Friday, 26 February 2016

Seminar Borong Cina 2016- KUANTAN

السلام عليكم

ADAKAH ANDA TERGOLONG DI DALAM GOLONGAN INI?
-Usahawan/Bakal usahawan online/offline
-Usahawan yang ingin mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada
-Usahawan yang mula rasa barang jualan yang dibeli di pusat-pusat borong semakin tinggi harganya
-Pekerja makan gaji yang ingin memulakan bisnes sambilan/sepenuh masa
-Orang yang ingin mengintai peluang dan idea bisnes yang boleh didapati di China
-Pelajar yang ingin menjana pendapatan sampingan semasa belajar
-Pensyarah atau pelajar yang ingin membuat research tentang bisnes di China
ANDA ! Ya, anda yang sedang membaca post ini sememangnya perlu menyertai seminar ini !
SEMINAR SYURGA BORONG terus dari China!
PROGRAM BIMBINGAN TERBUKTI TELAH MEMBANTU LEBIH 1000 AHLI SELURUH MALAYSIA.
ANDA AKAN DIAJAR DAN DILATIH UNTUK
•Membina Mindset Seorang Usahawan
•Teknik Bermula Bisnes Dari Kosong.
•Teknik Survival Bisnes Dalam Keadaan Kegawatan Ekonomi
•Teknik Memborong Barang dan Harga yang Rendah
•Teknik Mendapatkan Keuntungan dalam Margin Tinggi Dengan Mudah
KAMI BANTU ANDA SEHINGGA ANDA MAHIR DAN BERJAYA!!
LATAR BELAKANG & KEHEBATAN SIFU MUHAMMAD SYUKRI SUHAIMI
•Bekas pelajar bioteknologi uiam kuantan
•Pemegang tender kerajaan
•Pembekal solar panel tnb malaysia
•Pengalaman bisnes di china selama 3 tahun
•Memperoleh keuntungan besar rm 140,000 dalam masa 3 minggu!
•Pengasas bermula trade resources
--------------------------
BILA? DI MANA?
---------------------------
6/3/2016 ( AHAD)
ALT3
Kulliyah Of Sciences
UIAM Kampus Kuantan, Pahang
-------------------------------------------------------
Untuk mengikuti Seminar ini, kami hanya mengenakan yuran yang sangat MINIMA tetapi BERBALOI dengan NILAI ILMU yang akan kami kongsikan nanti...
DAFTAR SEKARANG DENGAN DISKAUN 40% :
-------------------------------------------------------
HARGA PELAJAR: RM 60 (ASAL RM 100)
HARGA BUKAN PELAJAR: RM 80 (ASAL RM 150)
-------------------------------------------
TAWARAN PAKEJ BERJEMAAH
-------------------------------------------
3 ORANG DAN KEATAS:
HARGA PELAJAR: RM 50 TIAP SEORANG
HARGA BUKAN PELAJAR: RM 70 TIAP SEORANG
wauu jimat berganda -ganda
so daftar berjemaah OK

 WHATSAPP / TELEGRAM : 014-5223209(AMIRA)
P/s : Daftar segera kerna bedasarkan pengalaman yg lalu semua seat sold out dalam masa yg singkat.


Thursday, 18 February 2016

PART 1- SALAH FAHAM

السلام عليكم


Haha tetiba aku teringat psal someone ni. Actually aku nak cerita pasal 1 kisah ni. Pasal salah faham bertukar menjadi kekaguman terhadap dia. Haha not more than that okay. Lagipon dia kat Gombak,aku kat sini.


Alkisahnya masa kat CFS,ada 1 sem ni memang hidup aku dalam keletihan. Salah satu sebabnya ialah aku repeat BI. Dan secara auto,jadual aku semuanya berubah.

Then utk kelas BTQ, classmates aku majority budak law. Pheww aku sekelas ngan dak law beb.
Then kebetulan aku memang baru sangat dapat kawan baru dri kos law masa jadi committee tawe ritu.

So msa tu rasa macam. Ok lega sikit at least adelah jugak dak law yang aku kenal. Aku rasa kalau aku tak jadi committee tawe ritu meme aku tak kenal sorang pon classmate aku.

