Sunday, 24 April 2016

Cara bayar yuran UIA online

UPDATED 5 OKTOBER 2020 

Aku nak kongsikan cara-cara yang ada untuk utk bayar yuran UIA. 

1. Cash Deposit Machine(CDM)  mana-mana mesin CDM Bank Mualamat [OFFLINE] - paling tradisional.
2. E-pay di finance office - offline/walk-in [OFFLINE] 
3. E-Fee di laman web uia ATAU Jompay - [ONLINE] - RECOMMENDED 

Thursday, 7 April 2016

Calculus for biotechnology- Part 1

السلام عليكم

alkisah special lah subject ni sebab aku tulis pasal ko jer. haha.

Siapa cakap budak biotech tak belajar calculus?

 muahahah kiteorang belajar tapi silibus dia lain lah dari budak math yang belajar calculus ni.

Serious weh aku sebenarnya suka giler subjek calculus ni. sebab soalan dia memang perghh enak diperak otak ni utk jawab lagi2 yang killer question. alah yang penting faham konsep,inshaallah boleh jawab.

ok disebabkan dah terbiasa buat latihan utk subjek ni. tpi aku tak praktikkan utk subjek ni. sebab time dalam kelas. belajar benda basic jer weh. quadratic equation yang multiplying the square,lukis graf basic2,quadratic inequalities,logarithm,differentiation pon yang taraf spm jer. senang ceghita senang laa yang kiteorang belajar tu..

ok itu bukan point aku... so preparation utk exam pon jadi cam biasa2 jer. yelah benda dah belajar kan. just kena refresh balik jer otak ni.

then soalan tadi kau tahu pasal apa? aduyaii nak tergelak aku menulih. rasa cam mengarang cerita plak time exam tadi..

soalan semuanya KBKK.  ada 7 soalan. total 60 markah. 1 jer soalan kira2 dan soalan tu berbentuk cerita. sangat menarik cerita dia.

alkisah sis ni dia ada penyakit crustophobia(anti crust). pernah makan pizza? hah sis ni anti crust,bahagian lain dia boleh makan except crust. aku pon tak tahu betul ke crusphobia ni fakta or rekaan haha.

 radius pizza tu 10inch. and dia dibet oleh adik dia utk makan 50in2. ok bila sis tu makan punya makan and habis makan. adik dia ukur panjang yang tinggal 12inch. so siapa yang menang bet ni? sis ke adik dia??? haha kalau terror jawab lahhh.


soalan lain banyak cakap pasal 'cer buktikan' . camtu la. yang comelnya dia tanya menda basic jer. tapi hmm. still cam clueless nak jawab. lagi2 ada 1 part tu aku terlupa auto step dia. aku ingat manual step dia jer.


ko takkan terbayang dia tanya. kenapa guna distance utk kira jarak. hah cer explain cer cer cer haha.

ok lah itu jer . aku harap dr. terima jawapan aku dan kawan2 aku... aminnnn


Friday, 1 April 2016

Hampir tamat mid examku sem2 15/16

السلام عليكم

Disebabkan keexcitedan nak update. Hari ni jugak aku nak publish post ni. haha

alkisah minggu lepas kiteorang dak uia ni cuti seminggu sempena cuti mid sem. tapi hmm,cuti tak macam cuti. minggu ni(seminggu selepas cuti). 4 paper weh kena hadap.

Selasa- Biochem
Khamis- BM & organic chem
Jumaat- Cell biology.

Kejam ah,serious sangat dah duduk u pon dibrainwashkan utk exam oriented. Ye memanglah tak elok study last minit. masalahnya bukan study last minute. Kau bagi cuti tapi bukak cuti kau dera kiteorang. dah lah kiteorang ni dah bukan jenis belajar. kiteorang bukan budak medik weh,duk belajar,cium buku jer sokmo. Ada yang aktif sana sini. Memanglah kena pandai bahagi masa. Tapi keadaan ni sangat menekan weh.

haha over tak?

aku rasa cam sengal giler ngan member aku yang dah lah tak balik,pastu sanggup ponteng kelas pagi sebab petang tu exam, tapi still komplen ' takot nak jawab exam',' aku tak study pon' and macam2 lah. Lol giler,aku tengok kau hadap buku jer sokmo then kau cakap camtu. haha termengumpat plak. dikira mengumpat ke eh kalau korang tak tahu pon aku cakap pasal sapa and dia pon tak tahu aku tengah cakap pasal dia. Bukan apa,aku ada terbaca kat majalah solusi tak silap. tak dikira mengumpat kalau orang yang dengar kita mengumpat tu tak tahu orang yang diumpat.

contohnya,aku cerita pasal A dekat B. B tak kenal A. aku sorang jer yang kenal A. adakah aku dikira mengumpat? Ok letsay, A kenal B. Letsay aku mengumpat benda tak elok,mesti A pandang serong kat B. hanya disebabkan kata2 aku. faham tak ni? haha

dah ah aku pon pening apa yang aku tulis.

sebenarnya nak cakap pasal soalan exam hari tu.

yang biochem tu kan,ade ke patot dia tanya kesan negatif sedangkan kat slide cakap pasal kesan positif. aduhaiii. memang tak ah aku nak tahu kesan negatif dia.

utk organic chem plak, ok dr wat suprise kali ni. semua soalan objektif tapi nak nangis rasa jawab. sebabnya banyak tanya pasal menda yang kat atas anak panah dalam reaction tu. dah lah contoh kat slide banyak giler. pastu nak ingat semua memang tak lah. nasib jer kalau yang hafal tu keluar.

utk cell bio plak,lega sikit. bukan sebab aku study. haha yelah memang ler aku study,lol,genius giler kalau tak study. point aku is soalan dr H agak direct dan tak killer sangat. Serious masa dr I dulu,soalan dia killer giler.

ok la itu jer. nanti aku update lagi. ada 2 paper lagi iaitu calculus and unggas. doakan yer. ^^