COUCHSURFING- 6 BENDA MENGENAI HOST YANG ANDA PERLU TAHU

By cikmira23 - April 08, 2020

Assalamualaikum. Hai, kembali kita di rancangan Couchsurfing. Sebelum tu, pastikan kalian sudah hadam cara pilih host yang berpotensi untuk host anda . KLIK SINI 


Aku nak kongsi benda ni supaya kalian cakna dan dapat buat persiapan serapi yang mungkin.

Aku bersama host diturki. masa ni aku dengan member aku A. 


1. RUMAH HOST TAKDE BILIK PUN
Walaupun reference seseorang tu banyak, tak bermakna dia ada ruang khas untuk surfer tau.Kalau host tu ada 1 bilik, kira syukur lah sebab host tidur dalam bilik dan kau tidur kat ruang tamu.

Tapi Boleh jadi rumah dia tu TAKDE bilik langsung. Ya, pernah jadi kat aku masa di Amsterdam. Rumah dia sangat kecil. Takde ruang privasi kecuali tandas. Di ruang tamu itulah meja kerja, meja makan, katil, tempat tidur. kau rasa?  Dan guess what, reference dia lebih dari 50 orang! Maksudnya ramai dah orang yang dia host.

2. TUAN RUMAH HOST RAMAI SURFER DALAM 1 MASA

Anda kena tahu, ada host yang memang jenis suka terima ramai surfer pada masa yang sama. Contohnya anda nak stay 15/10/20 sehingga 18/10/20. Boleh jadi yer masa anda datang tu, dah ada surfer lain yang dah datang lebih awal, dan mungkin pada 17/10 tu, surfer baru plak datang.

Benda ni pun pernah jadi kat aku, yang tak leh blahnya, rumah dia dah lah kecik giler(kat Amsterdm), lepas tu pergi terima lagi surfer ramai2. dan host tu memang macam tu. layan jelah hahaha. persoalannya, boleh ke host buat macam tu? iya boleh kawan-kawan.


3. JANGAN TAKUT REQUEST HOST YANG TAKDE REFERENCE 

Contohlah kan, potential host korang tu, takde review lagi. or takde siapa lagi pernah menginap dengan dia. Janganlah terus reject. Sebab host pertama aku adalah host yang TAK PERNAH HOST orang. maksudnya aku ni surfer pertama dia.Perghh. Dan tahu apa yang menarik? Dia pemilik kedai runcit dan ada banyak bilik kosong kat atas kedai dia untuk disewa, tapi kami dapat free la. hehe.

4. SIFU HOST (PERNAH HOST RAMAI SURFER) 

 Host yang dah pernah host ramai surfer ni. Dia ada tendency untuk cerita kat korang pasal surfer-surfer dia sebelum ni.

Contoh perbualan: " dulu ada surfer ni dari Turki, dia kerja ni kat situ bla bla, oh saya ada sorang surfer dari indonesia, dia datang dengan bf bla bla bla".

Masa tu kau dengar je la dia cerita. dan host macam ni, dia dah hadap pelbagai ragam surfer. so korang kena jaga diri baik-baik ok jangan nakal-nakal.

5. Non Muslim Host
Ini benda yang paling korang kena hati-hati. Bukan hati-hati ape la, maksudnya korang kena sentiasa jaga adab dan akhlah sebab korang bawak imej Islam.

Ada sesetengah host ni kan, dorang tak pernah  host surfer Muslim, sebab menda ni tak ramai pun Muslim yang buat. Tapi tak salah pun ok..

Jadi, dorang tak berapa tahu apa yang boleh dan tak boleh. Korang explain la kat host tu tapi jgn lah sekali gus semua nak bagitahu yang korang tak boleh makan khinzir, minum arak, pegang ajnabi, dedah aurat etc.
Nanti host tu rasa tertekan dan menyesal plak host korang. ya, sila baca post aku yang kat berlin tu. Link ada kat atas2.

6. BACA PROFIL HOST
Host yang dah selalu terima surfer ni. Biasanya dorang akan dapat banyak request setiap hari. Jadi, untuk melayakkan anda jadi surfer dorang. Maka, bacalah profil host. Sebab dorang dah tulis dah macamana nak request and what to expect.

Contohnya aku ni host, aku tulis kat profile aku, aku terima wanita sahaja. aku tak terima pasangan. lepas tu aku mention yang rumah aku ni bukan tempat overnight. aku nak surfer yang nak stay at least 2 malam.

Lepas tu, ada plak sorang ni request nak stay dengan aku, tapi dalam mesej dia. dia cakap yang dia dengan bf dia, dan dia nak stay 1 malam je.

So, bila aku dapat request dari dia, sah2 lah aku reject kan. So, untuk dia plak, dia dah rugi 1 kuota mesej(kalau profil dia unverified).

Rasanya itu jer. Kalau ada lagi aku akan tambah.

dan kalau korang nak tambah pun dialu-alukan. Komen jer ok. 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Thank you for your comment ^_^