Saturday, 15 June 2013

Ta'aruf Week at CFS IIUM 2013/2014

latest upate..

WISH UTK ADIK2 YANG BAKAL MASUK UIA
Assalamualaikum semua. bakal penghuni mahallah di CFS IIUM.

ahlan wasahlan!

 utk yang dapat offer mesti berdebar-debar nak melangkah alam u. weehuuu.. akhirnyaa..
ok then nk share lah sikit expperience kat adik2 yang bakal masuk CFS IIUM kat petaling jaya ni..

antara kelainan orientasi kat CFS IIUM ni..

  • x guna nama orientasi,suai kenal,destini siswa tp satu2nya u yang guna word arabic..iaitu TAARUF...~bukan itu jer,setiap aktiviti kat cfs ni akn dimulai dengan taaruf. trust me!
  • kalau kat u lain, minggu suai kenal,kena buat banyak aktiviti itu ini ,LDK lah tapi  kat cfs ni dijamin 100% tak de semua tu.. yang ada ialah briefing jer manjang siap ada test lagi aw..bukan 1 je test tapi  4 test(akan diterangkan kemudian)

itu je senanyer..hehe


disebabkan ana dapat kos yang diidam2kan since kecik lagi iaitu Engineering.. so ana kne daftar yang paling awal iaitu pada 8 jun 2013...ok je la,rilek je,aktiviti x bnyak siap leh tidur,jalan2,lepak2 lagi..

daftar ari sbtu(utk kos engin),ari selasa ada EPT,APT dan FKT..hari khamis lak de TEnT. Ape kebendenyer EPT,APT,FKT dan TEnT ni??

  1. EPT- English Placement Test(3jam)
  2. APT- Arabic Placement Test(2jam)
  3. FKT-Fundamental Knowledge Test(30 minit)
  4. TEnT- Tilawah Entrance Test(x tentu)
EPT- ade 2 part,reading dan writing..lupa plak,ni ada TIPS nya.yang reading tu MCQ(multiple choice question) so korang leh tembak2 je..writing tu ada 2 part,iaitu 1 dia bg graf(x kisah la apa2 smede pie,line dll) dan kne trgkn pasal graf tu. 1 lagi pasal pendapat kita..cthnya,study abroad is more better than study local? do you agree?

APT- tgk contohnya dlu..tp berdasarkan pengalaman ana.. Hmm,agk mencabar gak lah soalan dia..hehe. Kalau vocab lack,mmg payah sikit la..

FKT- ni ujian asas fardhu ain.cthnya dia tanya air wadi tu apa?,apa perlu buat kalau tergelak time solat,berapa period wanita period,dll ..x delah susah mana pon as long korang amik tahu pasal mende ni,no hal lah nak jawab..~mcm ana leh jwb je..hehe..oh ye,soalan dalam BI ok..bukan malay..huhu..pandai2lah..

TEnT- yang ni paling senang rasanya. korang juz kena baca ayat yang org tu bagi. If korang baca lancar,baru korang kne tasmi'. Tapi if korang baca pon mcm gagap,banyak salah,dia x kn tasmi' korang. dan biasanya akan ditasmi' 1 surah drpd surah ad-dhuha sampai surah an-nas. ~ana kena tasmi' surah al-'adiyat..alhamdulillah.. :)

selanjutnya biar gambar yang berbicara.... ^^


view from Mahallah Zainab Jahsy(mahallah paling cantik n cool)..huhu..

memang penat nak sampai ke atas ni taw..

comel je bilik ana..alhamdulillah... ^^


view from..err...haha..kawasan bilik..

briefing for APT,EPT,FKT dan TEnT

view from tangga Mahallah Zainab(ZC)





contoh senarai nama dan venue utk EPT,APT, dan FKT



Mahalah Zainab


Mahalah Zainab

Mahalah Zainab


Mahalah Zainab




my sporting roommate.. ^^

otw to motivational talk.

ahli b4-4** mahallah Zainab..










nmpk x kat bangunan tu terpampang huruf C dan N..
stand for Cultural Night









at ZC square~badminton court..
waiting for al-mathurat and perform Maghrib berjemaah..



