Saturday, 14 September 2019

10 TANDA DIA JODOH KITA


Allah beri jodoh yang kita ‘PERLU’, bukan yang kita ‘MAHU’!

Kalau betul dia jodoh kau, Allah pasti akan gerakkan hati kedua-duanya untuk bersama wey!

Ini 10 tanda dia akan menjadi jodohmu!




1.BERASA SELESA 

Antara tanda dia jodoh kita boleh dirasa dari segi perasaan selesa yg kita alami.

Contohnya, adakah kita selalu rasa tenang bila bertemu dengannya? Tak serabut kepala or rasa tertekan.
Jika ye, mungkin kerana adanya keserasian!

2. DIA MEMAHAMI KITA 

Jika dia adalah pasangan kita yang telah ditentukan di Luh Mahfuz, sudah tentu si dia itu sangat boleh membaca minda dan gerak hati kita.

Bila korang murung je, dia orang pertama yang detect dan akan tenangkan kita.

3. JUJUR DAN BENAR 

Jika anda perasan, selalunya orang yg jujur dgn kita akan selalu menjadi dirinya sendiri.

Dia TAK PERLU JADI FAKE utk menyenangkan hati kita.

Jika pasangan anda ada sifat asli ni, mungkin ia adalah tanda seseorang itu jodoh kita.
.

4. Sudah Bersedia untuk Menggalas Tanggungjawab

Satu tanda dia jodoh kita adalah tanpa berlengah, dia sudi untuk membawa kita bertemu dengan ibu, bapa dan adik beradiknya yang lain.

Sebab dia dah nampak masa depan kita bersama dia.

5. Sanggup Berkorban

Adakah pasangan kita selalu menunjukkan sifat membantu atau sanggup berkorban untuk kita?

Jika dia sanggup buat perkara yg menyentuh hati, sudah terbukti ada rasa sayang dan ikhlas dlm hatinya untuk kita – itulah tanda jodoh!

6. Selesa Meluahkan Masalah Tanpa Rasa Dihakimi

Percaya atau tak, ada sesetengah orang mampu utk membuatkan kita rasa teragak-agak utk berkongsi masalah dengannya.

Namun, jika anda tak berasa sebegitu dgn pasangan anda, ia adalah petunjuk yg bagus.

7. Gaduh Kejap2 Je

Dah pasti, dlm setiap perhubungan, ada pasang surutnya.

Gaduh tu pasti. Jika anda perasan yg si dia tu sifatnya susah marah dan cepat sejuk, maka dia sememangnya calon yg sesuai dan yg anda tunggu2 selama ni – ia jodoh dari Allah.

8. Dia Ambil Berat Akan Anda

Ya, ada setengah orang mungkin menyayangi kita, tapi dia betul ambil berat tentang kita ke?

Jika seseorang itu mmg jodoh kita, dia akan selalu tanya khabar, ingin tahu keadaan semasa kita, dan sudi luangkan masa dgn kita.
.

9. Rasa Percaya yang Kuat

Lagi tanda dia jodoh kita adalah ada rasa percaya yg kuat antara kita dan dirinya.

Jika anda selalu tertanya adakah dia curang di belakang kita, tu adalah tanda yg belum ada rasa percaya yg kuat, dan itu boleh jadi isyarat yg tak baik.

10. Hubungan Terjadi Tanpa Dipaksa

Jika anda perasan yang hubungan anda dan pasangan berlaku secara sendiri atau rasa sayang itu hadir tanpa dibuat-buat, maka mungkin ini adalah tanda seseorang itu jodoh kita!




Info ini diambil dari SINI . Ianya bukan idea mira 100%. Mira cuma olah sahaja supaya lagi menarik untuk dibaca. Semoga bermanfaat!


Sebagai kredit terima kasih, jika kalian tercari-cari khidmat jurugambar bertauliah dengan kualiti kerja yang bagus. Boleh lah ushar website AWANTONA ni. 


Bestnya Awantona ni sebab :

📓 Album siap dalam masa 25 hari je!

🛠 Warantty album selama 1 tahun tau.

📸 Pengalaman lebih 6 tahun dalam bidang photography.

🧭 Sangat fast respon & sporting semasa bekerja.

🤸🏼️Ajar korang posing sampai korang puas.




Mira kongsikan beberapa hasil kerja awantona ni, pergh merecik hawauuu. terbaikkk











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...