Nak dijadikan cerita lagi,student dlama kelas tu memang rmai. Sebab ko bayangkan ah,dah ah tu asalnya group budak law. Then sumbat plak ngan dak engine macam aku ni. Badly,2 orang jer sis engine dalam tu. Aku rasa cam. Homaiicatt. Tang bro memang tak yah cakap lah. Aku kenal sorang jer itupon sebab dia ex classmate aku.

Then aku notis sorang hamba Allah ni. Aku notice dia ni sebab madam selalu panggil nama dia mintak dia bacalah,Tanya dia soalan lah. Aku pon masa tu macam… apa yang hebat sangat dia ni? Tak pernah dengar pon sesiapa cakap pasal dia. Siapa dia ni? Hebat berhujah ke? Masa tu aku ingat hamba Allah ni budak law. Haha

Then aku ingat lagi time presentation,group aku present pasal Christian. Then aku tak ingat sama ada dia or mber dia Tanya 1 soalan. Ahaha aku pon tak ingat soalan tu tuju kat sapa. Ok itu 1 part.

Part 2, next semnya. A.k.a last sem aku kat cfs. Aku join 1 kursus keusahawanan ni. And guess what? Dia pon ada dalam kursus tu. Ok masa tu aku pk dia freshie dlm business ni macam aku. Huhu. So aku ingatkan dia sesaja nak join kursus tu maybe sebab dia ada minat meniaga. Masa tu aku tak rasa pon yang ni dia ni hebat ke ape.

Ok then habis jer kursus tu. Aku pon dah tak jumpa dia.

Ok ada 1 moment ni yang aku realized sebenarnya dia dak engine bila time exam calculus. Dia 1 kelas exam mid ngan aku. Aku tergamam jap. Lahh,dia engine ke! Apehal aku tak notis eh haha.

ok then last part,utk subjek calculus tu. Lecturer kiteorang sama! Kalau ko baca post aku sebelum ni pasal madam faizah tu. Komfirm ko faham apa yang aku nak sampaikan.
Dah ah malas nak tulis.

Sebenanrnya ada sambungnnya taw. Sebab  part 1 ni aku Cuma nak story pasal macammana aku boleh salah faham kat dia.

Part 2 nanti aku ceritakan pasal salah faham bertukar menjadi kekaguman. Stay tune and always update this blog okay . hahahahah






CARA DOWNLOAD GOOGLE DRIVE DALAM LAPTOP

السلام عليكم

phew da lama beb tak share tutorial. kali ni tutorial for dummies. yang masih belum manja dengan google.

sebenarnya aku baru reti guna google drive lepas kelas comp sem lepas haha. lawak ke lawak? ok fine #lawakhambar

then baru terfikir kalau kat fon aku boleh download apps google drive. why kat laptop aku tak download kan? 


before that.

Dah ada apps google drive dalam laptop anda? Baguslah kalau ada.. Tak yah baca pos ni pon takpe dah. Haha. utk yang takde lagi bacalah yer. 


Hmm,aku tak surelah semua university sama ke tak style mengajarnya.

Kalau kat uia ni,guna slide kecuali subjek math. So kiteorang ada 1 laman web utk lecturer letak slide kat situ and all students download the slides from there. Laman web tersebut dipanggil itaaleem. U korang ada ke? Kalau ada baguslah. Kita geng hehe. 

 aku pelik gak ada lecturer yang tak suka upload slide dia kat itaaleem. dia prefer emel kat sorang wakil . argh lantaklah asalkan dpt softcopy slide tu kann.


Ok then,macam kelas aku dan kelas lain(kot).  Kiteorang create 1 folder kelas kat google drive. Means siapa yang ada link tu boleh access and boleh edit.

Tapi.. aku rasa lah. Ramai yang practickan cara manual. Maksud aku is..

. Bila nak download slide baru yang member ko baru upload kat folder tu. Firstkan kena  klik link tu.
 Senang cerita kena bukak chrome dulu then bukak link tu.

Then klik then kena download file dalam tu. Kiranya kalau ko nak download file baru dalam tu. Ko perlu bukak kat browser.

