Monday, 16 January 2017

Restoran sedap Kuantan 2016

السلام عليكم


Hai, kali ni nak share beberapa restoran sekitar Kuantan yang sedap dan harga berpatutan. Semoga membantu perjalanan anda untuk mencari makanan di Kuantan.


Semua restoran di bawah, Mira dah pernah pergi. So utk owner restoran yang nak Mira review restoran korang, boleh drop komen jer hokayyy.

Sebenarnya kat Kuantan ni bersepah-sepah restoran sedap dengan harga berpatutan lagi2 kat area indera mahkota. Hihi.

Since aku study kat Kuantan ni, meme makan jer lah. Yelah nak g jalan2 pun, yang ada Cuma TC, benteng, ecm, kp n mega jer. Tp kalo nature hunting, meme Pahang win ah ceghitanya!

Ok kita mula dengan restoran berdekatan UIA dulu yer.

1.       MYNY Café,im7- Western

Main dishes restoran ni western je x silap.  Hari tu aku pekena Grilled Chicken chop  dia. Sos/kuah BBQ dia meme superb. Pekat, padu mantap baq hang! Restoran ni jugak ada jual roti-roti, mini pizza dan biskut buatan dorang sendiri taw.

Harga- average(rm10++)

2.       Lebak Café, im7- breakfast, lunch, western

Restoran ni dah 3x aku pergi. First time lunch, set utk 2 orang rm24+ x silap. Tapi memang kena makan 2 orang sebab lauk dia  x bnyk. Second time aku makan western, still grilled chicken. Tapi style dia lain sikit drpd normal grilled chicken. N third time aku makan lunch set(nasi+terung sambal+ulam+lauk) =rm6 jer. Murah ah, siap dapat 2 ayam lagi. Hihi.

Harga- depend, kalo western, murah sikit dari MYNY, kalo lunch, nak murah amek yg set jer.

3.       Dapur Mama,im7-nasi kukus

Kedai ni dah berapa kali entahlah g makan haha sebab sokmo. Menu yang ada Cuma nasi kukus. Sedap! Ayam pun besar. N paling best, kalo bungkus, kuah dah siap2 asing. Hihi. Normal set=rm6.50 x silap.
Harga-rm7-10- inc air(basic)

4.       Qasih adinda,im7-lunch

Restoran ni time lunch meme penuh ahh orang. 1 lauk dia yang power lagi sado iaitu IKAN PATIN TEMPOYAK dia kaw2 baq hang. Sedappp gilerrrrr. Kaloh ikang pating tempoyak kat temerloh tuuuuu. Serious weh sedap, aku kalo g sini meme amek kuoh tempoyak dia jee. X amek ikan sbb mahai(utk student cam aku) hihi. Selalu g sini ngan lingling I, biasanya lepas kelas or lepas habis exam hihi.


5.       Almira Café,im1- steamboat

Kedai ni asalnya restoran cam biasa jer. Tapi sejak akhir tahun lepas, dorang tukar konsep. Jual steamboat. Aku pernah g sekali jer. Meme best ah. 2 jam kott melantak. Paling suka siput buluh. Hihi. So kalo korang nak makan steamboat, aku suggest utk mai sini daripada anip steamboat sebab kat sini tak ramai sangat orang sebab tak ramai warga Kuantan tahu hihi. Boleh call owner kafe utk booked utk elak mai n full.

Harga- rm17 student, rm20 dewasa, kanak2 tak ingat.

6.       Mangkok Tok Wan,im5-lunch, dinner
 Signature kedai ni is tempoyak ikan patin. Pernah dengar gobang maju? Hah ikan patin kat gobang maju tu sama rasanya dengan kat sini. Lauk lain pun ada. Asam pedas dia power giler, kena ngan tekak aku.

Harga- rm8-15, depend lah makan apa hihi.

