KELEBIHAN TINGGAL DI MIX DORM.

By Mierayusof - Tuesday, April 07, 2020

Assalamualaikum. Post ini adalah rentetan daripada pos Mixed dorm untuk Muslim. 

Jadi, izinkan aku untuk meluahkan kelebihan mix dorm ni yang mungkin korang tak terfikir terutama yang tak pernah guna mix dorm ni.


Le Light House and Hostel | Chiang Mai 2020 UPDATED DEALS $5, HD ...

1. KESELAMATAN

Kan tadi aku ada tanya kat atas, tahukah anda, tinggal di mix dorm lebih selamat berbanding private room. 

contoh kes culik tu, kalau kau stay kat bilik private, bila kau diculik, takde orang tahu sebab semua buat hal masing-masing. tapi kalau kau stay kat mix dorm, kemungkinan keculikan kau akan disedari oleh dormmates, yelah dalam 10 orang tu, mesti ada sorang yang jenis cepat terjaga. Betul tak? 

Isu Mabuk- ini susah aku nak kabor, sebab kebanyakan traveler yang tinggal di mix dorm ni, dorang takde masa sebenarnya nak memabukkan diri sebab esoknya dorang kan nak travel hiking, pergi sana sini. betol tak?  ok boleh jadi tak betul bagi kalian. its okay. 

2. MENAMBAH KAWAN DARI SERATA DUNIA

Bayangkan kalau kau stay kat mix dorm 10 orang selama 5 malam. Dan setiap hari kau akan tegur dormmate kau, secara tak langsung kau dah dapat 40+ orang kawan baru. Bukan tu jer, kalian dapat bertukar-tukar cerita dan tips. Bukankah bila travel ni, benda yang paling 'mahal' adalah tips. Bukan tips duit tu tapi tips nasihat. Contohnya, semasa aku di Kotor, aku tinggal di mix dorm, dari situ, dormmate aku cakap yang kalau nak hiking fortress tu free, kena hiking awal pagi. sebab lepas pkul 8am, kena bayar 8 euro sorang. See? Kalau aku duduk bilik private, aku tak akan tahu info tu melainkan aku cari di internet. itu pon kalau jumpa.

Bukan tu jer, dormmates kita yang dah sampai lebih awal, dorang akan share kawasan mana yang best untuk pergi dan kawasan mana yang ditutup atau tak best. jadi, tak de lah kita buang masa pergi kawasan yang tak best atau ditutup tu kan?

Kalau duduk private? anda rasa??  

3. MEMPERKENAL ISLAM KEPADA NON-MUSLIM 

Aku rasa menda ni mesti tak ramai yang perasan. dan aku sedar benda ni bila aku tinggal di mix dorm.

Tahukah anda, tak semua orang dalam dunia ni tahu mengenai Islam, Mungkin mereka tahu mengenai Islam tetapi pengetahuan mereka mungkin berdasarkan media social sahaja. yelah, kalau dorang tak pernah melancong ke negara Islam, dan dorang hanya ikuti perkembangan melalui internet jer. Ada kemungkinan apa yang dorang tahu tu adalah auta. contohnya dorang fikir semua orang islam ni jahat seperti yang dicanang.

TAPI.. bila kita ade peluang untuk tinggal dengan dorang di mix dorm ni, inilah masanya untuk kita tunjuk contoh islam itu bagaimana. 

Contohnya masa aku solat dalam bilik tepi katil. Kadang ade je dorang ni lalu lalang masa aku solat. Tapi dorang tak kacau dan tengok jer. yelah, mungkin dorang pun first time tengok muslim solat. 

So, dari situ, pernah tak terfikir mungkin kita dah jentik hati dorang untuk tahu lebih lanjut pasal islam. Betul tak? Sebab kadang nak tunjuk islam ni, tak perlu dengan kata-kata. Cukup dengan perbuatan dan akhlak kita.

Ok rasanya dua ni jer kelebihan mix dorm yang aku boleh highlightkan. Sebab part tempat mandi, freeshow dan tiada privasi tu memang itu kenyataan yang tidak boleh disangkal.


Itu sahaja. Tq. 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments