Thursday, 18 February 2016

CARA DOWNLOAD GOOGLE DRIVE DALAM LAPTOP

السلام عليكم

phew da lama beb tak share tutorial. kali ni tutorial for dummies. yang masih belum manja dengan google.

sebenarnya aku baru reti guna google drive lepas kelas comp sem lepas haha. lawak ke lawak? ok fine #lawakhambar

then baru terfikir kalau kat fon aku boleh download apps google drive. why kat laptop aku tak download kan? 


before that.

Dah ada apps google drive dalam laptop anda? Baguslah kalau ada.. Tak yah baca pos ni pon takpe dah. Haha. utk yang takde lagi bacalah yer. 


Hmm,aku tak surelah semua university sama ke tak style mengajarnya.

Kalau kat uia ni,guna slide kecuali subjek math. So kiteorang ada 1 laman web utk lecturer letak slide kat situ and all students download the slides from there. Laman web tersebut dipanggil itaaleem. U korang ada ke? Kalau ada baguslah. Kita geng hehe. 

 aku pelik gak ada lecturer yang tak suka upload slide dia kat itaaleem. dia prefer emel kat sorang wakil . argh lantaklah asalkan dpt softcopy slide tu kann.


Ok then,macam kelas aku dan kelas lain(kot).  Kiteorang create 1 folder kelas kat google drive. Means siapa yang ada link tu boleh access and boleh edit.

Tapi.. aku rasa lah. Ramai yang practickan cara manual. Maksud aku is..

. Bila nak download slide baru yang member ko baru upload kat folder tu. Firstkan kena  klik link tu.
 Senang cerita kena bukak chrome dulu then bukak link tu.

Then klik then kena download file dalam tu. Kiranya kalau ko nak download file baru dalam tu. Ko perlu bukak kat browser.

Bukan nak cakap kat orang lain,nak cakap kat diri aku jugak. Kah kah kah.  time internet laju, haram jadah  nak upload slide, duk buat mende lain.

 Tapi,. Time wifi lembap kalah siput time tulah sibuk nak download slide and ko maki wifi. Tak berguna weh.

So cara paling mudah is… kau download jer terus apps google drive terus ke laptop kau.

 Means semua slides baru yang member ko upload kat folder tu,secara AUTOMATIK akan ada dalam laptop kau. Waaa best ke best? Tak yah susah2 sign in bagai n klik link then klik download. TAK PAYAH!

So kat pc kau nanti akan ada file google drive. Kalau  ko letak jer apa2 file kat bahagian google drive dalam pc kau,automatic dia akan upload ke real google drive dlm chrome/Mozilla dll.

Eh faham tak ni? Ok cer tengok pic kat bawah ni. Google drive dalam laptop n kat browser.


kat laptop

kat browser



kat laptop




kat browser







kat laptop

kat browser



Hah so letsay kau nak upload something kat folder google drive kau. Kau just paste jer slide tu kat google drive kat file laptop kau. Tak yah sesusah nak bukak browser dah.

Tapi make sure ada connectionlah. Sebab dia hanya akan auto download if ada connection jer. 

Ape kau expect wifi tak dapat connect then menda tu terupload sendiri? Haha.

 Kan.. so kat mana nak download. Ok aku download kat sini tak silap. Cer try KLIK SINI.

Kalau takleh,kau search je lah download google drive for pc.

Hmm,aku nak ajar satu2 pon rasanya ekorang ni bukannya baru ada laptop. 

Pandai2lah godek yer ^^

Kalau tak faham dipersilakan komen or Tanya member ko. Takkan member ko tak gitaw kot pasal ni? Pelangkung sikit dia. Haha


 Sekian terima kasih. 

Wednesday, 17 February 2016

REVIEW CHEESE IN THE TRAP

السلام عليكم


Dah lama kan aku tak review drama. Oh yeahh tetiba bersemangat waja nak review 1 drama ni iaitu

CHEESE IN THE TRAP

Aku tahu tajuk dia meme tak best lalu. Pah ceroh aku dok pehe bakpe ler tajuk ni camni.
 Kengkadang aku terfikir cerita tom n jerry. N terbayang tikus.
So disebabkan aku tak nak dipengaruhi oleh first assumption. Sebab mostly first assumption is false assumption rite? Contoh kau tengok orang kat penjara,1st assumption ko mesti terfikir orang ni buat kesalahan besar sebab tu masuk jail. Padahal kenyataannya dia dianiayai.. ok camtu lah.
Ok situasi kedua yang prove 1st assumption is always false is bila at first  aku rasa cam tak nak tengok cerita she was pretty. Sebab kalau dengar tajuk jer mmg tak best. Tapi selalu dengar orang cakap cerita tu best. So aku pon tengok ler,rupanya memang best.

