SHOPPING BUKU DISINI

Tuesday, 17 May 2016

surat buat ex roommate #2

السلام عليكم

utk #1 ADA KAT SINI

 apa khabar ex rumetku? rindu plak tetiba... wehh soriii sebab tak contact langsung kau! jahatnya aku, sombongnya aku. tapiii. apehal ko tak contact aku?? ke kau nak tunggu aku contact kau dulu? yela2 nanti aku whatsapp kau. ape punya kawan lah aku ni. hadap whatsapp hari-hari tapi susah giler tangan aku ni nak wasep kau.


Oh ex rumetku, ketahuilah. aku merinduimu. ingatkah dikau sem lepas. tatkala kita bersama2 menghafal ungs dan MGT. ingatkah dikau kita bersama2 menghafal soalan spot. ingatkah dikau kita bersama2 menuju ke dewan exam ingatkah dikau mengejutkan aku seawal 3am utk qiam dan study??

sungguh aku rindukan dirimu.. wahai sahabatku.. sahabat yang sanggup susah senang bersama. sahabat yang tak berkira. sahabat yang tinggi common sense. sahabat yang sekepala dengan aku. sahabat yang tak kisah, tak cerewet.

ingat tak kita pernah saling tukar2 cerita korea. tapi aku yang banyak ambil cerita korea dari kau. ingat tak kau pernah tolong aku agih chicken chop wlpon masa tu kau bz? ingat tak kau sanggup teman aku pergi taman bandar? ingat tak kau sudi layan aku pergi tengok movie time last paper kita? ingat tak kau teman aku tengok cerita catching fire ? dan cerita hantu ape ntah. igat tak weh?? ingat tak setiap kali kau balik, kau mesti tanya aku sama ada aku nak kirim apa2 tak ngan kau. maafkan aku sebab selalu kirim barang ngan aku. weh kau sorang jer member aku yang buat camtu. n kesan dari tu, kalau aku nak pergi mana2 yang orang lain tak boleh pergi, aku akan ambil order. sebab aku pernah laluinya. ingat tak time kita pergi pirate coffee yang baru bukak tu? aku hasut kau supaya pergi, sambil tu kita ambil order. ada la dalam 8 cup orang order. kau ok je takde merungut ke ape. best giler. ingat tak dulu kau teman aku main tenis malam2? walaupon kaki kau dah sakit masa tu kau tetap teman aku. ingat tak aku sanggup teman kau pergi library malam2 sebab tolong kau cari journal? serious weh aku tak rasa terbeban pon tolong kau. kau mintaklah tolong banyak mana pon , aku sudi tolong kau sebab kau sahabat aku dunia akhirat inshaAllah.

kenangan bersama kau terlalu banyakkk. dan semuanya indahh. selama kita berkawan,takde pon kita gaduh or salah faham sebab kita sentisa saling memahami antara satu sama lain. kau faham aku, aku faham kau. kalau aku tak  sependapat dengan kau pon, kau still meraikan pendapat aku dan aku pon macam tu.

Berkawan denganmu membuatkan aku bahagia seolah2 aku tak perlukan kawan yang lain. walaupon kita bukan 1 kos. tapi bilik ini telah memutuskan semua jurang yang ada.


Wehhh aku rindu kauu.. kenapa kau pindah! member macam kau ni, memang susah weh nak dapat. Allah pinjam kau sekejap jer untuk aku... setiap detik dengan kau amat aku hargai dan aku ingati sampai sekarang. Aku faham ujian perasaan kau. Dan aku bangga kau mampu hadapi dan tanganinya dengan tabah.

kalau kau ada sekarang, memang aku dah ajak main masak2 ngan kau hari2.waa rindu rindu rindu... tak tahulah word lain selain untuk menggambarkan perasaan aku ni.

kau tahu kan, aku suka giler kawan dengan kau

aku tak tahulah kau baca ke tak post ni.. aku memang tak nak mention nama kau. sebab aku tahu, kalua kau baca blog aku ni, komfirm kau menangis terharu.

i miss you and i love you .. alott my dear. till we meet again. kalau aku pergi UIA gombak aku akan cepat2 kol  kau taw. rindu sangattt

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...