak lah utk aku nak holiday kat rumah. kang kejung hari ahad tu kena pulun. takpe nt lepas exam baru holiday yer mira ^^

so bermula hari ini aku bersendirian di asrama. tidur sengsorang ler. mujurlah mira ada walaupon bilik sebelah. at least ada la jugak jiran kan.

nasib ler tak tengok lagi citer munafik tu,kalau dah tengok semalam aku rasa memang aku tak balik ostel ler jwabnya.

ok lah selamat bercuti semua. cuti cuti jugak. jangan lupa kita ada 5 paper  berderet bukak cuti ni.

selamat study uols ^^ aku ok je dok ostel selagi ada wifi. phew kalau ramai balik line meme laju baq hang.

yeayy cutii. lega sebab tak yah p kelas.

Thursday, 17 March 2016

Aku terfofulewww

السلام عليكم


lately,terasa diriku fofuler plak haha. perasan gilos kan?

why mira? why?

takdelah,banyak jugak lah aku dapat emel,whatsapp,tak kurang jugak ada yang pm fb aku utk mintak tips and pendapat mengenai banyak perkara. antara isu yang femes ditanya pada aku ialah

- uia,specifically tang asasi n degree
- butik vendor
- pos barang

3 ni memang soalan famous amos lah. soalan lain pon ada jugak pasal buku lah,nota lah dll.

pasal uia tu,kebanyakannya adik spm2015. sangat bagus,nampaklah yang korang usaha utk cari jawapan.

pasal butik vendor tu,adoiyaii dah macam aku ni konsultan plak. tanya pendapat aku kalau nak jual ni macam mana,ada yang siap mintak tolong aku guide dia cara utk bukak butik vendor. adoii korang,baca betol2 tak pos aku pasal butik vendor tu? kan aku dah cakap aku ni vendor. bukannya owner butik vendor tu,so yang p tanya aku macamana nak bukak butik vendor tu apehal?


last but not least,pasal pos barang. nak tergelak aku baca emel korang. adoi. isi emel kemain panjang semata-mata nak mintak pendapat aku yang mana lagi murah. guna pos timbang ke prabayar..


ok tak pe aku faham.. dont worry,aku reply jer semua pertanyaan korang. yang kat emel tu boleh emel ke cikmira23@ymail.com yer.


aku ada 4 akaun emel sebenarnya. 2 yahoo. 2 google. yang yahoo tu. 1 utk media social and 1 lagi utk menda2 cam ni, yang google plak. 1 utk bisnes,1 utk kegunaan rasmi. ok ke ok buat camni?

so that noti fb,twitter semua tak spam emelbox aku.

itu yang aku feel free utk baca n reply emel korang.

akhir kata,nak mintak maaf yer utk pembaca blog ni yang aku lambat reply emel,mesej korang. aku ni jenis,kalau tangguh,lupa terus. almost all the time. so biasanya aku akan reply terus sebab tak nak terlupa.

so klau aku tak reply sampai sekarang. korang mesej je semula .nanti aku reply lah tu.

semua jawapan kepada persoalan korang tu aku jawab dengan penuh common sense and logika.

so feel free utk bantah okay ^^

Tuesday, 15 March 2016

Jom Reunion 6 Bestari 2007

السلام عليكم

tadi aku bukak facebook nak buat apa entah lupa plak,pastu tetiba teringat kat member2 skola rendah dulu.

phew mula2 aku stalk fb A,then teringat kat B,stalk B plak. then C then D,E,F dan seterusnya.

dan paling buat aku rasa cam tak percaya bila almost member kamcheng aku time darjah 6 dulu masuk uia sama ngan aku weh. Seriously sangat bukti kuasa Allah.

antara member baik/rapat/khamcheng yang ada kat uia

- nabil
- intan
-amira
- amsyar
- aiman
-syafiqah

semua nama di atas sama kelas ngan aku iaitu 6 bestari kecuali amira sepupu intan tu tp aku kawan jer ngan dia.. hihi.  dekat kan jodoh kiteorang? haha

ingat lagi dulu aku pernah 1 grup meja.  ngan amsyar and nabil. asyik nak gaduh jer.

then intan tu memang kacip ah,sekali ngan adilla. then mber laki lain yang aku kamcheng ada 3 jer iaitu aiman,azizi n ikmal. azizi  memang dah lost kontek since form 2 tak silap. ikmal rasanya aku ada kontek dia tapi tak ingat bila. last year or 2 tahun. aiman?? haha dia 1 u ngan aku kot. but aku tak sure lah dia notice ke tak kehadiran aku. aku pon sebenarnya malu nak tegur dia. dah la lama tak jumpa! last jumpa masa darjah 6. dah lah masa tu cam gaduh kucing tak silap aku. ni kes aku tolak cinta dia. haha gurau jer. kuang3. walawehh. haha sorry aiman. kalau ko tak ingat kat aku,aku ok jer tak pe faham2. but seriously tak sangka kau masuk uia jugak. sebab kau en dak pandai. aku ni biasa2 jer. haha. ok ini poyo nak kena sepak.


