Wednesday, 17 February 2016

REVIEW CHEESE IN THE TRAP

السلام عليكم


Dah lama kan aku tak review drama. Oh yeahh tetiba bersemangat waja nak review 1 drama ni iaitu

CHEESE IN THE TRAP

Aku tahu tajuk dia meme tak best lalu. Pah ceroh aku dok pehe bakpe ler tajuk ni camni.
 Kengkadang aku terfikir cerita tom n jerry. N terbayang tikus.
So disebabkan aku tak nak dipengaruhi oleh first assumption. Sebab mostly first assumption is false assumption rite? Contoh kau tengok orang kat penjara,1st assumption ko mesti terfikir orang ni buat kesalahan besar sebab tu masuk jail. Padahal kenyataannya dia dianiayai.. ok camtu lah.
Ok situasi kedua yang prove 1st assumption is always false is bila at first  aku rasa cam tak nak tengok cerita she was pretty. Sebab kalau dengar tajuk jer mmg tak best. Tapi selalu dengar orang cakap cerita tu best. So aku pon tengok ler,rupanya memang best.

Ok itu jer. Jom kembali ke main topic iaitu pasal cerita ni.
First cerita ni khusus cerita pasal student kat university.
Argh senang cerita semua menda yang berlaku kat u,diceritakan semula kat dalam kisah ni.
1.       Copy cat
Kalau korang tak bernasib baik,korang akan ada copy cat. Copy cat ni ialah someone yang nak tiru diri dan personaliti kau. Termasuklah cara kau berpakaian,barang2 yang kau guna. Kalau kau guna beg LV,dia pon akan guna beg LV jugak. Kalau kau suka pakai shawl lilit 10x,dia pon akan pakai shawl lilit 10x. paling haru bila tubuh badan dia sama ngan tubuh badan kau yang akan menyebabkan kawan2 kau boleh tertukar kalau tengok dari belakang.

2.       Sleeping partner
Hah ni mesti ada kan. Orang lain buat kerja,dia  duk berjimba. Dan sangat2 mengharapkan orang. Memang 1 kerja tak buatlah. Kalau buat pon,sikit jer itupon banyak yang kena perbaiki.

3.       Crush

Yang ni sebenarnya main story ni.. ok pernah tak dalam hidup ko. Tak pernah langsung terlintas pasal someone ni. Bila jumpa pon memang tak rasa nak pandang,yelah tak kenal kan. Tambah plak dia bukannya hensem/cantik/bijak/aktif . kiranya sangat biasa2lah.

Then entah macam mana,hati kau tergerak nak kenal dia. Juz because entah macam mana. No such reason selalu jumpa ke ape.

Ok then yang si dia ni plak pon sama macam kau pada awalnya. Tak kenal kau. Tak nak kenal kau dan tak tahu pon pasal kau.

Ok then macammana kau nak approach dia ni? Sebab hati kau menjerit supaya kau berkenalan ngan dia.
Adakah kau tulis surat? Adakah kau jumpa dia direct cakap terus terang? Adakah kau bagi hint slow2 kat dia? Adakah kau guna orang tengah? Adakah kau masuk minang terus? Adakah kau …….. sila jawab sendiri.
One of the value yang aku dapat sepanjang tengok cerita ni is JUJUR dalam perhubungan. Apa yang kau rasa,apa yang kau gusar,apa yang aku tertanya2 pasal dia dalam hati kau. Better kau jujur bagitahu dia, dan mintak jawapan dari dia utk jelaskan persoalan kau.

Serious weh,bila kau jujur antara satu sama lain, barulah akan ada kesetiaaan tu. Kalau kau tak jujur,very imposibble kesetiaan tu akan kekal.

Oklah rasanya itu jer.

Selamat menonton.

Oh ye sebelum terlupa,cerita ni kan. Memula aku tengok tu memang tak faham weh. Aku pon ingat lelaki tu memang ada something. Tapi aku tak leh nak agak something apa yang something tu. Habis jer episode 9. Aku ulang balik dari episode 1. Masa tu lah aku faham kenapa lelaki tu buat macam tu. Dan aku makin faham tindakan dia tu sangat2lah berhikmah. Hihii.


Ok dah habis dah coretan ^^ 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...