Wednesday, 27 January 2016

Hantar adik ke SAMTTAJ

السلام عليكم


Assalamualaikum. Supposely cuti2 camni aku lebih gian utk post tp makin tua ni makin malas plak nak hapdet blog. Ku gagahkan juga memikirkan blog kesayangan ni.
Alkisahnyaaa.. Waris terakhir a.k.a adik bongsu aku telah pon selamat masuk ke alam sekolah menengah. Aduhai besaq dah adik aku sorang tu. Risau plak aku as kakak dia. Yelah,nanti adik aku tu mesti hensem Opss. Haha. Yelah,dia jer muka yang ikut arab sikit. Sikit jer lah. Abang aku hensem gak,hidung da giler mancung tak macam hidung ongmelayu. Aku ? adelah haha. Muka aku alhamdulilah lah cukup pancaindera walaupon tak secantik Mira Filzah. Yet,apelah sangat yang ada pada rupa kann? Bukankah agama yang perlu didahulukan? Muka cun tapi pemalas/pengotor pon takde guna weh. Apehal aku melalut plak ni.

Ok sambung. Ditakdirkan Haziq dapat result UPSR sama ngan aku. 3a jer. haha. Aku ok jer dia dpt 3a sbb yelah. Laki kan. Kalau time dia main tu,memang main jer lah. Aku faham dik. Kakakmu pon camtu gak dulu. Seminggu nak upsr baru nak buat latih tubi bertubi2.
Alhamdulillah,walaupon result cukup2 makan. Adik aku ditawarkan ke SAMTTAJ. Sekolah harapan semua student SRAI . pelik tak budak 1a pon boleh masuk samttaj tahun ni? Jangan pelik yer sebab kuota berubah2 setiap tahun. Macam tahun lepas,adik aku yang athirah tu,result dia kebaboom meletop straight A. tapi tawaran samttaj pon tak dapat,inikan plak sambest haha. Serious weh,memang takde rezeki utk athirah tu masuk sekolah agama even maa’rif pon dia x dpt,yelah sebab tak mintak haha.  Tahun Haziq plak,mak dah stanby siap2 borang permohonan form 1 maarif. Sayang sejuta kali rindu cinta,tak lepas syarat plak. Min nak 4a. so kalau syarat pon tak lepas memang tak lah nak dpt iv kan. Mujurlah sepupu aku yang sebaya haziq tu dpt maarif. Yet baru 3 drpd 7 generasi keluarga aku sekolah situ. Dah tertulis 3a bukan penyebab tk dapat apa yang kita nak sebab Allah nak bagi apa yang kita perlu.
Samttaj terima 140 student hanya dari srai ! dan budak yang dapat 5a sikit jer tahun haziq ni so rezeki Haziq dapat jugak masuk sekolah agama. Yang Athirah tu stuck kat SMK 18. Utk yang tak tahu,SMK 18  is the only one SMK yang ala2 SAM. Skolah ni ada asrama taw even ia SMK. Cool ke cool?
Ok so utk anak bongsu,yang 12 tahun berkepit ngan mak/bapak. Takkan tak homesick kottt bila masuk asrama kann?  Hihi. Lagi2 si Haziq tu. Memang Zero from getting kasih sayang from abah. Aku tak jeles pon dia kamceng ngan mak sebab aku faham dia lagi perlukan kasih sayang berbanding aku. At least aku sempat rasa kasih sayang abah selama 8 tahun. Korang plak macammana? Hargai tak kasih sayang mak abah korang? Kalau tak,takpe masih belum terlewat utk hargai selagi mak/bapak masih hidup. ^^ phew jiwang plak aku malam2 ni.
Masa hari 1st mak aku anta haziq ni. Aku still kat UIA. Asyik terfikir jer adik aku ni nangis tak eh kat asrama. Camne kawan2 dia,dia kena buli tak eh ,alahai risaunya kakak dia. Lebih sudu dari kuah betul. Yelah,adik kesayangan weh. Lelaki plak tu. Sapa tak sayang adik wehh. Tempat gaduh tempat bermanja tempat cerita teman utk berteman.

