Wednesday, 20 July 2016

Mara Digital Anggerik Mall

السلام عليكم





semua mesti pernah dengar Lawyat kan? tempat beli gadjet2 terkini. aku pernah pergi tapi sekali je rasanya. itupun ikut abang g beli ape ntah. dengar cerita orang, ramai yang kena tipu kat situ. kesiann tapi nak buat camne. kalau main terjah je beli gadjet ni, harapan nak kena tipu amatlah tinggi.. skrg ni lowwyat/loqyaq/loqlaq dah tukar nama kan.. 

and now utk uols warga selangor/kl, dah ada pilihan tambahan iaitu di MARA DIGITAL ANGGERIK MALL. yeayyy, tak perlu lagi bertumpu kat digital mall pj jer, or pas.

alkisah di Shah Alam ni kann utk yg x tahu, bandar yang berkembang pesat. tetapi jumlah mall masih dalam kawalan. setakat ni kat bandar besar masih kekal jumlah mall yang ada. p/s: banyak2 nak buat apa kann..

nk dijadikan cerita, Plaza Alam Sentral(PAS), PKNS n SACC mall, kedudukannya betul2 berkelompok. manakala Anggerik Mall pula dibina agak 'jauh' drpd kelompok mall tadi. dan kalau dilihat, ia membelakangi jalan utama. mall paling strategik setakat ni dimenangi oleh SACC mall. tahniahhh.


aku pon peghati je anggerik mall ni. dah lama dah dibina tapi suramm  jerr. tak de orang sangat mai. kalau tengok car park kadang tak sampai 10 kereta pun park. cer letakkan ko as peniaga kat mall tu. pheww memang boleh gulung tikar kott.

lebih 5 tahun, mall still suram macam space u8. mungkin sebab takde tarikan sangat. sbb nak kata ada kedai kain, kat PKNS berlambak kedai kain. So usaha memindahkan tabung haji dari PKNS ke anggerik Mall adalah tindakan yang wajar dipuji. Yelah, PKNS tu dah lah hari-hari full jer parking. orang ramai. arghhh sesak ahh lagi2 time puasa.

so bila tabung haji dah pindah kat anggerik mall ni. seolah- olah memberi nafas baru kepada anggerik mall. alhamdulillah. mak aku pon semangat cerita pasal anggerik mall ni dah tak macam dulu. dh ada orang mai sebab orng nak g tabung haji.

then usaha mewujudkan mara digital ni bagi aku  memang tindakan yang paling bagussss ahh. sebabnya selama ni, kami warga shah alam ni. kalau nak beli gadjet ke printer ke laptop ke barang2 elektronik ni lah. mesti pergi plaza alam sentral. so bertuahlah peniaga alam sentral sebab orang bertumpu kat dia. yang slacknya, biasalah kannn. dimana ada ori, disitu ada klon/ap. seller ni plak cerdik drpd kita, barang klon dikata ori. kita ni plak terlebih cerdik, tak reti beza klon n ori. sah2 ori n klon berbeza specnya.

so dengan kehadiran mara digital di anggerik mall. kami warga alam dan warga sekitar, mempunyai pilihan untuk support seller bumiputera.

harapan aku.. buat peniaga kat mara digital anggerik mall. Semoga korang ambil peluang ni utk grab kepercayaan warga shah alam. koranglah harapan kami untuk kami beli gadjet. juallah barang ori dengan harga berpatutan . kalau nak jual barang klon pon, jual lah tapi jujurlah katakan kat pembeli yang tu barang ori. n korang kalau beli stok kat china tu, pleaselah beli stok ori. aku doakan perniagaan korang maju jaya. aku yakin korang pon mesti prefer barang ori kann.


sekian..

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...