Thursday, 13 February 2020

INTERNSHIP DI di SIRIM SHAH ALAM -part1

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua.

So hari ni aku nak sharelah kisah aku intern. member2 aku semua dah lama dah intern. junior aku pon dah intern tahu lepas. aku je baru nak intern ni haa.

So, masa apply tempat intern haritu, aku apply 3 tempat jer dulu iaitu sirim, farmfresh n chemlab.
farmfresh tu aku saja je apply sebab berkenan nak kerja bahagian RnD n QC. chemlab tu plak sebab reachable by LRT. tu jer. haha. SIRIM plak sebab dekat dengan rumah. So, antara 3 ni, SIRIM lah yang paling sesuai untuk aku intern sebab di Industrial biotechnology Research Centre (IBRC).

Proses nak apply tak susah pun. just apply online. pastu nanti emel kat hr korang punya resume.

then if diterima, korang kena inform balik lah sama ada korang jadi intern ke tak dengan dorang.

So, pada hari pertama. Aku pergi keja dengan taxi dengan auntie cleaner yg keja kat sirim jugak. Punca naik teksi sebab bas rapid tak muncul2 padahal masa tu dah nak pukul 8am dah.

Sampai jer kat main entrance tu, aku perlu ke blok 5 dulu untuk lapor diri. Blok 5 tu adalah bangunan yang paling tinggi yang ada word sirim kat atas sekali tu.

Lepas tu naik lif ke tingkat 8, keluar lif, terus ke KIRI. dan tunggu lah situ untuk regist.

Setel regist, aku terus ke IBRC yang terletak di blok 19. kalau jalan kaki dari main gate tu, 9 min yer adik-adik.

Sampai je kat blok 19, sepatutnya aku kena jumpa supervisor aku, kak R. tapi dia takde haritu tapi dia ada whatsapp aku untuk aku buat reading materials. read and summarize. So first task aku kena baca pasal Bacteriophage propagation. Actually at first aku dah tak ingat pun pemende bacteriophage ni. haha padahal rasa macam pernah belajar.

Oh ya, kat IBRC ni ada banyak lab. nama lab dia sama je macam yang ada kat uni korang tu cuma ada tambahan sikit la. aku dapat lab molecular biology. lab ni more on RNA, DNA, and protein. Alamak, aku ni dah lah lama tak sentuh lab work pasal molecular ni. hah molek sangat la tu bolehlah recall balik ape yang dah pernah belajar pasa western blot, sds page bla bla bla tu.


aku ingat lagi haritu siap ada formula weh nak ingat tu semua tapi... nak tak nak kena cari balik.

apa- pun so far aku ok jer la intern sini.

pergi kerja amek bas 7.40am, then sampai sana kul 8 lebih sikit. balik kul 5. aku kena keluar kul 5 tepat sebab aku tak nak tertinggal bas. sengsara weii.

oh ye, bila dah start keja ni, kul 9 je aku dah start nak tido wei. kalau tak kat uia dulu kul 1 baru tido padahal esoknya kena g kelas kul 9. ni g keja kul 8 tapi kena bangun awal sebab klau tido lambat nanti jadi lemau giler nak kerja pastu balik kerja rasa lembik giler. ke mula2 keja macam ni? lama-lama ok la en

rasanya itu jer. saja nak share sebab lama tak share kan. hehe 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...