Monday, 13 August 2018

PENGENALAN: PERTUBUHAN SUKARELAWAN MISI7


TAK KENAL MAKA TAK CINTA. TAK PERLU CINTA PUN TIDAK MENGAPA, ASALKAN SUKA DAN PERCAYA. TAK GITU?

Mesti kalian selalu tengok aku kemaskini post di facebook mengenai MISI7. Rasanya sudah tiba masanya aku memperkenalkan NGO ini. Masih beberapa tahun jagung di medan sukarelawan.


Siapa NGO MISI7?



Ada kaitan dengan jururawat a.k.a misi ke? #lawakhambar.
Atau ada kaitan dengan misi yang ke 7?
Baiklah, cukuplah dengan spekulasi kalian. Jom baca biodata ringkas MISI7.


MISI7 merupakan pertubuhan  MISI7 adalah pertubuhan sukarelawan yang berdaftar dibawah Pendaftar Pertubuhan (Registration of Society-ROS). 

Objektif penubuhan MISI7 adalah untuk mengumpulkan sukarelawan dari pelbagai latarbelakang. 
Pertubuhan ini meletakkan program-program bercirikan sokongan pendidikan dikawasan luar tumpuan di dalam & luar negara sebagai keutamaan. Namun begitu, MISI7 sentiasa bersedia untuk bertindak dalam bantuan kecemasan seperti bencana.

Nama 'MISI7' ini lahir pada 16 januari 2015. Ketika bencana banjir besar berlaku di Kelantan, sebuah badan NGO telah melancarkan sebanyak 14 misi bantuan banjir di sana. Sekelompok sukarelawan daripada misi ke-7 bantuan banjir tersebut mengekalkan kumpulan ini dan terus melakukan aktiviti- aktiviti kemanusiaan. Nama 'MISI7' ini adalah sebuah simbolik kepada sebuah pertemuan yang menyatukan sukarelawan dalam khidmat bantuan kemanusiaan. "Unite For Humanity" adalah tagline rasmi MISI7.

Jom sambung. kat bawah ni carta organisasi MISI7 yang terkini. 


Ya betul, aku adalah exco jualan dan program. Jadi, jika anda ada pertanyaan mengenai barang jualan MISI7 ataupun program MISI7 sama ada dalam atau luar negara, hah boleh lah terus tanya aku. 

Rasanya sampai sini sahaja. Inshaallah akan ada lagi pos selepas ini. 


Upcoming post: ISTIMEWANYA PROGRAM LUAR NEGARA SUKARELAWAN MISI7




ANY INQUIRY CAN SUBMIT HERE

Name

Email *

Message *