SHOPPING BUKU DISINI

Tuesday, 21 June 2016

Tamat sudah sem 2 2015/2016

السلام عليكم

Phew dah lama tak post kat blog. Maafkan aku, tak tahu nak pos apa. Kalau ikutkan banyak jer menda nak post tapi memikirkan semuanya berkisar luahan perasaannn so aku save as draft jer. Post ni annual post so kena post lah jugak hihihihi



Kini, sedar tak sedar dah minggu ke tiga aku bercuti. Aku harap masih belum terlewat untuk aku mengucapkan selamat bercuti kepada para pelajar UA(university awam) sekalian walaupun aku tahu tak semua u yang dah start cuti. Mber aku di USIM, katanya minggu depan baru tamat. Mber di uitm plak, bulan 7 baru cuti. Mber di UPM plak, hmm tak ingat dah aku. Haha banyak sangat. Aku faham korang tengah struggle untuk final dan aku sedang rilek yilek kat sini. Ketahuilah sewaktu korang tengah rilek, aku tgh struggle masa tu. Tapi kudiamkan sahaja. Muahahaha. All the best yer utk member yang nak final tu. Taram jer soalan yang tak dapat jawab tu.

Ok kembali ke topik asal kita. So apa je yang aku dah buat sepanjang sem ni. Meh aku nak kongsi sikit apa yang aku ingat.

Alhamdulillah sem ni aku berjaya daki 2 bukit iaitu bukit panorama di sungai lembing dan juga bukit pelindung. Oh ye, aku dah pernah pos pasal ni, kalau rajin carilah kat blog ni. Kedua-dua bukit ni sangat berbeza. Bukit panorama perlu menaiki tangga bertingkek tingkek manakala bukit pelindung perlu melawan arus gravity. But both bukit mencabar bagi aku yang lembik ni. Hahahaha siyes weh rasa cam lemah giler time daki tu. Tak sampai 10 langkah aku dah mengah tak cukup nafas. Tapi Alhamdulillah aku manage utk sampai ke puncak.

Izinkan aku memberi analogi. Umpama kita inginkan syurga.  Jalan ke syurga bukannya mudah. Untuk menggapai syurga, kita perlu menempuh pelbagai ujian. “ jangan mengaku kamu beriman sedangkan kamu belum diuji”

Kalau tak kerana kita nakkan syurga Allah instead of neraka. Kita kekalkan niat, mujahadah melawan semua ujian. So same goes bila kau daki bukit/gunung, bila kau fikirkan nikmatnya berada di puncak bukit. Walaupun kau rasa cam nak patah balik, tapi itu semua ujian. Kau perlu teruskan jika kau nak rasa ‘nikmat’ tu.

Sebenarnya kedua-dua bukit ni takdelah susah sangat pun nak daki taw. Aku jer yang rasa susah sebab stamina aku tak kuat. hihihi. Lemah longlai kaki ni bila balik hostel hihi. Tapi minggu depan kalau member ajak hiking, aku on jer walaupun thu stamina so-so. Hahahahaha. Itu namanya mengasah diri. Hihi. I do really wish dpt hiking ngan my hubby plak hihi.              ~berangat sat.

Next, sem ni seperti biasa aku aktif dengan aktiviti dan program antaranya aku join jadi komiti untuk HOPE, CAMPRO, ENTREP, BAZOCAR SOUQ dll. Penat? Emm ntahlah. Aku dah pernah merasa lagi penat dari ni time kat cfs. So aku rasa yg ni xdelah penat sangat walaupun kena bagi komitment. Ingat lagi aku pic untuk pertandingan nasyid. Dan of kozlah peserta semua lelaki. Adoii stress aku memikirkan camne aku nak komunikasi ngan dorang. Time dorang rehearsal mestilah aku kena turun padangkan utk tahu keadaan camne. lepas ni x nak dah jadi pic yang perlukan aku berkomunikasi dan berjumpa dgn ramai lelaki . mujur lah ada N yang sudi bantu aku. Tenkiu weh! Btw aku n N ni, walaupun kami jarang jumpa, tidak sekelas tapi kalau ada event, kami selalu bersama. Aicewahhh… eh2 jangan salah faham. Aku x de menaruh hati kat dia eh. Not my taste ahahhaahhaahah

Sem ni jugak aku kehilangan seorang rumet terchenta. Bukan pergi menghadap ilahi tapi pergi ke uia Gombak. Dia tukar kos. Hmm sunyi weh bilik bila dia takde. Kalau dia ada, mesti duk sembang sama2, makan sama2, study sama. Semualah nak sama2. Aku ada tulis pasal dia kat blog ni. Boleh search surat buat roommate.

