Monday, 12 November 2018

Hiking Bukit UIA Kuantan

Perhatian: Post ini tak straight to the point, ada bebelan dulu baru masuk topik sebenar.





Nak belanja gambar view sebenarnya tapi saja selit gadis manis ayu lagi menawan kat situ iaitu aku kah kah

Alkisah semester ni aku ambil kelas rekreareasi sebagai kelas skill aku. Ada banyak lagi pilihan seperti tennis, bola jarring, berenang, badminton, entrepreneurship, community service, khat dll.

Dan dalam banyak-banyak kelas skill yang ada ni, rekreasi lah yang paling aku berminat sekali. Walaupun stamina tak berapa nak ada. Ikutkan subjek ni kena daftar sebelum semester baru bermula. 

Tapi disebabkan semester lepas aku pergi turki. So, semester ni baru aku boleh daftar subjek. Mula2, penuh weh subjek ni. Tapi apabila aku cek setiap 15 min, ada 1 kosong so aku pon cepat2 daftar. Alhamdulillah!

So, nak dijadikan cerita, ada 2 orang cikgu bagi subjek ni. Dan kehadiran amatlah strict. Tak boleh ponteng lebih 2x nanti kena bar terus. So, aku dengan jayanya telah ponteng 2x berturut-turut pada minggu pertama dan kedua kelas. So, dah tak boleh ponteng dah kalau nak lulus subjek ni.

Setakat yang aku belajar kat kelas ini ialah cara baca bearing dan kompas, jenis-jenis ikatan tali dan cara pasang khemah. Iya aku tahu masa sekolah dah belajar, tapi, dah lebih 5 tahun kott aku tinggalkan alam persekolahan. Memang power ah kalau aku ingat lagi semua ikatan tali tu. Haha.

Seterusnya, sabtu lepas, kami semua kena join hiking bukit kat belakang UIA ni. Ini kali pertama aku hiking bukit ni taw. Sebenarnya dari tahun pertama lagi, dah diajak tapi asyik malas jer. Kali ni baru nak hiking itupon sebab terpaksa.

Aku antara yang didepan masa daki keatas ni. Tak sangka within 30min jer, aku berjaya sampai ke first stop. Aku hiking non stop without rest+ tak cukup nafas.

Actually, at first stage jer dah ketor weh kaki aku nak langkah batu sungai tu. Maunya tergelincir memang sedap lah aku berenang macam ikan tak de ekor. Serius aku cuak + ketor lutut nak hiking masa mula-mula tu. Namun, ku gagahkan jua acah2 berani. Hahaha.

Perjalanan nak ke atas tu bukanlah mudah bagi aku yang tak biasa masuk hutan ni. Berliku2 weh, mencabar sangat bagi aku. Mujurlah kasut sukan aku tu dah lama beli tapi jarang sekali dipakai so tapaknya masih bagus. So, hanya sekali jer aku tergelincir masa otw turun tu.

Oh ya, trek kat belakang UIA ni bukan biasa-biasa bagi amateur macam aku. Penuh ranjau duri, kena jadi tarzan dll. Rasanya hampir semua pokok sekitar laluan tu aku pegang sebab takut tergelincir. Hahaha.

Usai hiking tu, dan turun ke bawah. Kaki aku rasa ok lagi.

Keesokan harinya…..
Sakit mak nokkk kaki n tangan(sebab berpaut macam tarzan). Memang perit giler bila turun tangga. Kenapa? Sebab not well stretching sebelum daki tu, maka inilah azabnya! Hahaha

So korang especially amateur macam aku ni, please lah ingat diri tu supaya stretching. Sebelum hiking memang kau bahagia sebab tak stretching, tapi tengoklah keesokan harinya, mesti jadi macam aku. p/s: plot twist, sebenarnya aku dah strecthing tapi disebabkan tunggu nak start punyalah lama so yang aku streching tu sia2. adoii

Alright, itu sahaja bebelan aku kali ni. Just nak share my first experience hiking IIUM Kuantan hill. Hah mesti takt ahu kan kat uia ada bukit yang boleh didaki. Haaaa jom lah daki bukit UIA ni. Bukan macam daki bukit panorama n bukit pelindung taw. Ini advance lagiiiii..

Nak belanja gambar view sebenarnya tapi saja selit gadis manis ayu lagi menawan kat situ iaitu aku kah kah 

Sebenarnya ahli ada 35 tak silap tapi separuh hiking hari sabtu separuh hiking hari ahad. Cer teka aku yang mana. hihi. Cluenya ada kat gambar first tadi. hahahaha.


Sekian. Maceh baca


ANY INQUIRY CAN SUBMIT HERE

Name

Email *

Message *