Bukan nak cakap kat orang lain,nak cakap kat diri aku jugak. Kah kah kah.  time internet laju, haram jadah  nak upload slide, duk buat mende lain.

 Tapi,. Time wifi lembap kalah siput time tulah sibuk nak download slide and ko maki wifi. Tak berguna weh.

So cara paling mudah is… kau download jer terus apps google drive terus ke laptop kau.

 Means semua slides baru yang member ko upload kat folder tu,secara AUTOMATIK akan ada dalam laptop kau. Waaa best ke best? Tak yah susah2 sign in bagai n klik link then klik download. TAK PAYAH!

So kat pc kau nanti akan ada file google drive. Kalau  ko letak jer apa2 file kat bahagian google drive dalam pc kau,automatic dia akan upload ke real google drive dlm chrome/Mozilla dll.

Eh faham tak ni? Ok cer tengok pic kat bawah ni. Google drive dalam laptop n kat browser.


kat laptop

kat browser



kat laptop




kat browser







kat laptop

kat browser



Hah so letsay kau nak upload something kat folder google drive kau. Kau just paste jer slide tu kat google drive kat file laptop kau. Tak yah sesusah nak bukak browser dah.

Tapi make sure ada connectionlah. Sebab dia hanya akan auto download if ada connection jer. 

Ape kau expect wifi tak dapat connect then menda tu terupload sendiri? Haha.

 Kan.. so kat mana nak download. Ok aku download kat sini tak silap. Cer try KLIK SINI.

Kalau takleh,kau search je lah download google drive for pc.

Hmm,aku nak ajar satu2 pon rasanya ekorang ni bukannya baru ada laptop. 

Pandai2lah godek yer ^^

Kalau tak faham dipersilakan komen or Tanya member ko. Takkan member ko tak gitaw kot pasal ni? Pelangkung sikit dia. Haha


 Sekian terima kasih. 

Wednesday, 17 February 2016

REVIEW CHEESE IN THE TRAP

السلام عليكم


Dah lama kan aku tak review drama. Oh yeahh tetiba bersemangat waja nak review 1 drama ni iaitu

CHEESE IN THE TRAP

Aku tahu tajuk dia meme tak best lalu. Pah ceroh aku dok pehe bakpe ler tajuk ni camni.
 Kengkadang aku terfikir cerita tom n jerry. N terbayang tikus.
So disebabkan aku tak nak dipengaruhi oleh first assumption. Sebab mostly first assumption is false assumption rite? Contoh kau tengok orang kat penjara,1st assumption ko mesti terfikir orang ni buat kesalahan besar sebab tu masuk jail. Padahal kenyataannya dia dianiayai.. ok camtu lah.
Ok situasi kedua yang prove 1st assumption is always false is bila at first  aku rasa cam tak nak tengok cerita she was pretty. Sebab kalau dengar tajuk jer mmg tak best. Tapi selalu dengar orang cakap cerita tu best. So aku pon tengok ler,rupanya memang best.

Ok itu jer. Jom kembali ke main topic iaitu pasal cerita ni.
First cerita ni khusus cerita pasal student kat university.
Argh senang cerita semua menda yang berlaku kat u,diceritakan semula kat dalam kisah ni.
1.       Copy cat
Kalau korang tak bernasib baik,korang akan ada copy cat. Copy cat ni ialah someone yang nak tiru diri dan personaliti kau. Termasuklah cara kau berpakaian,barang2 yang kau guna. Kalau kau guna beg LV,dia pon akan guna beg LV jugak. Kalau kau suka pakai shawl lilit 10x,dia pon akan pakai shawl lilit 10x. paling haru bila tubuh badan dia sama ngan tubuh badan kau yang akan menyebabkan kawan2 kau boleh tertukar kalau tengok dari belakang.

2.       Sleeping partner
Hah ni mesti ada kan. Orang lain buat kerja,dia  duk berjimba. Dan sangat2 mengharapkan orang. Memang 1 kerja tak buatlah. Kalau buat pon,sikit jer itupon banyak yang kena perbaiki.

