Friday, 22 April 2016

Maafkan aku

السلام عليكم

untuk sahabatku semua.. terutama rakan sepasukanku. aku tak tahu kat mana salah aku, aku ada buat korang terasa ke,ada ambil hak korang ke,ada termenyakiti hati korang ke. Sungguh aku tak tahu silap aku. sebab sebelum keadaan jadi macam ni,hubungan kita ok je kan? boleh gelak,jalan sama2,makan sama2,sembang sama2,study sama2.

tapi after 1 moment tu,everything seems awkward. Korang anggap aku cam tak wujud je kadang. as aku dah biasa sorang2. so bila dapat kawan ngan korang yang aku anggap like my best friend sebab selalu tolong aku dan aku tolong korang. bila korang buat aku camni. tanpa bagitahu aku apa yang kau tak puas hati kat aku. cukup buat aku rasa bersalah. apa salah aku? please lahh. dan kenapa korang tak macam dulu bila dengan aku? cakap pon macam nak tak nak.

Serious weh bagi aku,korang takde buat salah apa-apa pon. even ada korang buat aku terasa,aku dah lupakan. takde guna aku simpan sakit hati ni. tapi kenapa korang layan aku cam aku ada buat salah besar ea? kalau betul aku ada buat salah,please la tegur. tegur jer aku. kalau aku marah bila korang tegur means hati aku mati,dah takleh terima teguran.

Teguran korang sangat penting bagi aku untuk aku muhasabah diri dan perbaiki diri. kalau korang tak tegur,camne aku nak sedar kesalahan aku?

aku tak nak ah menda kecil jadi besar weh. korang pon tahu aku bukan jenis banyak cakap kan. dulu korang suka je sembang ngan aku. sekarang? kalau boleh nak lari dari aku. kenapa weh kenapa?

weh,aku sayang persahabatan kita. aku tahu aku paling teruk dalam kumpulan kann. marahlah aku tegurlah aku .. aku rindu wehh moment kita bersama. dahla kita akan bersama selama 4 tahun weh. aku harap menda ni sementara je. mungkin inilah masanya persahabatan kita diuji.

Aku yakin semua ni ada hikmahnya. Aku doakan korang bahagia dengan  hidup korang. jangan lupakan aku ^^




No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...