Saturday, 14 September 2019

TIPS CARA SUSUN SIJIL SEBELUM TEMUDUGA

Assalamualaikum, jika anda membaca post ini, sudah tentu anda akan menghadiri temduga dalam masa terdekat bukan? Jadinya, Mira kongsikan tips cara untuk menyusun sijil-sijil yang anda ada itu sebelum menghadiri temuduga. Iyelah, susunan sijil pun memberi esperessi kepada penemu duga, kalau sijil tu tersusun kan sejuk mata memandangnya. Ok, apelagi. Jom baca.


Pertama sekali adalah pemilihan fail. Failkan ada banyak jenis. Maka belilah fail yang kulit keras luarnya dan dalamnya ada plastik (untuk letak sijil kalian).



Tipsnya bermula disini.....

1. INFO PEMILIK FAIL
Dekat tepi border fail tu, letak nama dan IC. Yelah, senang penemuduga nak ambil fail korang nanti, tak perlulah nak buka fail baru tahu pemilik fail tu. Kalau boleh tampal kertas A4 kat bahagian depan fail tu lagi bagus. Boleh letak gambar korang sekali. Penemuduga tu mesti wowww!

2. JAWATAN DIPOHON 
Helaian pertama plastik tu, letakkan jawatan yang kalian mohon. jangan tersilap pulak ye. Karang penemuduga tu bagi plak jawatan korang yang kalian silap tulis tu. naya 


3. MAKLUMAT TEMUDUGA
Letakkan borang yang kalian pohon tu, kan kalian mohon kerja itu secara atas talian, maka cetak borang permohonan kalian dan letakkan di helaian kedua.

4. MAKLUMAT DIRI (RESUME)
Boleh letak resume kalian, walaupun kalian sudah e-mel kepada HR. Takpe letak je ok. Lebih baik berwarna. Jangan kedekut.


5. KAD PENGENALAN DAN SURAT BERANAK
Kalau risau karang lupa nak ambil kad pengenalan tu, boleh letak yang fotostat sahaja. yang penting ada.

6. MAKLUMAT PENDIDIKAN
Letakkan keputusan peperiksaan anda mengikut dari yang terendah ke yang tertinggi.

7. SIJIL SPM

8. SIJIL BERHENTI SEKOLAH

9. SIJIL ANUGERAH DEKAN
kalau takde sijil ni (macam aku), boleh abaikan hehe.

10. TRANSKRIP GRADUASI
Letak ikut urutan ye, asasi/diploma/matrik-ijazah sarjana muda

11. SIJIL KOKURIKULUM
Susun sijil mengikut TERTINGGI ke terendah. Kalau banyak sangat, letak sijil yang kalian rasa nak show off sijil tu. kalau sijil larian tu kalian ada 20 sijil sepanjang diploma, takyahlah letak kesemua 20 tu. Karang stress pula penemu duga tu, selak je sijil lari. Jadi, letak 1-2 yang anda rasa itu larian paling hebat anda pernah sertai. hehe

kat bawah ni info grafik supaya lebih jelas.

SIAP!

















Info ini diambil dari SINI . Ianya bukan idea mira 100%. Mira cuma olah sahaja supaya lagi menarik untuk dibaca. Semoga bermanfaat!

Sebagai kredit terima kasih, jika kalian masih belum ada resume, boleh KLIK SINI untuk menempah. murah-murah aja. atau SIGN UP di MAUKERJA.MY untuk mencari lebih banyak peluang pekerjaan. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...