Saturday, 14 September 2019

11 SIMBOL KECEMASAN YANG ADA PADA KERETA


Sebagai seorang pemandu berhemah maka haruslah untuk anda mengetahui sekurangnya 11 simbol kecemasan yang ada pada kereta anda. Terutamanya pemandu wanita berseorangan. 

Jom baca. 




1. Amaran Brake Tangan
Ada masalah pada sistem brek, ABS / cecair brake berkekurangan (Low brake fluid)



2. Amaran Suhu Enjin
Cepat-cepat berhentikan kereta dan buka bonet. Biarkan sehingga suhu panas berkekurangan.



3. Check cecair penyejuk
Cecair coolant / penyejuk kereta rendah. Check & tambah cecair penyejuk / coolant segera!



4. Amaran Minyak Enjin
Enjin kereta korang kekurangan minyak hitam / minyak enjin, top up dengan minyak enjin yang baru.



5. Bateri Kereta
Caj bateri kurang / alternator ada masalah. Sementara nak bawak pergi workshop, boleh stop guna aircond atau radio.


6. Beg Udara
Berkemungkinan beg udara ada kerosakan & korang kena cepat-cepat ganti.



7. Amaran Minyak Brake
Cecair brake korang berada pada tahap rendah, periksa tahap cecair kerana ia akan berkekurangan apabila brakepads habis.



8. Check Enjin
Ada banyak faktor sebenarnya. Kurang kuasa enjin, atau elektrikal sensor korang ada masalah.



9. High Beam
Yang ni I selalu je terpasang siang-siang buta. Hehe.



10. Pemanas Cermin Belakang
Yang ni selalunya driver guna bila keadaan sedang berkabus.



11. Amaran Penstabil Kereta
TCS berada didalam mod pilihan Off – Tidak aktif. TCS - sistem yg kawal tayar daripada tergelincir & memastikan cengkaman tayar pada permukaan jalan.




Sebenarnya bukan ada 11 je simbol kecemasan pada kereta, ada banyak lagi. Boleh tengok dibawah ni. Lebih bermanfaat jika kalian simpan gambar dibawah ini.




Info ini diambil dari SINI . Ianya bukan idea mira 100%. Mira cuma olah sahaja supaya lagi menarik untuk dibaca. Semoga bermanfaat!


Sebagai kredit terima kasih, jom SIGN UP di MAUKERJA.MY untuk mencari lebih banyak peluang pekerjaan. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...