3.       Crush

Yang ni sebenarnya main story ni.. ok pernah tak dalam hidup ko. Tak pernah langsung terlintas pasal someone ni. Bila jumpa pon memang tak rasa nak pandang,yelah tak kenal kan. Tambah plak dia bukannya hensem/cantik/bijak/aktif . kiranya sangat biasa2lah.

Then entah macam mana,hati kau tergerak nak kenal dia. Juz because entah macam mana. No such reason selalu jumpa ke ape.

Ok then yang si dia ni plak pon sama macam kau pada awalnya. Tak kenal kau. Tak nak kenal kau dan tak tahu pon pasal kau.

Ok then macammana kau nak approach dia ni? Sebab hati kau menjerit supaya kau berkenalan ngan dia.
Adakah kau tulis surat? Adakah kau jumpa dia direct cakap terus terang? Adakah kau bagi hint slow2 kat dia? Adakah kau guna orang tengah? Adakah kau masuk minang terus? Adakah kau …….. sila jawab sendiri.
One of the value yang aku dapat sepanjang tengok cerita ni is JUJUR dalam perhubungan. Apa yang kau rasa,apa yang kau gusar,apa yang aku tertanya2 pasal dia dalam hati kau. Better kau jujur bagitahu dia, dan mintak jawapan dari dia utk jelaskan persoalan kau.

Serious weh,bila kau jujur antara satu sama lain, barulah akan ada kesetiaaan tu. Kalau kau tak jujur,very imposibble kesetiaan tu akan kekal.

Oklah rasanya itu jer.

Selamat menonton.

Oh ye sebelum terlupa,cerita ni kan. Memula aku tengok tu memang tak faham weh. Aku pon ingat lelaki tu memang ada something. Tapi aku tak leh nak agak something apa yang something tu. Habis jer episode 9. Aku ulang balik dari episode 1. Masa tu lah aku faham kenapa lelaki tu buat macam tu. Dan aku makin faham tindakan dia tu sangat2lah berhikmah. Hihii.


Ok dah habis dah coretan ^^ 

Friday, 12 February 2016

Kedai printing dan advertising KUANTAN (RECOMMENDED)

السلام عليكم


Kedai Printing Baju dan advertising KUANTAN!

Alhamdulillah,tergerak hati nak tolong promote 1 kedai printing ni. Yer aku tahu kat kuantan ni tak bersepah kedai printing dan advertising. Particularly milik bumiputera khususnya orang islam.

So uols area kuantan kalau nak cari kedai printing baju ker,,print businesskad ker,print sticker business ke,print flyers ke,bunting ke or apa2 jelah yang berkaitan printing and advertising.

Jangan ragu2 yer. Terus ke kedai SOHABAH SALAM.

LOKASI : JALAN BY PASS KUANTAN,BUKIT RANGIN. BETUL2 KAT TEPI JALAN BESAR BY PASS TU. DEKAT/SEBELAH KEDAI CAT NIPPON tak silap.

In case sesat ker ape,call no ni okay. 018-9098295 or 011 3208 0523
Layanan first class inshaallah. 100% tiada unsur penipuan or apa2 jelah yang –ve.


Ok itu jer. Actually ni kedai family member aku . saja nak tolong promote ^^ semoga business makin maju yer. Jom support muslim’s business !

Bazocar Souq UIA Kuantan

السلام عليكم

Bazocar? ape kebenda tu? car tu tahu ler kereta. Bazo?

Ok geng, Bazocar tu kesinambungan kepada ayat Bazaar from the boot car. Wuhuu.

bakal menggegar UIA Kuantan!

Dibawakan khas daripada pelajar di Uia Kuantan sendiri.

apa bestnya Bazocar ni?

First,ini adalah bazar pertama yang 100% peniaganya dikalangan student. Bak kata bapok Ahmad. Kita kena buat dua kerja. 1 kerja jer tak membantu utk hidup. Yet as student kiteorang mampu buat 1 kerja jer. sebab belajar bukan kerja. huhu.

So bila student yang jual. Of koz lah harga student chek kak oi !

Apa jer yang student boleh jual?

