Tuesday, 8 March 2016

PANORAMA VS PELINDUNG

السلام عليكم

Alkisah panorama hari ini cukup cantik. Terasa seperti diriku menjadi pelindung kepada dirimu. Haha dah kenapa berjiwang karat?

Sebenarnya dari minggu lepas lagi aku nak mnulis psal ni tapi asyik pospon pospon sampailah saat ni. Nak tak nak kena tulis jugak kalau tak memang takkan tertulis punyalah.

Alkisah 27 februari hari tu merupakan my first time daki bukit weh. Actually time form 3 ritu pernah hiking gak rasanya b4 naik ke jambatan gantung tu tapi aku dah tak ingat bukit tu tinggi ke tak haha. Perkara lalu lupakan je lah. Hidup mesti move on!

Ok then yang hiking ni aku join under Ikram Siswa tak silap. Sebenarnya dari sem lepas lagi nak pergi ngan classmate tapi hampeh. Semua bz lah itula.

Kiteorang gerak dari uia pagi pkul 5,malam tu tidur ramai2 kat surau. Qiam jap,then baru gerak. Solat subuh kat sg lembing terus. Lepas solat ada tazkirah sikit then baru gerakk.

Hah ni part best ni.

Dalam 6.30 baru start hiking. Utk yang tak pernah hiking kat bukit panorama ni. Kat sini laluan dia bertangga taw. Phew lenguh baqq hang . aku tak sampai 20 langkah aku dah stop weh. Haha
Banyak jugaklah checkpoint aku. Jalan 10 langkah jer aku stop. Then jalan lagi then rehat jap. Lama gak ah masa yang aku perlukan utk sampai ke atas,adela dalam setengah jam lebih camtu.

Serious weh rasa berat giler kaki ni nak melangkah. Dah lah ngan semputnya perghh.

Alhamdulillah akhirnya aku manage utk sampai ke puncak yang kelakarnya mula2 aku yang last skli. Then zue kat depan aku. Pastu zue jalan,aku stop. Aku jalan,zue stop. Last skli aku dah sampai peak,zue tak sampai2 lagi. Lama gak aku tunggu zue sampai haha. Mira n tika giler laju. Aku rasa tika memang padu ah.

Pastu kat puncak tu,ada sekali lagi sesi tadabbur alam. Pheww kenyang giler rohani masa tu. Aku rasa rohani aku dah lapar giler2 tahap gastrik kot.

Then balik tu,singgah makan jap. Then lepas makan tu ada last sharing tazkirah. Banyakkan sesi makanan rohani?

So korang2 semua. Nak enjoy2 jugak tapi jangan lupa hak utk rohani ko. Jangan biarkan ia kering kontang k.


XPDC 2- BUKIT PELINDUNG


Sebenarnya kan,aku agak pandang rendah kat bukit pelindung ni. Pandang rendah camne tu? Aku assume bukit pelindung ni takdelah tinggi mana macam bukit panorama tu. Haha bagus tak aku?

Tapiiiiii..

Masa hiking tu. Perghhhh kaki ni macam ada batu bata melekat. Beratt gler nak melangkah mana taknya kena daki bukit curammm weh. Aku rasa dalam 60 darjah weh. Lama gak aku daki. Dan yang ni memang aku banyak kali jugak stop. Jalan 10 langkah stop. Bila jalan kat jalan rata,rasa lega giler.

Pastu bila da nak sampai tu. Rasa cam. Waaaa… tak sangkaaa. Haha gitu ler sokmo aku ni.

Oh ya,bila ko dah sampai kat 1 tempat tu. Akan ada 2 cabang. Ke kanan kalau ko nak keluar kot tc. Dan stret kalau ko nak tengok view kuantan.

Subhanallah weh cantik giler bagi aku.

Ok itu jer ceritanya. Overall aku bahagia hiking ni walaupon aku rasa stamina aku low. Haha. Serious weh,aku rasalah,nafas aku pendek. Camne eh nak cakap. Aku daki bukit tu kan. Tak sampai 20-30 langkah.aku dah macam orang semput a.k.a kurang oksigen. Tapi aku tak rasa aku semput yang orang sakit semput asthma tu. Not that one. Aku sorang jer yang macam tu,member2 aku semua ok jer . aku jer weh. Aku jerrrrr.

Juz I need to take a deep breath. Haha. Ke aku ada masalah pernafasan eh? Tapi kalau aku ada masalah,sangatlah mustahil utk aku Berjaya hiking. Bukan 1 bukit tapi 2 bukit dalam masa tak sampai seminggu! Ini sangat wow!

Yeay lepas ni bolehlah aku join abang aku hiking. Dia dah takde alasan nak halang aku join dia hahahahahhahaha. Rugilah aku tak join dia hiking dari dulu sebab aku takdelah lemah sangatt muahahahhaha. Ok lepas ni nak belajar swimming plak. Haha tua Bangka baru nak belajar. Haha. Yelah nanti nak kurus kena selalu berenang. Haha lol betul.

Time aku tulis ni,aku baru jer lepas jalankan my duty as catering member for SPL(sciences premier league). Aku kena serve air kat pemain. Haha jadi kuli  ler aku malam ni.


No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...