Monday, 28 March 2016

Syukurkah

السلام عليكم

Tadi aku skrol fb. then  kat grup dak lepasan spm ni. ada  yang tanya pasal yuran pengajian. aku baca la komen2 tu.

kebanyakan ipts mestilah yuran dia lagi mahalkan. 1 sem tu 7k-30k tu adalah normal utk ipts.


utk ipta/UA plak jauh giler beza. 1 sem tu kadang tak sampai 2k pon, yuran uia pon tak sampai 2k.

aku teringat kat kawan aku, dia komplen yuran dia mahal. bila tanya berapa yuran dia. alahai tak sampai 3k pn. bukannya nak cakap aku banyak duit ke ape. cer ko compare dengan member kau yang kena bayar 13k . aku rasa kalau ko komplen depan member kau yang byr 13k tu,komferm dia terasa weh. 3k tu memanglah bukan sikit yet klu compared dgn 13k,3k tu sangatlah sikit.

ada yang kata,alah anak orang kaya jer yang belajar kat ipts bayar mahal2? yeke? tengok sikit kawan kau tu kaya ke? faktor anak2 biasa belajar kat ipts ni bukan sebab dia anak orang kaya ke ape,tapi sebab dia nak belajar. Yelah,ada sesetengah orang result spm dia tak bagus. tapi dia tak nak masuk poli,kolej semua.  itu yang masuk jugak ipts walaupon kena bayar mahal. lagi satu,utk ipts kan boleh buat pinjaman. Pinjaman tu plak boleh ubah,silap hari result cun boleh jadi biasiswa.

utk UA plak,tak semua pinjaman layak utk budak UA,contohnya MA**,dorang bagi kat ipts jer. bukannya pilih kasih,tapi budak ipts lagi perlukan pinjaman tu daripada kita yang UA ni. yelah, letsay yuran kau dah lah 1.5k jer 1 sem. kalau time cuti sem 3 bulan tu kau kerja. gaji kau rm1000(belum termasuk komisen). rm500 kau simpan sebulan,rm500 lagi kau guna utk bagi kat makayah,belanja adik n pakai minum semua. 3 bulan kau dah dapat rm1500. dah cukup utk bayar yuran sem tu.

kalau kau ipts plak,kau kerja 3 bulan gaji rm1000.. kau dapat rm1500,tapi yuran yg ko kena bayar rm13k. family plak biasa2. memang perlulah utk mohon pinjaman kannn.

yer aku faham wehh sebab famili aku pon camtu. Aku faham perasaan orang berhutang ni. Hati tak tenang, kadang stress weh sebab kena bayar setiap bulan. bayar plak bukannya rm100 -200. tapi kadang rm500-1000. banyak tu, silap2 kalau result biasa2 jer,kalau ko wat pinjaman 100k. hah ko bayar lah sampai mati. 100k tu bukannya sikit.

my point is. utk member aku yang study UA. tak kisahlah U apa pon. Pleaselah jangan komplen yuran mahal. Sedar lah sikit bukan kau sorang jer yang terkesan dengan kegawatan ekonomi ni. aku pon sama gak. aku lagilah, mak aku jer yang tanggung kiteorang. dah lah kiteroang duk kat bandar shah alam yang kos sara hidup tinggi. kau yang duk kat bandar kuantan(cth),kos sara hidup tak berapa tinggi still komplen. aku plak yang stress.

Oklah. lagi 1. aku tak faham gak ngan member yang mak bapak kerja,gaji sorang 5k. tapi mengadu takde duit la,parents kau buat apa weh ngan duit tu? mintak jelah kat dorang,ko bukan kategori susah pon..  ape la. weh,aku ni, tak sampai hati nk mintak duit belanja kat mak aku sebab aku tahu mak aku mesti pokai 5 hari selepas payday. yelah bayar bil astro,unifi,maintainance,bil air,api,parking,yuran sekolah adik,duit minyak dll.

 kalau mak aku bagi pon,just rm50-100 jer utk sebulan/2bulan. Selebihnya aku guna duit bisness aku jer. bisness pon bukannya masyuk sangat. yang penting halal n boleh support aku. thankz member yang suppport.


last but not least,jom belajar rajin2 dan kalau boleh berbisness lah. ^^ jgn MLM plak yer. hihi

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...