Friday, 29 April 2016

Esok kerja

السلام عليكم

ini merupakan pekerjaan aku yang ke 3 kalau tak silap. yang pertama rahsiaaa. yang ke dua,kje kt PKNS. then ni yg ke tiga. nampak tak aku tak kerja pon time cuti.\

Thursday, 28 April 2016

SABUN MARINE ESSENCE COD SHAH ALAM

السلام عليكم




KELEBIHAN DAN KEBAIKAN SABUN MAGIC MARINE ESSENCE
Gabungan unik bahan semulajadi dan botani membantu mengekalkan kulit sentiasa bersih, sihat, lembap, lembut dan licin.
Mengatasi masalah kulit kering, kulit berminyak, kulit kusam, jerawat, jeragat, parut, panau, kudis.
Sangat membantu merawat Eczema termasuk pada bayi.
Mencerahkan kesan hitam dan daki di leher, siku, lutut, ketiak, pelipat dan stretchmark di perut.
Ia diformulasi tanpa sabun, paraben dan SLES (Sodium Lauryl Ether Sulfate) maka ia tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan sesuai digunakan setiap hari.
Diperkayakan dengan Garam Buluh - mineral yang memberikan kulit yang bersih dan sihat dan seimbangkan pH badan.
Antioksidan yang hebat kerana menghapuskan radikal bebas berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit.
Mempunyai haruman yang menyegarkan hari anda.



SABUN MARINE ESSENCE SESUAI UNTUK SEMUA:
Jenis kulit: termasuk kulit sensitif, berminyak, jerawat, kurap, eczema, kurap, panau dan lain-lain.
Peringkat umur: seawal umur bayi hinggalah warga tua.
Golongan: lelaki, perempuan, ibu mengandung, ibu menyusukan


SMS/Telegram/Whatsapp 0173640593 Dura Norell, IG: dura.norell, Fb: Ara Norell, <GLAMpreneur Authorized Agent of Premium Beautiful (Korset Premium Beautiful, Premium Beautiful Short Bra, Premium Beautiful Long Bra, Premium Beautiful Waist Nipper, Premium Beautiful Long Girdle), Marine Essence Shah Alam, Marine Essence Klang, Marine Essence Kuala Lumpur (KL), Marine Essence Beauty Series (Marine Essence Beauty Bar Soap, Marine Essence Body Wash, Marine Essence Shampoo, Marine Essence Toothpaste), Bio Seleza Feminine Pad (Day Safe, Night Safe, Night Safe Extra Long, Panty Liner), Bio Aura, Bio Velocity Sleep Mate (Tilam Kesihatan Bio Velocity), Mineral Coffee (Kopi Mineral/ Kopi Kesihatan/ Kopi Garam Buluh), Cozuma Beauty Series (Cozuma Foundation, BB Cream, LipStick, Make Up, Skin Care), Sabun Marine Essence, Sabun Hijau, Sabun Shrek, Sabun Ketiak, Sabun Eczema, Sabun Hilangkan Daki, Sabun Cerahkan Kulit, Sabun Wangi, Sabun Daun, Sabun Murah, Harga Borong Sabun Marine Essence, Harga Pukal Sabun Marine Essence, Sabun Marine Essence Harga Murah, Harga Seketul Sabun Marine Essence, Agent Borong Sabun Marine Essence Diperlukan, Pengedar Sabun Marine Essence Diperlukan, Bisnes Sabun Marine Essence, Bisnes Modal Rendah, Bisnes Untung Lumayan, Bisnes Mudah, Bisnes Online, Online Business, Pencerah Kulit, Hilangkan Jerawat dan Parut Jerawat, Buku Lali Hitam, Ketiak Hitam, Siku Hitam, Lutut Hitam, Pelipat Hitam, Daki Leher, Stretchmarks, Selulit, Hilangkan Bau Badan, Hilangkan Bau Peluh Busuk, Hilangkan Bau Ketiak Masam, Atasi Eczema, Kurap, Panau, Kayap, Kudis, Kegatalan, Ruam, Kulit Kering, Kulit Bersisik, Kulit Kusam, Kulit Berminyak, Kulit Gelap, Bisnes Laman Sosial, Free Business Coaching Diberikan