Ok itu jer. Jom kembali ke main topic iaitu pasal cerita ni.
First cerita ni khusus cerita pasal student kat university.
Argh senang cerita semua menda yang berlaku kat u,diceritakan semula kat dalam kisah ni.
1.       Copy cat
Kalau korang tak bernasib baik,korang akan ada copy cat. Copy cat ni ialah someone yang nak tiru diri dan personaliti kau. Termasuklah cara kau berpakaian,barang2 yang kau guna. Kalau kau guna beg LV,dia pon akan guna beg LV jugak. Kalau kau suka pakai shawl lilit 10x,dia pon akan pakai shawl lilit 10x. paling haru bila tubuh badan dia sama ngan tubuh badan kau yang akan menyebabkan kawan2 kau boleh tertukar kalau tengok dari belakang.

2.       Sleeping partner
Hah ni mesti ada kan. Orang lain buat kerja,dia  duk berjimba. Dan sangat2 mengharapkan orang. Memang 1 kerja tak buatlah. Kalau buat pon,sikit jer itupon banyak yang kena perbaiki.

3.       Crush

Yang ni sebenarnya main story ni.. ok pernah tak dalam hidup ko. Tak pernah langsung terlintas pasal someone ni. Bila jumpa pon memang tak rasa nak pandang,yelah tak kenal kan. Tambah plak dia bukannya hensem/cantik/bijak/aktif . kiranya sangat biasa2lah.

Then entah macam mana,hati kau tergerak nak kenal dia. Juz because entah macam mana. No such reason selalu jumpa ke ape.

Ok then yang si dia ni plak pon sama macam kau pada awalnya. Tak kenal kau. Tak nak kenal kau dan tak tahu pon pasal kau.

Ok then macammana kau nak approach dia ni? Sebab hati kau menjerit supaya kau berkenalan ngan dia.
Adakah kau tulis surat? Adakah kau jumpa dia direct cakap terus terang? Adakah kau bagi hint slow2 kat dia? Adakah kau guna orang tengah? Adakah kau masuk minang terus? Adakah kau …….. sila jawab sendiri.
One of the value yang aku dapat sepanjang tengok cerita ni is JUJUR dalam perhubungan. Apa yang kau rasa,apa yang kau gusar,apa yang aku tertanya2 pasal dia dalam hati kau. Better kau jujur bagitahu dia, dan mintak jawapan dari dia utk jelaskan persoalan kau.

Serious weh,bila kau jujur antara satu sama lain, barulah akan ada kesetiaaan tu. Kalau kau tak jujur,very imposibble kesetiaan tu akan kekal.

Oklah rasanya itu jer.

Selamat menonton.

Oh ye sebelum terlupa,cerita ni kan. Memula aku tengok tu memang tak faham weh. Aku pon ingat lelaki tu memang ada something. Tapi aku tak leh nak agak something apa yang something tu. Habis jer episode 9. Aku ulang balik dari episode 1. Masa tu lah aku faham kenapa lelaki tu buat macam tu. Dan aku makin faham tindakan dia tu sangat2lah berhikmah. Hihii.


Ok dah habis dah coretan ^^ 

Friday, 12 February 2016

Bazocar Souq UIA Kuantan

السلام عليكم

Bazocar? ape kebenda tu? car tu tahu ler kereta. Bazo?

Ok geng, Bazocar tu kesinambungan kepada ayat Bazaar from the boot car. Wuhuu.

bakal menggegar UIA Kuantan!

Dibawakan khas daripada pelajar di Uia Kuantan sendiri.

apa bestnya Bazocar ni?

First,ini adalah bazar pertama yang 100% peniaganya dikalangan student. Bak kata bapok Ahmad. Kita kena buat dua kerja. 1 kerja jer tak membantu utk hidup. Yet as student kiteorang mampu buat 1 kerja jer. sebab belajar bukan kerja. huhu.

So bila student yang jual. Of koz lah harga student chek kak oi !

Apa jer yang student boleh jual?

Ok yang lain dari lain bazaar ni ialah takde adegan masak memasak macam kat pasar malam. Semuanya ready made.

Mira pon tak tahu sangat apa yang student nak jual . Rasanya macam biasalah kan. Baju,powerbank,kopiah,songkok,kek batik,nugget camtu kot. hehe.


Inshaallah kalau ada rezeki mira pon nak join jugak,tapi utk  grand opening ni,mira tak leh nak join sebab ada komitment. haha. Mira one of the committee of this program!

So utk warga kuantan sekalian,yang tak tahu nak pergi mana hari sabtu tu. Moh lah ke UIA.


Bazaar ni kat dalam UIA ke? yer awak. Mira bagi direction yer. please ikut kalau tak nak sesat.


1. kat pintu gerbang besar tu. Belok kiri. Memang kena belok kiri ponn. hehe.
2. then straightttttttt jer. Sampailah jumpa simpang tiga. Ok sebelum korang jumpa simpang tiga tu,korang akan jumpa kuliyah dentistry,library,kulliyah allied health science. ok kat simpang 3 tu,korang dah boleh nampak bangunan tnggi 10 tingkat. hah tu asrama kitoerang.
3. ok kat simpang 3 tu,korang belok kiri. kat sebelah kiri tu kulliyah of science. hah dah sampai.

