CARA KUMPUL DANA EXCHANGE STUDY DALAM MASA YANG SINGKAT

By Mierayusof - Monday, February 19, 2018

Dah baca ke pasal MEVLANA EXCHANGE PROGRAM?
kalau belum, KLIK SINI.

Aku tahu, tak semua yang dapat offer exchange study ni dapat scholarship. Tapi, kalau da berazam nak join, dapat scholarship ke tak. itu bukan penghalang untuk korang reject tawaran ni. Sebab..

Bagi aku, duit no 2. Kalau ko betul-betul nak join exchange ni. Banyak je cara ko boleh kumpul duit walaupun ko tengah belajar, dan cara paling mudah ialah berniaga. 

seperti yang aku dah pernah bebel sebelum ni,
kat bawah ni contoh aku punya belanjawan.

1. FLIGHT- rm3,500 KUL-IST, IST-ISP-IST, IST-KUL. btw, aku beli flight asing, tu yang mahai sikit.. x beli return terus due to x confirm nak balik bila(masa tu). pls jangan tiru aku kay...

2. FOOD - rm810
a. groceries- rm250 (rm50/month)
b. yemekhane lunch- rm110 (utk 3 bulan, sebab bln 5 puasa kann)
c. Makanan ringan/susu/ etc- RM250 (rm50/month)
d. Makanan bila outing/jalan-jalan - rm200

3. TRANSPORT - rm300
a. kad bas- rm220 ( Sehari rm3 return)
b. Kos tambahan/stanby: rm80

4. INSURANCE/IKAMET, TAX ETC - rm350 (insuran 150tl, cop rumah-63tl, cukai rumah-72tl)

5. ACCOMODATION - RM1,000 (rm200/month)

6. SHOPPING - RM540 


total : RM8,000

so, aku perlukan at least MYR 8,000 untuk tampung aku kat sana. ni tak termasuk jalan-jalan kat turki.

PERHATIAN: Aku bukan penerima biasiswa mahupun mana-mana pinjaman, bukan pa&ma (only ma support). Senang cerita, duit tu sebenarnya masalah jugak lah untuk aku. Tapi, 1 thing aku pegang smpai sekarang, duit boleh dicari. peluang hanya sekali. kan kan kan.

So, aku ikhtiar untuk cari duit sendiri within few month. So korang yang ada makpak yang boleh sara korang fully, maka bersyukurlah. tak perlu bersusah payah cari duit macam aku ni haa.

kat bawah ni antara alternatif yang aku buat dan tak terbuat.


1.       1. Kerja partime semasa cuti semester (RM3,000)
-          Cari kerja yang gajinya at least rm1,500 sebulan. Antaranya barista, promoter kat branded shop, operator kilang, pelayan event( rm9/hour) n banyak lah lagi. Orite, if korang manage utk dpt gaji rm1,500. Rm500 tu buat belanja, rm1000 tu simpan.
-          Cuti semester kan 3 bulan, so korang dah boleh saving rm3,000 dah kat sini. Nak up lagi, kerja part time kat kiosk or kafe kat mahallah lepas habis kelas. 

2.  BERNIAGA - DROPSHIP
Sekarang bersepah-sepah orang nak dropship, korang pilih je mana-mana produk yang tengah hot dan jadilah dropship. kalau tak tahu ape tu dropship, silakan google ye. 

3.  Sponsorship
Cara ni akan menampakkan korang macam nak mengemis lah, ibarat macam dah lah tak cukup duit lepas tu nak minta kat orang plak. tapi aku guna je cara ni hahaha. pedulilah orang nak kabo.  buat 1 sponsorship proposal then submit kat memana company yang korang rasa berminat utk fund korang. Macam aku, aku collect email company bumiputera n email them all! N alhamdulillah ada yang berminat nak sponsor. Tak banyak pun tapi cukup utk cover kos transport kat sini.


4. Business di asrama

tadi aku kongsi pasal business dropship kan, ni business kat asrama, yang mana korang boleh dapat cash setiap malam. Kalau tinggal kat asrama, bolehlah korang jual maggi ke, kerepek ke apa-apa lah yang student asrama ni suka. Serious boleh untung kalau korang betul-betul kira flow duit. Sebab aku pernah jual maggi serda tau, dan aku pernah restok sampai 30 kotak, dan aku buat semua tu seorang. Macamana aku buat? Aku letak kat setiap tingkat kat setiap blok. Sambil kutip duit jualan tu sambil aku exercise. Paling banyak aku pernah kutip ialah RM100 semalaman. 


5. Mevlana Sponsorship
Untuk korang yang dapat scholarship utk MEP ni. Memang rezeki korang, Allah nak ringankan fikiran korang bab duit. Elaun MEP bagi bukannya sikit oi, skrg ni, ada yg offer scholarship 1,000tl sebulan! Banyak wei sebulan. Kalau dpt 4k, means ko perlu sediakan lagi 4k je. Sikit je kan compared to 8k!

 Kalau ko follow guideline cara raise fund yang aku bagi kat atas ni, percayalah, ko blh dpt more than 10k utk fund your study TANPA PA&MA support! Tapi aku yakin kalau makpak korang golongan M40, mesti akan support punya sikit, lagi2 kalau mak ayah kerja. Aku ni ayah lama takde, lebih 15 tahun dah. 

 Ni bukan sembang kosong, I’ve tried it and it works!

My point here is, duit tu boleh dicari. Nak n tak nak cari je. Kalau ko jadikan duit as alasan untuk tidak menggapai impian ko. Ko berada dalam kerugian!

Alhamdulillah, setel bebel.

mungkin anda terlepas post ni, jom baca:



QnA MEP 


  • Share:

You Might Also Like

0 comments