SHOPPING BUKU DISINI

Wednesday, 10 February 2016

Pengedar kerepek Kuantan

السلام عليكم



Assalamualaikum semua. Pernah makan kerepek tak? Suka kerepek apa?
Kalau mira,suka ubi jejari tu yang warna kuning tu. Kruik kruik kunyah nyumm sedapnyaa.. boleh citer semua jenis ubi lah mira suka,ubi pedas,ubi masin,ubi tawar? Haha. Jiwa kampong ke kampong?

Kerepek pisang pon suka jugak tapi suka buat sendiri jer kat rumah. Lebih jimat. Sebab kalau beli mahal woo.

Ok then bersempena mira melanjutkan pelajaran di Kuantan selama 4 tahun ni.

Nak habaq mai kat kalian bahawasanya kalau uols nak beli kerepek secara borong a.k.a banyak. Boleh lah beli dengan mira yer.

Semua kerepek ni mira ambil dari supplier yang memang sedaplah dorang punya kerepek sebab mira pon makan.

Utk yang nak buat kenduri tapi tak tahu nak letak apa dalam goodie beg tu,hah boleh lah try letak kerepek ni. Mesti tetamu suka. Dan kalau malas nak packing,mira boleh tolong packing kan kecik2.
Min paket Cuma 100 bungkus kecil jer. 1 bungkus rm1 sen jer. Murah ke murah? Yg 70sen pon ada Tapi tengok jenis lah yer. Biasa utk paket kecik2 ni customer akan pilih yang ubi jejari tu. Murah jer ^^Cakap jer nak berapa paket? Mira on jer. Jgn kurang 100paket yer.

Oh ye,mira tak jual yer paket yang 300g,500g tu. Mira jual 3kg,5kg terus.

So ni antara kerepek yang ada. Min order 2 jenis. 1 jenis tu ada 3 dan 5kg. tengok jenis jugak lah.ada jenis yang ada 3kg jer. N so on.

1.    Ubi and the gang- ubi masin,perisa(bbq/kari),pedas,manis,tawr lemak,jejari(balado/ayam)
2.    Keledek- jejari
3.    Bawang- biasa dan pedas
4.    Jejari- bilis,udang
5.    Muruku – gerigi,campur/Bombay,pagoda,leper
6.    Bika-kari/pedas
7.    Buah redan
8.    Keledek ungu
9.    Kerepek tempe
10.                       Kuih siput

Oh ye,kerepek ni pre order taw. Sebab mira tak simpan stok. Kang lemau plak. So kalau ada order baru mira ambil stok, so bolehlah order awal2. Kalau nak kerepek 23/2,jangan ler 20/2 baru nak order.

Order mesti dibuat selewatnya 2 minggu sebelum tarikh ambil. Ok let say tadi nak ambil 23/2 kan,so paling lewat order ialah hari khamis 11/2.

Miraaa,kenapa lama sangat kena tunggu? Ok 1st tadi sebab kerepek ni bukan ready stok. Actually takdelah lama sangat 2 minggu tu.

So kat sini rasanya dah boleh disimpulkan bahawasanya no urgent order. Unless kebetulan apa yang kalian nak tu,mira ada pegang stok sebab mira jugak jual kerepek ni kat hostel. So adalah stok sikit. Tapi sikit sangat.

Last but not least,if berminat boleh lah pm fb mira ni.

Taip facebook.com/mierayusof. Nanti keluar lah. PM  jer terus k. tak yah add friend yer. Ni dah gitaw awal2. Hehe.

Oh ye,sebelum terlupa. Untuk comfirmation order,mira perlukan deposit or nk byr full terus pon boleh. Yang penting deposit tulah . ini tak bermakna mira mata duitan yer,just utk elak backout buyer.

Ok ada plak yang tak tahu backout buyer ni apa, backout buyer ni someone yang whatsapp mira cakap nak beli sekian sekian,then sampai tarikh cod,dia senyap. Kadang tu siap block mira lagi. So barang yang dia order tu dah ada tapi dia nak cancel tapi tak bagithu pon. Diam macam tu jer
So nak elak daripada perkara ni berlaku,mira perlukan deposit tanda anda benar2 serious ingin membeli. Yer mira bukan tak percaya kat anda(customer),memang anda serious ingin beli tapi bagi mira. Selagi tak de deposit,means tak serious. Faham kan? So tolong bagi kerjasama yer. Deposit 50% dari harga total yer. Bukannya deposit rm10 . huhu.


Dan once deposit dibayar,tak boleh cncel order yer. So fikir betul2 sebelum bayar. Feel free to say no jika tak berminat. Hihi mira okay jer ^^ bukan rezeki mira.

Pasal penghantaran pula,mira akan hantar sampai depan pintu rumah. Tapi dia area sekitar kuantan jelah. Pekan,sg lembing,bukit sagu ,segala jenis kampong yang ada berdekatan cam bukit kuin semua. mira boleh hantar tapi kena beli min rm200. Baru berbaloi nak hantar kan sebab mira dari UIA.

Yang nak self pickup kat UIA pon boleh yer ^^ yg ni ikut limit cam biasa


Ok itu sahaja. Selamat bermuamalat dengan mira ^^

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...