SHOPPING BUKU DISINI

Wednesday, 4 May 2016

Mood Republik Kuantan,best ke?

السلام عليكم

MOOD REPUBLIK

Assalamualaikum, Alhamdulillah selesai sudah MR Kuantan. This is my first time buat part time kat sini. Haha. Best giler siot. Haha.
Ramai la mber Tanya macam mana kerja? Best tak? Dan paling common question is BERAPA GAJI??? Haha mesti nak tahu kannn. Ade laa,jom kerja sama2 puasa ni nanti baru aku bagitahuu. haha.
kat sini aku nak share perasaan aku sepanjang event ni. ni first time,so sorry la kalu ayat cam jakun makun sikit. biasa laaa kann. nanti second time da tak semangat camni kott. hah




Walaupon ni first time aku ke mood republic tapi aku rasa mood republic Kuantan ni tak seumphh kat tempat lain walaupon pengunjung ramai. Sebab tak sepack sardine haha.

Ok nak story kisah best. Alkisah booth aku ni depan booth woman clothing yang famos. Teka la la sme de bella ammara ke, jubahsouq ke,hijriahome ke,calaqisya ke,rayyan haya or etc. haha. Nk dijadikan cerita booth depan aku ni, susunan pakaian tu betul2 menghadap booth aku. Dan yang lawaknya ada sorang part timer ni,dia berdiri betul2 depan aku time shift dia(4pm-12am). So aku plak kena berdiri kat depan booth aku which is betul2 depan dia. So u knowww.. emmm. Haha. Bila xde orang. Xde pemisah antara kami. Aku pandang dia,dia pandang aku. Muahaha. Malu siot. Aku rasa cam,weh aku nak blah dari sini. Yang paling tak leh bla,dia uia gak. Aku camm what the fish. Aku perasan la dia beberapa kali pandang aku. Ok I admit aku pon pandang dia. Haha sebab takde tempat lain nak pandang. I donno why u look at me. Hopefully fikiran kau bersih. Jgn pndg aku lama2 sebab aku tak lawa cam mira filzah. Haha. Serious weh situasi ni buat aku rasa awkward. Ok itu jer,aku nak cerita lelebih karang takot korang meluat n pk aku gedik ke ape kan. So sampai situ je la aku cerita. Btw part timer tu laki muahahah. Sanggup dia keja kat booth perempuan,dah la badan sado muahahaha. Lolz.

Alhamdulillah sepanjang aku jaga booth ni, aku rasa aku prefer kalau bos aku takde. Serious weh bila bos ada,aku jadi fake kejap. Bukannya nak cakap bila bos takde aku curi tulang. No. tapii, ye lah. Bila takde cust,duduk la kan. Takkan nak berdiri jer. Dah la kerja 8am-12am. Takkan 16jam kena berdiri. So bila bos takde,cust pon takde,aku akan duduk. Tapi bila bos ada,and cust takde,takkan aku nak duduk. Kang bos cakap aku ni pemalas plak. Masalahnya suara aku skrg dah la tak berapa kuat,means bukan jenis suara speaker. So no point aku approach orang sebab orang takleh dengar suara aku sebab suara pa sistem lagi kuat. tapi aku end  up dengan duduk bila takde cust. Tp bila ada cust,aku berdiri la balik. Haha.

Oh ye,kan tadi aku cakap depan booth aku ni booth famos kan, pergh tergugat nafsu aku weh tengok offer dorang. Beli 2 rm100. Normal rm160 utk 2. Beli 7 helai shawl rm100, wehh aku taaa kuadddd. Nak nangis rasa dengar orang buat happy hour kaw2. Even booth yang aku jaga pon, daripada rm160 jadi rm100. Memang rugi ah sapa tak beli. Sebab normal price rm200++.
 Siapa tak tergugat nafsu. Memikirkan aku kerja ni utk gain duit poket. So terpaksalah simpan nafsu tu kejap. Tapi mak aku cakap tak salah pon nak guna duit gaji tu utk beli,kira cam self reward gituu. Tapi this is not the time. Aku rasa cam membazir je aku beli sebab pakaian dah berlambak. Aicewahh tu ayat poyo jer. Perempuan weh,kuasa membeli dia tinggi,even dah ada serratus helai tudung, still nak beli. Sebab nafsu. Yes, ayat mesra sikit is keinginan. Haha. Kena simpan utk shopping time kl fes nt. Masa tu baru boleh shopping sakann.

Overall memang aku happy kerja kat mood republic ni. Walaupon orang lain balik rumah,aku and kawan2 aku kerja. Ini pengalamn yang sangat berharga. Ceh berharga la sangat.

Oh ye,bos aku offer utk kerja kat kl fest puasa ni,ada yang nak kerja sekali ngan aku tak??  Syarat kerja senang jer, rajin,tak mengeluh, kental fizikal dan mental. Tak de sakit tulang belakang sbab kena brdiri lama. Gaji inshaallah berbaloi. Prefer perempuan la. Senang nak sembang. Laki pon boleh.

Nak tambah sikit, Alhamdulillah aku jumpa beberapa orang senior wal junior wal member maarif dulu2. Serious weh rasa nak peluk nak lepak nak macam2 ah ngan korang. Tapi masa tak mengizinkan. Ada yang sempat cuit camtu jer. Sorry koranggg. Tapii.. serious happy sangat2 dapat jumpa korang balik. Lama giler kott tak jumpa.



Ok la itu jer. Tak tahu nak tulis apa. Nak tengok pic ke? Ok la nanti aku share ye. Pic ada kat fon lagi. 

1 comment:

  1. Hi, miera.. Macam mana ye nak jadi part timer mcm u?? Saya berminat nak pergi Mood Republik tu, tapi tak berkesempatan.. Kalau ada urusan keje mcm tu baru berkesempatan hehe..

    ReplyDelete

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...