FUNGSI SABUN MARINE ESSENCE a.k.a SABUN MAGIC

Mencerahkan yang gelap: di bahagian leher, ketiak, lutut, siku, pelipat, buku lali.
Mengurangkan kesan stretchmark selepas bersalin
Menghilangkan daki yang dah menjadi kotoran degil
Merawat Eczema pada bayi
Merawat dan perbaiki masalah kulit: jerawat, parut jerawat, panau, kurap, kudis, kulit berminyak, kulit kering, kulit kusam
Melembut dan menyegarkan kulit


RAMUAN EKSKLUSIF SABUN MARINE ESSENCE:

1) Garam Buluh:
Kaya dengan mineral dan anti-oksidan untuk kulit.
Anti-bakteria, anti-alergi dan anti-keradangan
2) Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)
Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit (anti-penuaan).
Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama
3) Ekstrak Liquorice
Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
Mencerahkan pigmentasi kulit
4) Minyak Tea Tree
Anti-bakteria dan anti-kulat
5)  Vitamin E
Antioksidan dan anti-penuaan.
Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan
6) Gliserin
Tidak mengeringkan kulit; sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit.
Merupakan pelembap kulit yang terbaik
 7) Aloe Vera
Kebolehan untuk menyembuh dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit bermasalah.


Cara Penggunaan:

Basahkan hingga berbuih. Kemudian sapukan pada kulit. Bilaskan dengan air hingga bersih.

Cara Penyimpanan:

Simpan di tempat yang dingin dan kering selepas digunakan.

untuk beli boleh whatsapp 019.240.2400- siti . cod shah alam dan klcc sahaja. 


Tuesday, 26 April 2016

Cara bayar cukai taksiran'pintu online

السلام عليكم

kalau tak nak bayar cukai pintu, pastikan rumah anda takde pintu. eh boleh plak camtu? haha


haha apa2 jelah. ini kali kedua aku diamanahkan untuk membayar cukai pintu. kali pertama utk rumah kat shah alam,yang kedua utk rumah kat kuantan.

ececeh cakap cam rumah aku jer. haha ala consider rumah aku la jugak. tu rumah mak aku. bukan ke rumahku rumahmu jua? haha

utk 1st time tu aku bayar on9 jer. jenuh gak ah sebab first time kan,tak biasa. agak leceh. aku hampir give up utk bayar on9 masa tu. tapi ku gigihkan jugak utk bayar.

then utk kali ni,ingatkan nak bayar offline kat UTC,tapi ada prob plak masa tu. nak tak nak kena jugak bayar on9. aduihh. nasib la ada on9 bankin. si penyelamat. bagus siapa yang cipta on9 bankin ni,memudahkan kerja.

Ok so aku nak share camne nak bayar cukai pintu secara on9. khas utk warga pahang. utk cukai kat pahang,kena bayar kat MPK,while utk shah alam  kena bayar kat MBSA.

ok basically ada 2 cara utk byr on9 ni.

 1 ko bayar terus dri cimb/mbb kau. tapi leceh sikit la yang ni sebab ko kena godek2 on9 bankin tu.

cara kedua is. ko pergi ke laman web ebayar MPK. KLIK SINI.

KAT SINI ada manual. kalau ko jenis kena baca manual. hah better kau tengok link yang aku bagi tu.

rasanya kat manual tu dah guide kau sehabis baik. kalau kau tak ikut cara dia suruh memang kau tak dpt la.

btw, aku try byr guna cimb,dah la semalam offline. aku tak tahu apa masalah dia.sampai je no tac tu. dia tak nak p dah.

so aku end up bayar guna mbb je. lagi senang. dan dah setel pon bayaran. alhamdulillah.

Jom bayar! teknologi dah mudahkan kita so sila manfaatkan

Sunday, 24 April 2016

Cara bayar yuran UIA online

السلام عليكم

so basically ada 3 cara utk bayar yuran UIA. khususnya uia gombak and kuantan. UIA pj ko dah dapat sponsor nak bayar ape nye?