Bai'ah Ceremony

ehem..huhu

rasanya x de banyak mende nk share...cuma nak pesan,bakal2 junior cfs iium...x kisah lah korang background drpd SMK,SBP,MRSM,SABK, Maahad dll.. please lah...jge aurat,ikhtilat dll... actually mnde tu kita dah tahu tapi kadang buat2 x tahu or x nk amik thu dgn rizen rimas,kongkong lah... may Allah bless u guys..^^ tajdidkan niat,masuk cfs iium bukan utk kekalkan/bawak tabiat lama(buruk) kita tu tapi cuba utk memperbaiki diri ke arah lebih  baik. takde sapa marah pon if kita berubah jadi baik exc SYAITAN. ok my dear.. n ingt,yg kita kne izzah(bangga) bawak nama ISLAM,jgn cemarinya dengan perangai kureng elok kita. dan paling penting ialah TAWAZUN(seimbang)..^^ study study jugak tp hablu minaAllah wa hablu minannas kne jaga.. ^__^ kalau kita leh hbiskn mse 10 jam utk study,xkn x leh nk luang 10 minit utk mengaji...psttt,ni nasihat utk diri ana  jugak...

dan lagi 1 nasihat sis..

ALLAH BAGI APA YANG KITA PERLU,BUKAN APA YANG KITA MAHU..

senang cerita cam ni lah,kita rasa  target nak dp asasi 1 thun je tp tup2 2 tahun... kalau ikutkan mmglah stahun tu bez sbb jimat masa study,tp dlm mse yg sme,cer pk balik,mesti ada hikmahnya kita x dpt asasi  stahun tu.. DIA MAHA MENGETAHUI..

maaf jika ada unsur riak,takabbur..mohon teguran daripada anda semua..sekian...


p/s: masa tawe ni berlangsung. uols kena pakai tudung puteh jer taw utk sisters. lepas tawe ikut suka nak pakai apa.. please respect comittee.. kesian dorang nak jaga uols yang ramai ni..hihi


oh ye, kalau ada soalan boleh pm kat YM(yahoo messenger) aku taw. tak yah emel2 ni. . add ym aku taw. masukkan contact ni cikmira23@ymail.com. please pm aku thru YM. aku rindu beb zaman bebudak dulu. inshaAllah kalau aku online, aku sentiasa on9 YM aku. ku tunggu PM mu di YMku.  jgn lupa perkenal diri n serba sedikit pasal ko. hihi. no mengorat2. okay haha

Monday, 3 June 2013

TUHAN LEBIH SAINTIFIK BY DR. FARHAN HADI

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
ini buku ke 4 Dr. Farhan yang telah ku baca..yang 1, Denyut Kasih Medik,Cintaku Kerana Agamamu,Ku temui Cinta-Nya dan yang latest setakat ni Tuhan Lebih Saintifik.. ^^

harga runcit: RM 16.00
tebal : 360ms
genre : x reti la nk tentukan ni..

intro :
Dia mengira Sains boleh menolak kewujudan Tuhan dan Sains boleh menjelaskan segala-galanya,rupa-rupanya Sains membawa kepada tuhan dan tuhan adalah penjelasan kepada segala-galanya

First aku selak kat bahagian prolog,makk aii sedapp je baca..mula2 lagi dah masuk pasal tajuk Manusia daripada Beruk?? Oh ye,ada 2 prolog yer.
sebelum tu  jom baca sinopsis dlu

sinopsis :
Dr. Donald merupakan seorang pensyarah muda berketuruna india yang mengamalkan dan memperjuangkan fahaman tidak percayakan Tuhan atau ATHEIS. Dia sangat yakin akan kebenaran fahaman yang dipegangnya dan sering menyellitkan fahamannya di dalam kulliah anatomi kepada pelajar perubatan.
Dalam masa yang sama,Ustaz Hanafi pula begitu taksub dengan aliran tradisional. Sekiranya Dr. Donald menolak agama secara total dan mengganggap sains adalah segala-galanya. Ustaz Hanafi pula menolak sains secara total dan mengganggap kemajuan sains adalah Yahudi dan Kristian yang boleh membawa kepada neraka,termasuklah bidang perubatan. Pertembungan pemikiran pensyarah Atheis,ustaz tradisional dan seorang doktor pakar islam pasti akan menyajikan kisah-kisah dan perdebatan yang menarik untuk dihidangkan kepada para pembaca.

meh nk story mory sikit,ini sinopsis oleh aku..(ayat kat bawah ni tulis sendiri taw),xde amik kat mana2,sori if ada tersalah fakta ke ape,tolong tegur..pleasee

Buku ni mengisahkan seorang pelajar perubatan tahun 1@ 2 yang bernama Faiz di sebuah kolej. Memandangkan dia seorang ketua kelas maka dia terpaksa selalu bersemuka dengan profesornya yang mengajar anatomi iaitu Dr. Donald. Dr. Donald ni pula seorang yang memperjuangkan fahaman tidak mempercayakan tuhan; Atheis(tiada agama). Baginya siapa yang ada agama maka org tu menolak sains dan vice versa. Dan juga dia percaya alam ni terbentuk dengan sains.. Bukan ciptaan sesiapa.. Semakin hari semakin rmai pengikut Dr. Donald ni dan ini merisaukan Faiz selalu ketua utk pelajar islam at situ. Faiz sendiri selalu digasak soalan yang menguji akidahnya seperti poligami, dan macam-macam lagi lah.