brothers yang lain memang aku tak tegur lah ceghitanya. itula korang,lain kali kalau nampak aku tu,tegur jer. korang tak ya lah expect aku nak tegur dulu. kalau mood aku happy,rezeki korang ler aku angkat tangan(tegur) dlu.


ok sebenarnya aku rindu giler kat korang semua especially mber kamcheng . nak aku ulang ke? ok la aku ulang iaitu adilla,intan,azizi,aiman,ikmal,faris. hah insan ni jer yang aku seriously annggap korang bff aku time sekolah. sebab korang selalu ada time aku nak mengusik,time nakal aku. ada time aku happy. time sedih? aku rasa takde time yang aku sedih time sekolah dulu sebab semuanya indah belaka.


wait wait wait. aku lupa sorang hamba Allah ni. apehal lah boleh terlupa. ni baru teringat. iaitu ucop santorian(bukan nama sebenar).


wohoii,sorry beb! yer aku tahu kau ngah  bahagia. maafkan aku sebab rejek kau dulu. lagipon masa tu kita sekolah lagi kot. kalau aku terima kau,bukannya boleh kawin terus pon kan,memperbanyakkan dosa jer. so see? ada hikmahnya aku rejek kau. kau bahagia dengan yang tersayang. kalau kau ngan aku maybe kau akan meletus cam volcano sbb jeles aku ngan laki lain even classmate haha. lol betul ayat.


oklah ucop pon aku dah lama tak jumpa. last aku jumpa dia tak silap masa kat library lama. kita sembang2.. ingat tak? aku ingat. masa tu aku cam malu2 dah ngan kau. haha. btw,ritu aku rasa cam jumpa kau tapi aku tak sure itu kau ke tak? if tu kau,sila komen. haha


ok lah itu jer. ok aku rasa malam ni sebelum tidur aku akan flashback semula memori time darjah 6. serious darjah 6 memori terindah dalam hidup aku as pelajar sekolah rendah.


akhir kata,koranggg,jom la reunion! aku nak jumpa semua. sementara badan aku masih maintain slim cuma dah comel sikit. haha nanti dah kawin tetiba gemok. segan plak nak reunion haha.


kalaau jadi utk reunion roger aku cecepat yer. fb aku amira yusof. aku sure korang ingat nama aku kan sebab perangai aku time skolah dulu cam hapa jer. haha.

selamat berbahagia semua. tak sabar nak tahu siapa kawin dulu hihi..



Sunday, 13 March 2016

BAZOCAR 2.0 UIA KUANTAN

السلام عليكم

Assalamualaikum. Alhamdulillah,saat aku tulis ni. Baru jer balik dari Bazocar 2.0.

Ape kebenda bazocar ni? Fuhh ni dah 2x aku ulang. Bazocar is bazaar from the boot car. Singkatan plus gabungan gituu.

So masa bazocar 1.0 ritu aku tak join,as aku committee masa tu and cam tak ready nak jual apa.
Then utk yang 2.0 ni baru decide. Actually pada mulanya,aku ingat nak bukak booth n jual under our batch which is biotech 151. Tapi not all yang bagi respon and macam tak semua nak bekerjasama. And semua cam senyap jer. So aku pon malaslah nak lebih sudu dari kuah. Walhal benda ni utk kiteorang gak,nak pergi edu trip ke ape boleh cut cost. Tapi dah semua krik krik. Lantak ah.

So akhirnya kiteorang decide utk jual under personal. Aku n my team plus team alia(my rumet),kiteorang bergabung bersatu tapi tak berapa nak meletop lah.

So tadi aku n the team jual donut jepun,import from jepung wehhh haha. Gurau jer. Then jual air Mocha,yet we called it Mockaw-kaw. Unik ke unik?

Tu jer,and kerepek just as pemenuh meja. Haha

Donut tu aku order 14 bekas. 1 bekas ada 6 biji. So total 84 biji. Alhamdulillah semua sold out! Syukur sangat2. Masa pkul 10 lebih tadi ada lagi 6 biji taw. Masa tu dah macam,alamak takkan nak makan kot 6 biji ni. Muakk kottt. Then aku promote kat grup whatsapp tu.ada sis ni beli 4 ketul. 1 ketul timah makan 1 ketul lagi tak ingat haha

Then utk air tu,kan air Mocha. Modal utk air tu agak banyak lah and jual dengan murah giler. 1 cup rm2. Murah kan? Yet,ada ujian. Allah uji kitoerang. Air tertumpah sebanyak 50%. Tapi kiteorang pasrah sebab yakin bahawasanya setiap yang berlaku ada hikmahnya. And hikmah tu of kozlah tak leh Nampak on the spot kan. Masa pukul 10 lebih tu, air dah tinggal sikit. Then aku masukkan terus dalam cup,dapatlah 4 cup. Tapi masa tu orang lalu lalang dah tak ramai. So macam agak susah nak jual even 4 cup.