1. Cash Deposit Machine(CDM)
2. E-pay di finance office
3. E-Fee di laman web uia

1. CDM

cara ni aku tak nak ajar,sebab senang sangat. takkan tak pernah guna CDM kott. kalau tak pernah p tanya mak kakak abang adik. then lepas bayar tu,korang kena pergi finance office utk clarify/comfirmkan/tunjuk bukti yang korang da bayar. kenapa kena buat camtu? sebab kalau ko bayar thru CDM,dia tak mintak kan ko punya no matrik,no ic semua?? so pihak uia takleh detek duit siapa yang masuk dlm account dia sebab tu ko kena pergi finance utk gitaw " sy da bayar thru CDM,ini resitnya". then lepas tu akak/abang tu akan cek then clearkan fee kau. setel

2. E-Pay

uia gombak aku tak sure ada ke tak. aku rasa mesti ada pnya. main campus kott. haha
kalau kat uia kuantan ni,aku sarankan kalau duit yg kau nk byr yuran tu ada dlm kad(belum withdraw). ko pergi kat office finance kat OSC,ni utk student kuantan ye. then kat meja kaunter tu ada mesin e-pay alah macam kad kredit tu. then ko cocok kat ko kat situ and ikut arahan kat situ. nanti dia mintak ko isi no matrik,no ic kau semua. So kalau ko buat payment kat situ, uia akan terus clearkan fee kau. setel. lagi senang. 1 kerja jer.

3. E-Fee

ini cara paling laju pantas jimat masa semua lah. caranya kau pergi kat LINK NI
then klik kat E-fee. pastu ko isi je lah details yang dia mintak. oh ye,utk efee ni. bukannya boleh sesuka hati kau je nak bayar. mesti kena ada online bankin dulu cam cimb clicks or maybank2u. kalau takde,terpaksalah kau bayar guna cara 1 or 2.

hihi. aku perasan e-fee ni lepas aku godek ape ntah hari tu. selama ni tak tahu pon. haha lol betul.
ok sekarang aku dah tahu,so nak share ngan korang. jom kita manfaatkan kemudahan yang ada.

sekian terima kasih baca . baca lagi yer.

Friday, 22 April 2016

Maafkan aku

السلام عليكم

untuk sahabatku semua.. terutama rakan sepasukanku. aku tak tahu kat mana salah aku, aku ada buat korang terasa ke,ada ambil hak korang ke,ada termenyakiti hati korang ke. Sungguh aku tak tahu silap aku. sebab sebelum keadaan jadi macam ni,hubungan kita ok je kan? boleh gelak,jalan sama2,makan sama2,sembang sama2,study sama2.

tapi after 1 moment tu,everything seems awkward. Korang anggap aku cam tak wujud je kadang. as aku dah biasa sorang2. so bila dapat kawan ngan korang yang aku anggap like my best friend sebab selalu tolong aku dan aku tolong korang. bila korang buat aku camni. tanpa bagitahu aku apa yang kau tak puas hati kat aku. cukup buat aku rasa bersalah. apa salah aku? please lahh. dan kenapa korang tak macam dulu bila dengan aku? cakap pon macam nak tak nak.

Serious weh bagi aku,korang takde buat salah apa-apa pon. even ada korang buat aku terasa,aku dah lupakan. takde guna aku simpan sakit hati ni. tapi kenapa korang layan aku cam aku ada buat salah besar ea? kalau betul aku ada buat salah,please la tegur. tegur jer aku. kalau aku marah bila korang tegur means hati aku mati,dah takleh terima teguran.

Teguran korang sangat penting bagi aku untuk aku muhasabah diri dan perbaiki diri. kalau korang tak tegur,camne aku nak sedar kesalahan aku?

aku tak nak ah menda kecil jadi besar weh. korang pon tahu aku bukan jenis banyak cakap kan. dulu korang suka je sembang ngan aku. sekarang? kalau boleh nak lari dari aku. kenapa weh kenapa?

weh,aku sayang persahabatan kita. aku tahu aku paling teruk dalam kumpulan kann. marahlah aku tegurlah aku .. aku rindu wehh moment kita bersama. dahla kita akan bersama selama 4 tahun weh. aku harap menda ni sementara je. mungkin inilah masanya persahabatan kita diuji.