Ok yang lain dari lain bazaar ni ialah takde adegan masak memasak macam kat pasar malam. Semuanya ready made.

Mira pon tak tahu sangat apa yang student nak jual . Rasanya macam biasalah kan. Baju,powerbank,kopiah,songkok,kek batik,nugget camtu kot. hehe.


Inshaallah kalau ada rezeki mira pon nak join jugak,tapi utk  grand opening ni,mira tak leh nak join sebab ada komitment. haha. Mira one of the committee of this program!

So utk warga kuantan sekalian,yang tak tahu nak pergi mana hari sabtu tu. Moh lah ke UIA.


Bazaar ni kat dalam UIA ke? yer awak. Mira bagi direction yer. please ikut kalau tak nak sesat.


1. kat pintu gerbang besar tu. Belok kiri. Memang kena belok kiri ponn. hehe.
2. then straightttttttt jer. Sampailah jumpa simpang tiga. Ok sebelum korang jumpa simpang tiga tu,korang akan jumpa kuliyah dentistry,library,kulliyah allied health science. ok kat simpang 3 tu,korang dah boleh nampak bangunan tnggi 10 tingkat. hah tu asrama kitoerang.
3. ok kat simpang 3 tu,korang belok kiri. kat sebelah kiri tu kulliyah of science. hah dah sampai.

Bazaar ni terletak di lot parking kulliyah of science(KOS).  korang boleh parking kat mana2 jer tempat kosong yang ada. nak parking kat tempat yang berbatu belakang bustop tu pon boleh jer no hal beb.


So kalau terjumpa Mira tu tegur2 lah yer. Mira yang cute kecik molek ni. hihi.


Btw,nanti maybe Mira akan ada sentiasa kat situ. So posibbly utk kita jumpa tu sangat tinggi haha... kot.

Ok itu jer. eh jangan lupa taw ajak kawan2 jiran2  semua mai bazocar ni.

Bazocar ni diadakan sebulan 2x jer. so tak selalu. dan vendor/peniaga pon bertukar.

So please please meriahkan lagi bazocar ni.

Kiteteroang plan nak jadikan ianya aktiviti setiap sem.

tujuan utama bazocar ni ialah untuk membantu student menyediakan platform untuk berniaga.

oh ye lupa plak. jangan lupa taw follow insta search jer bazocar nanti keluar lah tu. hashtag plak #bazocarsouq.

utk student kuantan yang berminat,boleh pm mira yer ^^


grand opening pada 27 february ni. jangan lupa yer awak.


Rasanya sampai sini jer. sedap plak aku menaip ni. mentang2lah laptop baru .smooth jer typing walaupon banyak typo. Jari pendek ngat. hehe.


Thankz sudi baca. ni nak bagi adiah pic . lama tak bagi kann.

Assalamualaikum ^^



my job for this event. mira yang buat nametag ni hihi. 

Thursday, 11 February 2016

UIA KUANTAN SERVICE

السلام عليكم


Servis di UIA kuantan.

Servis apa? Servis kereta? Servis laptop? Apa kaitan uia kuantan dengan servis ni?

Rata-rata orang ingat UIA kuantan ni hanyalah sekadar universiti. Tempat untuk menuntut ilmu semata-mata. Tidak lebih dan tidak kurang. Jadinya semuanya anggap alah xde menda pon uia ni. Sama jer ngan u lain.

No no no.. anda silap. Super duper silap baq hang.

Buat yang baru mengenali UIA. Nak habaq mai bebudak kat UIA ni bukannya budak akaun,bukan jugak budak jurusan Islamic ape semua. Semuanya bakal menjadi doctor pakar. Pakar apa? Apakar bius kah? Pakar sakit puan kah? Oh ya itu sudah tentu. Tetapi tu kan utk bergelar doctor.

Kat sini ada bakal pakar mata,pakar EnT,pakar psiologi dan macam2 lah.

And of the service yang ada kat UIA ni ialah servis LASIK/LASEK. Alah yang buang lapisan ape ntah. Not so sure. Tapi kat hospital swasta mahal woo. Rm3k++ utk 1 mata. Kat sini 3k++ boleh dapat full package for both eye. Harga termasuk rawatan,checkup,terapi n semualah.

