Sunday, 20 March 2016

PLANT SCIENCE UIA KUANTAN

السلام عليكم

alkisah,aku bukan budak plant. yet,memang ditakdirkan aku bergaul ngan dorang even my ex rumet budak plant. yes,utk yang tak pernah dengar memang cam errrr,ape tu. plant? belajar sal tumbuhan? best ke?  ok biasalah kalau tak tahu apa2  jangan judge bukan2 terus ea.
so utk adik2 sekalian,yang dapat kos plant science tu. jangan sedih,jangan pk kos ni tak de harapan kerja. jangan weh jangan beb! apa2 kos pon yang ko ambil,kalau ko dah pk negativ,sampai kesudah ler effect negative tu melekat kat kau. cam member aku sorang tu,sayang btol,dia left uia sebab tak minat kos ni. sebenarnya kos ni ok jer dan sangat2 best. menda baru beb,takkan ko tak minat kot?

ok jom baca review senior plant science. oh ye,kos ni baru lagi taw kat uia , batch 16/17 merupakan batch yang ketiga! wow tahniah uols! ada yang kata kos ni kos terbuanglah sebab bebudak medic yang tak lepas nak ambil medik hampir semua dicampak ke  kos ni plus tak ramai student nak kos ni. ,student tak nak bukan sebab tak best ke ape taw tapi mungkin kurang pendedahan. itu pendapat kayangan negative sesetengah pihak.

kenyataannya ada kat bawah ni,korang baca dan nilailah kos ni menarik ke menarik?


PLANT SCIENCE | APPLIED PLANT SC
This course is getting interesting! Di sini kami boleh jumpa lecturer yang superb. Kelas semuanya chill2 je. Style lecturer plant mengajar dalam kelas buatkan kami nak involve dalam discussion. Berani dalam lontarkan idea atau pendapat. Orang yang paling pasif pun akan mula jadi aktif. Bijak sebenarnya lecturer kami mengatur strategi untuk mengaktifkan pelajar. 

Antaranya, presentation adhoc, assignment yang interesting, dan short discussion. Mungkin part presentation adhoc tuh nampak scary. Tapi sebenarnya ini lah yang mendidik kami menjadi orang yang fast moving, dan bersedia pada setiap masa. Plus budak2 plant semua enjoy je buat presentation.


Kedua, kawan-kawan yang bercita-cita tinggi. Kalau duduk bersama-sama, mesti ada saja perbincangan pasal plant. Kalau berjalan bersama-sama, akan terserlah kejakunan masing-masing bila jumpa pokok tepi jalan walaupun ianya sekadar segenggam rumput. Akan ada yang mula pegang daunnya dan membebel sorang-sorang dalam describing morfologi pokok tersebut bermula dari hujung daun ke hujung akar. Jangan salah paham, kami bukan gila, tapi kami mempraktikkan ilmu yang kami peroleh dalam kelas lecturer yang superb. Pasai tuh jadi gitu. InshaaAllah future plantist yang hebat.

Ketiga, pengalaman kian meluas. Plant science nie sangat2 membantu kami dalam mempelajari dan memahami alam. Kami ada lab work yang sangat best, especially tissue culture, sebab selalu jugak bet dengan Dr. Zarina 'siapa dapat positive result, dapat reward'.. Dan setakat nie, ada yang berjaya dapat reward. InshaaAllah, lab terbaru pasal genetic transformation pun kami dapat menghidu bau kemenangan. Haha.. Okey gurau. Kami turut ada field trip, ke Lanchang (Jumpa Owner Nangka,Owner Fruitstar), ke Tasik Kenyir dan banyak lagi tempat-tempat yang menarik menanti. Paling best, bukit talhah belakang UIA tuh dah macam jadi our living library.

 Nak belajar pasal pokok rare, panjat saje hutan belakang tuh. Dan paling best boleh jumpa beberapa experiment yang seems to be impossible dan mengarut, tapi itu lah yang menjadikan course ini satu cabaran.



Banyak lagi perkara-perkara menarik dalam course kami. Cumanya tak terluah semua di sini. Nak tau lebih lanjut? Betul ke Plant science nie the best department so far in Kulliyyah of Science? Tertanya-tanya mengenai pokok kesayangan anda? 


welcome to the club ! 


p/s: aku budak biotech taw. jangan tanya aku pasal kos plant scn ni lelebih plak. haha 

1 comment:

  1. salam sis, nnt boleh tak tlg cerita pasal kos physics kat uia kuantan, terima kasih

    ReplyDelete

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...