Aku yakin semua ni ada hikmahnya. Aku doakan korang bahagia dengan  hidup korang. jangan lupakan aku ^^




Thursday, 21 April 2016

exam mid dah habes

السلام عليكم

alhamdulillah malam tadi last paper. jauh giler gap dari 1 april nak ke 20 april. hari ahad baru start menghafal tapi not exact hafal bulat2 lah. kalau hafal bulat-bulat mau 150 slide kena hafal. so hafal + faham. kalau faham je kalau tak hafal pon susah jugak sebab ada terms2 dia.

soalan cam biasalah. kalau pasal term ni memang aku cam kekura sikit. jenuh nak ngingat. aku plak ingat gitu2 jer. ok je kalau tak dapat jawab pon,ilham tu kan Allah yang bagi.

ok so bermula malam tadi jugak bermulalah detik kekosongan dalam jadual  aku selain kelas.

dah la tak terlibat dengan mana2 program dah. rasa cam sunyi giler.

oh ye,lupa plak esok ada last meeting tututututt.

sabtu ni ada seminar tapi still thinking nak pergi ke tak. seminar tu berbayar tapi ia sangat menarik. ikut hati memang nak pergi walaupon takde geng. tengoklah camne. kalau korang,pergi x? haha.

memikirkan nak isi masa lapang. rasanya aku pergi kott. ada yang nak join ke?? haha

itu jer,k la nak buat assignment calculus. 1 habuk pon tak sentuh lagi ni. mentang2lah lecturer cakap boleh anta bebila. naik tocang ea. haha

selamat memanfaatkan masa dengan perkara berfaedah

p/s: nk tnye,korang sebelum tidur selalu fikir pasal apa ea? nak tahu tak aku selalu fikir pasal apa? bolehh dengan syarat ko kena gtaw dulu haha. emel eh kat cikmira23@ymail.com. siyes ni, setiap malam aku duk pk menda sama jer,takleh move on. bukan menda lucah ke ape ea. just about something that i missed so much. tak leh tak fikir selagi hasrat aku tak tercapai. haha
so nak tahu jugak la korang camne. haha

mekaceh baca

Monday, 18 April 2016

TQ baca

السلام عليكم


post ni utk appreciate korang yang dah baca blog aku. tak kisahlah baru first time baca,dari dulu follow blog aku or whatever lah. thankz lah baca.

takdelah aku rasa syok sendiri walaupon kebanyakan post aku krik2 jer. aku tahu ada yang baca blog aku ni senyap2. ingat aku tak tahu ke hah??? haha.

dulu pageview sehari tak sampai 200 pon. biasa 100+ jer. sekarang ni dah 400-500+. bagi aku peningkatan yang baik.

best best jugak viewers meningkat tapi agak sedih jugak lah memikirkan.. in case blog aku ni terfemes kann. aku dah tak boleh tulis merapu2 cam sebelum ni. so korang jangan selalu stalk blog aku taw sebab aku nak post menda merepek cam selalu.

aku tak terfikir pon nak komersialkan blog aku ni as aku memang pk ni blog personal. takde khusus pasal kecantikan,masakan ke ape. lagipon,gaya penulisan aku yang entah apa2 ni memang tak ah nak jadi cam blog tu semuaa..

ok itu jer. again. thankz baca blog aku taw ^_^

korang ni,kalau dah baca post aku ni. rajin2kan lah komen weh. aku ske giler kot dapat komen dari korang walaupon komen tak memberangsangkan. haha

sekian..

buat taik

السلام عليكم

bila member yang kau harapkan tolong kau,bekerjasama dengan kau as 1 team.

tetiba buat taik ngan kau. jual ikan busuk kat kau. phewww, kencing kau hidup-hidup. dia menyusahkan hidup kau dengan bersenang lenang dengan hidup dia.

kalau ikut hati yang mati ni,memang nak calit taik tu kat muka kau. mujur ler hati tak mati,nak tahu apa petanda hati mati? sila gugel.

 memikirkan kau member aku, kena hadap hari-hari. terpaksalah letgone by gone.

