SHOPPING BUKU DISINI

Thursday, 30 June 2016

Cara ke Jaya One menaiki public transport.

السلام عليكم


Kalau kau ada urusan kat area PJ ni especially kalau ko nak jimat duit minyak, aku sarankan kau naik public transport jer. InshaAllah tak sesat if ko first time mai sebab bas bersepah-sepah and sentiasa ada, banyak pilihan bas plak tu. LRT pun bersepah. Taman jaya, university, taman bahagia, asia jaya.
Jaya one ni tak famos sangat. Hanya yang ada urusan kat situ je yang tahu. Hihi. Dan of koz warga cfs uia pj sah2 tahu jaya one ni sebab dekat giler ngan cfs. 5 minit je jalan kaki dah sampai.

Jaya one ni agak lain daripada mall yang lain sebab dalam mall tu tak de kedai. Kedai ada tapi kat bahagian luar n LG. kt dalam mall tu adalah sekolah. Dorang buat konsep school in mall gitu. Hmm, percaya ke tak ni? hah boleh tengok pic kat bawah ni.

first time ko mai memang kau akan excited sikit hahahaha macam aku dulu tapi bila 2-10 kali mai. biasa je. biasalahkann. 



First, macam biasa kalau ko gerak dari mana- mana KTM. Sila beli tiket ke KL SENTRAL.
Kemudian beli tiket LRT ke UNIVERSITI. Setibanya kat stesen university. Lepas ko buang token tu. Kau akan jumpa tangga turun ke bawah. Ada 2 option.
1.       TEKSI – belok kanan
Cakap je kat pakcik tu nak g jaya one. Dia tahu lah. Kalau dia tak tahu, cakap nak ke UIA PJ. Hah time dah nak sampai kat uia tu. Kau akan Nampak uia kat sebelah kanan dan hospital Columbia kat sebelah kiri depan sikit dri uia. Dlm masa yang sama kau akan Nampak simpang 3 ada traffic light. Hah suruh pakcik tu depan sikit jer selepas traffic light.  Jaya one betul2 sebelah hospital Columbia yg baru beroperasi

2.       BAS RAPID/METRO – belok kiri
Kebanyakan bas metro memang lalu kat jaya one tu. Kalau tak pasti, tanya pakcik bas tu sebelum naik. Utk bas rapid plak, ko blh naik bas T790. Aku tahu ni pun lepas tgk kat route rapid KL. Almaklumlah kod bas kan dah tukar and aku pun dah lama tak naik public transport kat area PJ tu.

3.       BAS FREE ( WARNA HIJAU)
Kalau korang nak jimat bajet, boleh lah naik bas ni sebab free je. Khas utk warga PJ. TAPI, kau tak boleh turun kat LRT university. Sebaliknya kau kena turun di LRT ASIA JAYA atau LRT TAMAN BAHAGIA atau LRT TAMAN JAYA.

kau akan nampak ini selepas traffic light

Dari jaya one nak ke jaya shopping centre dan digital mall juga sangatlah dekat. Kalau malas nak tunggu bas. Boleh naik teksi je. Tak sampai rm5 pun kalau traffic ok. Murah kan?? yelah teksi bermeter memanglah murah hihi.

Dari jaya one nak ke restoran SS2 murni a.k.a murni discovery pun boleh bahh. In case kau tak  pernah g restoran tu and  kau tahan teksi n pakcik teksi tu tahu kat mana restoran tu, hah silakan naik teksi tu n don wori tambang still murah lagi2 kalau kau pergi ber-4. Rasanya rm6 je kot, so rm6/4= hah jimat ke jimat?

Tapi kalau pakcik teksi tu tak tahu restoran SS2 murni. Better kau jangan naik sebab nanti pakcik tu bawak kau jalan2 plak hahahaha.

So option lain kalau ada bas METRO. Aku tak ingat no bas tu so nak selamat ko tanya je supir bas tu sama ada dia lalu tak kat ss2 murni. Dorang mesti tahu punya..
Oh ye, apa kebenda ss2 murni tu. Alah restoran murni discovery yang sedap, portion banyak n harga pun boleh tahan. Kiteorang panggil ss2 murni sbb lokasi kedai tu kat ss2. Aku pernah p sekali je sepanjang 2 tahun aku kat cfs. Phew rugi tak g selalu hahahhaha.

itu je. semoga bermanfaat



No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...