Sebenarnya kan,aku memang preferlah bebudak laa ni masuk sekolah agama. Serious weh,tarbiah  kat sekolah agama ni lain taw dri SMK. Aku bukan nak kata SMK tu tak bagus. Tapi…. Hmm, Serious talk,aku rasa kalau aku tak sekolah agama,takdenye aku nak hapal almathurat,surah alkahfi,waqqi’ah,assajadah dll tu.

Tapiiii. Kalau korang dari SMK,means sekolah biasa tapi ilmu agama korang mantap ,korang memang hebat ah! Serious beb! Aku lagi salute kat korang(dak SMK).
So kelmarin p hantar adik aku kat asrama. Sayang seribu kali sayang,aku tak boleh masuk asrama dorang.. yelah asrama laki kot. Haha. Tak dapatlah aku nak explore asrama samttaj tu. Hihi.

So dapat hantar sampai kat depan hostel jer. itupon aku segan nak keluar sebab rmai sgt lelaki. Eleh padahal semua lelaki tu semua lagi muda dari aku. Tahap adik lah kiranya.

Oh ye,sempat jugaklah aku berangan jumpa member sekolah rendah aku yang hantar adik2 dorang kat samttaj ni. Hihi. Tapi takde rezeki lagi.  Adik aku si Haziq ni beriya betul cerita pasal cerita2 seram/hantu kat sekolah dia. Hantu karipap penggali kuboq lah macam2lah.


Takpe dik,kakakmu sedia mendengar dan jangan risau kakakmu akan korek semua cerita kat samttaj tu. Hahaha. And paling penting,akakmu nk jd ke dua yg ko luah masalah selepas Allah. Serious beb! Please make me your true sister! Love u Haziq! Sebab Akak akn selalu bersamamu saat susah senang duka suka.

Mak aku adelah tegur ‘ orang tu 2x reject skolah ni’. Hihi aku ler tu. 1st masa nak masuk form 1,aku dapat  2 offer. SMAAM n SAMTTAJ. Tapi nak buat macam mana,walaupon aku dah plan ngan geng2 aku utk masuk samttaj sama2,aku berkorban utk pilih smaam. Memang rezeki aku tertulis kat smaam.

Then masa nak masuk form 4. Cuma ada 2 sekolah jer boleh tulis. Mula2 aku nak tulis samttaj pilihan pertama. Tapi aku rasa cam rugi plak kalau masuk samttaj sekarang. Sebab nanti mesti ramai giler muka yang aku kenal. So aku pilih samtish. Hanya 2 orang jer yang aku kenal kat sekolah tu. Hasilnya,aku dapat ramai kawan baru. Dengar cerita hampir 30 orang dak samtish batch aku dah flly ke luar negara. Ada yang ke mesir,Jordan,uk,us,indon ,Canada,korea dll. Tahniah korang.

Ok itu jer. aku sajikan pic ni utk tatapan korang yer. Kalau ada cerita best pasal sekolah adik aku ni.aku share kat sini.







Monday, 25 January 2016

Biotech batch 151 montaj

السلام عليكم

Alhamdulillah akhirnya siap jugak vid ni. sorry lah. dah siap baru teringat yang aku terlupaa nak letak pic buildings kat uia kuantan ni. inshaallah next post yer. ^^

selamat menonton. inshaalah setiap sem ada. so overall 7 vid lah sbb 1 sem intership hihi

LAGU TERPILIH. hok korea tu aku amek dari adek haha.

1. Kertas- kekasih yang tak dianggap
2. Exid- Ah Yeah
3. Demi Lovato- Heart Attack
4. SNSN- Lingua Franca
5. Baechegi- ost who are you 2015
6. Girls Generation- Paradise
7. Taylor Swift- Love Story
8. Kiroro- Best friend
9. Far East- Bingkisan Rindu

Jenuh nak cari lagu sebab takde lagu sgt dlm laptop ni. tu yg amek jer lagu korea dari adik tu haha.


Thursday, 21 January 2016

Tamat sudah sem 1 15/16

السلام عليكم

First of all nak gitaw korang.. bahawasanya aku gigih tulis post ni. Seriously kalau ikut hati meme malas sangat. tapi memikirkan,aku mesti left something(kenangan) utk korang semua kalau aku pergi dulu. so itu yang aku kentalkan nafsu sruh tulis jugak. Panjang taw post ni so baca slow2 yer.

