Saturday, 2 January 2016

Bahaya Shortcut UIA KUANTAN

السلام عليكم

السلام عليكم


Alkisah tadi exam chem,tapi aku dapat jawab separuh jer. no objektif. all subjektif. 80 markah utk essay jer. fuhh..

Ok aku tak nak cerita pasal exam. Saja nak share cerita plus warning kat sisters uia kuantan terutamanya. pleaseee,jangan amalkan guna shortcut.

yang aku tahu setakat ni 1st shortcut dari KOS ke blok 7. kalau jalan kaki paling lama 5-10 minit.

tapi shortcut ni,2 minit jer! jauh beza enn. hihi. iaitu dengan mendaki bukit.

Aku pernah lah daki bukit ni. Seriously bahaya sangat weh! kalau time hujan,means rumput tu basah,jangan ler berani sangat nak lalu situ. risiko tergelincir memang ada dan nauzubillahiminzalikh ,kalau terjatuh or terslip sikit jer. boleh meninggal or pendarahan or retak dan sebagainya. sebab cerun dia curammmm. seram plak aku tetiba.


1 lagi shortcut sebelah blok 10 ke kafe. kalau lalu jalan pejalan kaki.dalam 3 minit. kalau lalu shortcut ni dlm 1 minit jer kot.

kat sini pon aku pernah lalu. and aku baru jer lalu tadi.

malam plak tu,pukul 9 lebih. aku lalu situ pon sebab nak cepat hantar makanan kat blok tu.

then aku tak ingat laluan mana yang aku lalu dulu sebab dia macam ada 2 laluan. pahtu tadi aku terlalu laluan yang salah/bahaya. which is ada banyak giler lalang(kot) yang tumbuh tinggi sampai pingang aku. aku pon gigihlah jugak  turun bukit tu. then kaki aku  macam tergelincir sikit. aku try nak pegang lalang tu.. rupanya ada something like sembilu kat lalang tu,melekat kat jari aku wehhh!! sakit gilerrrr. halus2 tajam menusuk ke jariku. perghhh cuak aku.


oh ya,ada lagi 1 part,aku tak berjaya turun bukit tu dengan selamat. hahaha aku terlanding lutut ke tanah. perghh nasib baik xde orang. tergelak ku sendiri mengenangkan kejadian tadi. Serious lawok.

nasib baiklah xde luka kat memana sebab aku pakai seluar track yang tebal ni and cardigan labuh and tebal jugak. alhamdulillah..


So akhir kata,sisters,jangan selok sangat guna shortcut. malang jarang berbau. haha.

AKu tak rasa aku serik utk tak lalu shortcut.


ok lah itu jer. sebenarnya ada cerita lagi tapi aku cerita nanti kot sebab aku nak study lah sangatt.

exam weh rabu ni. 2 paper dalam 1 hari. doakan aku yer..

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...