Thursday, 24 March 2016

Sarkastik

السلام عليكم

Tahu tak sarkastik tu apa?

Sarkastik tu kata-kata yang bertujuan menyindir. dan kebiasaannya ia menyakiti hati seseorang.

Contoh sarkastik. ini contoh bila aku yang sarkastik. bukan aku,korang bayangkan ko adalah aku. haha

Situasi 1: aku kat kelas dah,kwn aku kat mahallah lagi. then kol dia mintak singgah cafe tlg ambilkan  buku aku yang tertinggal. then kawan aku tu cam berat hati nak p cafe tlg ambilkan. then bila kawan x tlg ambilkan buku tu. mula la sarkastik. " Takpela menyusahkan awak je kan ambil buku tu". padahal masing2 tahu siapa tak bawak buku kena denda.

Situasi 2: Pinjam buku dengan kawan,tapi tak sampai sehari kawan dah mintak balik, sarkastik lagi "yela,awakkan nak guna buku tu utk study,sy xpe tak study"

Situasi 3: Mintak kawan hantar ke terminal bas. Kawan tu ada motor sbb tu mintak tolong dia. then dia cam malas nak tolong hantar dgn cara suruh kita call teksi jer. Sarkastik dgn cara "Takpelah,nt habis minyak motor awk tu anta sy". Padahal hakikatnya kita bayar jer nt kt mber tu duit upah anta.

Situasi 4: kelas dah habis. Mintak tolong kawan yang nak balik asrama supaya orderkan char kuay taw 1. tapi kawan tu balas " Kenapa tak tempah sendiri?" . zappppa,ape masalah kau doe? aku mintak tolong tempahkan jer. guna air liur jer pn. nampak tak jawapan kawan kau tu sangat2 menyakitkan hati and lead diri aku jadi sarkastik.

Korang sarkastik tak? haa kalau tak baguslah. Jangan cuba-cuba taw sarkastik ni nanti jadi amalan.

Aku sedar menda ni ada kat diri aku. Not all the time aku macam ni. Mostly bila aku bengang ngan someone yang tak berterus terang and suka bagi jawapan yang menyakitkan hati,

ini plak contoh kawan yang sarkastik(menyindir/perli)

aku- tolong ambilkan sabun kat bilik.
kawan- kenapa tak ambil sendiri? kaki kau  mana?

aku-tolong ambilkan aku kat library petang ni.
kawan- kenapa tak naik bas?

aku- tolong aku baiki pensil tekan ni.
kawan- kenapa tak beli jer yang baru?

 in particular,kalau ko tak nak tolong,cakap jer lah malas ke tak reti ke ape.  jangan setuju nak tolong tapi tak tolong pon in the end.  and one more,jangan balas dengan persoalan yang 'cerdik' camtu. persoalan kau (kenapa tak ambil sendiri? kenapa tak naik bas? kenapa tak beli yang baru?). kau tahu tak sebenarnya kau maksudkan - ambillah sendiri,naik jelah bas apehal nak susahkan aku ambil kau, beli jelah baru kalau tak reti nak baiki. faham tak?

Entah ah aku pelik dowh member yang berkira ni,mintak tolong sikit pon takleh nak tolong.

Kita pon faham tak nak susahkan dia sangat tapi yelah,bukannya sesaja nak susahkan dia. ape guna member weh kalau nak mintak tolong pon susah. tapi bila kau mintak tolong,aku ok jer selagi ia tak menyusahkan aku.


Kawan-kawan species camni,tak yah lah rapat sangat ngan dia. wat sakit hati kau jer. ramai lagi kawan lain kannn.

Ok tu jer. aku tengah bengang ngan someone ni sebab dia buat aku rasa annoying. nasib lah kau bukan kawan baik aku. kalau tak memang aku dah terus terang jer. yelah,nak jaga hati mmber kannn.

