Sunday, 24 April 2016

Cara bayar yuran UIA online

السلام عليكم

so basically ada 3 cara utk bayar yuran UIA. khususnya uia gombak and kuantan. UIA pj ko dah dapat sponsor nak bayar ape nye?

1. Cash Deposit Machine(CDM)
2. E-pay di finance office
3. E-Fee di laman web uia

1. CDM

cara ni aku tak nak ajar,sebab senang sangat. takkan tak pernah guna CDM kott. kalau tak pernah p tanya mak kakak abang adik. then lepas bayar tu,korang kena pergi finance office utk clarify/comfirmkan/tunjuk bukti yang korang da bayar. kenapa kena buat camtu? sebab kalau ko bayar thru CDM,dia tak mintak kan ko punya no matrik,no ic semua?? so pihak uia takleh detek duit siapa yang masuk dlm account dia sebab tu ko kena pergi finance utk gitaw " sy da bayar thru CDM,ini resitnya". then lepas tu akak/abang tu akan cek then clearkan fee kau. setel

2. E-Pay

uia gombak aku tak sure ada ke tak. aku rasa mesti ada pnya. main campus kott. haha
kalau kat uia kuantan ni,aku sarankan kalau duit yg kau nk byr yuran tu ada dlm kad(belum withdraw). ko pergi kat office finance kat OSC,ni utk student kuantan ye. then kat meja kaunter tu ada mesin e-pay alah macam kad kredit tu. then ko cocok kat ko kat situ and ikut arahan kat situ. nanti dia mintak ko isi no matrik,no ic kau semua. So kalau ko buat payment kat situ, uia akan terus clearkan fee kau. setel. lagi senang. 1 kerja jer.

3. E-Fee

ini cara paling laju pantas jimat masa semua lah. caranya kau pergi kat LINK NI
then klik kat E-fee. pastu ko isi je lah details yang dia mintak. oh ye,utk efee ni. bukannya boleh sesuka hati kau je nak bayar. mesti kena ada online bankin dulu cam cimb clicks or maybank2u. kalau takde,terpaksalah kau bayar guna cara 1 or 2.

hihi. aku perasan e-fee ni lepas aku godek ape ntah hari tu. selama ni tak tahu pon. haha lol betul.
ok sekarang aku dah tahu,so nak share ngan korang. jom kita manfaatkan kemudahan yang ada.

sekian terima kasih baca . baca lagi yer.

4 comments:

  1. salam, kalau byr guna e fee, cmne ek nk bgtau dia yg kita dh bayar

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, sama mcm yg e-pay, auto clear/detect. sebab time bayar tu kan kne fill in no matric, ic. n jgn lpe print slip payment. kalo cek kat portal x clear within 2week. baru g finance.

      Delete
  2. Assalam..klu nk bayar melalui Muamalat internet banking mcm mne ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, guna kaedah no 3. yg tu utk payment thru on9 bankin :)

      Delete

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...