Tuesday, 6 November 2018

Pengalaman menjadi Surfer di Berlin [COUCHSURFING]

Aku nak share pengalaman aku stay kat rumah host di Berlin, Germany bersama travel partner aku, Amira jugak namanya.

Alkisah, sebelum kami ke Berlin, kami stay di Amsterdam. Disitu, kami juga menginap di rumah host, betul-betul di city centre of Amsterdam. Ok, nak baca yang itu, boleh KLIK sini.(tak siap lagi, tak leh klik pon)

P/s: baca dengan nada positive dan hati terbuka

Image result for berlin




Masa kat Brussel tak silap, mira ada cadangkan supaya kat  Berlin nanti kita stay kat rumah host utk save bajet. Sebab masa tu Mira dah booked hostel. Tak de masalah pun nak cancel asalkan sebelum 24 jam.

So, aku pon try lah cari host. Rara pun try cari jugak. Alhamdulillah host yang aku request tu free n boleh host. And rumah dia pun terletak just nice kat city.

And then, masa kat Amsterdam, host(yang aku request) tu tetiba bagitahu yang dia sakit n tak dapat nak host. So, nasib baik Mira tak cancel booking lagi. Dalam masa yang sama, ada sorang host yang Mira request ni approve. Tapi rumah host tu jauh sikit.

Masa tu aku fikir, lebih baik tinggal kat hostel yang terletak kat tengah bandar daripada tinggal kat rumah host yang jauh dari bandar. Sebab kosnya akan lebih kurang sama jer.

Tapi disebabkan host tu punyalah caring terlajak, siap checkkan sama ada Eurail pass kiteorang tu boleh tak diguna untuk tren nak ke rumah dia. N dia cakap, yes boleh. So, aku n Mira pun setuju lah untuk tinggal di rumah host tu 1 malam.

Bermulalah drama king bila direct tren yang kiteorang naik dari Amsterdam-Berlin tu mengalami delay yang agak lama, sepatutnya sampai jam 3pm tapi jam 5pm masih belum sampai. Wifi tak yah cakaplah, sekejap ada sekejap xde. Oh ye, masalah delay tu disebabkan terlebih penumpang.

Sampai je kat stesen Berlin, kami terus ke luar dan cari wifi untuk contact host tu.

Rupanya host tu dah tunggu kami kat platform yang KAMI TURUN TU! Tapi malangnya kami plak cepat2 blah dari platform tu n menuju ke pintu keluar. Bukankah itu yang sepatutnya dilakukan bila kau sampai kat destinasi? Hahaha

Rupanya, sebelum kami sampai, host tu dah inform supaya tunggu je kat tempat kami turun tu, nanti dia mai. Tapi disebabkan kami baca mesej tu selepas dah chow dari platform tu. 
So, memang kalut jugaklah kena patah balik. And then bila dah sampai semula kat platform tu, tak jumpa plak si host ni. Adoii.

Dalam pada tengah cari host tu, tetiba ada a guy approach kami. Rupanya itulah dia si host. oh ya, host ni bukannya muda taw, dah 40 lebih umur dia n still single. hahaha lol
Macam biasa, dia menghulurkan tangan untuk bersalam. Fuh, ok lagi ajak salam. teringat masa kat Barcelona, host tu nak ajak kiss pipi(tanda perkenalan). Hahaha

N secara sopan lagi ayu, kami reject. Tetapi rupanya cara sopan lagi ayu kami itu dianggap satu hinaan terhadap host(host yang bagitahu)

Dipendekkan cerita, kami pun naik tren yang menuju ke rumah host.