Sunday, 20 March 2016

PLANT SCIENCE UIA KUANTAN

السلام عليكم

alkisah,aku bukan budak plant. yet,memang ditakdirkan aku bergaul ngan dorang even my ex rumet budak plant. yes,utk yang tak pernah dengar memang cam errrr,ape tu. plant? belajar sal tumbuhan? best ke?  ok biasalah kalau tak tahu apa2  jangan judge bukan2 terus ea.
so utk adik2 sekalian,yang dapat kos plant science tu. jangan sedih,jangan pk kos ni tak de harapan kerja. jangan weh jangan beb! apa2 kos pon yang ko ambil,kalau ko dah pk negativ,sampai kesudah ler effect negative tu melekat kat kau. cam member aku sorang tu,sayang btol,dia left uia sebab tak minat kos ni. sebenarnya kos ni ok jer dan sangat2 best. menda baru beb,takkan ko tak minat kot?

ok jom baca review senior plant science. oh ye,kos ni baru lagi taw kat uia , batch 16/17 merupakan batch yang ketiga! wow tahniah uols! ada yang kata kos ni kos terbuanglah sebab bebudak medic yang tak lepas nak ambil medik hampir semua dicampak ke  kos ni plus tak ramai student nak kos ni. ,student tak nak bukan sebab tak best ke ape taw tapi mungkin kurang pendedahan. itu pendapat kayangan negative sesetengah pihak.

kenyataannya ada kat bawah ni,korang baca dan nilailah kos ni menarik ke menarik?


PLANT SCIENCE | APPLIED PLANT SC
This course is getting interesting! Di sini kami boleh jumpa lecturer yang superb. Kelas semuanya chill2 je. Style lecturer plant mengajar dalam kelas buatkan kami nak involve dalam discussion. Berani dalam lontarkan idea atau pendapat. Orang yang paling pasif pun akan mula jadi aktif. Bijak sebenarnya lecturer kami mengatur strategi untuk mengaktifkan pelajar. 

Antaranya, presentation adhoc, assignment yang interesting, dan short discussion. Mungkin part presentation adhoc tuh nampak scary. Tapi sebenarnya ini lah yang mendidik kami menjadi orang yang fast moving, dan bersedia pada setiap masa. Plus budak2 plant semua enjoy je buat presentation.


Kedua, kawan-kawan yang bercita-cita tinggi. Kalau duduk bersama-sama, mesti ada saja perbincangan pasal plant. Kalau berjalan bersama-sama, akan terserlah kejakunan masing-masing bila jumpa pokok tepi jalan walaupun ianya sekadar segenggam rumput. Akan ada yang mula pegang daunnya dan membebel sorang-sorang dalam describing morfologi pokok tersebut bermula dari hujung daun ke hujung akar. Jangan salah paham, kami bukan gila, tapi kami mempraktikkan ilmu yang kami peroleh dalam kelas lecturer yang superb. Pasai tuh jadi gitu. InshaaAllah future plantist yang hebat.

Ketiga, pengalaman kian meluas. Plant science nie sangat2 membantu kami dalam mempelajari dan memahami alam. Kami ada lab work yang sangat best, especially tissue culture, sebab selalu jugak bet dengan Dr. Zarina 'siapa dapat positive result, dapat reward'.. Dan setakat nie, ada yang berjaya dapat reward. InshaaAllah, lab terbaru pasal genetic transformation pun kami dapat menghidu bau kemenangan. Haha.. Okey gurau. Kami turut ada field trip, ke Lanchang (Jumpa Owner Nangka,Owner Fruitstar), ke Tasik Kenyir dan banyak lagi tempat-tempat yang menarik menanti. Paling best, bukit talhah belakang UIA tuh dah macam jadi our living library.

 Nak belajar pasal pokok rare, panjat saje hutan belakang tuh. Dan paling best boleh jumpa beberapa experiment yang seems to be impossible dan mengarut, tapi itu lah yang menjadikan course ini satu cabaran.