So amacam? suka eh baca kisah aku? kuang3. yer aku tahu mesti some of you wil be like " perlu ke cerita kisah hidup kau kat blog?"

ok uols yang suka komen -ve tu,ni jawapan aku.

1- ni blog peribadi(personal) yet i made it public. So dah nama pon personal blog so of koz ler aku tulis menda pasal aku jer. ini bukan blog kesihatan,sukan dll. dan aku tak mengharap pon blog ni dapat berjuta viewers n comment. aku cuma harap korang baca apa yang aku tulis. tu jer.

2- share- semua yang aku tulis ni utk share jer apa yang aku lalui. hanya untuk korang tahu dan maybe kita lalui menda sama? or ada yang nak ambil tahu pasal aku. So aku coret kat sini.

3- 30%- menda2 yang aku tulis dalam blog ni cuma rough moment jer. bukannya aku ceritaa in details pon. chill lah beb! lagipon menda yang aku tulis ni menda cliche as student haha.

Macam biasalah post ni akan muncul only bila habis exam final.. tapi kali ni special sikit. sebab dah masuk alam degree.waa tua dah aku. dah degree. rasa cam baru jer balik dari sekolah. sedar tak sedar dah hampir 4 tahun aku tinggalkan alam persekolahan. tapi kenapa muka aku still cam budak sekolah? haha..  laki pon takde nak kat aku. eh yeke? lol haha. ok lupakan..

So.. aku nak memperkenalkan UIA kuantan kat korang! mungkin ada yang first time dengar,ada yang pernah dengar tapi tak tahu kat mana and ada yang wonder.... eh Uia bukan kat gombak je ke?

Uia Kuantan ni adalah satu-satunya branch main campus utk degree-phd. Uia jer yang asingkan student asasi dengan selainnya.

Terkezut tak aku belajar kat kuantan sekarang? alaa please terkezut aigooo.. ok jom sambung.

So kos yang ada kat uia kuantan ni semuanya gempak kebabooom! iaitu kos medik,dentistry,pharmacy,kos yang specialist pasal mata,telinga,psiology and kos paling cikai kat sini ialah kulliyah of science iaitu kos math,fizik,chem,biotech and plant science.


Awal bulan 9 masuk. tawe 3 hari jer. Alhamdulillah inilah kali pertama merangkap kali terakhir(kot) utk aku dapat jadual kelas yang tak pack. 5 subjek jer iaitu.

- Islamic Wordview 1- kitoerang panggil UNGGAS.
- Science Computer(macam major engineering computer science plak hihi)-
- Introductory of Microbiology-
-Organic Chemistry 1
- Management-we called it MGT.


Semua kelas total 3 jam kecuali MGT.utk core subject. pagi belajar teori,petang lab(praktical). mujurlah aku stanby siap2 lab coat. so tak yah beli hihi.

kelas MGT special sikit. Import lecturer from gombak. So kelas sebulan sekali jer tapi 2 hari. jumaat(3-5pm) and sabtu(9am-2pm). kalau week yang ada kelas ni,memang terbantut terkentut lah semua aktiviti minggu tu.

Assignment? So far sem ni paling rileks. sebab assignment cuma ada utk subjek MGT,comp science and unggas jer. itu pon 1 jer. sikit jer kannn? aku plak jenis memang tak suka buat assignment ni. Serious tak suka buat..


tapi.. Alhamdulillah, group work aku semuanya sempoi iaitu Zu,Mira and timah. Semua buat kerja,semua commit,semua ok lah . boleh ngam. siap lepak sesama lagi.Syukur sangat dapat 1 group ngan korang. aku rasa aku jer yang paling malas dalam group tu. Sorii hahah.

oh ye,nak sentuh pasal final exam hari tu. Seriously cam culture shock jap. Soalan dia pheww giler senang! Serious senang sangat sangat sangat sampai tak boleh jawab. ini bukan  perli yer. Soalan dia betul2 senang dan bukannya 'senang'.

