SHOPPING BUKU DISINI

Sunday, 13 March 2016

BAZOCAR 2.0 UIA KUANTAN

السلام عليكم

Assalamualaikum. Alhamdulillah,saat aku tulis ni. Baru jer balik dari Bazocar 2.0.

Ape kebenda bazocar ni? Fuhh ni dah 2x aku ulang. Bazocar is bazaar from the boot car. Singkatan plus gabungan gituu.

So masa bazocar 1.0 ritu aku tak join,as aku committee masa tu and cam tak ready nak jual apa.
Then utk yang 2.0 ni baru decide. Actually pada mulanya,aku ingat nak bukak booth n jual under our batch which is biotech 151. Tapi not all yang bagi respon and macam tak semua nak bekerjasama. And semua cam senyap jer. So aku pon malaslah nak lebih sudu dari kuah. Walhal benda ni utk kiteorang gak,nak pergi edu trip ke ape boleh cut cost. Tapi dah semua krik krik. Lantak ah.

So akhirnya kiteorang decide utk jual under personal. Aku n my team plus team alia(my rumet),kiteorang bergabung bersatu tapi tak berapa nak meletop lah.

So tadi aku n the team jual donut jepun,import from jepung wehhh haha. Gurau jer. Then jual air Mocha,yet we called it Mockaw-kaw. Unik ke unik?

Tu jer,and kerepek just as pemenuh meja. Haha

Donut tu aku order 14 bekas. 1 bekas ada 6 biji. So total 84 biji. Alhamdulillah semua sold out! Syukur sangat2. Masa pkul 10 lebih tadi ada lagi 6 biji taw. Masa tu dah macam,alamak takkan nak makan kot 6 biji ni. Muakk kottt. Then aku promote kat grup whatsapp tu.ada sis ni beli 4 ketul. 1 ketul timah makan 1 ketul lagi tak ingat haha

Then utk air tu,kan air Mocha. Modal utk air tu agak banyak lah and jual dengan murah giler. 1 cup rm2. Murah kan? Yet,ada ujian. Allah uji kitoerang. Air tertumpah sebanyak 50%. Tapi kiteorang pasrah sebab yakin bahawasanya setiap yang berlaku ada hikmahnya. And hikmah tu of kozlah tak leh Nampak on the spot kan. Masa pukul 10 lebih tu, air dah tinggal sikit. Then aku masukkan terus dalam cup,dapatlah 4 cup. Tapi masa tu orang lalu lalang dah tak ramai. So macam agak susah nak jual even 4 cup.

Then sekali lagi aku promote air tu kat grup whatsapp,ada yang nak beli 3 cup sekali gus. So tinggal lagi 1 cup. And tetiba ada seorang hamba Allah ni mai beli. Alhamdulilah habis jugak air Mocha. Walaupon banyak yang tumpah tadi,tapi hikmahnya tak de pembaziran kat situ. Pembaziran yang tumpah tu uncoinsidencely ok. Haha

Supposedly tadi kiteorang ber-4 . aku mira timah tika. Tapi mira xde. So kteorang bertiga jer. Nasib ler bertiga. Kalau berdua memang lagi penat lah gamaknya.

Next time kalau semua ada,bolehlah buat system shift. 2 orang jaga 4-7. Sorang lagi 7-10. Ok je kann.

Alhamdulillah sangat dapat member2 yang support and suka business. And tak berkira utk luangkan masa dan tenaga. Thankz korang. Thankz to my rumet alia sebab benarkan kiteorang join korang.

And one important thing is aku rasa aku dah improve sikit copywriting skills aku. Sikit lah.

Sebabnya tadi aku create agak banyak mesej utk promote barang2 aku tu. And sampaikan member aku mintak tolong aku create ayat utk barang dorang. Haha. Nak baca ke ayat aku tu? Alah kalau ikutkan memang aku nak tunjuk kat korang. Tapi nanti lah yer. Ayat tu ada kat dalam fon. Bateri low plak skrg.

So tadi aku sangat2 tak stress menjual. Serious wlaaupon penat,lapar tapi im very2 happy.

Korang tahu time mula2 bukak tadi,kiri kanan booth aku penuh orang. Tapi bukan penuh ngan cust lah. Penuh ngan geng2 dorang. Dah lah aku sengsorang kat situ. Timah n tikah kat bilik lagi. Aku kena p awal utk setup tempat. Pheww malu siott. Krik krik jer. Aku main fon jer utk cover. 

Lepas tu,ada sorang hamba Allah ni,dia mai booth aku. Actually dia ni,senior 1 batch ngan aku. Aku n dia pernah bekerjasama dalam 1 program ni. Pastu habis jer program tu,of koz lah aku tak kontek ngan dia kan. Tapi ada lah terjumpa beberapa kali tapi aku buat tak kenal jer dia. Serious talk kalau terserempak ngan dia,memang aku tak pandang. Entah ah,aku tak leh pandang muka dia and anggap aku kenal dia.

Yet nak ditakdirkan,aku kena bekerja lagi ngan dia utk 1 program ni n program ni maybe sampai sem depan. So aku macam… ala,aku ingatkan aku boleh terus abaikan dia and tak nak ada apa2 ngan dia. Tapi malangnya kiteorang ditakdirkan bersama. Hmm.

Tambahan plak,semalam meeting,dia ada masa tu. Tapi aku memang tak toleh langsung ke dia time dia cakap and time nak keluar lepas meeting tu pon aku tak respon pon bila dia cakap something kat aku.

Then tadi kat bazocar tu,dia mai taw. Masa tu aku baru nak makan. Tapi masa tu aku tak layan pon dia as supposedly aku kena. Aku panggil timah utk layan dia. Pastu ada la dia cam tegur aku ‘ baru nak makan ea’. Something like that lah,aku just jawab ‘ye’. 1 word jer.
Then aku tak makan lagi masa tu,juz baru nak cedok kuah semua. takkan aku nak mkaan depan dia. So aku pon tolong tengok timah isi air dlm cup. Tolong tengok jer yer haha. Aku pusing belakang. Time timah tengah buat kerja tu,dia cakap lagi something which is aku sangat2 yakin yang dia tuju kat aku. Tapi aku buat2 tak dengar and of koz aku tak respon. Lagipon masa tu aku toleh kebelakang. Then bila aku toleh kedepan,dia ulang semula ayat yang dia cakap tadi tapi aku tak respon tu. Then aku just jawap 1 word jugak iaitu ‘tak’. Apehal dowh bila ngan dia aku jadi cam sombong giler nak mati,cam nak dia jauh2 dari aku. Aku tak nak tengok muka dia,tak nak dia ada sekitar aku. Entah ah.. dah ah stop cerita pasal dia. Kang terkentut plak dia. Haha

Ok lah itu jer nak ceghita. Oh ye,korang kalau nak update pasal bazocar ni boleh lah follow and like


or search kat instagram @bazocar_souq.

Kalau tak jumpa gitaw aku okay.


Nite ^^

pic kalau rajin aku bagi lah yer. haha 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...