Saturday, 14 May 2016

Susahnya nak jadi volunteer

السلام عليكم

menurut pengamatan aku.. susah jugak taw nak jadi volunteer lagi2 kalau yang best2 contohnya program di pedalaman kat taman negara, sabah, apatah lagi kalau misi ke luar negara seperti di indonesia,cambodia, thailand apatah lagi syria,jordan,mesir semua.



kalau kat negara timur tengah tu, aku faham laa. bukan sebarangan volunteer boleh pergi. ok itu dimaafkan. kalau misi di negara luar seperti di thai, cambodia, indon dll. yang ni pon  agak susah utk volunteer freelance join. kebanyakan yang join is member2 organizer cam member PM,speta dll. yelah,mesti lah nak utamakan member sendiri dulu baru member luar kan. hmm.. ok laa.. redha je laaa.

then yang dalam negara plak, seperti di kawasan pedalaman, ini pon sangat sukar  volunteer freelance nak join lagi2 kalau perempuan sebab volunteer perempuan terlalu ramai. Aku sendiri banyak kali kena reject bila apply jadi volunteer. alasan cliche semestinya dah penuh,' kami memberi keutamaan kepada student medik blablabla. yelah aku tahu la dak medik berkuasa, in terms boleh bagi rawatan kat penduduk kampung. tapi janganlah bias weh. lain kali kau buatlah kuota. 15 orang utk team medik, 5 orang team biasa. so kalau aku apply, tak yah lah mention nak utamakan dak medik bagai. cakap jelah utk team biasa dah penuh, aku faham. ni tempat ada kosong tapi kau nak tunggu budak medik apply baru ko nak terima dulu berbanding aku.

aku as volunteer freelance kat uia ni. memang susah ah nak diterima utk jadi volunteer mana2 misi.  yela aku ni budak perempuan biasa jer, takde apa2 kelebihan. aku cuma dapat sumbangkan tenaga dan masa jer as volunteer. suruh jer aku buat apa saja aku akan buat selagi aku mampu. tapiii korang tak nak orang cam aku kannnn. waa sedihhh bohhh.

aku ingat lagi time misi banjir kelantan hari tu. hari2 aku bukak fb tengok ada tak uia tengah cari volunteer. tunggu punya tunggu takde pon yang tgh cari volunteer. tup2 member aku haplod pic dia kat kelantan tengah join misi banjir tu. misi tu under team uia. oh ye, ofkoz la member aku tu dak uia. see? pergi 1 bas, tapi tade announcement langsung utk cari volunteer. reason?? dah penuh. reason dah penuh?  ajak geng2 dulu.

Alhamdulillah  ada juga rezeki aku utk kekelantan. dapat jugak join misi banjir tu. almost 2 week jugak lah aku kat kelantan tu. lagi lama dari yang team uia tu.  fuhhh bestt giler. thats starting point utk aku join misi yang lain. since that, aku memang dah tak berapa berharap utk jdi volunteer under U. bukan tak nak tapi dah boleh agak takkan diterima sebab takde orang dalam. means organizer tu takde yang member aku. nak wat camne. so lebih baik aku join misi ngan NGO lain. tak memilih pon. open jer sapa nak tapi limited lah. siapa cepat. at least,dorang tak utamakan geng ke ape.


tapiiiii. kalau volunteer tutor, volunteer bersihkan kubor, volunteer ke rumah anak yatim. memang haram jadahh semua tak nakkk. aku la jugak yang jadiii. hmmm. haha. tak kisahlah. asalkan dapat berbakti.

Harapan aku... korang yang organize misi ni. kalau korang buat program volunteer. pleaselah jangan asyik utamakan member korang jer. siyes benci giler . k laa. sekian wasalam.


No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...