TAPI...

aku nak kau ingat,kau orang terakhir yang aku nak bekerjasama as 1 team. walaupon aku tak cakap menda tu kat kau,aku nak kau tahu. kau dah pon aku blacklist utk bekerjasama dalam apa jua situasi.

sorry ah beb aku tak nak jual ikan kau. kau pergi jual kat orang lain yer.

semoga kau berubah la yer. belajar la mempermudah urusan orang kalau ko nak Allah mudahkan urusan kau.

 menda yang kita tak suka orang buat kat kita,jangan duk selok buat kat orang. memang harapan kau nak kena tu mmang tinggi.

semua ayat kat atas utk remind diri aku jugak supaya tak buat taik ngan orang.

p/s: aku harap korang fahamlah bahasa kiasan yang aku guna ni. bukannya level tinggi pon.


nak post apa?

السلام عليكم

cer bagi idea siket nak suruh aku tulis pasal apa.

penat gak perah otak nak tulis walaupon bertimbun menda nak hapdet.

review p makan ritu x tulis lagi. mood da hilang . sebab tu aku ske update terus lepas balik dri makan.

ade la terpk nak wat post pasal " kenapa perempuan suka k-pop?"  haha. tengoklah kalau rajin.

doakan ada quiz rabu ni plus exam mid ungs malam tu. waa banyak lagi tak hafal. banyak giler kott.

hmm. tengoklah,budak exam oriented. isk3, tajdid niat mira. belajar kerana Allah. bukan kerana exam.

Hope korang tak macam aku. >_<


tata. nanti lepas abeh exam aku hapdet bebanyok yer.

Friday, 15 April 2016

NASI ARAB KUANTAN,SEDAP DAN MURAH

السلام عليكم

siapa tak pernah makan nasi arab? wohoo kesiann. kenapa tak pernah? tak minat atau xde duit? haaha gurau jer. jgn ambil hati okay,nanti kesian bakal suamiku xleh nak curi hati sebab awak da ambil hati saya. haha

hari ni tergerak hati nak share 1 kedai makan nasi arab yang sedap pon sedap. kuantiti pon banyak memang kenyang. yang tong kecik tu boleh kongsi. hah ape lagi? harga. yezza. ini yang paling best ni. kriteria sedap,portion memang dah tiptop. harga pon tiptop gak.

bukan tiptop mahal taw tapi tiptop berbaloi baloi! berapa mira? aku nak bawak sekampung p makan ni.

jangan terkejut yer kalau aku gtaw ni.

1 pinggan rm5.50 jer. yer. rm lima hinggit lima phulohh shen jer awak. bukan lima belash yinggit. no no..

hanya rm11 ko dah boleh melantak 2 pinggan sorang tapi aku komfem perut ko bocor lepas tu sebab loaded sgt.


dengan hanya rm5.50,kau akan dapat
- nasi kabsah/ mandi- BANYAK
-ayam- besar
-sambal-boleh tambah
-kuah ape ntah



kalau kat luar rm5.00 tu harga ayam je. tak pon harga nasi. 1 set paling murah pon aku rasa rm9.90. kalau ko p kedai hok femes amos tu mau rm20++ padahal kuantiti sama jer.

trust me,ko takkan jumpa harga ni kat tempat lain. haha kalau ada pon once in a blue moon.

kat mana ni???? nak pergii..

ok lek lek p solat dulu..

tempat dia di cafe mahallah fatimah UIA KUANTANg ler.

tahu tak kat mana? hah guna waze cepat. search mahallah fatimah azzahra uia kuantan.

then pergi kat kafe dia. oh ye,time nak masuk tu,aku tak sure la korang boleh masuk ke tak. biasanya orang luar tak boleh masuk. ok letsay tak leh masuk. haha padan muka. p makan tempat lainnn.


gurau jer. jgn marah.. ok letsay tak boleh. try tactic ni,cakap nak jumpa/ambil sedara,. ala sesekali 'kencing' apa salahnya. cam tak biasa plak aihh.

kalau taktik ni tak berjaya,boleh roger aku. aku boleh tolong belikan. ko tunggu je lah kat depan pakgad tu. nak upah okay. penat ni p beli utk ko. haha

tak pe ke aku promote ni?? haha eh jangan sebarkan sangat taw. aku share sebab nak tolong bisness orang jer. yelah,,kita kan sama2 sedara. kenala saling menolong. lagipon akak n abang yang jual nasi arab tu ex uia.

oh ye,cakap pasal akak n abang tu. dorang married taw and yg coolnya suami dia memang orang arab. so ko patot bangga sebab makan hasil masakan orang arab wooo. hihi


ok lah itu jer. aku ada bertimbun soalan assignment calculus nak disiapkan.next week exam ungs. doakan kami.. thankz baca. lain kali baca lagi

Wednesday, 13 April 2016

TARIK DIRI

السلام عليكم

Tarik diri…

Aku tak faham dengan manusia yang pandang ringan dengan Tarik diri ni.
Izinkan aku bagi contoh Tarik diri yang aku pernah tengok.. ada yang aku edit sikit ceritanya.