Banyak lagi perkara-perkara menarik dalam course kami. Cumanya tak terluah semua di sini. Nak tau lebih lanjut? Betul ke Plant science nie the best department so far in Kulliyyah of Science? Tertanya-tanya mengenai pokok kesayangan anda? 


welcome to the club ! 


p/s: aku budak biotech taw. jangan tanya aku pasal kos plant scn ni lelebih plak. haha 

Cuti Mid-sem bermula sudah

السلام عليكم

Akhirnya waktu yang dinanti-nantikan datang jua..

iaitu cuti pertengahan semester. perghh kejap gilos seminggu jer wehh. mana cukup! paling kurang 2 minggu.

dah lah naik cuti ni berderet exam mid tengah  menanti nak aummmm kiteorang.

So memang tak lah utk aku nak holiday kat rumah. kang kejung hari ahad tu kena pulun. takpe nt lepas exam baru holiday yer mira ^^

so bermula hari ini aku bersendirian di asrama. tidur sengsorang ler. mujurlah mira ada walaupon bilik sebelah. at least ada la jugak jiran kan.

nasib ler tak tengok lagi citer munafik tu,kalau dah tengok semalam aku rasa memang aku tak balik ostel ler jwabnya.

ok lah selamat bercuti semua. cuti cuti jugak. jangan lupa kita ada 5 paper  berderet bukak cuti ni.

selamat study uols ^^ aku ok je dok ostel selagi ada wifi. phew kalau ramai balik line meme laju baq hang.

yeayy cutii. lega sebab tak yah p kelas.

Sunday, 13 March 2016

BAZOCAR 2.0 UIA KUANTAN

السلام عليكم

Assalamualaikum. Alhamdulillah,saat aku tulis ni. Baru jer balik dari Bazocar 2.0.

Ape kebenda bazocar ni? Fuhh ni dah 2x aku ulang. Bazocar is bazaar from the boot car. Singkatan plus gabungan gituu.

So masa bazocar 1.0 ritu aku tak join,as aku committee masa tu and cam tak ready nak jual apa.
Then utk yang 2.0 ni baru decide. Actually pada mulanya,aku ingat nak bukak booth n jual under our batch which is biotech 151. Tapi not all yang bagi respon and macam tak semua nak bekerjasama. And semua cam senyap jer. So aku pon malaslah nak lebih sudu dari kuah. Walhal benda ni utk kiteorang gak,nak pergi edu trip ke ape boleh cut cost. Tapi dah semua krik krik. Lantak ah.

So akhirnya kiteorang decide utk jual under personal. Aku n my team plus team alia(my rumet),kiteorang bergabung bersatu tapi tak berapa nak meletop lah.

So tadi aku n the team jual donut jepun,import from jepung wehhh haha. Gurau jer. Then jual air Mocha,yet we called it Mockaw-kaw. Unik ke unik?

Tu jer,and kerepek just as pemenuh meja. Haha

Donut tu aku order 14 bekas. 1 bekas ada 6 biji. So total 84 biji. Alhamdulillah semua sold out! Syukur sangat2. Masa pkul 10 lebih tadi ada lagi 6 biji taw. Masa tu dah macam,alamak takkan nak makan kot 6 biji ni. Muakk kottt. Then aku promote kat grup whatsapp tu.ada sis ni beli 4 ketul. 1 ketul timah makan 1 ketul lagi tak ingat haha

Then utk air tu,kan air Mocha. Modal utk air tu agak banyak lah and jual dengan murah giler. 1 cup rm2. Murah kan? Yet,ada ujian. Allah uji kitoerang. Air tertumpah sebanyak 50%. Tapi kiteorang pasrah sebab yakin bahawasanya setiap yang berlaku ada hikmahnya. And hikmah tu of kozlah tak leh Nampak on the spot kan. Masa pukul 10 lebih tu, air dah tinggal sikit. Then aku masukkan terus dalam cup,dapatlah 4 cup. Tapi masa tu orang lalu lalang dah tak ramai. So macam agak susah nak jual even 4 cup.

Then sekali lagi aku promote air tu kat grup whatsapp,ada yang nak beli 3 cup sekali gus. So tinggal lagi 1 cup. And tetiba ada seorang hamba Allah ni mai beli. Alhamdulilah habis jugak air Mocha. Walaupon banyak yang tumpah tadi,tapi hikmahnya tak de pembaziran kat situ. Pembaziran yang tumpah tu uncoinsidencely ok. Haha

Supposedly tadi kiteorang ber-4 . aku mira timah tika. Tapi mira xde. So kteorang bertiga jer. Nasib ler bertiga. Kalau berdua memang lagi penat lah gamaknya.