So utk yang power spec tinggi sampai tahap tak boleh nak tinggal spec. alamatnya kalau tak pakai spec memang tak boleh nak buat kerja. Hah better korang buat lasik ni. Komfirm bahagia lepas tu.

Ok bukan tu jer. Kat sini jugak ada klinik gigi taw. Yelah sebab ramai student dentist. Sebenarnyaaa.. nak bagitahu. Kat sini sangat2 memerlukan pesakit! Utk warga kuantan sekalian,kalau korang sakit gigi ke nak cek gigi ker. Korang pergilah kat kulliyah dentistry ni! Please lah pergi. Ramai ‘bakal’ doctor nak check gigi korang tu!

Ok bukan tu jer,berbalik kepada mata tadi, kalau  korang nak check mata ke or apa2lah berkaitan ngan mata pon boleh weh! Sebab kat sini ada pelajar optometri. So dorang sangatlah memerlukan patient!

Hah fisiologi pon ada tapi tak surelah dorang perlukan patient tak.

Konklusinya kat sini,UIA kuantan bukan sekadar tempat belajar. Tapi tempat untuk warga kuantan mendapatkan rawatan secara mesra,murah, dan macam2 lah.

Last but not least,WELCOME TO UIA KUANTAN!

Uia kuantan mungkin tak segah uia Gombak dari segi seni bina. Tapi inshallah korang akan rasa tenang masuk ke sini. Jumlah kami Cuma 5000 jer. Sikit kan? Lagi sikit lagi student cfs kot. Kat Gombak mau 20k. eh yeke? Agak jer. Hehe

Itupon ada kos yang student tak sampai 20 orang. Hehe.

Ok itu jer. Selesai sudah aku mempromosikan UIA kuantanku ini.

So sesiapa nak mai uia kuantan and nak jalan2,contactlah aku segera. Aku boleh tolong takat yang aku termampu.


Whatsapp dan magic

السلام عليكم


Aku tak tahu lah ni boleh diconsider as complain or ape.

Zaman teknologi ni. Particularly bila terciptanya whatsappp dan hampir semua yang ada smartphone install whatsapp.

Bila semua orang nak buat mesyuarat through wasep jer without meeting face to face. Bila semua info nak diberitahu kat whatsapp. So kat sini perlunya internet. Tak kisahlah langgan internet rm30 sebulan 2gb or guna wifi kampus ke.

Tak guna kau ada apps whatsapp tapi xde connection to the internet.

Yang aku rasa macam dah jadi wajib plak untuk check fon sebelum pergi kelas.

Minggu ni jer dah 2x terkena.

1st semalam, kelas pukul 8. Dengan gigihnya pagi tu pergi mandi,sebelum ni mandi sejam sebelum kelas sbb air sejuk baqq hang kalau pkul 5-7. Da siap2 ni,baru nak on9. Tengok2 kelas pukul 8 cancel. Nasib baiklah baru nak bersiap. Tudung pon tak sarung lagi. Bila tengok mesej yang inform takde kelas tu pukul 12am. Aku pukul 11 dah offline. Mana lah nak check fon dah.

2nd hari ni,  dah siap2,stoking dah pakai memang 100% ready nak pergi kelas lah. Then baru tergerak hati nak check fon. Apelagi tengok2 kelas cancel jugak. Kawan aku lagi kelakar,dia dah nak sampai kelas dah,masa tu baru dia check fon tengok takde kelas. Mesti bengang giler haha.

So konklusinya kat sini. Rajin2 ler tengok fon. Tak salah pon sebab kalau kau tak tengok nanti kau yang menyesal tak sudah. Tapi agak2 ler,jgn melekat plak fon tu kat tangan yer.

Warghh sedihnya takde kelas calculus hari ni. Aku dah lah rindu giler subjek ni. Bergelumang dengan integration and differentiation bestnyaaa.

