Monday, 19 February 2018

QNA MEP

Post ni khas mengenai QnA MEP. 

kat bawah ni persoalan yang aku ditanya oleh adik-adik.

Q1: Dean list je yang akan dapat offer MEP ni. Scholarship pun untuk deanlist je kan? Betul ke?
Izinkanku copy syarat-syarat utk join MEP ni.

Senang cerita, bergantung kepada rezeki masing-masing. So, jangan pertikaikan kenapa kawan ko dapat scholarship, ko tak dapat. Sebabnya..tak de rezeki ko nak dapat scholarship. redha je lah k 

Oh ye, untuk info korang, I am not a deanlist student ,, cheoulteru. Pointer aku cukup-cukup makan jer weh. BELOW 3.20 ! ko rasaa???

N untuk EPT, aku pernah FAIL 3X. tiga kali weh aku ambil EPT masa kat CFS. Ko rasaaa???

My point is follow the step. DUIT – doa, usaha, ikhtiar, tawakkal. Put your trust in Allah in everything you do.  Usaha sampai ke hujung. Jangan lose hope okay. Aku dapat offer exchange ni pun seriously aku anggap itu as rezeki. Kalau ikut kemampuan/kelayakan compared dgn candidate lain, aku ni paling bawah sekali gamaknya.


Q2: Berapa kos MEP ni? sampai tak MYR 10k? 

Ye aku akui, nk join ni, memang perlu stanby at least MYR 8,000 all in.
tapi! kos mungkin jadi lebih tinggi lagi-lagi kalau ko stay kat Istanbul, Izmir a.k.a province yang tinggi taraf hidup. Memang kena expect kos ko akan lebih daripada kos yang aku senaraikan kat bawah ni. 

kat bawah ni contoh aku punya belanjawan.

1. FLIGHT- rm4,000 KUL-IST, IST-ISP-IST, IST-KUL. btw, aku beli flight asing, tu yang mahai sikit.. x beli return terus due to x confirm nak balik bila(masa tu). pls jangan tiru aku kay.
P/S: untuk jimat, beli tiket return terus, cheapest mungkin RM2,000 return.

2. FOOD - rm810
a. groceries rumah- rm250 (rm50/month)
b. yemekhane lunch (Sehari 3tl, seminggu 8tl)- rm110 (utk 3 bulan, sebab bln 5 puasa kann). maka beruntunglah yang pergi time spring.
c. Makanan ringan/susu/ etc- RM250 (rm50/month)
d. Makanan bila outing/jalan-jalan - rm200

3. TRANSPORT - rm300
Untungnya yang study kat Isparta ni, cuma ada bas jer. tramvay, dolmus semua yilekk(takde). So ko cuma ada 3 pilihan jer, jalan kaki, bas dan teksi. Jangan risau, teksi kat sini murah jer lagi-lagi kalau naik ramai. haritu aku naik teksi Volxwagen weh! jakun japp. haha 8min perjalanan, 10tl jer. kalau kat Malaysia? faham-faham jer lah.. hehe.

a. kad bas- rm220 ( Sehari rm3 return, ni jika di Isparta)
b. Kos tambahan/stanby: rm80

4. INSURANCE/IKAMET, TAX ETC - rm350 (insuran 150tl, cop rumah-63tl, cukai rumah-72tl)

5. ACCOMODATION - RM900 (rm225/month)

6. SHOPPING - RM540 (untuk cukupkan 8000 je sebenarnya haha)


total : RM8,000

kat atas ni belum termasuk travel turkey, as for me, kalau nak travel all main attractions kat Turki, at least MYR 1,500 kena ada, kos banyak habis kat transport and makanan. yes, transport jer.

bas express- jalan2 turkey 2.0  - rm1,000 (izmir, denizli, konya, antalya, mersin, adana, ankara, eskisehir, cappadocia)
accom - rm00- sebab guna couchsurfing! jimat ke jimat!
makan- rm300
entrance fee- 20tl for muze kad! thats all.


jalan2 turkey 1.0 -istanbul and bursa only, 4 hari - 400tl all in - DONE!
jalan2 turkey 2.0 - pamukkale, karahayit, selcuk, 4 hari - 300tl
jalan2 turkey 3.0 - antalya, mersin, adana, kapadokya, ankara, eskeshir

kos travel turkey aku (approxmate)- rm2,000 (exclude souvenir)

actually, kalau ko well-planned especially flight, blh save jadi 6k-7k je utk 4-5 bln. Nasihat aku, better prepare more okay.

untuk accom, sebenarnya aku sangat rekemen untuk stay kat rumah sewa.

ini judgement aku:

1. MURAH- yes, kalau ko duk Isparta ni, ko boleh jer duduk kat rumah sewa yang aku stay sekarang, 4 orang 800tl jer. kalau ko stay guesthouse SDU, mahai namati. 600tl sebulan tak silap.