7.       Dapur Moq, im5- dinner. Sederet mangkuk tokwan
Restoran ni sederet dengan Mangkok Tokwan, ada jual masakan panas dan signature kedai ni ialah BURGERMOQ dia. Pernah try sekali jer burger dia. Pheww mantapp ahh sos bbq dia. Must try!
Bandar Kuantan

8.       Robok Dapur, jalan penjara- western
 Hah rasa cam  nak makan western dengan bajet rm10, jemput singgah sini. Semua sedappp. Mushroom soup dia pun sedap. Terletak di Jalan penjara. Kedai dia x menghadap jalan besar. So utk first time mai, aku sarankan pakai waze.

Harga- rm10-20

9.       Sila makan café, jalan mat kilau- cheesecake
Utk cheesecake lover yang bosan dengan Kula Cakes, aku sarankan try sini plak. Ada 7 jenis flavor iaitu banana, Nutella, pandan, oreo, coffee, strawberry, and mango cheese cake. Oh ye, mango cheesecake dia sama je rasa kat mana2 restoran pun. Waze je kalo nk g. signboard kedai ni SILA CUCI. 

10.   Selera Ros, tanjung lumpur
Yer aku tahu, tanjung lumpur bersepah-sepah restoran. Tapi mesti ada prob tak tahu nak makan kat mana satu kann. Hah aku suggest try sini dlu. Sedap dan harga berpatutan. Restoran ni tak ramai orang pun tapi  makanan dia power. Sup kambing dia phewww pekat sedap padu.

11.   Bocca Café

X ingat lokasi kedai, tapi boleh tengok fb dorang. Style sama dengan lebak café. Tapi café ni aku rasa sesuai utk vapers, shisha lovers jer kot sebab ni port dorang lepak. Haha so utk anda2 yang ada anak kecil, aku tak galakkan mai. Wat senak hidung jer. Makan dia hmm ok la.


12.   Sofea Kitchen, jalan sultan Mahmud- western, dinner
 Signature restoran ni ialah western set dorang. Masakan panas pun ada. Semua sedap. Kat sekeliling kedai ni ada charkuay teaw brader bob, kelapa joget dan sebagainya. Tak ingat. Point aku is, kalau ko nk g makan ramai2, makanlah kat sini sebab ada banyak pilihan. Hihi.

13.   COMING SOON….

acaner? ada rasa cam nak pergi tak restoran yang aku dah list kat atas tu? 


Ok aku tulis setakat yang aku ingat jer dulu. Nanti time aku tengah memasak tetiba aku teringat, hah cepat2 aku hapdet blog ni haha. Sebenarnya ada lagi tapi ada yang aku tak ingat nama kedai dan ada yang aku dah pergi tapi tak sedap, hah yang tak sedap tu, aku tak nak review, MAAF yer tuan kedai. tak mboh ah nt org pk aku review pukul rata jer. disebabkan ini free review, so of kozlah nak review restoran yang sedap jer+berpatutan harga.

Kedai yang famous amous macam kulai cakis, zamanthor semua tu aku toksey review sebab cliché sangat dah plus mahaiiiiii(utk student average cam aku). Aku nak review restoran yang orang jarang pergi yet makanan dia sedap dan paling penting, harga mampu milik.

Contoh tomyam ayam-rm5.50-7 tu acceptable lagi. Tapi kalo tomyam je dah rm10++, hah itu meme aku x review kat sini. .

Oh ye, kalau ada restoran yang korang dah pergi tapi aku tak tulis lagi kat sini. Kemungkinan besar restoran tu aku tak pergi lagi. Mohon sangat2 utk inform aku. Aku nak g restoran tuuuu. N make sure makanan dia semua sedap yerrr and harga tak mahai. 

Last but not least, semoga post ini membantu anda yang berada di Kuantan utk membuat pilihan yang bijak memilih restoran.

p/s: gambar ada tapi tak siap lagi edit. Inshaallah akan diletak utk enhanced nafsu korang. n kalo perasan ada bahasa2 campuran ganu+klate+ pineng dll. hal ini demikian kerana aku 'warga' selangor. haha tapi dah bosang ckp key-el. 



2 comments:

  1. lets try nasi bubur ala thai dkt gerai mpk taman tasblkg tunas manja.. bubur lauk hidang..

    ReplyDelete

Thank you for your comment ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...