Ok itu jer ^^



Wednesday, 10 February 2016

Pengedar kerepek Kuantan

السلام عليكم



Assalamualaikum semua. Pernah makan kerepek tak? Suka kerepek apa?
Kalau mira,suka ubi jejari tu yang warna kuning tu. Kruik kruik kunyah nyumm sedapnyaa.. boleh citer semua jenis ubi lah mira suka,ubi pedas,ubi masin,ubi tawar? Haha. Jiwa kampong ke kampong?

Kerepek pisang pon suka jugak tapi suka buat sendiri jer kat rumah. Lebih jimat. Sebab kalau beli mahal woo.

Ok then bersempena mira melanjutkan pelajaran di Kuantan selama 4 tahun ni.

Nak habaq mai kat kalian bahawasanya kalau uols nak beli kerepek secara borong a.k.a banyak. Boleh lah beli dengan mira yer.

Semua kerepek ni mira ambil dari supplier yang memang sedaplah dorang punya kerepek sebab mira pon makan.

Utk yang nak buat kenduri tapi tak tahu nak letak apa dalam goodie beg tu,hah boleh lah try letak kerepek ni. Mesti tetamu suka. Dan kalau malas nak packing,mira boleh tolong packing kan kecik2.
Min paket Cuma 100 bungkus kecil jer. 1 bungkus rm1 sen jer. Murah ke murah? Yg 70sen pon ada Tapi tengok jenis lah yer. Biasa utk paket kecik2 ni customer akan pilih yang ubi jejari tu. Murah jer ^^Cakap jer nak berapa paket? Mira on jer. Jgn kurang 100paket yer.

Oh ye,mira tak jual yer paket yang 300g,500g tu. Mira jual 3kg,5kg terus.

So ni antara kerepek yang ada. Min order 2 jenis. 1 jenis tu ada 3 dan 5kg. tengok jenis jugak lah.ada jenis yang ada 3kg jer. N so on.

1.    Ubi and the gang- ubi masin,perisa(bbq/kari),pedas,manis,tawr lemak,jejari(balado/ayam)
2.    Keledek- jejari
3.    Bawang- biasa dan pedas
4.    Jejari- bilis,udang
5.    Muruku – gerigi,campur/Bombay,pagoda,leper
6.    Bika-kari/pedas
7.    Buah redan
8.    Keledek ungu
9.    Kerepek tempe
10.                       Kuih siput

Oh ye,kerepek ni pre order taw. Sebab mira tak simpan stok. Kang lemau plak. So kalau ada order baru mira ambil stok, so bolehlah order awal2. Kalau nak kerepek 23/2,jangan ler 20/2 baru nak order.

Order mesti dibuat selewatnya 2 minggu sebelum tarikh ambil. Ok let say tadi nak ambil 23/2 kan,so paling lewat order ialah hari khamis 11/2.

Miraaa,kenapa lama sangat kena tunggu? Ok 1st tadi sebab kerepek ni bukan ready stok. Actually takdelah lama sangat 2 minggu tu.

So kat sini rasanya dah boleh disimpulkan bahawasanya no urgent order. Unless kebetulan apa yang kalian nak tu,mira ada pegang stok sebab mira jugak jual kerepek ni kat hostel. So adalah stok sikit. Tapi sikit sangat.

Last but not least,if berminat boleh lah pm fb mira ni.

Taip facebook.com/mierayusof. Nanti keluar lah. PM  jer terus k. tak yah add friend yer. Ni dah gitaw awal2. Hehe.

Oh ye,sebelum terlupa. Untuk comfirmation order,mira perlukan deposit or nk byr full terus pon boleh. Yang penting deposit tulah . ini tak bermakna mira mata duitan yer,just utk elak backout buyer.

Ok ada plak yang tak tahu backout buyer ni apa, backout buyer ni someone yang whatsapp mira cakap nak beli sekian sekian,then sampai tarikh cod,dia senyap. Kadang tu siap block mira lagi. So barang yang dia order tu dah ada tapi dia nak cancel tapi tak bagithu pon. Diam macam tu jer
So nak elak daripada perkara ni berlaku,mira perlukan deposit tanda anda benar2 serious ingin membeli. Yer mira bukan tak percaya kat anda(customer),memang anda serious ingin beli tapi bagi mira. Selagi tak de deposit,means tak serious. Faham kan? So tolong bagi kerjasama yer. Deposit 50% dari harga total yer. Bukannya deposit rm10 . huhu.