Semasa didalam tren, host memberitahu bahawa dia ingatkan kami sampai pukul 3, so dia datang lah kul 3 tu. Lepas dia datang tu, baru tahu rupanya tren delay. Macammana dia tahu? Sebab host ada apps utk check arrival n departure of train. Fuh nasib baik.

pasal miscom yang host suruh tunggu kat platform tapi kami terus jer keluar bila sampai(dengan alasan tak dapat wifi). tahu host komen ape? sepatutnya kami PINJAM wifi sesiapa dalam tren tu. bukannya mengharapkan wifi on board jer. phew, sentap! hahaha

Kemudian, dia ckaplah yang dia terasa bila kami tak nak sambut salam dia. Dan Mira pun terangkanlah kami tak boleh sentuh lelaki blab la bla. Rupanya, setelah dijelaskan, kami ingatkan dia pun fahamlah situasi kami. rupanya TIDAK sama sekali. hahahaha adoii

Host memberitahu bahawa ada 1 surfer wanita kat rumah dia. Kami on jer. Hihi dan akak tu dah belikan ikan utk dinner since kami dah inform yang kami tak boleh makan ayam, daging. Hanya ikan je yang boleh makan.

Then, bila dah sampai rumah host tu dan kami letakkan beg ape semua. Host tu dan akak tu dah ready lah nak masak. Selaku wanita prihatin dan rajin masuk dapur, so aku pon offer diri untuk bantu. Dia pun macam ok jer utk aku n Mira bantu. 

So, aku tolong kupas carrot. Seribu kali sayang, entah kenapa haritu aku sangatlah lembap buat kerja macam orang tak pernah masuk dapur. Tiada apa2 pun yang berlaku di dapur. Oh ye, dapur host tu agak kecil. Tapi kami ber-4 kat dalam tu.

Kemudian, dah siap masak, kami pun makan.. Fullamak, ikan salmon woi. Besar plak tu. Aku makan dengan penuh berselera. Jangan tanya halal ke tak. Masa tu yang penting yakin! Aku sendiri tengok ingredient yang dia letak, semuanya halal. Takkan bawang besar pun nak cop halal kan. Hahaha.

Oh ya, sebelum makan tu, dia bawak keluar 1 air ni. Macam air soda. Dia pelawa aku n Mira minum air tu sebab dia kabo takde alcohol pun, sebab dia macam air gas.

Host dengan akak tu minum wain.

Yang buatkan kiteorang telan air liur dan berpandangan sesama sendiri apabila… host tu ambil gelas wain n tuang air soda tu dalam gelas tu. Woiii, ni dah macam arak!(bisik hati aku)

Masa tu… aku pandang Mira, Mira pandang aku. Pastu aku cakap kat hati aku, dia dah cakap tu takde alcohol, macam air gas jer. So, kenapa nak pertikai lagi. kiteorang pun minumlah. N ok jer, takde mabuk so tu memang bukan arak pun. Sebab kalau arak, konfem rasa lain giler kan. Kalau ko kat tempat aku, memang korang pun akan minum(kot).
 Ibaratnya, ko lepak dengan member nonislam n ko tahu depa minum arak en, n dia offer kau air gas tapi tuang dalam gelas arak. Ko tak nak minum dengan alasan apa? Sorry bro, aku tak minum air dari bekas arak ni. HAROMMMM!! 

Kalau buat macam tu, tak ke ko bagi pandangan negative pasal islam lagi2 kalau orang tu TAK KENAL ISLAM lagi.. Hmm, sebenarnya aku pon tak pasti hukumnya ape minum dari gelas arak tu. 


Oh ya, host ni basuh pinggan cawan guna dish machine. Siap panaskan lagi utk buang kuman ape semua.

Ok, selepas dinner tu. Kiteorang bersihkan diri dan kemas barang. Host tanya nanti nak ke mana. Aku pon cakaplah nak ke Copenhagen. Pastu dia cakaplah dia pernah ke sana, n dia tanya tren pukul berapa. Rupanya train yang kiteorang booked tu, lain macam sikit timingnya dan katanya bahaya untuk gadis macam kiteorang naik train waktu tu sebab dia dah pernah naik dah. Tren tu ada transit kat 1 kampung ni tengah malam dlm kul 3am camtu. Jam 6am baru next train sampai. So, host tu suggest utk naik tren waktu lain.

