SHOPPING BUKU DISINI

Thursday, 12 May 2016

Stay positive Mira!

السلام عليكم

Post ni utk diri aku. utk bagi semangat. waa semalam tengok carry mark 1 subjek ni. serious daripada tengah makan syiokk terus hilang selera weh. Teruk. aku kedua teruk. macamana aku tahu aku kedua teruk? sebab aku tengok markah orang lain. haha. yet memang teruk giler weh. ko bayangkan 30% carrymark tu. aku dapat tak sampai 10. Serious weh masa aku tengok tu rasa cam betul ke ni markah aku? penuh kot paper tu aku jawab.


 Oh ye,aku baru je ambil kertas aku tadi. memang aku jawab penuh paper tapi semua yang aku tulis tu salah . sama lah jugak macam ko buat jawab soalan " terangkan mengapa 5 darab 10 dapat 50? kau jawab berjela tapi jawapan kau 100. so dah sah2 lah apa yang kau explain tu silap. so memang telor ayam lah yang kau dapat. member aku ada yang dapat full mark, aku boleh fail dengan begitu senang. entah ah, risiko utk aku repeat paper ni amat besar weh sebab total carry mark dah la 60 then aku dapat tak sampai separuh. camne nak survive. waa tak nak repeattttt. mira,positive miraaa. bukan kah moto blog kau setiap yang berlaku ada hikmahnya? so kau dapat markah rendah tu ada laa hikmahnya tuuuu. Ingatlah bahawa Allah Maha Mengetahui. Kau apa tahu mira oi! reti komplen jer .. cuba belajar redha pasrah tawakkal. Dan jangan asyik tengok orang atas kau,tengok orang kat bawah kau.

0k kat atas ni luahan perasaan seorang yang sedih akan markah carry marknya. haha. u know what? kadang kann. Bila kita dapat markah tinggi,kita rasa... ini usaha aku, aku layak dapat markah ni. kadang langsung takde rasa Allah yang bagi kau markah ni. tapiii. bila kau dapat rendah, terus kau rasa teruk, itu bukan salah kau. ni semua salah tutttt... yeahh, manusia memang macam tu. sebab tu kita diuji, untuk melihat sejauh mana kita bergantung padaNYA. aku sendiri pon. kadang teriak terujub dengan diri aku. Nauzubillah. terkadang bila aku rasa tak puas hati walhal aku pon ramai je yang tak puas hati. So my point is, kalau ko nak rasa tak suka kat someone tu. Sedarlah,kau pon macam dia. banyak kekurangan. cuma bezanya kekurangan kau tak sama ngan dia.

BAHANA TWITTER

ada member aku ni.. hmm, takde la rapat tapi rapat la. bukan rapat in terms of bff taw. hmm susah nak gtaw nanti kantoi plak. anggap je lah  aku selalu jumpa dia. ok namakan dia F. then dia ni, pernah kencing aku hidup2 . dah ah kencing depan2. serious weh kalau kau kencing aku kat belakang. aku boleh terima. ni kau kencing aku depan2. then dah lah tak cuci kencing kau tu. Perghhh memang aku meletup ahh. tapi  meletup dalam diri aku je la sebab menda ni libatkan aku n F je. karang kalau aku cerita kat orang lain. aku dah dikira buka aib dia. sebabnya menda ni aku memang tak perlu utk cerita kat sesiapa bagi aku,itu aib sebab dia kencing aku. kang aku cerita kat member aku,kang member aku ingat dia ni kaki kencing plak. kann da jadi fitnah. So aku terpaksa lah diam jer. aku cerita kat mak aku jer sebab aku nak pendapat mak aku camne aku nak handle member camtu. tak pe kan cerita kat mak? mak bukan kenal pon budak tu haha. eh kejappp,yang aku cerita kat korang ni dibuka aib ke eh? tapi korang tak kenal pon aku cerita pasal siapa. kaannnn. haha. kalau korang main teka teka kang salah korang yang buat fitnah. bukan aku. muahaha.


ok then.. lepas peristiwa kencing tu,memang aku berhati2 ngan dia. tak mo dah dikencing lagi. then ada plak 'eksiden' kecik jadi besar. tapi ni melibatkan kawan aku dengan dia. mana aku tahu? sebab kawan aku cerita. kawan aku tu jenis mulut kepoh sikit kengkadng iaitu A. kalau dia bercakap. memang semua orang dengar. ceritanya ada lah 1 kejadian ni yang hmmm susah aku nak cerita. aku procced terus lah ea. ok lepas 1 kejadian tu. si F ni pergi tambah air dalam minyak. berapi2 kan lagi menda yang dah berapi. Kalau ko en,kalau ko tak puas hati kat someone, kau akan simpan sorang2 macam aku, kau sound dia, or kau luah tak puas hati kau tu kat media sosial. aku rasa dalam 3 jawapan ni. 1 je yan paling appropriate iaitu luah tak puas hati kat media social. Yezza, itulah yang dilakukan F. tapiiiii. F tak mention sesiapa pon. nak dijadikan cerita,si A ni terasaaa bila F update status pasal kawan . something like ' susah cari aku,senang tinggal aku'. aku pon nasihat lah si A ni, kau anggap je status tu bukan untuk kau. so takde lah fefeling ni. tapi si A ni still tak leh move on, dia still anggap status tu utk dia. adoii. aku rasa salah dua2 pihak. yang si F ni gatai duk luah tu apehal doe , ke kau saja nak bagi A baca.. oh ye, si A ni follow F kat twitter. dan si A ni plak fefeling terlebih. ok so aku harap.. korang en.. please lah kalau ko tak puas hati kat someone and kau nak luah kat twitter,blog or whatever pon. please make sure orang yang kau tak puas hati tu tak follow kau. tak baca blog kau. pleasee ah weh. kalau orang yang ko tak puas hati tu follow kau. hah jadilah kes macam kat atas ni. menda jadi makin keruh. tengok cam aku. duk sembang pung pang pasal orang. konon orang yang aku maksudkan tu tak baca post ni. ceh yakin je orang yang ko cerita tu tak baca post ni. haha.

iyola. member aku bukannya tahu pon aku ada blog. kalau dorang tahu pon. bukannya dorang nak baca pon blog aku ni. blog hambar. yelah blog tak femes kan.. haha. ok la mungkin ada sorang dua yang baca tapi for sure aku tak tulis pasal dia. kalau aku tulis pon. aku mention terus nama dia. nak aku mention ke? haha next post lah aku mention eh. muahaha. k lah ada dating malam ni. semoga semuanya berjalan lancar. aminnnnn. dating kat tanjung lumpur jer. hihi.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...