1.       Tarik diri daripada jadi PC. Dia ni PC persatuan blab la bla. Tak habis lagi sem tu,dia dah Tarik diri. Alasan tak dapat bagi komitment. Bz dengan benda lain. Ada kerja lain yang lagi penting.
2.       Tarik diri dari pertandingan, pertandingan tu 1 hari full. Tapi tengah hari dah Tarik diri sebab rasa  pertandingan tu tak kena dengan jiwa dia.

Kau rasa patot ke? Dah lah kau dah diberi amanah utk jadi PC kelab tu. Then kau main Tarik diri camtu jer. Ceh, macam kau sorang je yang bz dengan benda lain,macam kau sorang je ada kerja lain lagi penting. Macam kau sorang je yang …. .. kalau dah tahu tak dapat bagi komitment,kalau dah tahu kau bukan jenis bukan boleh join macam2 program at 1 time. Yang kau jadi committee program itu program ini tu kenapa.. kenapa???? N then bila kau Tarik diri,tempat kau tu siapa nak ganti kau? Ok la letsay kau ada pengganti,tak ke naya dia utk buat kerja kau?

Pasal Tarik diri dari pertandingan. Weh mula2 kau yang sukarela nak join pertandingan tu. Tengah jalan kau nak berhenti sebab stress. Tak faham dowh. Tu Cuma pertandingan kecil jer pon. Yang kau take it hard tu kenapa? Adoyaii. Menda boleh bawak bincang. Menda boleh setel. Menda kecik jangan la diperbesarkan. Ok maybe organizer pon bermasalah. Tapi kau jangan tambahkan masalah kat diri kau. And please. Jangan lari dari masalah. Please laa. Jangan lepas tangan.

Main point aku is,bila kau Tarik diri. Kau sebenarnya lari dari masalah lepas tangan. Kau hanya fikir perasaan kau. Kau hanya fikir penat kau,kau hanya fikir apa yang kau buat. Kau langsung tak fikir pasal orang lain.

Sebenarnya bukannya tak boleh Tarik diri. Bolehhh. TAPI.. biar awal2,waktu mula nak start pertandingan,waktu awal sem. Jangan dah tengah sem,time separuh jalan pertandingan,kau Tarik diri. Lainlah ada masalah lain cam kematian or tak sihat ke ape ok la jugak dimaafkan.

Aku harap yang baca ni tak pernah buat cam ni. Dan jangan buat lagi.

Benda susah ni,kau yang tentukan sama ada dia susah ke tak utk kau. Even dia sesusah mana pon,try utk senangkan. Kalau tak boleh jugak,behenti jap. And teruskan. Yang penting jangan mengalah(Tarik diri).

Ayat ni peringatan utk aku jugak. Please la,selalu letakkan diri kau kat tempat orang lain. Jangan asyik jual ikan,takde sapa nak beli. Jangan terlalu berkira.

Itu je k thankz baca ^^



Monday, 11 April 2016

Last minute ke?

السلام عليكم

last minute ke?

malam ni aku kena siapkan..

assignment biochem pasal kira kalori harian sepanjang seminggu .
report cell bio,aku kena buat discussion.

----------------------------------------
ni perlu untuk aku buat esok or lusa...

assignment ungs , part aku kena buat kesan kejatuhan khalifah uthmaniyah
assignment bm- rasa cam tak siap walaupon da siap

nota 2 chapter biochem
nota on 2 chapter organic chem
nota on ungs.