Bazaar ni terletak di lot parking kulliyah of science(KOS).  korang boleh parking kat mana2 jer tempat kosong yang ada. nak parking kat tempat yang berbatu belakang bustop tu pon boleh jer no hal beb.


So kalau terjumpa Mira tu tegur2 lah yer. Mira yang cute kecik molek ni. hihi.


Btw,nanti maybe Mira akan ada sentiasa kat situ. So posibbly utk kita jumpa tu sangat tinggi haha... kot.

Ok itu jer. eh jangan lupa taw ajak kawan2 jiran2  semua mai bazocar ni.

Bazocar ni diadakan sebulan 2x jer. so tak selalu. dan vendor/peniaga pon bertukar.

So please please meriahkan lagi bazocar ni.

Kiteteroang plan nak jadikan ianya aktiviti setiap sem.

tujuan utama bazocar ni ialah untuk membantu student menyediakan platform untuk berniaga.

oh ye lupa plak. jangan lupa taw follow insta search jer bazocar nanti keluar lah tu. hashtag plak #bazocarsouq.

utk student kuantan yang berminat,boleh pm mira yer ^^


grand opening pada 27 february ni. jangan lupa yer awak.


Rasanya sampai sini jer. sedap plak aku menaip ni. mentang2lah laptop baru .smooth jer typing walaupon banyak typo. Jari pendek ngat. hehe.


Thankz sudi baca. ni nak bagi adiah pic . lama tak bagi kann.

Assalamualaikum ^^



my job for this event. mira yang buat nametag ni hihi. 

Thursday, 11 February 2016

UIA KUANTAN SERVICE

السلام عليكم


Servis di UIA kuantan.

Servis apa? Servis kereta? Servis laptop? Apa kaitan uia kuantan dengan servis ni?

Rata-rata orang ingat UIA kuantan ni hanyalah sekadar universiti. Tempat untuk menuntut ilmu semata-mata. Tidak lebih dan tidak kurang. Jadinya semuanya anggap alah xde menda pon uia ni. Sama jer ngan u lain.

No no no.. anda silap. Super duper silap baq hang.

Buat yang baru mengenali UIA. Nak habaq mai bebudak kat UIA ni bukannya budak akaun,bukan jugak budak jurusan Islamic ape semua. Semuanya bakal menjadi doctor pakar. Pakar apa? Apakar bius kah? Pakar sakit puan kah? Oh ya itu sudah tentu. Tetapi tu kan utk bergelar doctor.

Kat sini ada bakal pakar mata,pakar EnT,pakar psiologi dan macam2 lah.

And of the service yang ada kat UIA ni ialah servis LASIK/LASEK. Alah yang buang lapisan ape ntah. Not so sure. Tapi kat hospital swasta mahal woo. Rm3k++ utk 1 mata. Kat sini 3k++ boleh dapat full package for both eye. Harga termasuk rawatan,checkup,terapi n semualah.

So utk yang power spec tinggi sampai tahap tak boleh nak tinggal spec. alamatnya kalau tak pakai spec memang tak boleh nak buat kerja. Hah better korang buat lasik ni. Komfirm bahagia lepas tu.

Ok bukan tu jer. Kat sini jugak ada klinik gigi taw. Yelah sebab ramai student dentist. Sebenarnyaaa.. nak bagitahu. Kat sini sangat2 memerlukan pesakit! Utk warga kuantan sekalian,kalau korang sakit gigi ke nak cek gigi ker. Korang pergilah kat kulliyah dentistry ni! Please lah pergi. Ramai ‘bakal’ doctor nak check gigi korang tu!

Ok bukan tu jer,berbalik kepada mata tadi, kalau  korang nak check mata ke or apa2lah berkaitan ngan mata pon boleh weh! Sebab kat sini ada pelajar optometri. So dorang sangatlah memerlukan patient!

Hah fisiologi pon ada tapi tak surelah dorang perlukan patient tak.

Konklusinya kat sini,UIA kuantan bukan sekadar tempat belajar. Tapi tempat untuk warga kuantan mendapatkan rawatan secara mesra,murah, dan macam2 lah.

Last but not least,WELCOME TO UIA KUANTAN!

Uia kuantan mungkin tak segah uia Gombak dari segi seni bina. Tapi inshallah korang akan rasa tenang masuk ke sini. Jumlah kami Cuma 5000 jer. Sikit kan? Lagi sikit lagi student cfs kot. Kat Gombak mau 20k. eh yeke? Agak jer. Hehe

Itupon ada kos yang student tak sampai 20 orang. Hehe.

Ok itu jer. Selesai sudah aku mempromosikan UIA kuantanku ini.

So sesiapa nak mai uia kuantan and nak jalan2,contactlah aku segera. Aku boleh tolong takat yang aku termampu.