Bukan apa,time aku asasi kat CFS dulu, memang dah terbiasa soalan susah tahap boleh fail! Serious weh time asasi duu,dah lah lecturer tak bagi clue langsung apa yang masuk exam,then soalan exam plak susah tahap cili api ahh.

then time degree ni,terbalik plak. patotlah ramai yang boleh scor walaupon level degree agak susah berbanding asasi.huhu. Yet for sure exam ritu even soalan senang kacang,tapi aku tak boleh jawab. entahlah,kurang persediaan kot. miraaa miraaa apa nak jadi ngan kau nakkk oii. dah ah aku malas nak fikir pasal exam. dah lah exam chem ritu takde soalan objektif langsung.semuanya essay essay essay rasa cam budak sastera plak. .

oh ye,pasal roomate aku. Alhamdulillah dapat rumet yang sporting habis especially ecah. rumet aku 2 orang jer. so ada 1 compartment kosong. comprtment tu kiteorng jadikan dia Room Activity centre(RAC). itulah tempat lepak,tempat tengok movie,tempat makan,tempat gather,tempat semebang,tempah baring,tempat student dan segala jenis aktiviti.

ok aktiviti lapang aku. macam biasalah. jadi volunteer. aku dah jarang berjimba taw hihi. aicewah sebelum ni pon aku jarang lah keluar jalan2 even kat CFS.


Alhamdulillah sem ni aku diberi peluang join jadi tutor kat kampung pak mahat. tahu tak kat mana? alah depan jambatan nak ke tanjung lumpur tu.

then aku jadi volunteer ke kg orang asli kat paloh inai. area pekan tak silap.

 and volunteer utk program ngan adik2 kat kg tiram.

so far yang paling mencabar time ngan adik2 kat kg tiram tu. Adik2 tu kuss semangat aku rasa kalau aku sebaya dorang and duduk 1 kampung ngan dorang. aku rasa akulah yang paling teruk kena buli. haha. Aku harap adik tu dilindungi Allah sentiasa.


ok then sesi JJCM berlangsung dengan jayanya. takdelah selalu tapi adelah beberapa kali.

antara lokasi baru yang aku pergi makan are

- Sofea Kitchen
- Mustafa Cendol
-Kotak kalam


ini jer yang aku ingat haha.

oh ye,yang specialnya kat uia kuantn ni. batch aku,particularly budak KOS batch 15. kiteorang ada group usrah taw a.k.a NAKAMA. 1 group 4-5 orang. and member yang 1 group ngan aku iaitu Tikah,ezzah,timah and syera.

yelah korang mesti kata ' standardlah uia ada usrah, UIA kannnn'.

eh aku rasa semua U patut taw ada group  usrah ni. apehal doe kau nak relate ngan nama u tu. its just a name!

Seriously aku lagi bangga dan gembira kalau U lain pon ada usrah/NAKAMA cam kiteorang.

akak nakama aku namanya kak tirah. sama nama ngan adik aku daaaa. haha akak ni come sangat perangai dia. aktif plak tu. bagus2. contoh terbaik.

geng jalan2 pon ada iaitu timah,tikah,mira,zue,haha inilah yang selalu on jer kalau ajak especially timah. hari tu boleh plak pergi mandi kat sg lembing. haha not exactly means mandi=berenang. just main air jer. alah pompuan weh. apa kau expect . dah lah ada orang beromen plak dlm kereta time kiteorang sampai tu. kurang ajar betul. nasib baik tak nampak. kuang3 haha ok lupakan.

hmm,ape lagi yer. oh ya. Sukan!

Suprise! aku join sukan sem ni! cool tak? please cakap aku cool sebab aku anti sukan.

haha . lol betul. dah lah aku buta sukan. then gatai nak lawan plak. nak thu ke sukan apa? haha tak sanggup aku nak gitaw. clue dia sukan tu kena guna raket,then bola dia keras baling kat kambing pecoh pala kambing tu. hahahahah.


nak tanya lah,korang ada tak buat program ngan senior? hihi kiteorang ada. budak 1st yer biotech dan budak 2nd year biotech. kiteorang main explorace. dapatlah kenal2 ngan senior yang cool. nak tahu cerita lanjut pasal explorace tu aku dah update taw. korang scroll je lah post sebelum2 ni. Oklah boleh eratkan ukhwah. ngan 3rd year pn ada jugak,yang nakama tu lah.


oklah itu jer. nak cerita lelebih pon tak tahu nak cerita apadah.


