Wednesday, 13 April 2016

TARIK DIRI

السلام عليكم

Tarik diri…

Aku tak faham dengan manusia yang pandang ringan dengan Tarik diri ni.
Izinkan aku bagi contoh Tarik diri yang aku pernah tengok.. ada yang aku edit sikit ceritanya.

1.       Tarik diri daripada jadi PC. Dia ni PC persatuan blab la bla. Tak habis lagi sem tu,dia dah Tarik diri. Alasan tak dapat bagi komitment. Bz dengan benda lain. Ada kerja lain yang lagi penting.
2.       Tarik diri dari pertandingan, pertandingan tu 1 hari full. Tapi tengah hari dah Tarik diri sebab rasa  pertandingan tu tak kena dengan jiwa dia.

Kau rasa patot ke? Dah lah kau dah diberi amanah utk jadi PC kelab tu. Then kau main Tarik diri camtu jer. Ceh, macam kau sorang je yang bz dengan benda lain,macam kau sorang je ada kerja lain lagi penting. Macam kau sorang je yang …. .. kalau dah tahu tak dapat bagi komitment,kalau dah tahu kau bukan jenis bukan boleh join macam2 program at 1 time. Yang kau jadi committee program itu program ini tu kenapa.. kenapa???? N then bila kau Tarik diri,tempat kau tu siapa nak ganti kau? Ok la letsay kau ada pengganti,tak ke naya dia utk buat kerja kau?

Pasal Tarik diri dari pertandingan. Weh mula2 kau yang sukarela nak join pertandingan tu. Tengah jalan kau nak berhenti sebab stress. Tak faham dowh. Tu Cuma pertandingan kecil jer pon. Yang kau take it hard tu kenapa? Adoyaii. Menda boleh bawak bincang. Menda boleh setel. Menda kecik jangan la diperbesarkan. Ok maybe organizer pon bermasalah. Tapi kau jangan tambahkan masalah kat diri kau. And please. Jangan lari dari masalah. Please laa. Jangan lepas tangan.

Main point aku is,bila kau Tarik diri. Kau sebenarnya lari dari masalah lepas tangan. Kau hanya fikir perasaan kau. Kau hanya fikir penat kau,kau hanya fikir apa yang kau buat. Kau langsung tak fikir pasal orang lain.

Sebenarnya bukannya tak boleh Tarik diri. Bolehhh. TAPI.. biar awal2,waktu mula nak start pertandingan,waktu awal sem. Jangan dah tengah sem,time separuh jalan pertandingan,kau Tarik diri. Lainlah ada masalah lain cam kematian or tak sihat ke ape ok la jugak dimaafkan.

Aku harap yang baca ni tak pernah buat cam ni. Dan jangan buat lagi.

Benda susah ni,kau yang tentukan sama ada dia susah ke tak utk kau. Even dia sesusah mana pon,try utk senangkan. Kalau tak boleh jugak,behenti jap. And teruskan. Yang penting jangan mengalah(Tarik diri).

Ayat ni peringatan utk aku jugak. Please la,selalu letakkan diri kau kat tempat orang lain. Jangan asyik jual ikan,takde sapa nak beli. Jangan terlalu berkira.

Itu je k thankz baca ^^



No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^