SHOPPING BUKU DISINI

Thursday, 11 February 2016

UIA KUANTAN SERVICE

السلام عليكم


Servis di UIA kuantan.

Servis apa? Servis kereta? Servis laptop? Apa kaitan uia kuantan dengan servis ni?

Rata-rata orang ingat UIA kuantan ni hanyalah sekadar universiti. Tempat untuk menuntut ilmu semata-mata. Tidak lebih dan tidak kurang. Jadinya semuanya anggap alah xde menda pon uia ni. Sama jer ngan u lain.

No no no.. anda silap. Super duper silap baq hang.

Buat yang baru mengenali UIA. Nak habaq mai bebudak kat UIA ni bukannya budak akaun,bukan jugak budak jurusan Islamic ape semua. Semuanya bakal menjadi doctor pakar. Pakar apa? Apakar bius kah? Pakar sakit puan kah? Oh ya itu sudah tentu. Tetapi tu kan utk bergelar doctor.

Kat sini ada bakal pakar mata,pakar EnT,pakar psiologi dan macam2 lah.

And of the service yang ada kat UIA ni ialah servis LASIK/LASEK. Alah yang buang lapisan ape ntah. Not so sure. Tapi kat hospital swasta mahal woo. Rm3k++ utk 1 mata. Kat sini 3k++ boleh dapat full package for both eye. Harga termasuk rawatan,checkup,terapi n semualah.

So utk yang power spec tinggi sampai tahap tak boleh nak tinggal spec. alamatnya kalau tak pakai spec memang tak boleh nak buat kerja. Hah better korang buat lasik ni. Komfirm bahagia lepas tu.

Ok bukan tu jer. Kat sini jugak ada klinik gigi taw. Yelah sebab ramai student dentist. Sebenarnyaaa.. nak bagitahu. Kat sini sangat2 memerlukan pesakit! Utk warga kuantan sekalian,kalau korang sakit gigi ke nak cek gigi ker. Korang pergilah kat kulliyah dentistry ni! Please lah pergi. Ramai ‘bakal’ doctor nak check gigi korang tu!

Ok bukan tu jer,berbalik kepada mata tadi, kalau  korang nak check mata ke or apa2lah berkaitan ngan mata pon boleh weh! Sebab kat sini ada pelajar optometri. So dorang sangatlah memerlukan patient!

Hah fisiologi pon ada tapi tak surelah dorang perlukan patient tak.

Konklusinya kat sini,UIA kuantan bukan sekadar tempat belajar. Tapi tempat untuk warga kuantan mendapatkan rawatan secara mesra,murah, dan macam2 lah.

Last but not least,WELCOME TO UIA KUANTAN!

Uia kuantan mungkin tak segah uia Gombak dari segi seni bina. Tapi inshallah korang akan rasa tenang masuk ke sini. Jumlah kami Cuma 5000 jer. Sikit kan? Lagi sikit lagi student cfs kot. Kat Gombak mau 20k. eh yeke? Agak jer. Hehe

Itupon ada kos yang student tak sampai 20 orang. Hehe.

Ok itu jer. Selesai sudah aku mempromosikan UIA kuantanku ini.

So sesiapa nak mai uia kuantan and nak jalan2,contactlah aku segera. Aku boleh tolong takat yang aku termampu.


No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...