Next time kalau semua ada,bolehlah buat system shift. 2 orang jaga 4-7. Sorang lagi 7-10. Ok je kann.

Alhamdulillah sangat dapat member2 yang support and suka business. And tak berkira utk luangkan masa dan tenaga. Thankz korang. Thankz to my rumet alia sebab benarkan kiteorang join korang.

And one important thing is aku rasa aku dah improve sikit copywriting skills aku. Sikit lah.

Sebabnya tadi aku create agak banyak mesej utk promote barang2 aku tu. And sampaikan member aku mintak tolong aku create ayat utk barang dorang. Haha. Nak baca ke ayat aku tu? Alah kalau ikutkan memang aku nak tunjuk kat korang. Tapi nanti lah yer. Ayat tu ada kat dalam fon. Bateri low plak skrg.

So tadi aku sangat2 tak stress menjual. Serious wlaaupon penat,lapar tapi im very2 happy.

Korang tahu time mula2 bukak tadi,kiri kanan booth aku penuh orang. Tapi bukan penuh ngan cust lah. Penuh ngan geng2 dorang. Dah lah aku sengsorang kat situ. Timah n tikah kat bilik lagi. Aku kena p awal utk setup tempat. Pheww malu siott. Krik krik jer. Aku main fon jer utk cover. 

Lepas tu,ada sorang hamba Allah ni,dia mai booth aku. Actually dia ni,senior 1 batch ngan aku. Aku n dia pernah bekerjasama dalam 1 program ni. Pastu habis jer program tu,of koz lah aku tak kontek ngan dia kan. Tapi ada lah terjumpa beberapa kali tapi aku buat tak kenal jer dia. Serious talk kalau terserempak ngan dia,memang aku tak pandang. Entah ah,aku tak leh pandang muka dia and anggap aku kenal dia.

Yet nak ditakdirkan,aku kena bekerja lagi ngan dia utk 1 program ni n program ni maybe sampai sem depan. So aku macam… ala,aku ingatkan aku boleh terus abaikan dia and tak nak ada apa2 ngan dia. Tapi malangnya kiteorang ditakdirkan bersama. Hmm.

Tambahan plak,semalam meeting,dia ada masa tu. Tapi aku memang tak toleh langsung ke dia time dia cakap and time nak keluar lepas meeting tu pon aku tak respon pon bila dia cakap something kat aku.

Then tadi kat bazocar tu,dia mai taw. Masa tu aku baru nak makan. Tapi masa tu aku tak layan pon dia as supposedly aku kena. Aku panggil timah utk layan dia. Pastu ada la dia cam tegur aku ‘ baru nak makan ea’. Something like that lah,aku just jawab ‘ye’. 1 word jer.
Then aku tak makan lagi masa tu,juz baru nak cedok kuah semua. takkan aku nak mkaan depan dia. So aku pon tolong tengok timah isi air dlm cup. Tolong tengok jer yer haha. Aku pusing belakang. Time timah tengah buat kerja tu,dia cakap lagi something which is aku sangat2 yakin yang dia tuju kat aku. Tapi aku buat2 tak dengar and of koz aku tak respon. Lagipon masa tu aku toleh kebelakang. Then bila aku toleh kedepan,dia ulang semula ayat yang dia cakap tadi tapi aku tak respon tu. Then aku just jawap 1 word jugak iaitu ‘tak’. Apehal dowh bila ngan dia aku jadi cam sombong giler nak mati,cam nak dia jauh2 dari aku. Aku tak nak tengok muka dia,tak nak dia ada sekitar aku. Entah ah.. dah ah stop cerita pasal dia. Kang terkentut plak dia. Haha

Ok lah itu jer nak ceghita. Oh ye,korang kalau nak update pasal bazocar ni boleh lah follow and like


or search kat instagram @bazocar_souq.

