Tuesday, 2 January 2018

Kisah Bas Temerloh-Kuantan

Nak share 1 kisah, pertama kali dalam hidup aku terjadinya peristiwa ini.


Image result for BAS DARI KUANTAN KE PARIT BUNTAR



Alkisah, sabtu lepas, mak aku plan nak g amek tempoyak kat rumah sedara aku. So perancangannya, aku ikut and nanti naik bas temerloh-kuantan.

Persoalan, kenapa mak tak hantar je aku terus ke Kuantan? Sampai hati suruh aku naik bas!
Jawapan, fmili aku baru je balik dari Kuantan Isnin lepas, lagipun jauh lah s.alam-kuantan. Compared to S.alam-temerloh. And aku ok je naik bas. Sbb kalau mak tak g temerloh, aku still kena naik bas sebab mak takkkan hantar punyalah. Hahaha.

So… nk naik bas, kena beli tiket. Disebabkan mak tahu aku jenis purchase tiket on9, so aku pun ushar lah tiket. Bas Trans.

Cerita pasal tiket bas on9 ni, ada several company bas je yang terima mobile ticket. Means, tak yah print pun tiket tu. Salah 1 nya bas Jasa Pelangi. Sebab tu aku suka naik bas ni. Memudahkan pengguna!

Tapi… utk bas Trans ni, ko kena print tiket tu. WAJIB!

Disinilah kisah sebenar bermula, kat rumah aku xde printer. And aku plak malas nak g kedai untuk print sebab tak de pendrive. Ok fine blh je print on9, mslhnya bkn smua kedai ada wifi.

So aku tekad, nak g print kat kaunter di Temerloh nanti. Oh ye, bas 3.45pm

3.30pm sampai terminal temerloh, terus g Kaunter trans.

Ohoi, computer rosak plak. So tak leh print. Ahhh sudahhhh..

Pastu aku kembali semula ke kereta, n terus terang je lah kat mak yang tak leh print tiket.

Mak aku dah risau, kang xde tiket,xleh naik bas acane. And macam biasalah, add on sedikit bebelan, tu la spe suruh tak print pagi tadi, sempat je blabla.. haha

Tepat 3.45pm, bas sampai.

Aku pun berjalan menuju ke arah bas. Ramai penumpang dah bersedia untuk naik bas. Aku tengok semua pegang tiket bas!

Aku? Pegang fon!

Phewww cuak weyyy. Aku ingat nak naik bas time driver dah tak jaga pintu.

Tapi, driver baru nak ciaw, aku terus nak naik bas.

Dan driver tu tengok aku sebab aku takde tiket!

Scaryyy, driver tu ckp, xde tiket macammana nak naik bas!

Aku pon cakap lah, sy beli on9, nk print x sempat pastu kaunter xleh print plak. Pastu driver tu cam… aaaaa…

Aku pon dah cuak tahap ape, klu dia tak bagi naik acane.,.

Tapi..bila aku tengok driver tu tengah leka dgn benda lain.

Sepantas kilat aku naik ke atas bas. Peduli ape aku, aku kena naik jugak bas ni!

Aku cari seat aku, 2A.

Ahhh sudahhh, ade orang kat seat aku!!

Budak plak tu, tengah tido. Aku dah cuak dah, ke tiket aku ni tak sah! Or seat redundant! Macamama kalau seat tak cukup, mesti aku yang dipersalahkan sebab aku tak de tiket(fizikal). Eiii tak sanggup aku kena turun dari bas. Hahaha.

Puas aku fikir, macammana aku nak duduk ni, takkan nak duduk je kat seat lain, macamaman kalau seat lain tu ada orang! Eiii cuakk kak ton.

Baris yang sama dgn seat aku tu, ada kosong 1. And org belakang aku nak msuk so aku pun dduk la kjap kat seat kosong tu.

Pastu.. ada sorang akak ni dgn anak dia around 9 tahun kot. Dia minta sorang sis yg duduk sorang ni pergi duduk kat tempat lain sebab dia nak duduk berdua ngan anak dia.

Masa tu aku dah pelik, eh boleh ke suruh macam tu. Masa ko beli tiket tu, kan boleh je nak seat sebelah-sebelah.

Tapi sis tu tak nak beranjak, so akak tu bengang n duduk kat tempat lain. So anak dia duduk atas riba dia. Alah akak ni pun, anak ko bukannya 5-6 tahun. Dah sekolah pun. Ikut ko lah. haha

Dengan ramahnya, aku pun cakap la dgn org sebelah aku,. ‘sebenarnya saya seat lain, bukan seat ni’.
Tahu akak sebelah aku tu cakap ape? “ duduk je memana!”. Dah lah suara akak tu kuat. adoii. I be like… im not supposed to talk to her!

Ohoiiiii.. terjawablah segala persoalan aku tadi. Patotlah ade orang dduk seat aku, patotlah akak tu sukahati je sruh sis tu pindah seat.

Ni 1st time dlm hidup aku. Naik bas, hg blh dduk je seat mana hang nak.

Eiii budaya sapa tu weh! Teruk bebenor.

So korang next time, please lah duduk ikut seat ok. Tujuan seat tu supaya tak terjadinya kes-kes macam ni.


Sekian cerita saya. 

ANY INQUIRY CAN SUBMIT HERE

Name

Email *

Message *