...............................................................................



supposely semua ni boleh jer aku buat minggu lepas tapi entah rasa cam takde mood nak buat,maybe sebab nak exam calculus kot. lepas je habis exam barula rasa lega sikit and dapat buat kerja.

doakan aku ^_^ aku ok je pulun malam ni sebab dah bosan takde kerja(assignment). huahuahua

Cantiknya tulisan

السلام عليكم


Cantiknya tulisan


Pernah tak orang cakap tulisan kau cantik? Sedangkan kau sendiri kadang tak boleh baca tulisan kau.
Ada la beberapa orang member aku ni dia cakap tulisan aku cantik. Aku rasa cam tipu giler. Siapa cakap tulisan perempuan semuanya cantik hah? Haha silap weh kau silap.

Tulisan aku  species 'buruk' gak ah. Kejap senget,kejap tegak,kejap kurus kejap gemok kejap besar kejap kecik kejap besar kecik besar kecik. Ada satu tahap tu,aku plak yang Tanya kawan aku apa yang aku tulis ni. 

Ada aku dengar kalau tulisan tak static, org tu jenis tak tetap pendirian. Alah aku rasa rmai jer yang tulisan static tp tak tetap pendirian jugak. Lagipon perempuan weh,nafsu banyak,memang susah sikit la nak tetapkan pendirian tu. Contohnya minggu ni tak nak makan nasi, tapi makan jugak. Minggu ni tak nak hangout,tapi end up hangot jugak sbb member ajak. haha

So utk yang cakap tulisan aku cantik tu. Korang silap haha.
Tulisan aku hanya jadi cantik bila aku buat nota. Sebab nota tu kan nak baca selalu,so kena lah buat cantik2. Otherwise memang aku tulis caca marba jer.

Aku ada geng tak ni?? Haha

Oh ye,korang sama tak cam aku  yang tak suka tengok tulisan yang kecil cam semut, ape masalah kau weh? Kau ingat tulisan kau kecik camtu leh jimat ruang? Ok fine jimat tapi sakit weh mata nak baca. Better lagi tulisan aku kalah ayam ni. Haha

Btw,siapa pernah tengok tulisan aku. Tulisan aku camne? ada gaya budak-budak lagi tak?? Haha mak aku pon cakap tulisan adik aku lagi cantik dari aku. Hello,aku yang tulis nama kat buku sekolah dia eh. Haha. hah lagi 1 mak aku cakap,bila aku tulis nama aku dalam huruf besar NOR AMIRA...  tu kan. sebijik macam arwah bapak aku tulis. tak percaya boleh compare. haha. bapak aku n aku je yang kidal ^_^ phew  rindu plak kat abah...  alfatihah.. 

Actually,tulisan aku takdelah buruk mana. Ok jer,sedap mata memandang. Tak lawo sangat tak buruk sangat. Juz nice. Aku jer rasa orang yang puji tulisan aku cantik ni mata dia tersilap nilai. Oh ye baru teringat,cantik tu subjektif kan. hihi

Pastu boleh plak orang suruh aku menulis kat kain putih yang besar tu utk dijadikan sepanduk. Hah memang tulisan aku ‘cantik’ pon kannn. Haha. ada picnya nanti aku post kat sini.





Thursday, 7 April 2016

Calculus for biotechnology- Part 1

السلام عليكم

alkisah special lah subject ni sebab aku tulis pasal ko jer. haha.

Siapa cakap budak biotech tak belajar calculus?

 muahahah kiteorang belajar tapi silibus dia lain lah dari budak math yang belajar calculus ni.

Serious weh aku sebenarnya suka giler subjek calculus ni. sebab soalan dia memang perghh enak diperak otak ni utk jawab lagi2 yang killer question. alah yang penting faham konsep,inshaallah boleh jawab.

ok disebabkan dah terbiasa buat latihan utk subjek ni. tpi aku tak praktikkan utk subjek ni. sebab time dalam kelas. belajar benda basic jer weh. quadratic equation yang multiplying the square,lukis graf basic2,quadratic inequalities,logarithm,differentiation pon yang taraf spm jer. senang ceghita senang laa yang kiteorang belajar tu..

ok itu bukan point aku... so preparation utk exam pon jadi cam biasa2 jer. yelah benda dah belajar kan. just kena refresh balik jer otak ni.

then soalan tadi kau tahu pasal apa? aduyaii nak tergelak aku menulih. rasa cam mengarang cerita plak time exam tadi..