Kalau tak jumpa gitaw aku okay.


Nite ^^

pic kalau rajin aku bagi lah yer. haha 

Friday, 11 March 2016

MINGGU YANG BZ

السلام عليكم

fuh minggu ni bagi aku agak bz lah. bukannya bz ngan study. aku rasa aku masuk u ni bukan utk study semata2 apatah lagi berchenta haha.

masa belajar aku cuma dihabiskan time pnp jer. habis jer waktu kelas aku pergi sana lah buat kerja tu kerja ni. adalah dalam sejam aku luang masa ulangkaji then buat nota sikit.

dari hari isnin sampai rabu aku kena jaga dak basket, then ada meeting penting plak. aku wajib hadir sebab mber biro aku yg lain x dpt dtg. then bila waktu free, duk meting plak ngan geng nak jual apa. haha.

siang tadi aku ada kelas 10-12. pastu rehat jap. 2-6pm tadi aku kena p beli barang utk esok n tolong afiq setup tapak bazocar esok.

yet malam ni ada meeting jap g pkul 9, tak tahulah habis pukul berapa. aku kena pergi jugak meting ni sebab 2 member aku x dpt nk mai so akulah yang kena pergi. serious wehh aku tak sanggup nak hadap dia. hahahaha. lolz betul.


esok ada bazocar petang sampai malam so time tu memang aku x dpt nk study.. malam tu mesti penat balik bilik tido. ahad aku ada workshop. tup2 isnin dah kelas cam biasa. n ada lab.
then selasa rehat jap. tapi malam rabu tu mesti sibuk duk study bio sebab ada quiz esoknya.

minggu lepas lagii super bz. 5 malam berturut2 aku ada meting pkul 9. dan2 bz tu sempat plak aku p hiking. pastu penat hiking tak hilang lagi duk kena mencongok kat meja urusetia tu. phewww.

se-bz mana pon aku. yet aku still enjoy. at least hidup aku tak kosong. at least aku memberi manfaat kat orang lain kan.. dan aku mintak maaf kalau aku terkurang ajar ngan sesiapa.

ni kalau mak aku tahu aku kat u ni bukan duk struggle study.. memang aku rasa mak aku suruh aku stop semua ni sebab ganggu masa aku study. kenyataannya memang agak mengganggu masa aku study. tapi aku suka buat menda ni. inshaallah dalam masa yang sama aku akan berusaha keras jugak utk score. siapa tak nak deans list oii. tapi aku tak nak lah aku dpt deans list tp tak bersociety langsung. tak best lah kann. tak balance. haha.


ok2 yang penting balance.

ok itu jer. tamat sudah aku bercerita. penat sebenarya ni. malam ni habis meeting jer memang aku nak tidor terus. haha esok nak lepak kat wackos sebab kalau lepak kat bilik memang aku buat kerja lain. haha. so sapa nak join aku kat wackos jommmmmm. haha

wackos tu apa yer? budak uia jer tahu hahahahahaha

Tuesday, 8 March 2016

PANORAMA VS PELINDUNG

السلام عليكم

Alkisah panorama hari ini cukup cantik. Terasa seperti diriku menjadi pelindung kepada dirimu. Haha dah kenapa berjiwang karat?

Sebenarnya dari minggu lepas lagi aku nak mnulis psal ni tapi asyik pospon pospon sampailah saat ni. Nak tak nak kena tulis jugak kalau tak memang takkan tertulis punyalah.

Alkisah 27 februari hari tu merupakan my first time daki bukit weh. Actually time form 3 ritu pernah hiking gak rasanya b4 naik ke jambatan gantung tu tapi aku dah tak ingat bukit tu tinggi ke tak haha. Perkara lalu lupakan je lah. Hidup mesti move on!

Ok then yang hiking ni aku join under Ikram Siswa tak silap. Sebenarnya dari sem lepas lagi nak pergi ngan classmate tapi hampeh. Semua bz lah itula.

Kiteorang gerak dari uia pagi pkul 5,malam tu tidur ramai2 kat surau. Qiam jap,then baru gerak. Solat subuh kat sg lembing terus. Lepas solat ada tazkirah sikit then baru gerakk.

