Monday, 3 December 2018

Ainul ku sayang..

Izinkan aku menulis bagi memperingati sahabat baik aku yang telah pergi ke rahmatullah pada 1 Disember 2018 yang lalu. 



Sahabat yang aku maksudkan disini ialah arwah yarhamah Ainul Hasanah binti Isa, dilahirkan sama tarikh dengan kelahiran mak aku iaitu pada 23 November dan pemergiannya pula sama tarikh dengan pemergian arwah abah iaitu pada 1 Disember.

Pemergian Ainul ni merupakan kehilangan terbesar pertama yang aku rasai setelah arwah abah, yer, selepas 15 tahun, akhirnya ada seseorang yang berjaya membuatkan aku tak henti-henti mengalirkan air mata apabila memikirkannya.

Aku kenal Ainul tak lama sangat pun, sejak aku pindah ke SAMTSH iaitu pada tingkatan 4 (2011), masa tu aku, Ainul, Hajar, Aqilah, Adawiyah, Farinie dan Aishah boleh dikatakan 1 geng lah. Sebab kami selalu bersama walaupun lain kelas dan lain aliran.

Antara 7 orang ni, Ainul antara yang paling manja sekali. Tapi aku tak hairan pun sebab dia anak bongsu. Yang bestnya dalam group kami ni, ada yang anak 1(Aishah), kedua(Aku, Farinie dan Adawiyah), ketiga(hajar), Keempat(Ainul) dan Kelima(Aqilah).

Disebabkan Ainul ni paling soft dan manja dengan gayanya. Jadi tidak hairanlah kami suka usik Ainul. Usik sebab sayang okay! Even reunion terakhir kami, kami masih suka sakat Ainul sebab Ainul ni comel sangat gelagat dia.

Pemergian Ainul yang teramatlah tiba-tiba sangat menyentakkan aku. 

Masa tu jam 2pm, aku di library café FZ, sedang menyiapkan assignment bioethics, sambil tu aku bukaklah whatsapp untuk baca mesej group dan personal.

Tetiba, di group 5 Naim, Athirah memberitahu bahawa Ainul dah takde. Aku macam… weh serious lahhhhh!!!

Kemudian aku tanya di group Sahabat Until Jannah yang terdiri daripada kami ber7 tu, betul ke khabar mengenai Ainul. Ternyata masing-masing juga terkejut dan ragu-ragu untuk percaya. 

Sebabnya Aqilah baru jer mesej Ainul pagi tu. Tak sangka itu mesej terakhir Ainul. Kalau lah aku di tempat Qilah, rasanya aku super sedih berbanding sekarang.

Bila berita tersebut diconfirmkan, maka makin deras air mata aku masa tu. I was like… Ainul dah tak de? Ainullllllll.. kenapa pergi tak bagitahu? Sampai hati ainul!

Dan aku dimaklumkan jenazah Ainul akan dikebumikan selepas isya’ pada hari yang sama.

Sayangnya aku check tiket bas paling awal yang ada hanyalah jam 8pm. Memang tak sempat lah nak tengok Ainul buat kali terakhir.

Aku call mak, bagitahu pasal ni. Mak pun terkejut bila dengar. Dan aku minta tolong mak wakilkan aku untuk ziarah Ainul malam tu.

Tapi aku rasa, hikmah aku tak dapat jumpa Ainul malam tu is. Kalau aku dapat tengok Ainul buat kali terakhir dan mengucupnya, aku yakin dan teramat pasti, empangan air mata aku ni pecah sepecahnya.

Sedangkan aku baru berfikir mengenainya pun aku dah mengalirkan air mata, inikan pula bila berhadapan buat kali terakhir.

Ainul seorang sahabat yang super duper baik bagi aku. Haritukan aku pergi exchange program kat Turki. Kebetulan bulan 3 tu, family Ainul nak g travel ke Turki. Ainul sendiri yang offer untuk tolong bawak apa2 barang kalau nak pesan. Takkan ada SAHABAT yang offer macam ni weh. Ainul sorang jer.

Dan aku pon gigih naik bas dengan Atilia untuk jumpa Ainul dan ambil barang. Sempatlah kami berbual-bual dengan ambil gambar. Antara ayat Ainul yang aku ingat sampai sekarang dan takkan lupa inshallah ialah “ Mira ni dulu sampai sekarang sama jer”. Tak sangka, rupanya bagi dia, aku adalah aku yang dulu. So, nampaklah kat situ, aku tak berubah kan. Hihi.

