Monday, 11 April 2016

Cantiknya tulisan

السلام عليكم


Cantiknya tulisan


Pernah tak orang cakap tulisan kau cantik? Sedangkan kau sendiri kadang tak boleh baca tulisan kau.
Ada la beberapa orang member aku ni dia cakap tulisan aku cantik. Aku rasa cam tipu giler. Siapa cakap tulisan perempuan semuanya cantik hah? Haha silap weh kau silap.

Tulisan aku  species 'buruk' gak ah. Kejap senget,kejap tegak,kejap kurus kejap gemok kejap besar kejap kecik kejap besar kecik besar kecik. Ada satu tahap tu,aku plak yang Tanya kawan aku apa yang aku tulis ni. 

Ada aku dengar kalau tulisan tak static, org tu jenis tak tetap pendirian. Alah aku rasa rmai jer yang tulisan static tp tak tetap pendirian jugak. Lagipon perempuan weh,nafsu banyak,memang susah sikit la nak tetapkan pendirian tu. Contohnya minggu ni tak nak makan nasi, tapi makan jugak. Minggu ni tak nak hangout,tapi end up hangot jugak sbb member ajak. haha

So utk yang cakap tulisan aku cantik tu. Korang silap haha.
Tulisan aku hanya jadi cantik bila aku buat nota. Sebab nota tu kan nak baca selalu,so kena lah buat cantik2. Otherwise memang aku tulis caca marba jer.

Aku ada geng tak ni?? Haha

Oh ye,korang sama tak cam aku  yang tak suka tengok tulisan yang kecil cam semut, ape masalah kau weh? Kau ingat tulisan kau kecik camtu leh jimat ruang? Ok fine jimat tapi sakit weh mata nak baca. Better lagi tulisan aku kalah ayam ni. Haha

Btw,siapa pernah tengok tulisan aku. Tulisan aku camne? ada gaya budak-budak lagi tak?? Haha mak aku pon cakap tulisan adik aku lagi cantik dari aku. Hello,aku yang tulis nama kat buku sekolah dia eh. Haha. hah lagi 1 mak aku cakap,bila aku tulis nama aku dalam huruf besar NOR AMIRA...  tu kan. sebijik macam arwah bapak aku tulis. tak percaya boleh compare. haha. bapak aku n aku je yang kidal ^_^ phew  rindu plak kat abah...  alfatihah.. 

Actually,tulisan aku takdelah buruk mana. Ok jer,sedap mata memandang. Tak lawo sangat tak buruk sangat. Juz nice. Aku jer rasa orang yang puji tulisan aku cantik ni mata dia tersilap nilai. Oh ye baru teringat,cantik tu subjektif kan. hihi

Pastu boleh plak orang suruh aku menulis kat kain putih yang besar tu utk dijadikan sepanduk. Hah memang tulisan aku ‘cantik’ pon kannn. Haha. ada picnya nanti aku post kat sini.





No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...