SHOPPING BUKU DISINI

Tuesday, 9 February 2016

Surat buat ex roommate

السلام عليكم

dah lama aku tak tulis surat, disebabkan kemajuan teknologi. tulis surat kat blog je lah yer.

alkisah rumet aku supposely ada 3 orang utk 1st year ni. termasuk aku jadi 4 orang.

tapi sorang off campus sebab rumah dia dekat ngan uia. hmm,tapi takdelah dekat sangat yet dia nak jugak duk luar. lantak p dia lah.

so tinggal lah bertiga. yang si A ni 1 course ngan aku means classmate aku ler. yang sorang lagi kos plant.

wlpon aku sebilik ngan classmate aku,tapi aku tak kamcheng pon ngan dia. maybe sebab dia ada bff kot. So aku malas lah nak interfere. aku bukan tak bergaul ngan dia,bergaul jer cuma kureng sikit lah. sebab bff dia pon jenis tak berapa rapat ngan rumet kot.

so nak dijadikan cerita,aku agak kamcheng ah dengan si B ni. si B ni plak jenis happy go lucky,selalu tolong aku bab bisnes hihi and dialah teman makan,teman berjimba teman utk berborak,teman makan dan macam2 lah dia temankan aku. aku rasa kalau dia classmate aku,memang hari2 aku nak pergi kelas ngan dia. macam exam haritu,utk subjek yang aku dan dia pon ambil,kiteorang study sama2,aku tak study pon ngan A. tak tahulah,hmm.


Ok then,si B tu gitaw yang sem ni da nak keluar uia. reason? adelah. ikut suka hati koranglah nak pk ape reason tu. nak dijadikan cerita,if si B tu keluar,means aku tinggal berdua jer dengan A.

Serious weh aku tak reti doh nak bergaul ngan A. maybe sebab tak sekepala kot. aku rasa cam apehal susah dowh nak masuk ngan dia. Padahal aku giler2 jer kalau ko kamcheng ngan aku. dan aku mmg suka menyakat. tapi ngan dia ni,aku tak berani nak menyakat. takot silap method haha. and most of the time,aku akan serious jer ngan dia, Jarang ah aku buat lawak hambar and loyar buruk aku.

next sem,aku jamin 100% si A ni akan duduk sebilik ngan bff dia. ok itu aku tak kisah sebab aku rasa kalau aku still sebilik ngan dia pon,aku n dia still akan jadi cam stranger. So aku kena cari rumet baru. Masalahnya sekarang,aku tak tahu nak rumet ngan sapa. ade 2 calon rumet. Geng C and D. entah , and both geng ni ada sorang classmate aku yang aku boleh masuk. Cuma tak tahu,entah ah aku prefer rumet yang takde bff. Maksud aku bff ni,someone yang kau asyik nak melekat kat dia and kau tak nak bergaul ngan orang lain even rumet kau sendiri. aku harap korang faham lah.


ok itu jer. So actually aku rindu si B ni. dia selalu ingatkan solat awal waktu, and kejut aku qiamullail,selalu kejut aku tanpa jemu,kalau aku suruh dia kejut pkul 4,dia kejut. so skrg ni dia tkde,spe nak kejut akuu.. jam pon tak mampu nak kejutkan aku.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...