soalan semuanya KBKK.  ada 7 soalan. total 60 markah. 1 jer soalan kira2 dan soalan tu berbentuk cerita. sangat menarik cerita dia.

alkisah sis ni dia ada penyakit crustophobia(anti crust). pernah makan pizza? hah sis ni anti crust,bahagian lain dia boleh makan except crust. aku pon tak tahu betul ke crusphobia ni fakta or rekaan haha.

 radius pizza tu 10inch. and dia dibet oleh adik dia utk makan 50in2. ok bila sis tu makan punya makan and habis makan. adik dia ukur panjang yang tinggal 12inch. so siapa yang menang bet ni? sis ke adik dia??? haha kalau terror jawab lahhh.


soalan lain banyak cakap pasal 'cer buktikan' . camtu la. yang comelnya dia tanya menda basic jer. tapi hmm. still cam clueless nak jawab. lagi2 ada 1 part tu aku terlupa auto step dia. aku ingat manual step dia jer.


ko takkan terbayang dia tanya. kenapa guna distance utk kira jarak. hah cer explain cer cer cer haha.

ok lah itu jer . aku harap dr. terima jawapan aku dan kawan2 aku... aminnnn


Friday, 1 April 2016

Hampir tamat mid examku sem2 15/16

السلام عليكم

Disebabkan keexcitedan nak update. Hari ni jugak aku nak publish post ni. haha

alkisah minggu lepas kiteorang dak uia ni cuti seminggu sempena cuti mid sem. tapi hmm,cuti tak macam cuti. minggu ni(seminggu selepas cuti). 4 paper weh kena hadap.

Selasa- Biochem
Khamis- BM & organic chem
Jumaat- Cell biology.

Kejam ah,serious sangat dah duduk u pon dibrainwashkan utk exam oriented. Ye memanglah tak elok study last minit. masalahnya bukan study last minute. Kau bagi cuti tapi bukak cuti kau dera kiteorang. dah lah kiteorang ni dah bukan jenis belajar. kiteorang bukan budak medik weh,duk belajar,cium buku jer sokmo. Ada yang aktif sana sini. Memanglah kena pandai bahagi masa. Tapi keadaan ni sangat menekan weh.

haha over tak?

aku rasa cam sengal giler ngan member aku yang dah lah tak balik,pastu sanggup ponteng kelas pagi sebab petang tu exam, tapi still komplen ' takot nak jawab exam',' aku tak study pon' and macam2 lah. Lol giler,aku tengok kau hadap buku jer sokmo then kau cakap camtu. haha termengumpat plak. dikira mengumpat ke eh kalau korang tak tahu pon aku cakap pasal sapa and dia pon tak tahu aku tengah cakap pasal dia. Bukan apa,aku ada terbaca kat majalah solusi tak silap. tak dikira mengumpat kalau orang yang dengar kita mengumpat tu tak tahu orang yang diumpat.

contohnya,aku cerita pasal A dekat B. B tak kenal A. aku sorang jer yang kenal A. adakah aku dikira mengumpat? Ok letsay, A kenal B. Letsay aku mengumpat benda tak elok,mesti A pandang serong kat B. hanya disebabkan kata2 aku. faham tak ni? haha

dah ah aku pon pening apa yang aku tulis.

sebenarnya nak cakap pasal soalan exam hari tu.

yang biochem tu kan,ade ke patot dia tanya kesan negatif sedangkan kat slide cakap pasal kesan positif. aduhaiii. memang tak ah aku nak tahu kesan negatif dia.

utk organic chem plak, ok dr wat suprise kali ni. semua soalan objektif tapi nak nangis rasa jawab. sebabnya banyak tanya pasal menda yang kat atas anak panah dalam reaction tu. dah lah contoh kat slide banyak giler. pastu nak ingat semua memang tak lah. nasib jer kalau yang hafal tu keluar.

utk cell bio plak,lega sikit. bukan sebab aku study. haha yelah memang ler aku study,lol,genius giler kalau tak study. point aku is soalan dr H agak direct dan tak killer sangat. Serious masa dr I dulu,soalan dia killer giler.

ok la itu jer. nanti aku update lagi. ada 2 paper lagi iaitu calculus and unggas. doakan yer. ^^