Monday, 19 February 2018

CARA KUMPUL DANA EXCHANGE STUDY DALAM MASA YANG SINGKAT

Dah baca ke pasal MEVLANA EXCHANGE PROGRAM?
kalau belum, KLIK SINI.

Orite, so now iols nak share a few tips..

Bagi aku, duit no 2. Kalau ko betul-betul nak join exchange ni. Banyak je cara ko boleh kumpul duit walaupun ko tengah belajar. Contoh terdekat aku, my mum is a clerk and sole-breadwinner. So faham2 je lah pendapatan acane kan. Tapi.. peduli ape aku. haha sebab? baca ayat 1st aku kat perenggan ni.
So, jgn bangkitkan alasan tak cukup duit. Try all these methods then u know. Ni antara cara yang boleh ko try utk raise fund your study.


seperti yang aku dah pernah bebel sebelum ni,
kat bawah ni contoh aku punya belanjawan.

1. FLIGHT- rm3,500 KUL-IST, IST-ISP-IST, IST-KUL. btw, aku beli flight asing, tu yang mahai sikit.. x beli return terus due to x confirm nak balik bila(masa tu). pls jangan tiru aku kay...

2. FOOD - rm810
a. groceries- rm250 (rm50/month)
b. yemekhane lunch- rm110 (utk 3 bulan, sebab bln 5 puasa kann)
c. Makanan ringan/susu/ etc- RM250 (rm50/month)
d. Makanan bila outing/jalan-jalan - rm200

3. TRANSPORT - rm300
a. kad bas- rm220 ( Sehari rm3 return)
b. Kos tambahan/stanby: rm80

4. INSURANCE/IKAMET, TAX ETC - rm350 (insuran 150tl, cop rumah-63tl, cukai rumah-72tl)

5. ACCOMODATION - RM1,000 (rm200/month)

6. SHOPPING - RM540 


total : RM8,000

so, aku perlukan at least MYR 8,000 untuk tampung aku kat sana. ni tak termasuk jalan-jalan kat turki.

PERHATIAN: Aku bukan penerima biasiswa mahupun mana-mana pinjaman, bukan pa&ma (only ma support). Senang cerita, duit tu sebenarnya masalah jugak lah untuk aku. Tapi, 1 thing aku pegang smpai sekarang, duit boleh dicari. peluang hanya sekali. kan kan kan.

So, aku ikhtiar untuk cari duit sendiri within few month. So korang yang ada makpak yang boleh sara korang fully, maka bersyukurlah. tak perlu bersusah payah cari duit macam aku ni haa.

kat bawah ni antara alternatif yang aku buat dan tak terbuat.


1.       1. Kerja partime semasa cuti semester (RM3,000)
-          Cari kerja yang gajinya at least rm1,500 sebulan. Antaranya barista, promoter kat branded shop, operator kilang, pelayan event( rm9/hour) n banyak lah lagi. Orite, if korang manage utk dpt gaji rm1,500. Rm500 tu buat belanja, rm1000 tu simpan.
-          Cuti semester kan 3 bulan, so korang dah boleh saving rm3,000 dah kat sini. Nak up lagi, kerja part time kat kiosk or kafe kat mahallah. 

2. Skolafund
Cara ni aku try jugak. Alhamdulillah kempen aku berjaya. Boleh baca kempen aku KAT SINI. Aku target untuk dapat rm5,710 tetapi aku manage utk dapat rm6,009. Hah, so silakan cuba cara ni kalau korang in financial constraint.

TIPS: kalau korang tengok previous kempen yang successful, ada yang minta 9k, dapat 11k. Korang jangan plak nak minta 10k jugak tanpa reason kukuh, bukan apa, kempen ni tak menjamin pun kempen korang akan berjaya. Kalau tak berjaya, korang takkan dapat 1 sen pun even kempen korang dah berjaya kutip 80% . All the best! Boleh refer kempen aku untuk korang mengarang ayat nanti. 

3.  Sponsorship
Ni alternative yang aku cuba dan alhamdulillah ada lah hasil walaupun sedikit. Caranya senang je, buat 1 sponsorship proposal then submit kat memana company yang korang rasa berminat utk fund korang. Macam aku, aku collect email company bumiputera n email them all! N alhamdulillah ada yang berminat nak sponsor. Tak banyak pun tapi cukup utk cover kos transport kat sini.


4. Business
Kalau dah start semester, boleh je meniaga kecil-kecil. Macam aku, semua jenis barang yang boleh dijual kat hostel, aku jual. Duit business ni, aku guna untuk beli barang-barang kat Malaysia untuk dibawa ke Turki.
Cakap je ape, almost semua aku pernah jual. Haha. Dan kalau nak masyuk sikit, jadilah agen dropship etc.


5. Mevlana Sponsorship
Untuk korang yang dapat scholarship utk MEP ni. Memang rezeki korang, Allah nak ringankan fikiran korang bab duit. Elaun MEP bagi bukannya sikit oi, skrg ni, ada yg offer scholarship 1,000tl sebulan! Banyak wei sebulan. Kalau dpt 4k, means ko perlu sediakan lagi 4k je. Sikit je kan compared to 8k!

 Kalau ko follow guideline cara raise fund yang aku bagi kat atas ni, percayalah, ko blh dpt more than 10k utk fund your study TANPA PA&MA support!

 Ni bukan sembang kosong, I’ve tried it and it works!

P/S: Aku dah prektikkan no 2,3,4,5 dan alhamdulillah I managed to raise MYR 10,000+ ( include mEP scholarship) which more than enough for my exchange. Ni belum masuk duit ASB yang aku korbankan, duit simpanan TH aku(utk euro trip), duit mak n sedara mara ya. No 1 tu aku tak dan prektikkan sebab xde rejeki nk kerja.

My point here is, duit tu boleh dicari. Nak n tak nak cari je. Kalau ko jadikan duit as alasan untuk tidak menggapai impian ko. Ko berada dalam kerugian!

Alhamdulillah, setel bebel.


mungkin anda terlepas post ni, jom baca:



QnA MEP 


No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^