Dan once deposit dibayar,tak boleh cncel order yer. So fikir betul2 sebelum bayar. Feel free to say no jika tak berminat. Hihi mira okay jer ^^ bukan rezeki mira.

Pasal penghantaran pula,mira akan hantar sampai depan pintu rumah. Tapi dia area sekitar kuantan jelah. Pekan,sg lembing,bukit sagu ,segala jenis kampong yang ada berdekatan cam bukit kuin semua. mira boleh hantar tapi kena beli min rm200. Baru berbaloi nak hantar kan sebab mira dari UIA.

Yang nak self pickup kat UIA pon boleh yer ^^ yg ni ikut limit cam biasa


Ok itu sahaja. Selamat bermuamalat dengan mira ^^

Tuesday, 9 February 2016

Surat buat ex roommate

السلام عليكم

dah lama aku tak tulis surat, disebabkan kemajuan teknologi. tulis surat kat blog je lah yer.

alkisah rumet aku supposely ada 3 orang utk 1st year ni. termasuk aku jadi 4 orang.

tapi sorang off campus sebab rumah dia dekat ngan uia. hmm,tapi takdelah dekat sangat yet dia nak jugak duk luar. lantak p dia lah.

so tinggal lah bertiga. yang si A ni 1 course ngan aku means classmate aku ler. yang sorang lagi kos plant.

wlpon aku sebilik ngan classmate aku,tapi aku tak kamcheng pon ngan dia. maybe sebab dia ada bff kot. So aku malas lah nak interfere. aku bukan tak bergaul ngan dia,bergaul jer cuma kureng sikit lah. sebab bff dia pon jenis tak berapa rapat ngan rumet kot.

so nak dijadikan cerita,aku agak kamcheng ah dengan si B ni. si B ni plak jenis happy go lucky,selalu tolong aku bab bisnes hihi and dialah teman makan,teman berjimba teman utk berborak,teman makan dan macam2 lah dia temankan aku. aku rasa kalau dia classmate aku,memang hari2 aku nak pergi kelas ngan dia. macam exam haritu,utk subjek yang aku dan dia pon ambil,kiteorang study sama2,aku tak study pon ngan A. tak tahulah,hmm.


Ok then,si B tu gitaw yang sem ni da nak keluar uia. reason? adelah. ikut suka hati koranglah nak pk ape reason tu. nak dijadikan cerita,if si B tu keluar,means aku tinggal berdua jer dengan A.

Serious weh aku tak reti doh nak bergaul ngan A. maybe sebab tak sekepala kot. aku rasa cam apehal susah dowh nak masuk ngan dia. Padahal aku giler2 jer kalau ko kamcheng ngan aku. dan aku mmg suka menyakat. tapi ngan dia ni,aku tak berani nak menyakat. takot silap method haha. and most of the time,aku akan serious jer ngan dia, Jarang ah aku buat lawak hambar and loyar buruk aku.

next sem,aku jamin 100% si A ni akan duduk sebilik ngan bff dia. ok itu aku tak kisah sebab aku rasa kalau aku still sebilik ngan dia pon,aku n dia still akan jadi cam stranger. So aku kena cari rumet baru. Masalahnya sekarang,aku tak tahu nak rumet ngan sapa. ade 2 calon rumet. Geng C and D. entah , and both geng ni ada sorang classmate aku yang aku boleh masuk. Cuma tak tahu,entah ah aku prefer rumet yang takde bff. Maksud aku bff ni,someone yang kau asyik nak melekat kat dia and kau tak nak bergaul ngan orang lain even rumet kau sendiri. aku harap korang faham lah.


ok itu jer. So actually aku rindu si B ni. dia selalu ingatkan solat awal waktu, and kejut aku qiamullail,selalu kejut aku tanpa jemu,kalau aku suruh dia kejut pkul 4,dia kejut. so skrg ni dia tkde,spe nak kejut akuu.. jam pon tak mampu nak kejutkan aku.