2. BOLEH MASAK- sanggup ke makan makanan turki hari-hari? haha. kalau ko duduk hostel, sah-sah ko tak boleh masak. masak megi boleh ler. So, kalau ko duk rumah sewa, sah-sah ko boleh masak sesuka hati, siap boleh bawa bekal g uni. Tapi, kalau ko alone jer, a.k.a tak de geng. Aku suggest duduk hostel jer.

3. CURFUE- i bet no one like this. haha

ko blh save half if ko dpt share rumah dgn kawan-kawan. Macam kes aku ni, sewa rumah 900tl,bahagi 4, so sorang 225tl je sebulan! Dah lah 900tl tu all in beb! Which includes wifi, bil air, bil elektik n paling penting, rumah FULLY FURNISHED. Ada peti sejuk, pemanas, vacuum, dapur masak dan mesin basuh. Berbaloi ke berbaloi?
p/s: hal accom ni jgn fikir sebelum apply, dh dpt offer letter nt baru fikir okay!

Yes I know, rm8k still consider banyak for certain people. Hmm, ape ko expect beb, nak study luar negara tapi nak cost myr 1k je. Memang tak lah.


Q3: Kos sara hidup kat Turki macam Malaysia ke? atau lebih rendah or lebih tinggi?

A3: Depends on location. Jika ko dapat university kat Istanbul, Ankara and Izmir maybe lah tinggi kos.

kes aku: Aku kan di Isparta, bahagian Asia Turki a.k.a kat bandar kecil. So, kos kat sini totally murah! Everything cheap here! memang besh ahhh.. n most important, Isparta ni, kecik je. so ko nak g memana, jalan kaki jer. tak yah naik bas.kan dah save duit transport kat situ. Mall pun ada 1 je kat sini. So, memang duit tu tak keluar ke mana sangat kecuali makan. hihi.

Oh ye, lagi 1. Isparta ni boleh dikatakan berada di tengah-tengah lah. So, boleh day trip je kalau nak pergi Antalya, Konya, Izmir and Pamukkale. Tak percaya boleh tengok map.

Sebabnya, kalau korang dari area atas (Istanbul, Sakarya, Ankara, Samsun etc), kalau korang nak travel tempat2 yang aku mentioned kat atas. Korang kena sekali harung. Sebab memang mustahil untuk day trip for each location.

Q4: Barang apa je yang kena bawak nanti? a.k.a barang apa yang tak akan dapat kat Turki.

A4:

Barang yang ada kat turki dan korang tak perlu bawak dari Malaysia

1. Beras - kalau rasa nak masak hari-hari nasi, aku cadangkan supaya bawak stok beras, sebab beras kat sini mahal sikit compared to Malaysia. Biasalah tu kann. TAPI, tak yah bawak banyak sangat kay.

btw, beras dorang ada banyak jenis. Macam kita lah, kita ada beras pulut etc. kat sini pun sama, beras yang sebijik macam beras kita, bas yang tertulis PILAVLIK pirinc. Biasanya aku beli beras kat A101, 5kg 17tl jer. tu paling murah okeyyy! hehe

2. Cili Giling

Kat sini ada je cili giling, korang kena beli cili giling ACI (pedas). Jangan lupa bawa serbuk cili yer.

3. IRON

4. Water heater

5. Nescafe - ada bersepah

6. Kicap
percaya tak kat turki pun ada kicap weh! haha so tak yah bawa 1 lori kicap untuk hantu kicap sekalian. hehe. tapi, kicap kat sini, kicap cair a.k.a kicap masakan. So, tak de masalah kalau nak masak kicap hari-hari.


Barang yang TAK ADA di Turki dan perlu bawa

1. PERIUK NASI

kat sini memang tak de dijual periuk nasi. So, memang kena bawaklah ceritanya.

2. BLENDER

ni optional jer, tapi bagi aku, kalau ada blender ni memang bahagia lah hidup ini.

3. SANTAN

hari tu aku ada nampak kelapa tapi.. tak tahulah apa fungsi dia sebab takde pemarut tu. haha. So, bawak santan serbuk tu kay.

4. DAUN LIMAU, DAUN KARI, SERAI ETC 

Alhamdulillah, done bebel. Ada persoalan yang perlu diketengahkan untuk diclarify? feel free utk komen or email me at cikmira23@ymail.com

akan diupdate jika teringat


MUNGKIN ANDA TERLEPAS POS INI:



No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^