 So, kiteorang pun ok jer lah sebab atas recommend dari dia kan. So, instead of pergi Copenhagen esoknya, kami postpone ke lusa.

Esoknya, host tu siapkan sarapan dan kami breakfast sama2. Usai sarapan, kami keluar utk jalan2, host tu ikut kami sebab nak bawak kami n nak jadi guide kami. Weh terharuuuuuu.

 Ini host pertama yang buat macam ni. Paling terharu bila host tu rupanya tak berapa sihat tapi dia masih sudi bawak kiteorang dan terangkan pasal tembok Berlin. Masa tu lah aku faham sejarah Berlin wall tu. Nak tahu pm tepi eh. Tak pun search jer.

Tetapi, selesai kat destinasi pertama, host tu cakaplah yang dia nak balik lepas tu sbab tak sihat kan. Kami ok jer sebab memang dah biasa pun jalan berdua.

Oh ya sebelum tu, host bawak kami ke kaunter tren untuk kami booked tiket baru ke Copenhagen, mujur lah ada host, senang sikit nak communicate kat counter tu. So, apelagi, host pon speaking German n kiteorang pun krik krik kat sebelah dengar. Hihi. Alhamdulillah setel. Dah beli tiket baru. 

Oh ya, tiket baru ni special sikit, 3in1. Kami akan naik tren, kemudian tren tu naik dalam feri(ala macam kat Langkawi tu), so kami naik tren dalam feri dan kemudian tukar naik bas sebelum sampai ke Copen. Wow!
So, bila host tu balik. Kami pun sambung jalan-jalan. Jam 8pm+, nak hampir maghrib barulah kami pulang ke rumah. Dan malam tu, host takmasak so kami masak ape ada jer.

Esoknya, seperti biasa host sediakan sarapan sebab dia lebih mengetahui nak masak ape. N then host pun hantar kami ke tren stesen. Yang mengharukan lagi, host tu hantar sampai ke dalam train weh! Siap tolong angkat luggage kami letak kat atas seat. 

Dan sepanjang kami otw dari rumah dia n tunggu train datang tu, banyaklah tips dia bagi. Antaranya, nanti naik tren, kalau rasa tak selesa, boleh jer tukar tempat kat memana jer. N macam2 lah

Alhamdulillah setel sudah pengembaraan di Berlin


Macam biasalah, lepas kita stay tu, kita kena tinggalkan reference kan. So, disebabkan Mira yang request tinggal dengan host tu, so utk tinggalkan reference pun mestilah Mira. Aku pon bacalah reference yang host tu tulis. Kemain Panjang berjela weh dia komen kalah karangan UPSR. Ni antara isi komen dia

-         
Till now dia tak boleh terima hakikat tak boleh salam bila jumpa. Its still dikira satu hinaan bagi dia. Salam je kot, bukannya cium ke peluk ke ape.
-   Rupanya dia tak selesa langsung bila kiteorang ada kat dapur utk tolong dia. Tahu kenapa? Sebabnya kan Mira cakap yang kiteorang tak leh sentuh lelaki. So, masa kat dapur tu, rupanya dalam diam dia bersungguh-sungguh cuba supaya kami tidak bersentuhan/berlanggar. Padahal kalau tak sengaja ok jer. Adoii
-          Dia rasa kami hidup dalam dunia kami sendiri walaupun kami travel. Sebabnya itulah kes tak leh salam, xleh sentuh dll. Bagi dia, kau dah ada kat tempat aku, kau kena ikut cara aku.

Ada lagi tapi aku tak ingat dah.

Selepas aku baca reference dia tu, aku teramatlah tak sangka rupanya itu yang dia fikirkan sepanjang kami ada dengan dia. Kami ni punyalah bahagia dapat host macam dia, rupanya dia derita sebab dapat surfer macam kami.

Salah siapa sebenarnya? Miscom?  Kami ke yang jumud? Hmm.. apa kata anda?

Terima kasih sudi baca.






ANY INQUIRY CAN SUBMIT HERE

Name

Email *

Message *