Hah ni part best ni.

Dalam 6.30 baru start hiking. Utk yang tak pernah hiking kat bukit panorama ni. Kat sini laluan dia bertangga taw. Phew lenguh baqq hang . aku tak sampai 20 langkah aku dah stop weh. Haha
Banyak jugaklah checkpoint aku. Jalan 10 langkah jer aku stop. Then jalan lagi then rehat jap. Lama gak ah masa yang aku perlukan utk sampai ke atas,adela dalam setengah jam lebih camtu.

Serious weh rasa berat giler kaki ni nak melangkah. Dah lah ngan semputnya perghh.

Alhamdulillah akhirnya aku manage utk sampai ke puncak yang kelakarnya mula2 aku yang last skli. Then zue kat depan aku. Pastu zue jalan,aku stop. Aku jalan,zue stop. Last skli aku dah sampai peak,zue tak sampai2 lagi. Lama gak aku tunggu zue sampai haha. Mira n tika giler laju. Aku rasa tika memang padu ah.

Pastu kat puncak tu,ada sekali lagi sesi tadabbur alam. Pheww kenyang giler rohani masa tu. Aku rasa rohani aku dah lapar giler2 tahap gastrik kot.

Then balik tu,singgah makan jap. Then lepas makan tu ada last sharing tazkirah. Banyakkan sesi makanan rohani?

So korang2 semua. Nak enjoy2 jugak tapi jangan lupa hak utk rohani ko. Jangan biarkan ia kering kontang k.


XPDC 2- BUKIT PELINDUNG


Sebenarnya kan,aku agak pandang rendah kat bukit pelindung ni. Pandang rendah camne tu? Aku assume bukit pelindung ni takdelah tinggi mana macam bukit panorama tu. Haha bagus tak aku?

Tapiiiiii..

Masa hiking tu. Perghhhh kaki ni macam ada batu bata melekat. Beratt gler nak melangkah mana taknya kena daki bukit curammm weh. Aku rasa dalam 60 darjah weh. Lama gak aku daki. Dan yang ni memang aku banyak kali jugak stop. Jalan 10 langkah stop. Bila jalan kat jalan rata,rasa lega giler.

Pastu bila da nak sampai tu. Rasa cam. Waaaa… tak sangkaaa. Haha gitu ler sokmo aku ni.

Oh ya,bila ko dah sampai kat 1 tempat tu. Akan ada 2 cabang. Ke kanan kalau ko nak keluar kot tc. Dan stret kalau ko nak tengok view kuantan.

Subhanallah weh cantik giler bagi aku.

Ok itu jer ceritanya. Overall aku bahagia hiking ni walaupon aku rasa stamina aku low. Haha. Serious weh,aku rasalah,nafas aku pendek. Camne eh nak cakap. Aku daki bukit tu kan. Tak sampai 20-30 langkah.aku dah macam orang semput a.k.a kurang oksigen. Tapi aku tak rasa aku semput yang orang sakit semput asthma tu. Not that one. Aku sorang jer yang macam tu,member2 aku semua ok jer . aku jer weh. Aku jerrrrr.

Juz I need to take a deep breath. Haha. Ke aku ada masalah pernafasan eh? Tapi kalau aku ada masalah,sangatlah mustahil utk aku Berjaya hiking. Bukan 1 bukit tapi 2 bukit dalam masa tak sampai seminggu! Ini sangat wow!

Yeay lepas ni bolehlah aku join abang aku hiking. Dia dah takde alasan nak halang aku join dia hahahahahhahaha. Rugilah aku tak join dia hiking dari dulu sebab aku takdelah lemah sangatt muahahahhaha. Ok lepas ni nak belajar swimming plak. Haha tua Bangka baru nak belajar. Haha. Yelah nanti nak kurus kena selalu berenang. Haha lol betul.

Time aku tulis ni,aku baru jer lepas jalankan my duty as catering member for SPL(sciences premier league). Aku kena serve air kat pemain. Haha jadi kuli  ler aku malam ni.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...