Monday, 16 May 2016

SELAMAT HARI GURU 2016

السلام عليكم

first of all, aku rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari guru umum buat guru di Malaysia dan khusus buat guru yang pernah mendidik aku dari alam bebudak sampailah dewasa kini.



hmm,, tak tahu nak cakap apa.. sebabbb.. aku bukannya rapat dengan cikgu pongg.. waaaa..

Hmm, cikgu yang aku rapat pon tak ramai. yet nak wish jugakk khas untuk

1. Sir Fadzil-  thankz ajar aku BI. walaupon sampai skrg bi aku masih so-so jer. tak pe sebab semua salah aku sebab tak praktikkan..  aku ingat lagi amanah cikgu waktu darjah 6. Cikgu adalah idola cikgu lelaki saya. Rindunyaa nak jumpa cikgu!!!

2. Cikgu2 di sma- al maarif. Semua cikgu yang pernah mengajar terutama ustajah ramlah, cikgu rafidah, teacher suzihana,suzilawati, ustaz hasdi, ustazah wahida, cikgu shahril, teacher azlina dan semualahhhh. Terima kasih sebab tak manjakan aku dan kawan2. terima kasih sebab selalu ' denda' rotan aku. Serious weh bagi aku tu antara tarbiyah terbaik!, aku sampai cari alasan utk kena rotan sebab jarang kena rotan.. ke aku ni diconsider budak baik?? lol baiklah sangat. baik apanya bercinta zaman skolah. opsss. haha ok itu kisah lama and let bygones be bygones okay...  yelah bebudak ni kadang nasihat mulut je tak makan saman ... tak gituu??  terima kasih sebab nasihat/ajar/didik aku supaya jadi wanita muslimah mukminah. Cikgu yang dengar keluh kesah aku. cikgu yang faham situasi aku. terima kasih for everything. Oh ye, lupa plak nak mention Cikgu Zainon, Ustaz Shahril yang jaga kami dak asrama. walaupon aku tahu aku bukan budak bermasalah, yet ketahuilah dalam diam aku sebenarnyaaaa..... hmm, perkara lalu jangan dikenang muahahaha. ok next please.....

3. Cikgu di SAMTiSH. walaupon hanya 2 tahun kita bersama.. tetapi jasamu tetap  ku kenang, cikgu addmath aku time form 4, terima kasih sebab sudi mengajar aku yang lembap addmath ni. cikgu biologi yang berusaha utk memahamkan pelajarnya mengenai biologi. cikgu fizik dan kimia yang mencipta banyak formula utk ingat. cikgu BM yang setia menanda karangan kami yang merepek, cikgu PQS sudi nasihat aku yang malas menghafal ni. cikgu bhsa arab yang gigih suruh kami buat latihan. cikgu bi yang sentiasa berusaha memantapkan bi kami. semua lah cikgu2 di samtish. walaupon cikgu2 tak rotan kami, tak didikan cikgu still berhasil. especially for ustazah jamilah! dan cikgu biologi yang buatkan aku jatuh cinta kat biologi sampai sekarang!!! terima kasih cikgu!

5. akhir sekali cikgu di universiti, or we called it lecturers.. lecturer dari zaman cfs sampailah degree ni. paling aku berterima kasih kat cikgu calculus dan programming sebab tak jemu untuk fahamkan aku yang lembap nak faham ni. maaf selalu ambil masa cikgu utk ajar saya. maaf tak lawat cikgu time pergi cfs. maafkan saya. ketahuilah saya sangat rindukan cikgu. nak cikgu ajar saya semula!

Ok lah itu jer. againnn. selamat hari guru sedunia. tanpa guru yang berdedikasi, takkan aku ada di UIA bumi tarbiyah ni. Alhamdulillah. inshaAllah aku juga akan menjadi seorang guru pertama buat anakku. chiachiachia. gurau jer hahaha chill. k sekian. doakan esok aku exam ungs a.k.a islamic ape ntah lupa dah






No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...