Ditambah pula dengan seorang ustaz di kolej tersebut iaitu Ustaz Hanafi yang tazkirahnya berbaur racun utk membunuh semangat pelajar perubatan dengan mengatakan semua ilmu perubatan yang dorang belajar ni asalnya daripada kaum Yahudi dan Nasrani. Ustaz Hanafi jugak menakut-nakutkan pelajarnya dengan ayat al-Quran/hadis, 'Siapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia tergolong dalam kaum tersebut'.


1 hari,datang seorang pensyarah yang bernama Dr. Ahmad Zabidi iaitu seorang pakar bedah jantung. Kedatangan beliau memberi sejuta makna buat pelajar perubatan kerana beliau sering memberi tazkirah berupa ingatan dan semangat umpama baja yang ditabur pada tanaman.~ x tahu ayat yg sesuai dah..hehe

 Dr. Donald menyambut baik kehadiran Dr. Ahmad Zabidi namun sebaliknya buat Ustaz Hanafi,dia begitu benci dengan Dr. Ahmad Zabidi   sehingga mengisytiharkan Dr. Ahmad Zabidi murtad,menyebarkan ajaran sesat,pengikut syiah di blognya. Sehinggakan pihak JAKIM datang untuk membuat siasatan apabila ada seseorang(Ust Hanafi la,mne de ore len dah) membuat laporan mengenai Dr. Ahmad Zabidi yang menyebarkan ajaran sesat. Benarkah???

Dr. Donald pula semakin bersemangat untuk mengadakan sesi diskusi mengenai agama dengan Dr. Ahmad Zabidi. Yang mana pada mulanya beliau berasa dirinya sudah mantapp dengan segala ilmu sains dan mampu mematahkan hujah Dr. Ahmad Zabidi,akhirrnya semakin  hari semangatnya dan keyakinannya pada Atheis semakin luntur apabila dia bukan diskusi dengan Dr. Ahmad Zabidi untuk mencari kemenangan tetapi untuk mencari kebenaran.

Apakah pengakhirannya? Adakah Dr. Donald berjaya merealisasikan impiannya utk menyebarkan fahaman Atheis di Malaysia??? Adakah Ustaz Hanafi masih dengan kejumudannya? Adakah Dr. Ahmad Zabidi ditangkap oleh JAKIM atas laporan yang mengatakan bahawa beliau menyebarkan ajaran sesat itu benar??

JENG JENG JENG....

nak tahu kenalah baca sendiri..huhu..

di akhir post ni aku sharelah sedikit petikan daripada buku TUHAN LEBIH SAINTIFIK ni utk tontonan yang belum baca dan harap sangat korang pon baca jugak..

ini salah satu pandangan negatif sesetengah masyarakat yang tidak memahami konsep sebenar perkahwinan

hukum poligami.... ^^ ya,poligami itu memang dibenarkan dalam islam dan termaktub dalam kitab suci al-Quranmalah tidak ada sesiapa pon yang boleh mengatakannya haram. Tetapi,kita kena tahu tujuan sebenar poligami pada zaman Rasulullah sebenarnya ialah untuk  MENGEHADKAN BILANGAN ISTERI dan juga beberapa faktor lain yang munasabah,bukan untuk memuaskan nafsu semata-mata macam orang zaman sekarang buat..utk yang x tahu, pada zaman dahulu(arab jahiliah),para lelaki mempunyai ramai isteri sehingga mencecah berbelas-belas. huhu..

korang baca lah sendiri yup.. ^^

yang kat dalam kotak merah tu untuk menjawab. Bila tuhan mula-mula muncul?


kat atas ni jawapan bagi orang yang memandang -ve kat ubat2 ..huhu

dalam kotak biru tu kata-kata daripada Dr. Donald yang setuju dengan seks bebas dengan alasan ada kondom la,doktor akan jumpa penawar untuk penyakit terbesar akibat seks ni. Dalam kotak merah tu plak jawapan daripada Dr. Ahmad Zabidi. 

kat dalam kotak merah itu adalah sebahagiann daripada bait-bait puisi yang ada dalam Bibble. Puisi tu pon pernah aku baca dalam novel kak Maya Iris sebelum ni yang berjudul Ku seru Namamu Kekasih. Perghh,lucah gilerr beb..huhu

soalan yang dikemukakan seseorang individu mengenai bait2 puisi diatas(kotak biru) dan kotak merah tu plak jawapan pendeta tu...jawapan paling bongok pernah aku baca..ade ke patot utk mengajar manusia mmbezakan yang mana buah dada dan yang mana buah rambutan.... what the???