Oh ya,kan hari tu kecoh pasal mahasiswaa ikat perut,hari ni makan maggi kosong. esok makan perencah maggi tu . perghh kesian betul aku dengar.


yer aku tahu tak semua orang bernasib baik. ada yang diuji sedemiian rupa. tapi aku rasaa. zaman sekarang ni.zaman cyber. tak de alasan utk kau takde duit. program talk bersepah. makanan free bersepah,suspended meal bersepah apehal tak grab kalau dah tahu takde duit? malu? malu alamatnya makan batu ler..

duit kan boleh dicari. yang lalok ngat masuk U utk belajar semata tu apehal. n lagi 1,nampak sangat kemalasan dan tiada usaha utk cari makannan. setahu aku. kat semua U ada masjid. dan semua masjid akan ada buat majlis buka puasa ramai2 setiap khamis. tak pon seminggu paling kurang sekali akan ada talk. dan kat talk tu kadang ada sediakan makanan kottt utk hadirin.

hah lagi 1,apa guna ada kawan tapi kau tak manfaatkan. kalau takde duit,cakap jer lah kat kawan kau . takkan bff kau berkira ngan kau kot. and takkan kau malu nak mintak duit ngan bff kau. dia bff kau kott. teman susah senang. kalau kau tak sampai hati nak susahkan dia means dia bukan real bff kau.


ok aku tak nak emo2,aku nak share 1 peristiwa ni. alkisah entah kenapa aku suka sangat menjual makanan kat U. makanan yang aku jual ni bukan aku yang masak/buat tapi aku tempah kat orang luar.

nak dijadikan cerita,ada 1 hari tu aku jumpa orang jual chicken chop murah.


so  nak dijadikan cerita. aku pon try lah order sikit dulu utk rasa sedap ke idok. pheww sedap bohh . pasu kali kedua aku order. aku pon promote kat group wasap. aku cuma promote kat 2 group jer. Suprisingly, aku dapat tempahan hampir 50 bungkus dalam masa 2 jam. pergh seronok aku malam tu. dapatlah untung rm30++. aku ambil untung sikit jer min 50 sen -90sen jer sebungkus . itupon dah syukur sangat dah.

then aku jugak jadi agen lunch box. 1 set cuma rm5.50 sekali dengan air.

and ada sekali tu aku amek order air pirate coffee. haha xde kejer betul tapi best. dalam masa yang sama,orang kenal muka aku ni muka jual makanan

tapi itu semua part time aku jelah. aku buat time aku ada masa free jer. kalau aku bz aku tak buat.

ok rasanya sampai sini jer. aku pon dah mengantuk. ^__^ thankz taw sudi baca and sorry kalau teremo dan terbanyak typo yang aku malas nak betulkan.


Friday, 8 January 2016

Sofia Kitchen Kuantan

السلام عليكم


Alhamulillah. Akhirnya dipermudah untuk pergi makan kat Sofia Kitchen ni.. dah lama taw mengidam. Hihi.

Alkisah pagi tadi join kemas-kemas OR. Duk lipat-lipat pakaian utk mangsa banjir tahun lepas. Fuh banyak giler pakaian weh. Ada hok molek lagi,kalau korang nak gitaw taw. Kiteorang dah siap sorting ikut kategori pakaian wanita(disortkan lagi seluar,baju kurung,tudung dll).

Then petang tu duk mencari kat mana lah terletaknya Sofia Kitchen ni! Sebabnya hari tu dah pernah mai cari tapi x jumpa. Maybe sebab masa tu malam and x lalu kat depan dia.

kalau g ngan timah,mesti senang jumpa sebab timah meme familiar sgt ngan kawasan kat kuantan ni.  cakap jer kat mana,dia mesti tahu.

So. Taraaa. Inilah sofia kitchen. Utk yang tong kecik dlm perut,mohon kongsi yer. Sebab portion dia banyak banyak kuss semangat.










Aku makan set D. yang ada sosej,meatball,kentang putar and kentang goreng tu. Itupon dah kenyang giler weh. Nasib baik lunch tadi dah makan nasi so tak terasa nak order nasi. Kalau aku order nasi tadi,pergh lagi over kenyangnya.


banyak ke banyak? hihi.

harga pon murah lah rm15 jer korang boleh dapat 
-nasi goreng
-telur mata
- kentang goreng
-bebola ayam
-ayam goreng
-udang
-sosej
-jejari
-nugget
-salad
-timun
-oren

pergh lengkap ke lengkap?


ok itu jer. selamat menjamu selera.

