REVIEW REDONE - port out process

By cikmira23 - July 22, 2019

Assalamualaikum.

Dah lama tak review so hari ni aku nak buat berkongsi pengalaman aku menggunakan tekco REDONE bermula hujung November 2018 smpai July 2019.



segala yang ditulis adalah pendapat peribadi.

Untuk info korang, no fon aku ni dibeli pada 2008 guna plan SOX(School of X), masa ni celcom ada offfer best giler, iaitu no yang dibawah plan ni takkan expired sehingga 2021. Tapi, masa 2017, bila aku check kredit, dah takde lah expired 2021 tu, berubah seperti plan biasa. Disebabkan kekecewaan akibat dikhianati oleh Celcom. maka aku move on dengan bertukar kepada U-Mobile


Image result for redone

Kenapa aku memilih untuk bertukar ke Redone? Kerana aku nampak poster Redone ni offer 10GB+ Unlimited calls dengan harga RM38 sahaja! Wow. macam menarik bukan. Kebetulan masa tu aku memang suka OTP so memang sesuai la utk aku msa tu.

Kebetulan, masa tu kat cafe hostel aku ni ada wakil Redone, So, aku pon tukar lah. masa nak tukar tu tak yah bayar apa2. dan ambil masa lebih 12 jam jugak untuk port out.

Masa tu hujung bulan 11 2018. dan aku mula membayar bil pada bulan Januari 2019. So aku ingatkan bulan 12 tu free. p/s: siapa nak bagi free hahaha.

So aku rasa bil bulan 12 tu, bulan 1 tu baru dia kuar invoice. Masa tu agak tertipu jugalah sebab biasanya kan invoice 1/1 kan utk bulan 1 punya. tapi dalam kes ni, invoice 1/1 utk bulan 12 punya. ke aku yang noob? sebab masa pakai umobile tak macam ni sistem dia. apa2 je lah.

Ok ke pakai redone?

Coverage memang ok sebab dia subline Celcom kan. Yang tak bestnya 1 jer, data dia ciput bagi aku. Walaupun dia bagi 10 gb sebulan. Hanya 5gb sahaja LTE. 5gb lagi basic. Basic tu memang slow yang amat even untuk whatsapp, utk guna chrome pun tak lepas kadang2. nak booked GRab? kirim salam..  Bikin stress.

dan 5gb tu biasanya akan habis sebelum 15hb! Itupon habis jimat dah guna. Kadang aku disable data utk twitter and IG sebab tak nak data aku habis cepat. Masalahnya kan, bila data 5gb LTE tu habis, secara auto coverage aku data basic jer. dan since that aku susah nak search, book grab whatsoever. Add on? mahal weh! 100mb RM5. sedangkan member aku guna Celcom, RM5 tu boleh dapat 2GB. 100 mb sempat bukak ape je? mana cukup!

So, bila aku sedar yang untuk aku 5 GB tu memang tak cukup, First sebab aku banyak berada dikawasan yang tak de WiFi. Second, rasa fedup sebab tak dapat nak tgk twitter n ig sokmo.

Jadi, aku tekad untuk tukar ke coverage lain.

masa awal bulan 5 2019, ketika aku di mall, ada kiosk DIGI dan pelan yang dioffer agak menarik. Jadi, aku pon register lah untuk port in ke DIGI.

Esoknya staff DIGI tu call aku cakap aku tak boleh port out dari Redone sebab masih dalam kontrak. I was like.. what!! Seriously aku tak tahu pon actually postpaid Redone ni TnC dia memang automatic you are under contract for 6 month! Sebab akak redone tu pon takde cakap apa2 psal ni.

So, aku pon start kira-kira, aku start dicas utk bulan 12, so bulan 5 ni ckup lah 6 bulan dan contract tamat.

Sebabnya kalau nak port out sebelum kontrak tamat, aku akan didenda oleh Redone sebanyak RM50 sbb aku guna plan yg rm38. kalau guna plan 48, kena bayar denda RM100.. So nak tak nak aku pon bersabarlah sambil mencari telco lain utk diport in.

Mulanya aku nak tukar ke Unifi. Tapi, ada sedikit masalah dan kebetulan aku jumpa iklan Yoodo dan cara untuk port in sangat mudah sebab Yoodo ada Esim! Yeayy.

Esim ni adalah virtual simcard. Means tak perlu masukkan simkad fizikal pun.

First time aku register untuk port in ke Yoodo tak lepas dan tak tahu ape masalah. So aku ingatkan aku ada masalah dengan Redone mcm unclear outstanding bills whatsoever.

dan malam sebelum aku g ofis redone tu, aku ade la baca pasal nak port out Redone ni. majoriti bagi feedback negatif lah, kena bayar denda lah, still kena cas bil lah, kena port out sebelum 20hb lah, dan macam2 lagilah. korang search jer.

So ada 1 tips yang aku noted iaitu kalau nak port out, kena sebelum 20hb. Tak surelah betul ke tak. FOr sure aku cuba sebaik mungkin untuk port out 19/7, so aku g ogffice redone kat bandar Kuantan dan info yang aku nak port out.

Staff tu bagitahu yang aku boleh port out anytime dan dia rekemen sebelum 15hb, dan aku still akan dicas bil untuk bulan 7. masa tu I was like.. eh bukan aku dah bayar ke bil bulan 7? Rupanya aku silap, bil yang aku bayar tu utk bulan 6. dan bil bulan 7 tu invoicenya akan keluar 1/8 ni, itsokay lah aku willing nak bayar sbb aku dah habiskan kuota 5gb LTE yg dia bagi tu.

So, maghrib aku try lagi sekali utk port in ke Yoodo. dan pukul 10, aku telah disahkan oleh yoodo yang aku dah port out dari redone dan dah boleh port in ke Yoodo. Less than 5 hour! sekejap jer weh. Alhamdulillah.

itu je lah


  • Share:

You Might Also Like

0 comments