dan JENG JENG JENG...
kat bawah ni adalah buku yang aku dok potpet(bg pandangan) sebentar tdi..boleh dapatkan sekarang..
xde lah  mahal mana, rm16 je.. ^^


1 info tambahan : Atheis yang paling berpengaruh abad ini ialah Dr. Richard Dawkins. Leh Sarch google pasal beliau. dan buku beliau yang femes yang aku tahu ialah The God Delusion(leh search google gak)

sekiannn

Sunday, 2 June 2013

KU SERU NAMAMU KEKASIH by MAYA IRIS

Bismillahirrahmanirrahim..
ini novel ke 3 kak Maya yang aku dah baca.. ^^ x smpai 2 hari pon bce..huhu

dan ini sebenarnya buku kedua kak Maya,buku pertama beliau CURAHAN CINTA NIAGARA dan buku terbaru beliau setakat ini ialah MAHAR CINTA CINDERELLA. 

watak utama: Mira dan Farhan


watak utama: Rayyan,Zaim,Hanisa dan Mark


watak utama: Nur Sayang dan Dr. Andrew..

Harga runcit : RM24.50

bg aku mana2 bku yang page less than 500 n harga above rm20 dah dikira mahal..hehe..

..............................................................................................................................................................

  
Sinopsis :

Rayyan,gadis yang sanggup berkorban apa sahaja demi teguhnya cinta pada Kekasihnya. Dia sanggup memutuskan tali pertunangan dengan Zaim supaya mendapat keredhaan Kekasihnya yang satu.
Hanisa,gadis keliru yang terpaksa meninggalkan dunia yang dikasihinya kerana kebahagiaan yang dikecapi berakhir dengan kesengsaraan. Dunia yang pada mulanya indah hanya palsu belaka.
Zaim,lelaki yang tudak pernah terfikir jatuh cinta dengan gadis bertudung yang mengamalkan cara hidup Islam dengan sepenuhnya. Namun,dia sanggup melakukan apa sahaja demi membahagiakan hati seorang kekasih.
Mark,lelaki yang sedang tercari-cari kekasih sejati. Kekasih yang dapat memberikannya kebahagiaan yang hakiki.
Sebuah kisah empat watak yang berbeza latar belakang yang masih tercari-cari cinta sejati di sebalik bayangan semalam. Dalam pencarian mereka,seruan kekasih manakah bakal menggegarkan jiwa? Seruan kekasih yang manakah yang menjadi janji yang akhirnya tertunai?

1 menda yang aku kagum pasal buku ni,kat setiap bab,akan ada 1 hadis riwayat Muslim,Bukhari,Tirmizi,Abu Daud,Ahmad dan juga beberapa potong ayat al-Quran yang ingin dicontohkan/diiuraikan dlm bab itu. Kiranya kalau ada 100 bab,maksudnya ada 100 hadis/ayat al-Quran. Nampak tak kat situ,dalam membaca kita jugak boleh pelajari ilmu2 hadis2...

Masa baca tu memang akan ada rasa nak cakap ' kesiannnya','sampai hati dia', 'lah,macam tu ke?','perghh,x sangka betol', dan banyak lagi...  biasanyakan kalau kita nk baca someting tu,mesti akan agak dlu apa ending dia.. huhu mcm aku lah... pada pandangan kasar aku,akhirnya Rayyan akan kawin ngan Zaim tp disebabkan sinopsis dah cakap yang Rayyan akan break dengan Zaim so aku jangka of koz la Rayyan akan kawin dengan Mark plak.sebab??? sebabnya watak utama dalam novel ni cuma 4 orang je iaitu Zaim,Mark,Rayyan dan Hanisa.. huhu..tp kadang pk balik,kalau Mark kawin dengan Rayyan,,siapa yang nak kawin dengan Hanisa?? Zaim dengan Hanisa??? ohhh pleaseeeelahhh dorang ni x ngam langsungg....
ok2 itu pandangan aku sebelum baca buku ni,tapi lepas aku baca tu baru aku tahu kisah sebenarnya..hoho..

dan 1 lagi yang sentiasa menarik hati aku untuk baca karya kak Maya ni... bila beliau ada menyelitkan unsur perbandingan agama,dan juga beberapa hujah untuk menolak para kristianist yang berusaha cucuk jarum nk lemahkan semangat orang islam.. seriously,drpd buku CCN,KSNK dan MKC,semuanya ada diselitkan... bagus2... setuju sangat2!!!

Karya Kak Maya langsung tidak menghampakan aku malah aku tertunggu-tunggu karya terbaru beliau dengan isi yang lebih bermanfaat sesuai dengan marcapada ini.. ^^

sekiann....







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...