oh ya,sofia kitchen ni terletak kat jalan tengku mahmud. lorong alor akar 72. dekat ngan balai polis. takdelah dekat 5 langkah dah sampai. tapi dari sofea kitchen tu dah boleh nampak lah balai polis tu.

then kat sebelah dia ada brader bob,pastu ada kiosk2 kecik jual satay,kelapa joget,dan lain2. malam2 mesti meriah. hihi

sekian terima kasih,doakan aku exam rabu depan

Saturday, 2 January 2016

Bahaya Shortcut UIA KUANTAN

السلام عليكم

السلام عليكم


Alkisah tadi exam chem,tapi aku dapat jawab separuh jer. no objektif. all subjektif. 80 markah utk essay jer. fuhh..

Ok aku tak nak cerita pasal exam. Saja nak share cerita plus warning kat sisters uia kuantan terutamanya. pleaseee,jangan amalkan guna shortcut.

yang aku tahu setakat ni 1st shortcut dari KOS ke blok 7. kalau jalan kaki paling lama 5-10 minit.

tapi shortcut ni,2 minit jer! jauh beza enn. hihi. iaitu dengan mendaki bukit.

Aku pernah lah daki bukit ni. Seriously bahaya sangat weh! kalau time hujan,means rumput tu basah,jangan ler berani sangat nak lalu situ. risiko tergelincir memang ada dan nauzubillahiminzalikh ,kalau terjatuh or terslip sikit jer. boleh meninggal or pendarahan or retak dan sebagainya. sebab cerun dia curammmm. seram plak aku tetiba.


1 lagi shortcut sebelah blok 10 ke kafe. kalau lalu jalan pejalan kaki.dalam 3 minit. kalau lalu shortcut ni dlm 1 minit jer kot.

kat sini pon aku pernah lalu. and aku baru jer lalu tadi.

malam plak tu,pukul 9 lebih. aku lalu situ pon sebab nak cepat hantar makanan kat blok tu.

then aku tak ingat laluan mana yang aku lalu dulu sebab dia macam ada 2 laluan. pahtu tadi aku terlalu laluan yang salah/bahaya. which is ada banyak giler lalang(kot) yang tumbuh tinggi sampai pingang aku. aku pon gigihlah jugak  turun bukit tu. then kaki aku  macam tergelincir sikit. aku try nak pegang lalang tu.. rupanya ada something like sembilu kat lalang tu,melekat kat jari aku wehhh!! sakit gilerrrr. halus2 tajam menusuk ke jariku. perghhh cuak aku.


oh ya,ada lagi 1 part,aku tak berjaya turun bukit tu dengan selamat. hahaha aku terlanding lutut ke tanah. perghh nasib baik xde orang. tergelak ku sendiri mengenangkan kejadian tadi. Serious lawok.

nasib baiklah xde luka kat memana sebab aku pakai seluar track yang tebal ni and cardigan labuh and tebal jugak. alhamdulillah..


So akhir kata,sisters,jangan selok sangat guna shortcut. malang jarang berbau. haha.

AKu tak rasa aku serik utk tak lalu shortcut.


ok lah itu jer. sebenarnya ada cerita lagi tapi aku cerita nanti kot sebab aku nak study lah sangatt.

exam weh rabu ni. 2 paper dalam 1 hari. doakan aku yer..

Friday, 1 January 2016

post pertama 2016

السلام عليكم

Selamat tempuh dunia akhir zaman yang semakin menguji iman dan emosi.

Pandangan mata selalu menipu,pandangan akal selalu tersalah,pandangan nafsu selalu melulu, pandangan hati selalu hakiki.

dan kalau hati itu bersih,maka bersihlah ^_^

Maka beruntunglah orang yang selalu mensucikan hati.

ingat,orang yang buta matanya,tidak nampak jalan didunia.

tapii..
orang yang buta mata hatinya,tidak nampak jalan di akhirat.

akhir kata,aku harap bukan hari ni jer korang ada azam baru. tapi selalu perbaharui azam dan niat tu.

Doakan aku kuat dan semoga Allah lindungi korang semua!


Aku maafkan silap korang yang dulu dan aku harap korang pon maafkan aku taw. Waarghh rinduunya kengkawan sekolah duluuu.


ok itu jer.

p/s: jarangkan aku post ilmiah cam ni. hihi.