Ainul siap peluk aku lagi time kiteorang bergambar. Omg, kalau tengok gambar tu sekarang memang confirm aku nangis!



Warkah untuk Ainul, walaupun mira tahu Ainul takkan baca tapi tak pelah, nak tulis jugak, sekadar luahan hati ini.


Dear Ainul my lovely cutie pie,

mira harap Ainul baik-baik sahaja di alam barzakh tu. Mira pun akan menyusul juga tapi itulah, tak tahu bila kan.

Ainul, terima kasih sebab sudi jadi kawan mira since form4. Mira minta maaf kalau ada terkasar Bahasa dan tergurau kasar dengan Ainul, mira yakin Ainul seorang yang pemaaf jadinya Ainul mesti dah maafkan mira kan. 

Ainul, mira nak Ainul tahu yang mira sayang Ainul sangat-sangat. Seperti sayangnya Mira kepada diri Mira sendiri.

Mira tumpang gembira sebab Ainul pergi dalam keadaan husnul khotimah. Itulah yang didambakan oleh setiap muslim. Mira harap mira dapat ikut jejak langkah Ainul. Mira pun nak husnul khotimah jugak. Urusan pengebumian Ainul sangatlah berjalan lancar. Bestnya Ainul.

Ainul, walaupun Ainul dipinjamkan didunia ini selama 23tahun sahaja. Mira jeles tau dengan Ainul sebab Ainul ni sebenarnya adalah idola untuk Mira contohi. Contohnya, Ainul sangat akur dengan perintah mak ayah Ainul. Sedangkan mira ni kadangkala degil, nak jugak ikut kepala sendiri. Hehe.

Bukan tu jer, Ainul selalu tunjukkan contoh pemurah dalam diri Ainul. Ainul selalu belanja bila kita gather. Ainul tak berkira pun,Mira nak jadi macam Ainul! Ainul yang pemurah dan mendengar cakap orang tua.

Mira bertuah sangat sangat sebab dikurniakan sahabat sebaik Ainul. Bagi Mira, Ainul contoh wanita solehah, bidadari syurga.

Ainul, mira nak Ainul tahu, Ainul merupakan sahabat terindah yang Allah hadiahkan untuk Mira. Mira takkan pernah lupakan Ainul walaupun mira dah tua dah beranak cucu nanti.

Mira janji bila2 Mira free, Mira akan ziarah Ainul taw, Ainul jangan risau. Yer mira tahu mira jarang ajak Ainul jumpa time Ainul hidup, tapi takpelah, sekarang Mira dah tak perlu nak set date untuk jumpa Ainul. Bebila jer mira free, mira naik KTM tu dan terus ke pusara Ainul. Ainul tunggu Mira kat situ diam-diam yer. hehe.

Ainul, haritu lepas ziarah kubur Ainul, mak Ainul ucap terima kasih atas hadiah yang Mira bagi kat Ainul masa kat Turki tu, masa tu Ainul suka sangat-sangat bila Mira bagi hadiah tu kat Ainul. 

Ainul jangan risau, Mira ada hadiah lagi best dari tu untuk Ainul. Inshallah Mira akan usahakan untuk bagi 'hadiah' kat Ainul setiap malam jumaat eh. Atau bila-bila Mira teringat kat Ainul, mira bagi hadiah terus kay. Hadiah tu sekalilah untuk ayah mira sekali. hehehehe.

Ainul, mira nak bagitahu yang mira rindu sangat-sangat kat Ainul. Ainul, please datang dalam mimpi Mira. Mira alu-alukan kedatangan Ainul dalam mimpi Mira. mira asyik nak nangis jer bila Mira teringat kat Ainul, adoiiii. ape nak jadi dengan Mira ni. Sori Ainul, ni first time Mira kehilangan sahabat yang Mira cintai, so susah sikit nak move on. 

Last but not least...
Ainul, I love you so much sahabatku dunia akhirat!!!!!!


Sehingga saat ini, tatkala aku masih mencoret post ini, air mataku masih lagi mengalir selagi mana aku memikirkan tentang Ainul.


Sekian. terima kasih sudi baca.

ANY INQUIRY CAN SUBMIT HERE

Name

Email *

Message *