Then sekali lagi aku promote air tu kat grup whatsapp,ada yang nak beli 3 cup sekali gus. So tinggal lagi 1 cup. And tetiba ada seorang hamba Allah ni mai beli. Alhamdulilah habis jugak air Mocha. Walaupon banyak yang tumpah tadi,tapi hikmahnya tak de pembaziran kat situ. Pembaziran yang tumpah tu uncoinsidencely ok. Haha

Supposedly tadi kiteorang ber-4 . aku mira timah tika. Tapi mira xde. So kteorang bertiga jer. Nasib ler bertiga. Kalau berdua memang lagi penat lah gamaknya.

Next time kalau semua ada,bolehlah buat system shift. 2 orang jaga 4-7. Sorang lagi 7-10. Ok je kann.

Alhamdulillah sangat dapat member2 yang support and suka business. And tak berkira utk luangkan masa dan tenaga. Thankz korang. Thankz to my rumet alia sebab benarkan kiteorang join korang.

And one important thing is aku rasa aku dah improve sikit copywriting skills aku. Sikit lah.

Sebabnya tadi aku create agak banyak mesej utk promote barang2 aku tu. And sampaikan member aku mintak tolong aku create ayat utk barang dorang. Haha. Nak baca ke ayat aku tu? Alah kalau ikutkan memang aku nak tunjuk kat korang. Tapi nanti lah yer. Ayat tu ada kat dalam fon. Bateri low plak skrg.

So tadi aku sangat2 tak stress menjual. Serious wlaaupon penat,lapar tapi im very2 happy.

Korang tahu time mula2 bukak tadi,kiri kanan booth aku penuh orang. Tapi bukan penuh ngan cust lah. Penuh ngan geng2 dorang. Dah lah aku sengsorang kat situ. Timah n tikah kat bilik lagi. Aku kena p awal utk setup tempat. Pheww malu siott. Krik krik jer. Aku main fon jer utk cover. 

Lepas tu,ada sorang hamba Allah ni,dia mai booth aku. Actually dia ni,senior 1 batch ngan aku. Aku n dia pernah bekerjasama dalam 1 program ni. Pastu habis jer program tu,of koz lah aku tak kontek ngan dia kan. Tapi ada lah terjumpa beberapa kali tapi aku buat tak kenal jer dia. Serious talk kalau terserempak ngan dia,memang aku tak pandang. Entah ah,aku tak leh pandang muka dia and anggap aku kenal dia.

Yet nak ditakdirkan,aku kena bekerja lagi ngan dia utk 1 program ni n program ni maybe sampai sem depan. So aku macam… ala,aku ingatkan aku boleh terus abaikan dia and tak nak ada apa2 ngan dia. Tapi malangnya kiteorang ditakdirkan bersama. Hmm.

Tambahan plak,semalam meeting,dia ada masa tu. Tapi aku memang tak toleh langsung ke dia time dia cakap and time nak keluar lepas meeting tu pon aku tak respon pon bila dia cakap something kat aku.

Then tadi kat bazocar tu,dia mai taw. Masa tu aku baru nak makan. Tapi masa tu aku tak layan pon dia as supposedly aku kena. Aku panggil timah utk layan dia. Pastu ada la dia cam tegur aku ‘ baru nak makan ea’. Something like that lah,aku just jawab ‘ye’. 1 word jer.
Then aku tak makan lagi masa tu,juz baru nak cedok kuah semua. takkan aku nak mkaan depan dia. So aku pon tolong tengok timah isi air dlm cup. Tolong tengok jer yer haha. Aku pusing belakang. Time timah tengah buat kerja tu,dia cakap lagi something which is aku sangat2 yakin yang dia tuju kat aku. Tapi aku buat2 tak dengar and of koz aku tak respon. Lagipon masa tu aku toleh kebelakang. Then bila aku toleh kedepan,dia ulang semula ayat yang dia cakap tadi tapi aku tak respon tu. Then aku just jawap 1 word jugak iaitu ‘tak’. Apehal dowh bila ngan dia aku jadi cam sombong giler nak mati,cam nak dia jauh2 dari aku. Aku tak nak tengok muka dia,tak nak dia ada sekitar aku. Entah ah.. dah ah stop cerita pasal dia. Kang terkentut plak dia. Haha

Ok lah itu jer nak ceghita. Oh ye,korang kalau nak update pasal bazocar ni boleh lah follow and like


or search kat instagram @bazocar_souq.

Kalau tak jumpa gitaw aku okay.


Nite ^^

pic kalau rajin aku bagi lah yer. haha