Tips pilih Host di Couchsurfing [STEP BY STEP]

By cikmira23 - May 23, 2018

Image result for couchsurfing

Assalamualaikum. Hai korang. Harini aku nak kongsi tips pilih host di couchsurfing.

Ok, sebelum tu, aku intro dulu mengenai Couchsurfing ya.

Couchsurfing ni ialah satu kemudahan jika anda ingin menginap di rumah lokal bila anda melancong. Ianya percuma tetapi bukanlah bermaksud anda boleh mengambil kesempatan atas kemurahan hati tuan rumah (host) yang izinkan anda untuk tinggal dirumahnya.

Untuk yang pertama kali nak guna Couchsurfing ni untuk cari host. Mesti macam was-was nak pilih host kan. Ya kita sama!

Kalau ada masa, jemputlah baca unforgotten memory aku dengan host di Berlin DISINI  yang drama sangat!

Kali pertama aku cuba guna Couchsurfing ni waktu di Karahayit, Turki. Masa ni memang last minit betul aku cari host iaitu 2 jam sebelum aku bertolak ke sana!  Hah nak tahu cerita lanjut KLIK SINI. 

Aku nak kongsikan 2 benda iaitu tips pilih host di Couchsurfing?

Tetapi! Sebelum itu!

Kalian mestilah melengkapkan segala butiran di profile. JUJUR! jangan nak kona sana kona sini. 


Alrite, dibawah adalah stepnya.

1. Masukkan lokasi yang anda ingin menginap, pastikan lokasi tu tepat. Contohnya anda nak cari host di Kuantan, Pahang. Jangan masukkan pahang. Tapi masukkan specifik kawasan mana iaitu Kuantan. Sebab kita nak limitkan carian supaya host yang tersenarai semuanya tinggal di Kuantan. Bukan di tempat luar kuantan. 





Lepas tu nanti keluar macam kat bawah ni.



Klik kat find a host tu.

Lepas tu keluarlah semua list host yang tinggal di Kuantan. 



Tengoklah, Kuantan je pun tapi ada 807 host. dan anda perlukan sorang je host kan? Jadi seterusnya, inilah masanya untuk manfaatkan kegunaan filter.

Masukkan tarikh anda sampai Kuantan dan berapa orang yang nak menginap. Kemudian tekan plak 'MORE FILTERS'. Dia akan keluar macam kat bawah ni. 





Filter ni akan membantu kalian untuk dapat potential host yang available untuk host kalian.

1. HOST INFO

Kalau tempat tu banyak host, contohnya macam kat Kuantan ni ada 807 hosts. Jadi, sila tick 3 benda ni sahaja ok iaitu:

- Have references
-Verified
- Accepting guests.

Selain dari tu, jangan tick! Tapi kalau result dia 0. Korang boleh cuba untuk untick ketiga-tiga ni dan biarkan jer. Klik plak 'Maybe accepting guest dan accepting guest'. 


2. LOGIN DATE

Ok, sekarang ni kalau profile korang tak verified, request utk request host tu sangat terhad. Seminggu 10x jer rasanya korang boleh pm host. Jadi, kita tak nak bazirkan kuota mesej tu. pilih host yang login date dia In the last 24 hours. Kenapa? Host yang macam ni, dia alert jika ada surfer request.  kemungkinan besar dorang dah install apps Couchsurfing. Jadi jika host tu reject, senanglah kita nak cari host yang lain betul tak?

3. GENDER

Klik 'ALL' walaupun anda wanita! Melainkan anda terlalu serius dalam hal ni. Maka kliklah female. Kenapa aku suruh klik ALL walaupun anda wanita? Untuk banyakkan result carian. Sebab no 1 dan 2 tadi kita dah kecilkan scope, jadi untuk gender ni. tak pe je pilih ALL. sebab ada je lelaki berkeluarga yang buat couchsurfing ni. Lagi 1, kalau anda travel solo, yang tu aku galakkan tick female atas dasar keselamatan. Kalau berdua, ok jer host lelaki, ni menurut pengalaman aku la. I said what I said. 

Ok 3 tu jer lah yang penting. Nak aku kupas yang lain ke? Takpe disebabkan aku rajin menulis harini so aku sambung.

Age- yang ni tak perlu sentuh sebab tak berapa penting. Takkan korang nak memilih kot host nak yang muda-muda atau yang tua/matang sahaja?
Language spoken- kebanyakan host ni dorang boleh speaking sebab tu dorang buat couchsurfing so tak perlu nak masukkan English.
Interest- yang ni mungkin kalau korang ada plan lain selain nak jadi surfer. hmm ntahlah . mungkin diving.

Next!

Accommodation

walaupun ada 4 pilihan disitu dan pilihan paling menggiurkan adalah Private Room.

1 jer aku nak pesan, jangan terlalu berharap! Tapi jika anda memang seorang yang mementingkan privasi, silakan klik pada private room.

Bagi aku, aku tak kisah pun share bed ke share room tapi share bed tu kenalah sama2 perempuan. Tapi, so far tak pernah lagi lah share bed. haha.

Smoking is allowed- yang ni kalau korang merokok, mungkin boleh diconsider. jangan risau, ade je host yang ok je dengan smoker. tapi nasihat aku, better tak payahlah tick walaupun korang ni perokok. 

Radius- contohlah korang set kawasan tu Kuantan, dan radius 10km. itu dikira nice lah dalam bandar kuantan. Sebab kalau korang tick radius 50km, kang ada plak host dari Maran ke gambang yang keluar. 