Sem ni aku mencipta sejarah aku hanya balik rumah(shah alam) sekali jer, itupun sbb nk p pesta buku. Kalau tak, memang aku tak balik sampai habis sem. Bukan tak nak balik sebab taknak jumpa mak. Tapi mak aku dah selalu balik kampong . so buat apa aku nak balik rumah lagi kann. Hihi
Oh ye,  sem ni jugak aku terpaksa berhadapan dengan member bermasalah. Masalah dia bukan masalah bunting ke, ambil barang orang ke, kurang ajar kea pa. no no. ni masalah berat 99 iaitu MENIPU. Aku faham semua orang pernah menipu tapi biarlah terbukti sikit kalau nak menipu. Contohnya sabtu ni cakap bz ada hal, so pandai2lah keluar bilik lepak mana2 utk tunjuk yg ko ada hal. Ini tak, kau cakap kau bz sabtu ni tapi bila sampai hari sabtu, kau tidur-tgk movie-makan-tgkmovie-tidur. Bz apa kebendanya. Hah itu dipanggil menipu cerdik. Yeahhh inilah member aku, nak menipu tapi cerdik sangat.

Dan paling sakitnya tu disini bila dia tipu aku banyak kali. Orang lain tak tahulah camne. Masalahnya skrg ni aku sedar bahawa aku ditipu dan dia terus menipu. Aku tak tahulah dia tahu ke tak yang aku tahu dia tipu. Wahai sahabatku, ape masalah dengan jiwa kau eh? Aku pun kau nak tipu. Aku ni member kau weh. member yang hari hari kau kena hadap. patotlah bff kau pun lari dari kau. baru aku tahu sebabnya. 

Oh memberku terchenta, even kau nak jaga hati seseorang pun(kononnnya), perlu ke sampai menipu? Dan kau buatkan seseorang tu lena dalam tipu daya kau. Weh sangat kejam bagi seorang sahabat. Layak ke dipanggil member kalau camtu? Dah lah tipu then tak mintak maaf walaupun kantoi.

Untuk memberku, aku nak kau tahu yang aku BENCI GILER dengan perangai kau tu. Aku tak benci diri kau tapi aku benci perangai kau yang suka menipu orang tu konon utk jaga hati dan perasaan. Weh aku nak tanya kau, kalau aku buat camtu kat kau apa kau rasa? Maafkan aku wahai sahabatku, penipu ni takde ubatnya kat pasaran. Hanya kau jer yang boleh ubat diri kau. N aku harap kau cepat2lah kawin ngan boyfie kau tu. Kalau rasa lambat lagi nak kawin, xyahlah nk berkepit sgt weh. Hilang kemanisan tu bila kau kawin nanti. Bukankah bercinta lepas nikah lebih indah?

Aku prefer orang yg jujur walaupun itu sakitkan hati drpd menipu untuk menyenangkan kita. Pleaselah weh. Kau nak orang jujur ngan kau, nak orang respect kau tapi kau tak respect orang, duk menipu orang utk kepentingan kau.

Alhamdulillah sem ni ada lah jugak gathering walaupun dispoilkan oleh seorang hamba Allah tu. Huhu. Next sem kita bukak buku baru jer.

Azam aku next sem is aku nak terlibat dengan 1 event jer. Walaupun ditawarkan posisi central. Aku tak nak walaupun aku boleh bagi komitment. Im soo sorry.. hmm, feeling bad sebenarnya sbb tolak tawaran tapi,, entahlah..

Last but not least, buat semua sahabatku. Aku nak minta maaf dari hujung rambut sehingga hujung dunia. Mungkin ada silap aku yang aku tak sedar. And kalau aku buat silap ke apa, feel free untuk tegur aku. Aku ok jer beb selagi kau tak malukan aku.  Sorrylah kalau pinjam barang ko n lambat pulangkan lagi2 mira n timah. Hihi.


Oh ye, nak ucap tenkiu kat my business partners kat hostel sebab sudi bersusah senang bersama sama weh. Korang memang the best! Sangat berkomitment. Suka sangatttt.

Tak lupa jugak utk groupmate iaitu grup bm, cellbio, oc,  biochem dan ungs! Korang memang ohsem. Ini sem ke dua kita sama2 1 group. Aku suka 1 grup ngan korang sebab korang tinggi common sense, memahami, penyabar, saling menolong dan tak berkira. Mana nak cari groupmate camni wehhhhhh.. susah weh nak dapat. Nak mention lah nama korang hahahahah MIRA- TIMAH AND ZUE!!
Btw,mira ni ‘kembar’ aku. Kembar nama. Hihi. Dalam banyak2 mira. Kami bersama jua. Muahahahaha.


Akhir kata, semoga cuti ni dimanfaatkan sebaiknya. Kalau korang suka involve dengan volunteering bersama aku. Aicewahh. Aku nak ajak korang join misi ngan aku. Minggu lepas aku baru jer blik dari sabah utk misi dakwah di pulau banggi. Nanti aku update pasal misi ni. Aku masih mencari partner utk bersama- sama aku terlibat dengan misi ni walaupun hakikatnya aku ok je join sorang- sorang. Jika kau cukup syarat seorang volunteer(rajin, extrovert, fleksible). Boleh roger aku naaa. 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...