Preferences- yang ni bergantung kat korang. kalau kat oversea, kalau korang risau host korang bela anjing, klik la pet free. tapi aku tak tick pon yang tu. Aku ok je ada anjing pun. tapi so far tak pernah lagilah dapat host bela anjing. tapi kan, klaau orang islam yang bela anjing, apa pendapat korang? Contohnya di Turki. haa komen komen.. 

Sort- pililah best match.


Baik, setelah kalian lengkapkan filter di atas ni. Nanti akan keluarlah list of potential hosts. dibawah ini adalah langkah seterusnya..


1. REFERENCES 

References ni adalah review dari surfer/host atau orang yang pernah jumpa dengan potential host.



Ok tengok yang aku bulatkan tu. Korang klik kat situ. Lepas tu nanti ada 3 bahagian iaitu:

1. From Surfers
2. From Hosts
3. Personal

Yang mana satu kena tengok ni? Jika anda seorang surfer yang ingin mencari host(tuan rumah), jadi anda perlu baca review no 1 iaitu from surfers. 



PENTING!

1. RUMAH HOST TAKDE BILIK PUN
Walaupun reference seseorang tu banyak, tak bermakna dia ada ruang khas untuk surfer tau.Kalau host tu ada 1 bilik, kira syukur lah sebab host tidur dlaam bilik dan kau tidur kat ruang tamu.

Tapi Boleh jadi rumah dia tu TAKDE bilik langsung. Ya, pernah jadi kat aku masa di Amsterdam. Rumah dia sangat kecil. Takde ruang privasi kecuali tandas. Di ruang tamu itulah meja kerja, meja makan, katil, tempat tidur. kau rasa?  Dan guess what, reference dia lebih dari 50 orang! Maksudnya ramai dah orang yang dia host.

2. TUAN RUMAH HOST RAMAI SURFER DALAM 1 MASA]

Anda kena tahu, ada host yang memang jenis suka terima ramai surfer pada masa yang sama. Contohnya anda nak stay 15/10/20 sehingga 18/10/20. Boleh jadi yer masa anda datang tu, dah ada surfer lain yang dah datang lebih awal, dan mungkin pada 17/10 tu, surfer baru plak datang.

Benda ni pun pernah jadi kat aku, yang tak leh blahnya, rumah dia dah lah kecik giler(kat Amsterdm), lepas tu pergi terima lagi surfer ramai2. dan host tu memang macam tu. layan jelah hahaha. persoalannya, boleh ke host buat macam tu? iya boleh kawan-kawan.


3. JANGAN TAKUT REQUEST HOST YANG TAKDE REFERENCE 

Contohlah kan, potential host korang tu, takde review lagi. or takde siapa lagi pernah menginap dengan dia. Janganlah terus reject. Sebab host pertama aku adalah host yang TAK PERNAH HOST orang. maksudnya aku ni surfer pertama dia.Perghh.

4. SIFU HOST (PERNAH HOST RAMAI SURFER) 

 Host yang dah pernah host ramai surfer ni. Dia ada tendency untuk cerita kat korang pasal surfer-surfer dia sebelum ni. Contoh perbualan: " dulu ada surfer ni dari Turki, dia kerja ni kat situ bla bla, oh saya ada sorang surfer dari indonesia, dia datang dengan bf bla bla bla". Masa tu kau dengar je la dia cerita. dan host macam ni, dia dah hadap pelbagai ragam surfer. so korang kena jaga diri baik-baik ok jangan nakal-nakal.

5. Non Muslim Host
Ini benda yang paling korang kena hati-hati. Bukan hati-hati ape la, maksudnya korang kena sentiasa jaga adab dan akhlah sebab korang bawak imej Islam.

Ada sesetengah host ni kan, dorang tak pernah  host surfer Muslim, sebab menda ni tak ramai pun Muslim yang buat. Tapi tak salah pun ok..

Jadi, dorang tak berapa tahu apa yang boleh dan tak boleh. Korang explain la kat host tu tapi jgn lah sekali gus semua nak bagitahu yang korang tak boleh makan khinzir, minum arak, pegang ajnabi, dedah aurat etc.
Nanti host tu rasa tertekan dan menyesal plak host korang. ya, sila baca post aku yang kat berlin tu. Link ada kat atas2.

6. BACA PROFIL HOST
Host yang dah selalu terima surfer ni. Biasanya dorang akan dapat banyak request setiap hari. Jadi, untuk melayakkan anda jadi surfer dorang. Maka, bacalah profil host. Sebab dorang dah tulis dah macamana nak request and what to expect.

Contohnya aku ni host, aku tulis kat profile aku, aku terima wanita sahaja. aku tak terima pasangan. lepas tu aku mention yang rumah aku ni bukan tempat overnight. aku nak surfer yang nak stay at least 2 malam.

Lepas tu, ada plak sorang ni request nak stay dengan aku, tapi dalam mesej dia. dia cakap yang dia dengan bf dia, dan dia nak stay 1 malam je.

So, bila aku dapat request dari dia, sah2 lah aku reject kan. So, untuk dia plak, dia dah rugi 1 kuota mesej(kalau profil dia unverified).

Rasanya itu jer. Kalau ada lagi aku akan tambah.

dan kalau korang nak tambah pun dialu-alukan. Komen jer ok. 

Terima kasih kerana membaca!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments